PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...
Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
insyaAllah
~~~awas!!! syaitan suka menggoda~~~
Terpesona dengan diri sendiri, rasa diri
paling best berbanding orang lain adalah merupakan salah satu penyakit
yang juga bakal menimpa aktivis gerakan Islam. Ingatlah, ia juga
merupakan salah satu juzuk dari sikap Iblis yang kemudiannya menjadi
bahana kutukan daripada Allah Taala. Oleh yang demikian, para aktivis
berkewajipan melakukan usaha yang bersungguh-sungguh mengubatinya dan
membebaskan diri dari penyakit ini, di samping mengambil langkah
berjaga-jaga dan melakukan pencegahan dari dihinggapinya. Firman Allah
Taala bermaksud,"Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri" (Al Qashash:76)
Definisi Al I'jab bi Nafsi
1]. Rasa senang (gembira) dan mengharap baik;
anda mengatakan, terpesona dengan suatu perkara. Ertinya perkara itu menyukakan atau menyenangkan kamu. Firman Allah Taala, "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya". (Al Maidah:100)
"Ketahuilah
bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan
hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan)
serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan)
bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa
keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak;
(semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan
tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik
hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu
masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning;
akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi,
bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang
hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar
serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan
akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain
hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya". (Al Hadid:20)
Ketahuilah, sikap itu muncul dari kebodohan Iblis yang tidak tahu bagaimana dirinya diciptakan. Kebodohan adalah musuh Umat Islam yang memunculkan sikap bangga diri yang membahayakan.
2]. Kagum, merasa bangga, agung atau dibesarkan.
Anda boleh mengatakannya : Perkara itu mengkagunkannya. Rajulun mu'jab yakni ia seorang yang megah, besar diri, dan di-tohori tidak kira samada kebaikan atau kejahatan yang ada pada dirinya. Hal itu turut disentuh oleh Allah Taala melalui perkataan 'ajaba sebagaimana firman-Nya Taala, "Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri". (At Taubah:25)
Pengertian Dari Sudut Istilah
Adapun dari sudut istilah para dai'e atau amilin, al I’jab bi nafsi atau terpesona dengan diri sendiri; ialah suatu kesenangan peribadi yang diingini hasil dari apa yang dilakukannya. Perasaan I'jab itu juga bukan datang dari perkataan atau perbuatan yang menyinggung orang lain (melampau batas).
Sekiranya perasaan terpesona kepada diri menyentuh dan menyinggung orang lain dalam bentuk penghinaan ke atas peribadi mereka di samping dia mengecilkan apa yang mereka lakukan itu, ia dikira al ghurur atau syiddatul i'jab (terlalu mengkagumi diri sendiri). Sekiranya telah menyentuh perasaan orang lain dalam bentuk penghinaan peribadi mereka juga meninggikan dirinya ke atas mereka ianya dinamakan Al Takabbur atau syiddatu syiddatil i'jab (begitu mengkagumi dirinya).
Faktor Berlakunya I'jab bi Nafsi
Terdapat beberapa unsur dan sebab yang boleh membawa kepada berlakunya al I'jab bi Nafsi (terpesona dengan diri sendiri) :-
1) Suasana Awal Dibesarkan (Fasa Awal Pertumbuhan)
Kadangkala al I'jab bil Nafsi berpunca dari suasana yang dialami semasa tahap awal seseorang itu dibesarkan. Keadaan ini berlaku kerana manusia kadangkalanya terikut-ikut dengan perlakuan kedua orang tua (ibu ayah) atau salah seorang dari mereka semasa ia dibesarkan. Di antaranya ialah sikap suka mengangkat diri dan dipuji sama ada ia benar atau merupakan bentuk pembohongan.
Mereka yang enggan menerima nasihat
serta petunjuk juga merupakan ciri-ciri i'jab bi nafsi yang akhirnya
mewarisi generasi yang dididik dengan asuhan sejak zaman pertumbuhan
lagi. Dengan berlalunya masa, ia pasti akan terkesan dengan perlakuan
kedua-duanya. Hasil dari itu, sifat kagum dan terpesona pada dir sendiri
sudah pasti akan menjadi sebahagian dari komponen peribadinya, kemudian
anak-anaknya, kecualilah jika Allah memeliharanya dari berkelakuan
demikian. Mungkin di sinilah rahsia kenapa Islam menegaskan ke atas ibu
bapa agar sentiasa iltizam dan patuh kepada peraturan Allah iaitu jangan
membazir.
