PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...
Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
insyaAllah
Bait-bait lirik “Dia Kekasih Allah” memberi 1 ilham buat perkongsian.
“Malu rasanya menyatakan cinta,
kepada dia kekasih Allah,
kerana dia insan mulia,
sedangkan diriku insan biasa...
ku pujuk jua,
hati dan jiwa,
membuahkan rasa cinta membara,
kerana pujian ucapan selawat,
tanda penghargaan seorang ummat....
Selagi upaya ku turuti ajarannya,
apa terdaya ku amalkan sunnahnya,
moga di dunia mendapat berkah,
di akhirat sana beroleh syafaat,
kerana perabadimu aku terpesona,
kerana budimu aku jatuh cinta,
Rinduku padanya tiada terkata
Rinduku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga
Sesungguh apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah...."
“kerana perabadimu aku terpesona, kerana budimu aku jatuh cinta......”
Jadi insyaAllah, 1 perkongsian berkaitan indah, sopan, dan lembutnya akhlak Rasulullah s.a.w. yang wajar kita contohi... insyaAllah =)
Muslim r.h.m. meriwayatkan bahawa Muawiyah bin Hakam as- Sulami menceritakan pada suatu hari, katanya “ketika mana aku bersembahyang bersama Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki bersin. Lantas aku berkata: “Yarhamkallah”. Maka seluruh hadirin melemparkan pandangan mereka kepada ku. Aku berkata lagi: “Alangkah malangnya ibuku. Apahal kamu semua memandangku sedemikian rupa.” Mulalah mereka menepuk paha-paha mereka (untuk menyuruhku diam), apabila aku melihat mereka mahu aku diam, maka aku pun diam. Kemudian aku melihat Rasulullah s.a.w. maka demi ibu dan ayahku, aku tidak pernah melihat seorang pendidik sebelum mahupun selepas baginda s.a.w. yang lebih elok cara didikannya daripada baginda nabi s.a.w. Demi Allah, baginda tidak menengking ku sedikit pun, apatah lagi memukul ku atau mencela ku.....
Hanya lah baginda bersabda:
"Inna hazihissolata laa yahillu fiiha syai un min kalaaminnas hazaa innama huwat tasbih, wat takbiru wa qiraatil Quran...."
"Inna hazihissolata laa yahillu fiiha syai un min kalaaminnas hazaa innama huwat tasbih, wat takbiru wa qiraatil Quran...."
Daripada riwayat Muslim bermaksud;
‘’Sesungguhnya sembahyang bukanlah tempat untuk kalam manusia (bercakap sesama mereka), bahkan ia adalah tasbih, takbir, dan bacaan al-Quran......” (RIWAYAT MUSLIM)
Sungguh sopan dan berhikmah sekali tegurannya... =)
Ya Rasulullah...
“kerana perabadimu aku terpesona,
kerana budimu aku jatuh cinta......”
Assalammualaikum wth..
ReplyDeletesalah satu info yang menarik utk dikongsi..
Teruskan berblog wahai sahabiah...
Ana dah follow blog enti..
Jemput follow blog ana ya :
http://preciousinsyirah.blogspot.com/