Thursday, July 21, 2011

Ini Peranan Kita...

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
InsyaAllah
 
Realiti Kita

Kembali melihat kepada sejarah yang panjang ini. Sebagaimana sunnah-sunnah yang lain, sejarah pasti melalui perjalanan yang sama sepertimana yang diatur oleh Allah s.w.t. Bangkit dan jatuh umat Islam pada zaman lalu melalui sebuah perancangan Allah yang tetap, dan Allah 
sebaik-baik perancang.

Kita sewajarnya menilai kembali realiti umat Islam kini. Dimanakah kita berada sekarang?
Adakah kita berada di Era Abassiyyah yang mempunyai tamadun Islam yang hebat?
atau, di Era Umayyah yang mempunyai kerajaan Islam yang luas?
atau, di Era Madinah yang mempunyai sebuah negara Islam yang kuat?
atau, di Era Makkah…?
Penilaian mestilah dibuat mengikut realiti umat. Penilaian ini menentukan tindakan 
dan hala tuju kita selepas ini. Pada setiap era, umat Islam mempunyai peranan mereka yang tersendiri. Peranan dan tanggung jawab ini ditentukan oleh suasana pada masa tersebut. Sepertimana usaha Nabi Muhammad s.a.w. yang melalui fasa-fasa yang tertentu 
(seperti Dakwah Sirriyyah dan Dakwah Jahriyyah atau Dakwah Fardiyyah dan 
Dakwah Dauliyah), kita sewajarnya mengambil iktibar
untuk bertindak dan berperanan mengikut tuntutan semasa:


Hakikatnya, kita berada di dalam era Makkah. Tamadun Islam telah lama jatuh dan 
dikambus oleh kemajuan Barat yang menguasai dunia kini. Tiada sebuah negara 
pun yang mampu mewakili Islam dalam memperjuangkan keadilan dan kesejahteraan 
umat Islam. Sistem Khilafah sudah lama hancur oleh tangan nasionalis dan imperalis. 
Islam telah kembali dagang dalam dunia yang dulu

Tidakkah Nabi Muhammad s.a.w. memulakan usahanya menyebarkan Islam 
dalam keadaan dagang. Islam tidak dikenali, masyarakat hanya memahami agama 
melalui nenek moyang, moral masyarakat dikuasai hawa dan jiwa mereka 
menderita di dalam ‘keseronokan dunia material’.

Tanggungjawab Kita

Setiap zaman akan mempunyai tuntutan prioriti yang tersendiri mengikut keadaan 
dan suasana tertentu. Sekiranya Ibnu Sina atau Khawarizimi dilahirkan pada era
Makkah tidaklah mereka melainkan bersungguh-sungguh melaksanakan 
dakwah sepertimana Rasulullah s.a.w. dan para sahabat telah lakukan ketika itu.
Begitu juga, jika Imam As-Syafie hidup di era daulah, pastinya
beliau akan turut sama dalam usaha perluasan kuasa kerajaan Islam.

Rata-rata manusia keliru dalam meletakkan kepentingan kepada sesuatu perkara. 
Lantaran itu, mereka mula berfikir di luar realiti dan merancang mengikut 
angan-angan dan imaginasi. Mungkin sebahagian lagi mula mengambil langkah 
yang tergesa-gesa untuk mencapai kembali kegemilangan ummah.

Sebilangan umat Islam menyangka dengan membangunkan ilmu dan teknologi 
umat Islam dapat mengembalikan keagungan tamadun Islam…lalu mereka 
mengambil asas dan nilai dari Barat dalam mencorak ‘tamadun baru Islam’.

Sebilangan umat Islam sudah bosan dengan penindasan terhadap Islam…
lalu mereka terus mengangkat senjata mengadakan penentangan terhadap golongan Kuffar.

Sebilangan lagi sudah lama menanti, bilakah negara Islam akan muncul kembali…?
Sebilangan lagi sudah lama menanti, bilakah tamadun Islam akan muncul kembali…?

Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. juga mempunyai impian dan cita-cita yang sama, mahu
melihat Islam menguasai dunia dan seluruh manusia tunduk kepada sistem Ilahi. Namun Rasulullah s.a.w. tidak tergesa-gesa untuk mengejar kekuasaan atau keagungan, kerana bukanlah itu menjadi tujuan perutusan baginda s.a.w.. Ar-Rasul diutuskan untuk mengajak manusia untuk kembali sujud kepada Allah, melenturkan hati yang selama ini keras membatu. Ar-Rasul s.a.w. memulakan dakwah dengan mendidik insan untuk mengenal Allah. Mendidik insan untuk mengabdikan sepenuh jiwanya kepada Allah. Akhirnya, insan yang terdidik di dalam madrasah tarbiyyah Nabi ini telah berjaya membawa risalah ini ke serata dunia. Insan-insan inilah yang mendokong sebuah ummah dan membawanya ke arah kegemilangan kuasa dan tamadun dunia.

Adakah kita bermula daripada membina batu-batu…?

Seorang Ulamak dan Daie Islam yang agung, Syakib Arsalan pernah berkata:
“Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah. Kita perlu mendidik individu.”

Marilah kita sahut seruan:

“Usaha dakwah mestilah dimulakan dari bawah sepertimana kata Syakib. 
Tiada cara lain. Ianya adalah dengan khemah tanzim dan penyusunan barisan 
yang terdidik dengan tarbiyah Islam yang sejati. Bukan dewan-dewan 
perhimpunan dan seminar. Ia adalah dengan api semangat yang
merdeka, bukan sinaran bintang. Dirikanlah khemah kamu di padang pasir 
jahiliyah kurun kedua puluh ini dan nyalakanlah apimu supaya ia dilihat oleh
orang yang sesat dan terputus dari hidayah, supaya mereka menuju 
kepadanya dan bernaung di dalam khemah kamu.”

