Thursday, December 22, 2011

Jiwa Positif Hidup BerTuhan...

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA 
insyaAllah

JIWA POSITIF HIDUP BERTUHAN


Bismillahi tawakkal tu a'laAllah =)

Bagaimana kita sebagai hamba mahu mencipta jiwa yang sentiasa positif?

Bagaimana kita sebagai hamba mahu mencipta perasaan yang ingin kepada Allah?

Bagaimana kita mahu merasakan kehadiran Allah dalam setiap apa yang kita lakukan?

Bagaimana kita mahu sentiasa rasa bahawa diri diperhatikan Allah?

Bagaimana kita mahu yakini bahawa CCTV Allah itu 24jam?

Bagaimana kita mahu amalkan konsep IHSAN dalam kehidupan?

So,

Bagaimana mencipta jiwa positif dan hidup bertuhan?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(^_~)
Subhanallah, Walhamdulillah, WaLaailaha illAllah, Allahu Akbar

Di sini cuba ana kongsikan daripada seseorang yang ana kagumi: 
En Fuad Latip
Penulis buku: Jiwa Positif Hidup BerTuhan
 (pensyarah kejuruteraan UiTM Shah Alam)

Jika Dunia Ikut Kehendak Kita

Seandainya setiap diri kita ingin dunia ini menjadi seperti apa yang kita inginkan dan harapkan… bukan seperti apa yang Allah aturkan, pastilah kucar kacirnya dunia ini.
Ketika saya ingin makan, tetapi ada seorang sahabat ingin saya menemani beliau ke suatu tempat dalam masa yang sama dan ada lagi seorang sahabat ingin bertemu saya di tempat lain dalam masa yang sama… dan semua ini dimakbulkan Allah serentak… 

bagaimanakah agaknya keadaan ketika itu?

Kita harus menjadi 3 orang tetapi satu.
Ketika kita ada masalah dengan orang lain dan kita ingin orang lain sama seperti apa yang kita inginkan sedangkan orang itu ingin sesuatu yang lain dari kehendak kita dan kedua-duanya dilaksanakan oleh Allah pada masa yang sama, apakah akan terjadi pada orang itu?…

2 tetapi satu.
Ketika doktor ingin ada yang sakit untuk memiliki rezeki dan sudah tentu dalam masa yang sama kita memohon agar sihat lalu Allah melaksanakan kedua-duanya… kita sakit dan sihat dalam masa yang sama… pastilah kita menjadi 2 dalam 1.

Kucar kacirlah dunia ini.

Ternyata dunia ini berjalan mengikut aturanNya. Belajarlah untuk menerima aturan Allah perlahan-lahan namun dalam masa yang sama lakukan terus apa yang Allah perintahkan.
Berusahalah terus kerana Allah memberi ilham kepada sesiapa yang DIPERCAYAINYA agar apa yang dilakukan hambaNya yang dipercayaiNya itu selari dengan aturanNya sehingga hambaNya berasa doa mereka telah dimakbulkan oleh Allah SWT. Berusaha itulah membuktikan seseorang itu boleh dipercayai.

Belajarlah mencintai lebih dari dicintai.

Belajarlah mengikut aturan Allah SWT.

"Yakinilah bahawa Allah Maha Mengatahui apa yang terbaik buat kita"

 Allah itu sungguh sweet dalam tarbiyyahNYA cuma kita hamba gagal mengerti

Gagal Memiliki Kesedaran Tertinggi

Mengapa gagal memiliki kesedaran tertinggi akan Allah SWT?
Kerana ketika kita ingin benar ke Allah, niat kita tidak benar-benar ikhlas.

  • Kita ke Allah kerana ingin masalah selesai.
  • Kita ke Allah kerana ingin sembuh dari penyakit.
  • Kita ke Allah kerana ingin kaya dan banyak harta.
  • Kita ke Allah kerana ingin bahagia. Kita ke Allah kerana ingin tenang.
  • kita ke Allah kerana ingin berjaya.
  • Kita ke Allah kerana anak/suami/isteri.
  • kita ke Allah kerana stress.
  • kita ke Allah kerana ingin dinaikkan pangkat dan darjat.
  • kita ke Allah kerana ingin panjang umur.
  • kita ke Allah kerana…. kerana… etc…

Akhirnya kita akan sangkut… terhenti di semua “kerana-kerana” kita itu tadi. 
Kita tidak menuju benar ke Allah. 
Kita tidak ikhlas benar ingin ke Allah untuk dekat kepadaNya.
Akhirnya kita akan melakukan ibadah, mendirikan solat kerana inginkan sesuatu. 
Membaca Al-Quran kerana mengejar fadhilatnya.
Pergi haji kerana ingin memohon sesuatu. 
Membayar zakat dan sedekah kerana mengharapkan sesuatu.
Semuanya sebenarnya bukan untuk Allah tetapi untuk kita juga. 
Lalu apakah ini dinamakan ibadah kerana Allah? 
atau sebenarnya adalah ibadah kerana diri sendiri?
Sudahlah… betulkanlah kembali niat kita. 
Ingin ke Allah kerana tidak ada yang lain melainkan kerana Allah.

