PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...
Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
insyaAllah
Sahabat2, esok Jumaat kan? Jangan lupa Surah As-sajdah (sujud sejadah_subuh)
~~~ Sujud~~~
Sujud Sajadah atau Sujud Tilawah ialah sujud yang dilakukan apabila kita
membaca ayat-ayat sajadah di dalam al-Quran. Ayat-ayat tersebut seperti
ini:
1. Niat - “Sahaja aku sujud sajadah kerana Allah Ta’ala”
2. Takbiratul Ihram
3. Sujud - baca bacaan sujud sajadah di atas
4. Salam
Hukum sujud sajadah di luar ialah SUNAT kepada pembaca dan juga
pendengar bacaan ayat sajadah, dan sujud si pendengar itu tidak
tergantung sama ada pembaca (qari) itu turut sujud atau tidak. Jika
sedang solat berjemaah, makmum WAJIB mengikuti imam jika imam melakukan
sujud sajadah.
"Sesungguhnya orang yang benar-benar percaya kepada ayat-ayat Kami adalah mereka yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat itu mereka segera bersujud seraya bertasbih dan memuji Rabbnya, dan lagi pula mereka tidaklah sombong."[Surah 32: as-Sajdah, Ayat 15]
Ayat-ayat lain ada disenaraikan di sini. Pada ayat sajadah, dalam Resam Uthmani, terdapat tanda berikut di hujungnya:
Pada kebiasaanya, para imam di masjid akan memberitahu para jemaah jika
beliau akan membaca ayat tilawah dan akan dilakukan sujud sajadah pada
rakaat sekian sekian. Maksudnya, apabila pada rakaat yg disbut, apabila
imam menyebut takbir, akan terus sujud kerana telah membaca ayat
sajadah. Sewaktu sujud itu, ini adalah bacaannya:
"Telah sujud wajahku kepada yang telah menciptanya, yang telah memberi rupa baginya dan telah memberi pendengaran dan penglihatan dengan kehendakNya dan dengan kekuatanNya, Tuhan yang penuh limpah keberkatanNya telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian."
Selepas sujud tersebut, kita akan terus bangun semula dan sambung
membaca ayat al-Quran dan teruskan dengan rukuk seperti biasa. Jika ayat
sajadah dibaca di luar solat, rukunnya adalah
2. Takbiratul Ihram
3. Sujud - baca bacaan sujud sajadah di atas
4. Salam
Tempat-tempat sujud sejadah di dalam al-Quran
Ayat sejadah di dalam al-Quran ada 15 tempat ke semuanya. Ini berdasarkan hadis daripada Amru bin al-Asr katanya: “Rasulullah SAW membaca 15 ayat sejadah di dalam al-Quran.” (Riwayat Abu Daud 1401, Ibnu Majah 1057, al-Hakim 1/223, al-Baihaqi 2/314)
Antara tempatnya ialah: -
1) Surah al-A’rof ayat 206:
2) Surah ar-Ro’du ayat 15:
3) Surah an-Nahl ayat 50:
4) Surah al-Isro’ ayat 109:
5) Surah Maryam ayat 58:
6) Surah al-Hajj ayat 18:
7) Surah al-Furqan ayat 60:
8) Surah an-Naml ayat 26:
9) Surah as-Sajadah ayat 15:
10) Surah Fussilat ayat 37:
11) Surah Shood ayat 24:
12) Surah an-Najm ayat 62:
13) Surah al-Inshiqoq ayat 21:
14) Surah al-Alaq ayat 19:
15) Surah al-Hajj ayat 18:
Sekiranya ayat sejadah pada akhir surah, maka bagaimana?
Di sini para ahli sarjana membenarkan untuk kita lakukan tiga pilihan iaitu:-
1) melakukan sujud kemudian bangun balik serta sambung surah yang selepasnya walaupun satu ayat, dan kemudian baru sujud. (Kaedah paling afdhal)
Ini berdasarkan perbuatan Umar al-Khattab RA, dia telah membaca pada waktu subuh surah Yusof dan sujud, kemudian pada rakaat kedua beliau membaca surah an-Najm maka dia sujud, kemudian beliau bangun kembali dan sambung membaca
Rujukan:
1) http://tazkirahperingatan.blogspot.com/2011/09/bacaan-sujud-sajadahtilawah.html
2) http://fikrahhalaqah.com/perbahasan-lengkap-sujud-syukur-dan-tilawah/
apa hukum sekiranya kita tidak membaca bacaan seperti yang dinyatakan semasa sujud tilawah atau sajadah?
ReplyDelete