Hanya peraturan Allah sahaja yang dapat
melindungi ibu bapa daripada perbuatan menyeleweng. Dengan yang demikian
barulah mereka dikira layak untuk dicontohi oleh anak-anak.
2) Memuja-Muji Orang Di Hadapannya Tanpa Mematuhi & Mengambil Kira Adab-Adab Islami
Kadangkala faktor yang mendorong kepada sikap terpesona dengan diri sendiri ialah kerana pemujaan dan pujian yang diberi secara berdepan tanpa mematuhi dan mengambil kira adab dan peraturan hukum syara' yang berkaitan dengan pujian. Hal ini berlaku disebabkan terdapat jenis atau kumpulan manusia apabila ia dipuja atau dipuji secara berdepan tanpa mengambil kira adab dan peraturan hukum syara’ yang berkaitan dengan pujian, akan terus melambung dan merasa dirinya begitu tinggi kerana kejahilannya tentang tipu daya syaitan.

Pada masa itu, akan terlintas di dalam
kepalanya bahawa ia tidak dipuja dan dipuji kecuali kerana ia mempunyai
kebolehan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Anggapan ini akan terus
menghantui dan bermain di dalam pemikirannya sehinggalah ia dihinggapi
apa yang dinamakan penyakit (al I’jab) terpesona dengan diri sendiri.
Kemungkinan di sinilah kita dapati rahsia disebalik kecaman Nabi S.A.W
ke atas penghargaan dan pujian yang dilakukan secara berdepan. Bahkan
Baginda begitu menekankan tentang perlunya menjaga adab-adab syara'
dalam apa keadaan sekalipun.
Mengikut riwayat Mujahid yang diterimanya dari Abi Ma'mar di mana Abi Ma'mar berkata sebagaimana maksudnya,"Seorang lelaki telah bangun menyampaikan pujian kepada salah seorang ketua, maka lantas al Miqdad bin al Aswad menyimbah tanah pada mukanya (orang yang memuji) dan Miqdad berkata, "Kita disuruh oleh Rasulullah S.A.W supaya menyimbah atau melontar tanah ke muka kaki puji".
Manakala Abdul Rahman bin Abi Bakrah meriwavatkan dari bapanya, maksudnya : "Seorang lelaki memuji kawannya di depan Nabi S.A. W. Lantas Nabi menegur dengan katanya, "Celaka kamu, kamu telah memotong tengkok kawanmu" (baginda melafaznya berkali-kali). Apabila salah seorang dari kamu tidak dapat mengelak kecuali memuji kawannya maka hendaklah ia berkata: "Pada perkiraan saya orang ini demikian, demikian, dan pada Allah ada penilaiannya dan aku tidak memuji seseorang itu mengatasi, pujian Allah itu pun kalau ia mengetahui tentang kebenaran yang dipuji".
3) Mendampingi Golongan Yang Bersifat Kagum Dengan Diri Mereka Sendiri
Kadangkala sebab yang menjadikan seseorang itu terpesona dengan diri sendiri adalah berpunca dari perdampingan dan pergaulan mereka dengan golongan yang bersifat tersebut. Hal ini berlaku disebabkan tabiat manusia begitu sekali terpengaruh dan terkesan dengan perwatakan rakannya, lebih-lebih lagi jika rakannya itu mempunyai perwatakan yang begitu hebat dan memiliki pengalaman yang banyak serta banyak mengharungi liku-liku hidup sedangkan orang yang mendampingi mereka tidak mengetahui tentang hakikatnya yang sebenar. Dengan yang demikian, ia sudah pasti akan terpengaruh dengan apa sahaja yang disogok kepadanya. Oleh kerana itu kiranya rakan yang didampingi itu sudah dijangkit penyakit ini maka ianya pasti berjangkit kepada orang yang mendampinginya. Maka ia juga akan bersifat seperti rakannya.
Kemungkinan di sinilah rahsia di sebalik penegasan Islam tentang perlunya memilih rakan agar ianya dapat memberi buah atau hasil yang baik, dan kesudahan yang terpuji.
4) Berada Di Dalam Nikmat Dengan Melupai Penganugerah Nikmat (Allah)
Kadangkala sebab yang menjadikan seseorang itu terpesona dengan dirinya sendiri ialah disebabkan ia berada di dalam nikmat. Sedangkan ia melupai penganugerah nikmat.