Keperluan lain itu lebih diketahui oleh Allah untuk diri kita malah Allah lebih tahu dari kita tahu apa keperluan untuk kita.

Terima kasih kerana kembali sedar dan kembali memperbetulkan niat.
"Setiap amalan bermula daripada niat"
 
"IKHLAS umpama seekor semut hitam yang kecil, yang berjalan di atas batu hitam pada malam yang gelap gelita, iaitu pasti hanya Allah yang mengetahui kehadirannya di situ"


Ikhlas lah umpama seekor semut, dia rajin, semangat, namun tidak kisah walau diri tiba-tiba mati terpijak, atau lemas di air, apa yang diinginkan hanyalah matlamatnya tercapai...

The Power of Expectation


“The Power of Expectation” yang sebenar atau prasangka yang benar itu bergantung kepada keyakinan (trust) dan percaya (believe) kita. Fitrahnya kita adalah seandainya kita yakin sesuatu itu baik, pasti prasangka kita baik.

Prasangka yang dibuat-buat pasti wujud penentangan dari jiwa. Dan jiwa tidak akan mengikut apa yang dikatakan oleh fikiran selagi sesuatu itu menjadi realiti seperti apa yang difikirkan.

Rasulullah bersabda : ‘Allah berfirman : Aku berada di dalam sangkaan hambaKu tentang diriKu. Aku menyertainya ketika dia menyebutKu. Kalau dia menyebutKu kepada dirinya, maka Aku menyebutnya kepada diriKu, kalau dia menyebutKu didepan orang ramai, maka Aku menyebutnya di depan orang dengan keadaan yang lebih baik daripada diri mereka.’ (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sangkaan yang disabdakan oleh Rasulullah adalah menggambar keadaan hati kita kepada Allah. Ia bergantung kepada keyakinan kita. Sangkaan yang dibuat-buat tanpa ada keyakinan pada Allah sebenarnya tetap tidak mampu membina keyakinan hati.

Lalu persoalannya, bagaimana untuk membina keyakinan?

Sentiasalah sedar dalam bersyukur. Ketika kita melalui hidup ini setiap saat kita tidak pernah terlepas walau sesaat pun menerima rahmat Ilahi.

Bersyukurlah kepada Allah dalam kesedaran kepadaNya. Bukan kepada “benda” atau “perkara” yang kita miliki. Tapi kepada Yang Maha Pemberi “benda”, “perkara” dan juga kejayaan iaitu Allah SWT.

Dengan bersyukur, keyakinan kepadaNya akan terbina dan kita akan sendiri berprasangka baik pada Allah.


Kenal Allah >>> Sedar Allah setiap saat >>> Bersyukur pada Allah >>>Yakin pada Allah >>> berprasangka baik pada Allah >>> bersemangat melakukan kerja >>> sabar dalam melakukan kerja >>> menerima dan mengikut ketetapan Allah >>>redha + pasrah + berserah >>> Jiwa yang bahagia  >>> Iman bertambah disamping iman yang lalu

 ~~~semangat~~~
teruskan perjuanganmu, you can do it
"put your trust to Allah 100%"

Menghargai Itu Membuang Ego


Belajar untuk lebih menghargai orang lain daripada ingin dihargai. Belajarnya biar sampai benar-benar penghargaan itu datang dari jiwa. Susah menghargai orang lain terutama orang yang kita sayangi lebih menguatkan ego kita. Ketika kita menghargai orang lain dengan benar, ego ini akan hancur sedikit demi sedikit dan akhirnya lebur. Menghargai ini memberi makna kita benar-benar bersyukur kerana orang yang bersyukur yang mampu menghargai dengan benar… penghargaan dari jiwa.

 "Apabila kita tenang dalam menerima takdirNya, sama ada kita suka atau tidak suka, Allah pasti akan memberikan ganjaran mahupun hikmah terbaik berkat dari kesabaranmu"

"Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT di dalam Kehidupan"


  الَّذِینَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِآْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِآْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
 
“Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati-hati menjadi tenang tenteram."
(Surah Al-Ra’du: Ayat 28)

Kita perlu sentiasa yakin pada Allah, tapi bagaimana keyakinan tetap kukuh walau kadang-kala diuji? Haaaa di situ lah letaknya sejauh mana kita benar-benar ikhlas terhadap qada' qadar Allah... jika hati benar-benar ikhlas, kita pasti tidak mengharapkan balasan bukan? Allah yang Maha Tahu pasti tersangat Arif tentang segala apa yang diperbuatNya =)

Waallahu a'lam...


"BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL"

No comments:

Post a Comment

linkWithin

Related Posts with Thumbnails