Monday, February 27, 2012

Syukur itu wajib...

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)

ya Allah... ya Allah... ya Allah...



Bismillahirrahmanirrahim....

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Moga semua dalam rahmat-NYA  

insyaAllah

Terkadang diri kita akan berfikir dan berfikir sesuatu yang kadang-kadang membuatkan kita sendiri terasa diri ini begitu lemah dan tidak punya apa-apa jika dibandingkan dengan manusia lain yang pastinya jauh lebih hebat dan berwawasan. Bukan salah jika kita ada rasa rendah diri tapi tetapi jangan sampai timbul rasa keluh kesah dan tidak mensyukuri nikmat Allah . Nauzubillah...



Allah ciptakan manusia dengan ujian yang pelbagai. Kita dan mereka diuji dengan dugaan yang berbeza. mungkin kita rasa kita tidak mampu, namun jika itulah yang terbaik mengikut perancangan Allah, maka kita harus redha dan berserah diri atas segalanya yang berlaku. Apa yang terjadi kadang-kadang atau biasanya bukan kita yang pinta, ada yang terjadi sesuatu yang lebih baik dan membahagiakan, begitu juga sebaliknya, mungkin mendukakan dan kecewa. Janganlah terlalu berharap atas segala sesuatu dikuatiri kita akan kecewa. Wajib kita sentiasa serahkan segala urusan kita hanya pada Allah. Kita mestilah berusaha sepenuh tenaga, dan selepas itu sandarkan urusan kita hanya pada Allah agar kita tidak terlalu kecewa jika hasilnya adalah sebaliknya dan tidak seperti yang diimpikan.



 Terkadang kita jika diberi pilihan sudah tentu kita akan memilih untuk menjadi golongan yang hebat, hebat di sisi Allah, hebat dalam kalangan manusia, hebat dalam percapaian akademik, hebat dalam kerjaya, hebat dalam bicara kata, hebat dalam tulisan pena, hebat dalam penampilan dan seterusnya. Namun, jangan kita lupa kita merancang dan Allah pun merancang dan semestinya perancangan Allah itu pasti jauh lebih hebat dari perancangan kita manusia yang lemah. 



Mengapa hari ini terdetik untuk berbicara akan hal ini???



Cukup dengan 1 gambar di atas terlihat wajah ayah dan anaknya.... pilu hati, tercetus satu getaran hebat di jiwa membuatkan hati jadi sayu jua mata laju merembeskan titisan jernih membasahi pipi kecil... tiada siapa yang pinta untuk dilahirkan di dunia dalam keadaan derita dan merana, kebuluran, kesakitan dan sebagainya... harus diingat mereka dan kita adalah pemain di pentas dunia yang sedang diuji cuma bezanya dalam kondisi ujian yang berbeza daripada Sang Pencipta yang Esa iaitu Allahu Rabbi.



 Malukah kita??? kita mungkin tidak sedar bahawa diri sedang diuji, kerana kita diuji dengan dugaan kesenangan, ada ibu bapa, pelajaran, dan suasana yang membantu. Sudahkah setiap waktu kita  berterima kasih pada Allah akan nikmatNYA? malu pada mereka yang dihimpit derita, namun sentiasa syukur jika hari itu mendapat sesuap nasi....
hanya dengan sesuap nasi yang kering tanpa lauk pauk yang enak  dikongsikan bersama antara ayah dan si anak kecil yang belum mengerti apa-apa, bahagia wajah tenang mereka mengucap kata syukur pada allah atas sedikit rahmatNYA untuk mereka pada hari itu...  




Allahu Rabbi, ya Allah malu kita pada hambaNYA yang diuji sebegitu namun tetap ikhlas menerimanya dengan tenang. Berbeza dengan anak-anak kini yang tidak pandai bersyukur atas nikmat Allah, sentiasa mersa tidak cukup walhal itu sudah memadai buat mereka. Mungkin hasil didikan ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak dengan wang ringgit dan kesenangan sejak kecil membuatkan jiwa mereka lambat matang, lambat untuk bertindak mencari penyelesaian, mudah alpa dengan terikut dengan persekitaran, tidak mampu berfikir di luar kotak fikiran dan sebagainya... itu lah kadang-kadang tarbiyyah dari kesusahan ini menjadi satu bonus buat mereka untuk bangkit keluar dari kepompong kesulitan dan kepayahan hidup ke arah cahaya harapan yang lebih bersinar suatu hari kelak.




"Ya Allah , jadikanlah aku hambaMU yang pandai mengucapkan lafaz syukur"

"Ya Allah , jadikanlah aku hambaMU yang pandai mengucapkan lafaz syukur"

"Ya Allah , jadikanlah aku hambaMU yang pandai mengucapkan lafaz syukur"


Sering ku ulang dan kembali ulang...



Tidakku kisah jika diri ini dipinggirkan oleh manusia-manusia hebat ciptaanMU Tuhan, asalkan jangan sedetik pun KAU jauh dan tinggalkan aku sendiri. Diri ini sejujurnya lebih selesa jika bergaul dengan golongan susah dan rasa gembira seandainya dapat menolong meringankan beban, malu untuk berpakaian mewah berjenama, risau mereka takut untuk mendekati dan lari merendah diri... ayuh lah kita bersama tidak kira susah atau senang, seiring bersama, jangan malu jangan segan, ana bukan golongan pandai mengangkuh diri, bukan golongan senang yang pinta dipuji, tapi mencipta satu profil hidup untuk sama-sama hidup dalam mengingati indahnya Islam, membangun diri untuk Islam, untuk ummah, untuk semua.



Jika kita dicipta menjadi orang berilmu, jangan dilupa golongan sebaliknya, bantu mereka, beri mereka ilmu dengan ikhlas dan hikmah, bukan marah tidak bertempat jika pelajar kurang atau lambat mengerti, kerana manusia itu dicipta dengan keupayaan masing-masing. Doa pada Allah agar dipermudahkan. Jika kita ditakdirkan menjadi golongan senang, bantulah mereka yang dihimpit kesusahan...



Akhir kalam, segalanya milik Allah, Allah yang punya dan berkuasa atas segala sesuatu, kita hanya meminjam, dan setiap barang yang dipinjam itu mesti dipulangkan balik, jadi kita semua akan dikembalikan kepada Allah, sama ada cepat atau lambat, kita akan kembali kepada Allah, cukuplah untuk hidup dan seluruh hidup ingat bahawa diri akan mati, dengan mengingati mati hidup lebih terarah ke jalan yang benar, jika menjadi guru, akan jadi guru yang ikhlas, jika menjadi peniaga, peniaga yang jujur, jika menjadi pemimpin, maka pemimpin yang adil, jika kita sebagai anak, maka pastinya menjadi anak yang soleh, cukup hanya dengan mengingati mati.



Sebab itu, yang paling bijak bukan lah golongan cerdik pandai atau pemimpin dunia, atau orang yang punya wang berjuta, tapi yang paling bijak, ialah yang paling banyak menginagti mati... itulah yang paling bijak... 


^_~

insyaAllah...

No comments:

Post a Comment

linkWithin

Related Posts with Thumbnails