PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...
Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
InsyaAllah
p/s: post ini ana kongsikan dari sahabat pena maya "KHAZINATUL ASRAR"
http://ansyuhanim.blogspot.com/2011/07/forum-aku-terima-nikahnya.html
InsyaAllah berguna untuk semua pembaca...
Forum Perdana 'Aku Terima Nikahnya' yang telah berjaya disampaikan oleh tiga orang ahli panel hebat iaitu:
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Imam Muda Hassan
YB Senator Mumtaz Md Nawi
Alhamdulillah, forum ini telah berjaya dilaksanakan di Masjid Solihin, Kg Teras Jernang, Bangi pada pagi tadi iaitu bersamaan 23 Julai 2011. Forum ini berlangsung sempena Karnival Islami 2011 ( Karisma '11 ).
Banyak sangat ilmu-ilmu dan perkongsian yang dapat diambil pengajaran dan iktibar buat remaja kini. Apa yang saya tulis semua berdasarkan apa yang saya dapat daripada forum berkenaan.
Apa yang boleh dihighlightkan di sini ialah mengenai pergaulan (ikhtilat) remaja zaman sekarang. Ikuti point-point di bawah tentang penyalahgunaan internet bagi remaja sekarang yang boleh menimbulkan FITNAH pada masyarakat dan inilah dipanggil FITNAH MODEN:
- Menggunakan facebook, laman chat, yahoo messenger untuk bersembang dengan lelaki dan perempuan bukan mahram tanpa ada urusan penting.
- Bergaul bebas di facebook dengan meninggalkan comment pada status-status lelaki dan perempuan bukan mahram tanpa ada isu penting yang hendak dibualkan.
- Tidak menjaga pandangan. Dengan melihat gambar-gambar perempuan di internet.
- Tidak memelihara maruah diri (bagi wanita) dengan meletakkan gambar sebesar-besarnya di facebook, blog dan sebagainya.
- Bersikap sambil lewa tentang pergaulan bebas di alam maya.
Jadi, apa yang ustaz Zaharuddin bahas. Remaja kini ramai yang terjebak dengan 'khalwat'. Hakikatnya, pasangan yang bercinta sentiasa mengamalkan perkara ini iaitu berkhalwat sesama mereka walaupun dengan hanya berchatting, bersms, bercakap melalui telefon, dll. Malah, situasi ini bukan sahaja berlaku kepada mereka yang bercinta, tetapi hakikatnya telah berlaku juga bagi mereka lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan bukan mahram dengan berchatting di laman facebook, ym, bersms di handphone TANPA ada urusan yang penting untuk dibincangkan! Fikirkan.....
So, macam mana kita nak dapatkan pasangan yang soleh dan solehah? Jika sikap kita seperti ini masih berterusan? Renung-renungkan.....
Tambah Us. Zaharuddin lagi, bila mana kita mula berkenan dengan seseorang, lihatlah dirinya dahulu, "Fanzhur ilaiha.." Lihatlah dia, bukan melihat dengan mata kasar sahaja. Malah, lihatlah dari segala sudut, agamanya, ilmunya, amalnya, keluarganya, segalanya perlu diteliti dengan sebaiknya agar tidak mengundang penyesalan dan supaya zuriat kita nanti ialah zuriat yang soleh dan solehah. Kemudian, setelah selesai melihat pasangan yang kita berkenan tu, lihat pula pada diri kita. Amalan kita, ilmu kita, agama kita, adakah layak dan sekufu dengan si folan. Kalau ya teruskan jika tidak, lupakan saja.
Apa yang dikongsikan oleh Imam Muda Hassan pula ialah mengenai isu remaja yang berlaku di Malaysia. Pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Sedih melihat secara langsung bayi-bayi yang telah dicampak dari tempat tinggi sehingga habis patah riuk tulang mereka. Darah keluar memancut-mancut. Senang-senang sahaja mereka (pasangan yang berzina) membuang bayi merata-rata dengan begitu kejam sekali. Budak yang tiada dosa menjadi mangsa. Inilah realiti yang berlaku di negara kita!
Apakah puncanya? Mari ikuti point seterusnya penyebab perkara ini berlaku:
- Perkenalan awal di antara lelaki dan wanita bukan mahram. Mula-mula sengaja menggunakan kaedah 'islamik' dengan mengatakan "Assalamu'alaikum tak jawab dosa" mulalah si perempuan menggelabah jawab salam sebab takut dosa.
- Selepas berkenalan, mulalah berkawan. Mula-mula kawan biasa, saya awak...Lama-lama sayang sayang sayang saaaayang sayang....Entah kita pun tak faham apa yang kome ni cakap. (Gaya Imam Muda Hassan cakap Perak)
- Mulalah bercinta bagai nak rak!
- Mulalah bercakap melalui telefon.
