Saturday, July 2, 2011

Umat Islam Umpama Buih...

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
InsyaAllah

UMAT ISLAM UMPAMA BUIH

Dunia Islam kian tercabar; dicabar dan dihina oleh musuh-musuh Islam. 
Umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa melihat saudara seagamanya 
ditindas. Hal ini sudah dapat diramal oleh Nabi Muhammad saw sejak 
dulu lagi, dalam hadithnya:

"Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing-anjing 
yang mengelilingi hidangan makanan. Sahabat bertanya adakah kerana 
bilangan umat Islam yang sedikit? Baginda menjawab Tidak, bahkan 
jumlah kamu masa itu banyak sebagaimana banyaknya buih di permukaan 
air banjir. Allah mengikis perasaan gerun di dalam hati musuh 
terhadap kamu dan Allah mencampakkan dalam hati kamu
'al-wahan'.

Sahabat bertanya apa dia wahan itu ya Rasulullah.

Jawab baginda “cintakan dunia dan bencikan akhirat."

Mari kita renung sejenak tentang kebenaran sabda Rasulullah ini. 
Jumlah umat Islam pada hari ini mencapai lebih 1 bilion, satu angka 
yang ramai. Mereka bertebaran di muka bumi ini; kebanyakannya 
tinggal di negara yang dikurniakan Allah hasil bumi yang lumayan.

Sumber ekonomi yang kukuh dan tenaga kerja yang ramai boleh 
menjadi aset memajukan negara dan sekaligus memartabatkan 
Islam sehingga disegani seantero dunia. Persoalannya ialah kenapa 
faktor-faktor ini tidak dimanfaatkan? Kenapa umat Islam kini menjadi 
lemah dan mudah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam?

Sebaliknya musuh Islam yang mempunyai kedudukan ekonomi 
yang kukuh menjalankan pelbagai strategi melumpuh dan 
memporak-perandakan negara Islam. Hasil kekayaan bumi milik negara 
Islam dieksploit oleh musuh Islam. Negara Iraq yang kaya dengan sumber
minyak dijajah dalam pelbagai bentuk hinggakan minyak sendiri pun tak 
boleh dijual untuk kegunaan rakyat. Kekayaan yang mereka perolehi dari 
hasil bumi negara Islam digunakan bagi membina kilang-kilang senjata untuk 
membunuh umat Islam.

Nabi menjelaskan punca kelemahan ini ialah wujudnya kecintaan
kepada kehidupan dunia mengatasi kecintaan kepada akhirat. 
Apabila kecintaan ini meresap dan menjadi budaya hidup umat, Allah 
memasukkan perasaan berani dalam hati musuh Islam dan pada masa 
yang sama mencabut keberanian itu dalam hati orang Islam lalu digantikan 
dengan perasaan penakut: takut kepada musuh Islam.

Kejatuhan Baghdad ketika diserang oleh orang-orang Mongol sepatutnya
dijadikan teladan supaya peristiwa hitam ini tidak akan berulang kembali. 
Adakah faktor-faktor kejatuhan Baghdad mula meresap dalam masyarakat 
dewasa ini. Masalah rasuah sekarang semakin menjadi. Ia telah menyerap 
dalam pelbagai organisasi kepimpinan.

Keadaan begini memudahkan musuh Islam menggunakan wang ringgit 
untuk membeli pucuk pimpinan supaya tercapai hasrat mereka 
melumpuhkan umat Islam sendiri. Jika dibiarkan berleluasa bukan 
saja ekonomi umat Islam merudum malahan negara juga turut tergadai.

Bagaimana keadaan realiti masyarakat Islam sekarang? 
Sudahlah ekonomi lemah ditokok pula dengan pelbagai penyakit 
dan gejala sosial. Bagaimana dapat membasmi keruntuhan akhlak 
sekiranya media massa semakin galak menonjolkan isu-isu ganas 
dan seks. Isu pemulihan hanya sekadar melepas batuk di tangga dan 
seolah-olah 'lain sakit lain pula ubat yang diberi'.

Pelancaran TV Mega dan Astro serta alat komunikasi lain bukan
menjadi ubat gejala sosial dewasa ini malah menjadikannya lebih 
kronik. Babak-babak yang tidak sepatutnya ditonton sudah menjadi
semakin lumrah dan video lucah pula dapat dibeli oleh sesiapa saja. 
Bukankan ini menjadi pemangkin ke arah gejala yang lebih dahsyat?

Umat Islam kini tidak mempunyai katahanan dan iman yang kuat
untuk menangkis serangan yang hebat ini. Semua ini adalah antara 
strategi dan perancangan musuh Islam yang tidak akan redha terhadap 
perkembangan Islam selamanya. Bayangkan apa yang akan berlaku
beberapa tahun lagi dengan kemunculan teknologi IT yang semakin canggih.