Kata-kata daripada Abdul Wahab Azam
Definisi Dakwah

Dakwah boleh diertikan dengan pelbagai interpretasi. Namun secara adilnya, 
sewajarnya kita memerhati sejarah dakwah baginda s.a.w. dalam memahami 
pengertian dakwah yang sebenar. Jelasnya, dakwah baginda s.a.w. bukanlah 
dakwah yang berlegar kepada isu-isu remeh dan persoalan Fiqh yang far’i tetapi 
seruan dakwah Islam adalah mengajak manusia untuk patuh
kepada Allah (menyelesaikan persoalan pokok).

Dakwah baginda s.a.w. tidak terhenti sekadar mendidik individu, mereka yang telah 
diseru kepada Islam dikumpulkan dan dibentuk dalam aspek aqidah, akhlak dan ibadah. 
Kemudiannya lahirlah keluarga-keluarga Islam yang mencorak sebuah masyarakat 
Islam. Bermula daripada pembinaan batu-bata yang kecil, kini bahan binaan itu 
membentuk sebuah bangunan yang kukuh. Tanpa bahan-bahan yang tahan dan kuat, 
bangunan tersebut akan mudah bergoyang dan akhirnya roboh. Sesungguhnya 
dakwah Rasulullah s.a.w. menuju ke arah pembinaan sebuah daulah yang akan
menjadi asas kepada perkembangan Islam dalam era seterusnya. Asas-asas 
yang dibina mempunyai peranan dalam menampung sebuah daulah di Madinah. 
Seterusnya usaha penyebaran dan pengembangan Islam berlarutan sehingga 
mencapai kemuncak dalam masa 600 tahun. Jangka masa yang panjang dan jauh 
ini bukanlah satu kebetulan. Bahkan, ini merupakan satu ketentuan Allah s.w.t. 
dalam aturan sunnah. Pastinya ‘Teori Kebetulan’ bercanggah dengah akidah kita.

Ini Peranan Pelajar

Majoriti pelajar akan mengatakan peranan mereka pada ketika ini adalah untuk 
menuntut ilmu. Mereka mungkin akan berhujah dengan hadith-hadith yang tertentu 
mengenai kelebihan menuntut ilmu dan sebagainya. Adakah para sahabat tidak 
pernah mendengar hadith-hadith itu? Kenapa mereka tidak dihantar oleh 
Nabi s.a.w. ke Rom atau Parsi atau China untuk menuntut ilmu seperti kita? …
Hakikatnya mereka memahami tuntutan semasa dan bertindak mengikut 
keperluan ummah ketika itu iaitu untuk berdakwah.

Sekali lagi ingin dikatakan, setiap penilaian perlu dibuat dengan mengambil kira soal waqi’
(realiti) semasa. Seorang pelajar yang dalam bahaya kebakaran tidak akan meneruskan
pembelajaran walaupun dia tahu pelajarannya itu sangat penting, kerana dia mengetahui yang
nyawanya lebih penting. Dalam contoh yang mudah ini, kita dapati manusia sebenarnya
memahami konsep Fiqh Keutamaan dan Fiqh Waqi’ (Realiti). Permasalahannya timbul apabila
mereka tidak meletakkan kedudukan Islam pada tempatnya. Sekiranya Islam diletakkan pada
maqam yang selayak baginya, manusia akan kembali mengutamakan kepentingan Islam
berbanding kepentingan peribadi mahupun kepentingan keluarga, masyarakat dan negara.
Antara dakwah dan belajar, manakah yang lebih penting? Bukankah tuntutan kini adalah untuk
berdakwah?

Mungkin juga, ada yang berkata, “buat masa ini saya perlu belajar, nanti apabila selesai belajar
barulah saya berdakwah, saya mempunyai tanggung jawab kepada penaja…” Alasan ini mungkin
akan diteruskan semasa bekerja, “buat masa ini saya perlu bekerja, nanti bila selesai bekerja barulah saya berdakwah, saya mempunyai tanggung jawab kepada majikan dan keluarga…” dan
seterusnya, apabila pencen, mungkin dia boleh berkata yang pencen lebih penting daripada
dakwah…!!! Bagaimana apabila dia mati? Apakah yang paling penting ketika itu?
Seorang pelajar sewajarnya menentukan matlamat hidupnya. Tanpa matlamat, segala perkara menjadi sia-sia. Dalam setiap amalan,matlamat merupakan perkara yang terpenting.

Kemanakah tujuan-tujuan ini akan membawa kita? Pastinya sejauh umur manusia 
tidak lebih dari itu. Hakikatnya kita perlu meletakkan tujuan yang pasti dan jauh,
iaitu tujuan kepada Allah dan untuk menyeru kepadaNya.

Mungkin ada yang akan menjawab: “Saya belajar pun dakwah juga.”
Penyataan ini boleh memberi dua tujuan, pertama, memang benar-benar untuk-untuk tujuan
dakwah, atau kedua, sekadar menenangkan hati yang sentiasa mencari alasan. Bagaimana untuk
menjadikan pernyataan ini sebagai satu jawapan yang benar-benar menjadi hujah kita di hadapan
Allah nanti?

Kita mempunyai peluang untuk mendekati golongan tertentu yang mungkin tidak dapat didekati
oleh orang lain dengan kita menguasai sesuatu bidang. Kita mempunyai misi membawa
pengislahan kepada golongan ini khususnya. Selain itu, dengan mempunyai kedudukan dalam
masyarakat, kita akan lebih mudah diterima umum.


No comments:

Post a Comment

linkWithin

Related Posts with Thumbnails