Terdapat jenis amilin di mana apabila
Allah mengurniakannya nikmat sama ada nikmat harta benda, ilmu
pengetahuan, kekuatan, pangkat atau seumpamanya dia akan tenggelam
dengan nikmat tadi sehinggakan dia melupai pemberi nikmat itu, iaitu
Allah. Hasil dari pengaruh nikmat dan kekuasaannya itu maka dirinya
membisik bahawa apa yang diperolehi dari nikmat tadi tidak lain dan
tidak bukan kerana keupayaan dan kebolehan yang ada padanya seperti yang
dilafaz oleh Qarun: "(Qarun berkata), sesungguhnya apa yang diberi kepada aku harta, itu kerana ilmu yang ada pada-ku". (Al Qasas:78)
Bisikan ini akan terus bersemarak di dalam dirinya sehinggalah ia melihat bahawa ia telah sampai ke kemuncaknya dengan merasai begitu selesa, dan dia bergembira setiap apa yang dihasilkannva. Sekalipun apa yang dilakukannya itu tidak betul. Yang demikian itulah dinamakan Al I'jab bi Nafsi.
Kemungkinan di sinilah rahsia di sebalik penegasan Islam bahawa punca bagi segala nikmat adalah datangnya dari Allah. "Dan apa yang kamu perolehi dari nikmat adalah anugerah dari Allah". (An Nahl:53)
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu-ibu kamu dalam keadaan kamu tidak mengetahui sesuatu, dan Allah jadikan kepada kamu pendengaran, penglihatan, dan panca indera, agar kamu bersyukur". (An Nahl:78)
"Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menunjukkan untukmu apa yang di langit dan di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmatNya zahir dan batin" (Luqman:20)
"Wahai manusia ingatlah tentang nikmat yang Allah berikan ke atas kamu. Adakah pencipta (Khaliq) yang lain selain dari Allah memberi rezeki kepada kamu". (Fatir:3)
Oleh itu, setiap Muslim adalah berkewajipan bermunajat kepada Tuhannya pagi dan petang dengan berdoa tiga kali; "Ya Allah, apa saja nikmat yang aku perolehi di waktu pagi atau dari mana satu makhluk engkau, maka dari engkau sahaja dan tidak ada sekutu bagi engkau maka segala pujian dan segala kesyukuran bagi engkau".
5) Memikul Tugas Sebelum Matang & Pentarbiyahan Secukupnya
Kadangkala berlakunya Al I'jab bi Nafsi adalah disebabkan seseorang itu dibebankan dengan tanggungjawab sebelum ia matang atau di-tarbiyyah dengan secukupnya. Ini disebabkan fenomena yang wujud di dalam gerakan Islam itu sendiri di mana mahu tidak mahu sebahagian amilin terpaksa bertanggungjawab mengendalikan sebahagian kerja pada hal mereka belum layak untuk memikul tugas tadi. Sama ada dari sudut kewibawaan ataupun keupayaan. Dalam keadaan inilah syaitan akan mula membisik pada hati kecil mereka bahawa mereka tidak mungkin diserahkan tugas atau diberi kepecayaan bagi menduduki tempat yang dimilikinya sekarang ini kecuali kerana kebolehan dan keupayaan yang mereka miliki.
Godaan syaitan tadi telah mempesonakan mereka. Hal ini berlaku kerana mereka terlupa tentang tipu daya syaitan. Mereka akan mula beranggapan bahawa sememang-memangnya mereka adalah orang yang layak dan berkebolehan. Di sini mulalah mereka cuba mengangkat diri lebih dari tahap yang sepatutnya, sehinggalah mereka terjebak dengan apa yang di panggil Al I'jab bi Nafsi, wal'iyazubillah.
Kemungkinan di sinilah rahsianya kenapa Islam begitu prihatin tentang perlunya berpengetahuan dan kefahaman (fiqh). Pengetahuan dan kefahaman ini perlulah wujud pada diri seseorang itu sebelum ianya dipikulkan dengan tanggungjawab atau kepimpinan.
Firman Allah bermaksud,"Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya supaya mereka itu dapat menjaga dirinya". (At Taubah:122)
"(Allah) memberikan nikmat kepada siapa yang ia kehendaki. Dan barang siapa yang diberi nikmat sesungguhnya ia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tiada yang mengambil pengajaran kecuali orang yang berakal" (Al Baqarah:269)
Nabi S.A.W bersabda, "Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan dengannya, maka Allah menjadikannya memahami di dalam agama".
Manakala Umar al Khattab pernah berkata yang bermaksud,"Hendaklah kamu faham (berpengetahuan) sebelum kamu menjadi ketua".