- Mulalah berjumpa dan berjalan sama-sama. Mula-mula, tak boleh pegang-pegang ye...Lama-lama,eh tersentuh la...Dah best pulak sentuh, dan kemudian, mulalah pegang sana pegang sini....
- Akhirnya terrrmengandung dan lahirlah anak luar nikah dan
- Malu! Akhir sekali anak dibuang di merata-rata tempat!
Inilah fenomena yang berlaku pada akhir zaman ini.
Masih terngiang-ngiang apa yang dilontarkan oleh YB Mumtaz mengenai remaja yang ingin berkahwin tapi masih tertangguh kerana ibu bapa tidak mengizinkan berkahwin awal.
Seronok dengar jawapan YB Mumtaz. Beliau berkata bukan mak bapak tak mahu anak-anaknya untuk berkahwin awal. Tapi, cuba tengok anak-anaknya di rumah. Kadang-kadang mak dan ayah sengaja tinggalkan rumah tengok bagaimana pengurusan anak-anaknya di rumah. Yang perempuan, bolehkah dia menjaga makan minum adik-adiknya, mengemas rumah sebaiknya. Balik-balik rumah saja, tengok rumah macam tongkang pecah! Ruang tamu jadi dapur, dapur habis bersepah dan sebagainya. Tiba-tiba si anak datang jumpa mak cakap "mak, nak kahwin". Jangan harap mak nak izinkan kahwin kalau macamni lah hasilnya.
Serupa juga dengan anak lelaki, kemas rumah malas. Solat nak jadi imam pun hampeh, duduk depan komputer main games je tahu. Habis lari semua tanggungjawab. Tiba-tiba datang jumpa mak cakap nak kahwin. Macam mana mak nak bagi kahwin. Urusan diri pun terkontang-kanting.
Jadi, buat remaja janganlah terlalu fikir tentang cinta. Cinta itu datangnya hanya selepas kita nikah. "Aku terima nikahnya..." "Qobiltunnikaahahaa...قبلت نكاحها"
Inilah cinta yang sah di sisi Islam, dan percintaan ini pun dikira sebagai ibadah. Bila mana kita makan bersama, mandi bersama, bergurau senda bersama, solat bersama, itu semua dapat pahala, jadi satu ibadah. Sedangkan kalau buat semua ini sebelum nikah, bukan dapat pahala, dapat dosa dan malah boleh mengundang bala dari Allah.....
Kesimpulannya, marilah sama-sama kita kejar redha Allah. Bukan redha manusia yang kita cari. Carilah cinta Allah yang kekal abadi. Tiada palsu, tidak akan kecewa apabila kita bercinta denganNya. Bagi remaja yang sudah terjebak dengan percintaan yang tidak sah cepat-cepatlah ubah. Masih ada harapan sebelum mengundang murka Allah.
Berhubunglah dengan menggunakan orang tengah yang boleh dipercayai (thiqah). Kalau betul hendak bernikah dengannya, jagalah hubungan anda. Jangan berhubung dengan pasangan anda, hanya ada urusan betul-betul penting saja diharuskan. Tapi, jangan pula mencari urusan dan topik penting untuk dibincangkan dengan pasangan anda, hanya semata-semata ingin berhubung dengan si dia. Jauhkanlah sebelum murka Allah datang mengundang.
Bertunanglah segera, dan segerakan pernikahan agar tidak menimbulkan fitnah di mata masyarakat dan tidak mengundang makhluk ketiga datang mengganggu.
Pelihara aurat, jaga pandangan, jauhi fitnah, jaga batas pergaulan inshaAllah redha Allah akan kita kecapi.
Sedikit yang dapat saya kongsikan, sebab banyak juga yang tak ingat. Hanya yang ingat saja saya tuliskan. Sama-sama kita beramal dengan ilmu yang ada.
Wallahu a'lam.
satu forumm yg menarik....
ReplyDeletesayang x dpt pegi....
anti g ke??
salam...
ReplyDeleteana pun tak pergi...
tapi alhamdulillah dapat juga berkongsi drp post "KHAZINATUL ASRAR"...
Boleh share dengan sahabat lain...
Ramai tak tahu terutamanya hal "fitnah moden", ikhtilat antara lelaki dan wanita,
insyaAllah moga semua mendapat pengajaran
syukran a'la ziarah :)
Wanita Itu BUKAN Seperti BUNGA, yang wanginya bisa dicium setiap kumbang..
ReplyDeleteTetapi WANITA itu seperti EMAS
berharga dan MAHAL
disimpan di tempat yang tertutup
agar tak dicuri orang
walau jatuh ke dalam lumpur
dia tetap berharga
dan tak b'kurang sedikit pun nilainya..
InsyaAllah,Amin Ya Allah..^_^
Assalamu'alaikum kak... Syukran atas infonya, Rindu kak asma'...
ReplyDeleteAssalamu'alaikum...
ReplyDeleteperkongsian yang sgt menarik utk org yg xpergi macam saya...syukran jzln atas perkongsian