PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...
Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
insyaAllah
Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan untuk tangan ini menaip beberapa patah kata buat pembuka tahun baru 2012 ini. Thank you Allah atas segalanya….
Salam sayang dengan penuh tulus ikhlas buat semua pengunjung laman maya ini… jazakallah atas setiap ziarah antum moga beroleh manfaat bersama dalam perkongsian ilmu. Laman maya dengan address: http://bintisumayyah.blogspot.com dan nama pena maya PencintaAllah, sebenarnya baru sahaja bertapak sebagai medan bagi penulis berkongsi sedikit kata bicara. Sebenarnya diri hamba ini tidak layak mengguna kata pena PencintaAllah kerana pasti banyak dosa-dosa dilakukan sebagai hamba yang masih terlalu cetek ilmunya, namun insyaAllah sentiasa mencari-cari ruang untuk mendapat cinta yang agung yakni cinta dari Sang Pencipta cinta, Allah S.W.T. insyaAllah, moga hidup dan mati ku dalam redhaNYA sentiasa. Sering kali ditanya, kenapa “bintisumayyah” menjadi pilihan hati? Adakah Sumayyah binti . . . . .? Haha… masyaAllah entah la… ana akui “bintisumayyah” ertinya “anak perempuanku Sumayyah”, namun pada Allah la semuanya disandarkan kerana Dia Maha Mengetahui…
Sebenarnya, nama Sumayyah banyak membawa erti dalam hidup ana sendiri. Normal, jiwa remaja yang banyak dipengaruhi persekitaran luar, kadang-kadang kita agak degil dan ego, untuk ke majlis ilmu sendiri agak sulit dan sukar… malas diri ini suatu ketika dahulu untuk membawa kaki sendiri ke taman-taman syurga atau majlis-majlis ilmu, usrah, surau, dan sebagainya… Namun, suatu hari seorang teman meminta untuk menemaninya ke satu program motivasi. Di sana Alhamdulillah salah satu slotnya, seorang ustaz itu telah menceritakan dengan penuh mendalam “sejarah Sumayyah”… Sumayyah? Sejarah wanita mulia ini telah membuatkan ana terkesan dengan begitu mendalam sehingga ke hari ini. Lembaran baru bermula dan Allah gerakkan hati ini hanya kerana sejarah seorang yang bernama “Sumayyah”…
“Sumayyah kau dibunuh di dunia sementara, untuk hidup di syurga yang selama-lamanya…..”
Sumayyah itu hanya hamba, bukan hamba biasa, hamba kepada Tuhannya, dia juga hamba kepada tuannya… namun, walau jasadnya bertuan, tapi hatinya milik Tuhan. Teguh akidahnya, kukuh imannya, kuat keyakinannya, cekal dan tabah mindanya, sehingga dia bergelar wanita pertama yang syahid demi mempertahankan akidahnya… begitu mulia dirimu duhai Sumayyah.
“Sabarlah keluarga Yassir bagimu syurga di sana…”
insyaAllah…
Haaa… kepada semua, kita juga mahu mencari syurga bukan? Kita juga mahu menjadi hamba Allah yang hebat bukan? Dan semestinya kita mahu kekasih agung kita Rasulullah s.a.w. bangga punya umat seperti kita bukan? Jadikan tahun baru ini lebih baik dari sebelumnya, dan jangan berlengah lagi… Mula dari sekarang. Contohilah baginda dalam kehidupan, nasihat untuk ana sendiri jua, insyaAllah.
Daripada blog Fatimah Syarha, ana kongsikan bersama bahawa tiada insan yang lebih istimewa selain Rasulullah s.a.w.
Tiada Insan Yang Lebih Istimewa...
Rasulullah SAW paling istimewa. Kehidupan baginda mampu memberi contoh daripada pelbagai dimensi:
Bagindalah pemuda pemalu.
Bagindalah pemuda berani.
Bagindalah contoh di kala remaja.
Bagindalah contoh di kala dewasa.
Bagindalah orang miskin.
Bagindalah orang kaya.
Bagindalah rakyat biasa.
Bagindalah bangsawan mulia.
Bagindalah pemerintah yang sibuk.
Bagindalah pemimpin yang adil.
Bagindalah ketua sekalian umat yang pelbagai.
Bagindalah orang biasa yang ada masa lapang.
Bagindalah yang pandai berjenaka.
Bagindalah yang serius dalam tugasnya.
Bagindalah bicara penuh berhikmah.
Bagindalah sopan dan lembut dalam akhlaknya.
Bagindalah tegas dalam pendiriannya.
Bagindalah yang sangat menghormati wanita.
Bagindalah yang istimewa.
Bagindalah segalanya…
“Bagindalah the top of 7 HIGHLY MOST EFFECTIVE PEOPLE in the world”
Say: Allahumma sollia’la sayyidina Muhammad wa a’la alihi wa sohbihi wassallam
Rasulullah s.a.w. sangat rindu umatnya berselawat kepadanya, setiap hari baginda menanti kita untuk berselawat kepadanya… ayuh berselawatlah sentiasa. Kita tidak rugi sedikit pun, malah untung berganda-ganda…yakinilah syafaat daripadanya.
Subhanallah! Inilah kisah hidup manusia paling sempurna yang pernah Allah SWT cipta. Jom jadikan baginda contoh ikutan kita yang paling utama. Tahun baru, baharukanlah cinta kepada baginda. Do right thing in right time.InsyaAllah, put your trust to Allah…
AHLAN WA SAHLAN 2012
Istimewa buat semua yang sangat dihargai dan disayangi sentiasa.
Jom meriahkan sambutan tahun baru 2012 dengan majlis ilmu
Jom meriahkan sambutan tahun baru 2012 dengan majlis ilmu
Setiap majlis-majlis ilmu itu adalah "raudatul jannah", iaitu taman-taman syurga, yang pastinya penuh keberkatan daripadaNYA, insyaAllah
Salam sayang buat semua...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam perjuangan
insyaAllah
Wassalam
^_~
No comments:
Post a Comment