Apa yang dimaksudkan oleh Umar ialah supaya menuntut ilmu sebelum kamu menjadi pemimpin atau menjadi orang yang bertanggungjawab. Semoga dengan itu kamu akan memahami tentang penyakit-penyakit yang akan timbul dari kekuasaan dan tanggungjawab. Maka mudahlah untuk kamu mengatasinya.
6) Gagal Mengenali Tentang Hakikat Diri
Kadangkala berlaku Al I'jab bi Nafsi adalah berpunca dari kealpaan atau kejahilan tentang hakikat diri. Apabila manusia alpa atau gagal mengenali hakikat dirinya. di mana manusia pada hakikatnya dijadikan dari air mani yang keji yang keluar dari saluran kencing, dan mereka juga adalah makhluk yang pada tabi'i dan sifatnya penuh dengan kekurangan. di samping itu pada akhirnya mereka akan disemadikan di dalam tanah sebagai tempat kembali. Maka pada masa itu, diri mereka akan menjadi bangkai busuk yang menjijikkan. dan menjadikan seluruh makhluk akan menjauhkan diri kerana tidak tahan dengan bau busuknya.
Apabila realiti ini dilupai oleh manusia. bahkan ia merasai dirinya begitu penting, apatah lagi pihak syaitan terus merangsang tentang apa yang sedang bermain di kepalanya. Maka pada akhirnya ia akan terpesona dengan diri sendiri.
Di sinilah rahsia yang diulang berkali-kali oleh Al Quran dan As Sunnah tentang hakikat diri manusia bermula dari tahap awal ia dijadikan sehinggalah kesudahan hayatnya. Firman Allah S.W.T bermaksud,"Yang mencipta sesuatu dengan baiknya dan dimulakannya kejadian manusia berasal daripada tanah. Kemudian ia menjadikan keturunan manusia dari sejenis pati iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang". (As Sajadah:7-8)
"Adakah tidak kami ciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang". (Al Mursalat:20)
"Kemudian dimatikannya lalu diperintahkan supaya ia dikuburkan". (Abasa:21)
7) Keturunan Yang Baik & Mulia
Kadangkala sebab yang membawa kepada Al I'jab bi Nafsi ialah kerana seseorang itu berasal dari keturunan yang baik dan mulia. Apabila seseorang amilin menyedari bahawa dirinya datang dari keluarga kenamaan atau dari keturunan yang baik dan mulia ia mungkin akan merasai bahawa diri dan apa sahaja yang dicetuskannya adalah baik belaka.
Pada hal dia lupa atau sengaja melupakan bahawa keturunan atau asal-usul tidak mungkin menjadikan seseorang itu maju ke depan atau pun mundur ke belakang. Bahkan punca segala ini bergantung kepada tindakan yang dilakukannya dengan begitu bersungguh-sungguh dan berpenat-lelah. Cara yang demikian akan terhakis rasa bangga dengan keturunannya yang mulia dan baik yang membawanya kepada Al I'jab bi Nafsi.
"(Balasan baik yang dijanjikan oleh Allah itu) tidak akan diperolehi hanya dengan kamu berangan-angan, dan tidak pula dengan angan-angan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani). Sesiapa yang melakukan kejahatan ia akan dibalas dengan kejahatan itu dan ia pula tidak akan dapat (selain dari Allah) seorang pun yang akan melindunginya dan tidak juga yang akan menolongnaa. Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh dari lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman maka mereka akan masuk syurga dan mereka pula tidak akan dianiyai (atau dikurangkan balasannya) sedikit pun". (An Nisa':123-124)
Dalam hubungan ini, Nabi S.A.W turut menerima wahyu Allah yang bermaksud,"Dan hendaklah kamu memberi amaran kepada ahli keluarga kamu yang terdekat". (Al Syura:214)
Lantas Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud, "Wahai kaum Quraisy belilah diri kamu dari Allah, aku tidak terkaya tentang kamu dari Allah sesuatu pun. Wahai Bani Abdul Muttalib! Aku tidak terkaya tentang kamu semua dari Allah sesuatupun. Wahai Abbas bin Abdul Muttalib! Aku tidak terkaya tentang kamu dari Allah sesuatu pun. Wahai Sofiah ibu saudarakul (Rasullullah) Aku tidak terkaya tentang kamu dari Allah sesuatu pun. Wahai Fatimah binti Rasullullah (anakku) mintalah dari aku apa yang kamu kehendaki. Aku tidak terkaya tentang kamu dari Allah sesuatu pun".
