Friday, July 1, 2011

Upgrade Siiirrrr Hazarrr... maximum level

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
InsyaAllah
 
 
Rasuah berselerak
di laman politik negara

Fitnah membusuk
kelam politik negara

Boros berleluasa
busuk politik negara

Tipu membarah
rosak politik negara

Ketidakadilan
lumpuh politik negara

Keangkuhan
hilang seri politik negara

Rasuah, fitnah, boros, tipu, ketidakadilan, keangkuhan
Semua ini sampah negara

Terganggu kedamaian politik
Tergugat kesejahteraan politik
Terancam ketenangan politik

Kerna .....

Sampah negara dibuang rata
Sampah negara dibiar kotor
Sampah negara dilonggok busuk
Sampah negara dicampak sepah
Sampah negara dilempar jijik

Ke utara sampah
Ke selatan sampah
Ke timur sampah
Ke barat sampah

Tiada kuasa dan upaya mencicip sampah negara
selain rakyat
Ganding tangan
Langkah kaki
Bergotong royong bersihkan negara

Justeru 9 Julai 2011
Hari Gotong Royong Bersihkan Negara

Bersih negara dari rasuah
Bersih negara dari Fitnah
Bersih negara dari penipuan
Bersih negara dari ketidakadilan
Bersih negara dari keangkuhan

Bersihkan Negara Kita
Bersihkan Negara Kita
Bersihkan Negara Kita

Nukilan :

Nasrudin bin Hassan
Stadium Melawati Shah Alam
29 June 2011 
 
PEMBERITAHUAN POLIS

"ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

DIMAKLUMKAN PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 AKAN DIADAKAN PADA 9/7/2011 DI KUALA LUMPUR. POLIS DIRAJA MALAYSIA TIDAK MENGELUARKAN SEBARANG PERMIT BAGI PERHIMPUNAN TERSEBUT.

IBU PEJABAT POLIS DAERAH SETIU DENGAN INI MENASIHATKAN AGAR SEMUA LAPISAN MASYARAKAT AGAR TIDAK MENGHADIRI PERHIMPUNAN TERSEBUT KERANA IANYA MERUPAKAN PERHIMPUNAN HARAM.

MANA-MANA ORANG YANG TERLIBAT DALAM PERHIMPUNAN HARAM BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN DI BAWAH SEKSYEN 27A(2) AKTA POLIS 1967 DAN BOLEH DISABITKAN HUKUMAN DENDA TIDAK KURANG RM2000 DAN PENJARA TIDAK MELEBIHI SETAHUN."

SUMBER:
KETUA POLIS DAERAH
SETIU, TERENGGANU.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
"put your trust to Allah"

4 comments:

  1. Kepalkan tinju mu ke awan,
    Nyanyi budaya pembebasan
    (Sangar Satu Bumi)

    Bawalah sabun dan segala peralatan mandian
    Ada upacara mandi water cannon beramai-ramai nanti
    Kita akan mandi dan beramah mesra bersama polis
    Pasti mengasyikkan!

    ReplyDelete
  2. Bismillahi tawakkal tu a'lallah...
    ku iringi sahabat2 dengan rantaian doa saban waktu...
    moga dipermudahkan, jangan disulitkanNYA...
    kerna diri ini...
    sudah dikuarantinkan...
    di mahligai "baiti jannati"...

    "just put your trust to Allah"

    Hanya kepadaNYA lah tempat hamba-hamba meminta pertolongan dan perlindungan...

    TAKBIR!!!

    ReplyDelete
  3. Sesungguhnya Bersih ini berbahaya. Polis telah tersilap dalam mentafsir perjalanan gerakan ini.

    Ini buktinya kalau tak perchaya haha :

    http://apih-apes.blogspot.com/2011/07/membongkar-rahsia-pertubuhan-bersih.html

    ReplyDelete

linkWithin

Related Posts with Thumbnails