8) Keterlaluan & Berlebihan Dalam Memberi Penghormatan
Kadangkalanya sebab yang membawa kepada Al I'jab bi Nafsi adalah disebabkan penghormatan yang diberi kepada seseorang itu agak berlebihan dan keterlaluan. Kadangkala kita dapati ada di kalangan para amilin yang diberi penghormatan oleh rakan-rakan di dalam jamaah atau orang lain dalam keadaan yang agak berlebihan dan keterlaluan yang mana ia jelas bercanggah dengan pertunjuk Islam, dan ditolak oleh undang-undang Allah.
Sebagai contoh mereka terus bangun atau duduk selagi mana orang yang dimuliakan itu bangun atau duduk. atau mencium tangannya dan membongkok diri bila berhadapan dengannya atau mengikutinya dari belakang apabila ia berjalan. Bila penghormatan yang sedemikian diberi, orang tadi akan merasai segala penghormatan yang diberi kepadanya tidak lain dan tidak bukan ialah kerana keupayaan dan kehebatan yang ada padanya dan tidak pula ada pada orang lain. Bisikan ini akan terus bersemarak di dalam dirinya sehinggalah membawanya kepada al I'jab bil Nafsi, wal iyazubillah.
Kemungkinan di sinilah rahsianya kenapa Nabi S.A.W melarang para sahabat bangun sebagai tanda penghormatan kepada Baginda seperti yang dilakukan oleh bangsa-bangsa lain dalam memberi penghormatan kepada raja-raja mereka. Baginda bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang suka orang-orangnya bangun berdiri sebagai tanda patuh maka ia telah menempah tempat duduk dari api Neraka".
Suatu hari Nabi S.A.W keluar berjumpa para sahabatnya dengan bertongkat. Maka para sahabat semuanya bangun (memberi penghormatan kepada baginda). Lantas baginda bersabda,"Janganlah kamu bangun (menghormatiku) seperti mana orang-orang 'Ajam bangun untuk menghormati dan membesarkan sesama mereka".
9) Ketaatan Yang Melampaui Batas
Kadangkalanya sebab yang membawa kepada Al I'jab bi Nafsi ialah berpunca dari ketaatan dan kepatuhan yang melampaui batas. Kadangkala terdapat di kalangan amilin yang menerima taat setia dari para pengikut yang begitu keterlaluan, yang jelas tidak selari dengan manhaj Allah sehinggalah ketaatan yang diberi itu seolah-olah kepatuhan berlaku dalam semua perkara sama ada makruf ianya atau mungkar atau yang baik mahupun yang jahat.
Ekoran dari itu akan tercetuslah di dalam dirinya bahawa ia tidak akan ditaati oleh para pengikutnya kecuali kerana keistimewaan yang ada pada dirinya dan tidak ada pada orang lain. Anggapan itu mungkin benar, Sungguh pun demikian ianya tetap dikira Al I'jab bi Nafsi.
Kemungkinan di sinilah rahsia di sebalik penekanan Islam agar ketaatan hanyalah kepada yang makruf bukan pada perkara yang maksiat. Rasullullah S.A.W bersabda, "Ke atas individu Muslim hendaklah dengar dan taat, pada perkara yang ia suka atau benci, kecuali apabila ia disuruh melakukan maksiat. Maka ia tidak boleh lagi dengar dan taat".
10) Tidak Menyedari Tentang Kesan Yang Akan Timbul Dari Perlakuan Al I'jab bi Nafsi
Perkara yang terakhir yang boleh membawa kepada al I'jab bi Nafsi ialah tidak menyedari tentang kesan dan akibatnya Kelakuan dan tindak-tanduk manusia dalam hidup pada kebiasaannya adalah berpunca dari apa yang ia fahami atau tidak fahami tentang akibat yang akan diterima hasil dari tindak tanduknya.
Berdasarkan kepada perkara di atas, sekiranya para amilin atau dai'e gagal memahami akibat yang akan timbul dari perlakuan al I'jab bil Nafsi, maka sudah pasti ia akan ditimpa sifat tersebut Pada masa itu ia akan beranggapan bahawa al I'jab bil Nafsi hanya perkara remeh yang tidak perlu untuk mengelak diri darinya atau menghabiskan masanya untuk mengatasi perkara tersebut.

wassalam....
p/s: wabak sepanjang jalan....
No comments:
Post a Comment