Firman Allah dalam Al-Quran "Orang Yahudi dan nasrani sekali-kali
tidak redha terhadap kamu buat selama-lamanya sehinggalah 
kamu mengikut cara hidup mereka."


Masjid kian terpinggir dengan kewujudan kilang yang banyak. 
Manusia lebih suka ke kilang daripada masjid. Kilang diimarahkan siang 
dan malam tetapi masjid menjadi lengang, cuma diimarahkan dengan 
carpet dan keceriaan. Bukankah ini juga perancangan musuh Islam? 
Lantaran cinta kepada dunia sanggup menjauhi 
masjid dan berkejaran ke kilang.

Dalam hadith tadi, Nabi memberikan 2 faktor berlakunya begini:  
cintakan dunia dan benci kepada mati. Umat Islam generasi 
pertama  dulu cintakan mati kerana dapat bertemu dengan 
Allah segera. Oleh sebab itu bila ada panggilan jihad, 
mereka sukarela bergabung tenaga 
memerangi musuh Islam Mereka tidak takut mengadap mati.

Sebaliknya masyarakat Islam hari ini takut kepada mati 
malahan mengingatkan  mati pun dianggap menyekat kemajuan. 
Mereka takut mati kerana memikirkan 
dosa yang terlalu banyak dilakukan dan 
sedikitnya amalan pahala yang 
dibuat. Akhirnya semangat jihad memperjuang
dan menegakkan agama 
Allah pudar dan terhakis.


p/s:Jom jadikan blog sebagai medium dakwah.... 
      Berdakwahlah dengan mata pena....
      Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.... 
      Jadi dai'e itu harus dengan pelbagai method...
      Semoga jadi bekalan kita di sana... 
      insyaAllah.... :)

3 comments:

  1. Assalamualaikum...
    insyaAllah, mari kita jadikan medium ini sebagai laman dakwah, semoga jadi bekalan di alam kubur ke akhirnya... insyaAllah
    MOGA ISTIQAMAH :)

    ReplyDelete
  2. Dunia dimahukan atas dua perkara iatu harta dan kedudukan. Untuk mencapai tujuan itu, maka kedua-dua perkara tersebut urusannya harus dipisahkan dari agama, kerana dengan ada agama dalam urusan harta dan kedudukan, maka ia secara tidak langsung akn menghalang golongan pencinta dunia dari mengeksploitasi kuasa dan harta semahu-mahunya. Sedang agama melarang berperangai berlebih-lebihan seperti demikian, kerana Islam itu bersifat wasata, iatu pertengahan, atau kata lainnya bersederhana. Jadi, mahu tak mahu, pemahamn agama itu harus disempitkan.


    Apa yang berlaku dan punca mengapa kemunduran kita ialah silap faham kita pada agama itu sendiri. Ada orang yang melihat agama hanya ritual. Ada juga mempelajari agama dari jalan dan tahapan yang salah, kerana sepatutnya agama itu haruslah dimulai dengan mengenal Tuhan. Akan tetapi ada yang mengenal agama dengan permulaannya secara mempelajari rukun kewajipan seperti solat, puasa dan sebagainya. Sepatutnya ketauhidan pada Tuhan harus diberi penekanan terlebih dahulu.

    Jadi pada pendapat hamba, kemunduran kita ialah silap faham dan salah ajar agama pada generasi umat Islam zaman ini. Iya, sememnagnya peranan musush Islam tidak dapat dinafikan. Namun, mereka tidak lain hanyalah 'catalyst', atau pemangkin kepada suatu proses pemunduran umat yang pemulanya ialah kita sendiri! Iatu kesilapan kita dalam memahami agama secara sunnah. Islam tidak pernah ada kontradiksi dengan akal. Harus menggunakan akal dalam memikirkan kejadian Tuhan, bukan bertaklid buta dan asyik menghafal segala macam hukum2 fiqh di masjid-masjid, kemudian dikatakan kita sudah belajar agama. Faktor ini berpunca dari sifat malas mahu mengkaji dan mengemukakan idea2 baru. Kalupun ada pantas sahaja dikatakan dan dituduh dnegan bermacam tuduhan.

    Teringat kata Za'Ba, "Mereka tidak mampu melakukannya, maka mereka tidak menyukai kalau ada orang yang mampu melakukan seperti itu (berfikir dan mengemukakan ijtihad2 baru). Yang sebetulnya duduk sahaja;ah membeku di tempat itu!"

    Maka kemalasan berfikir membawa kepada taklid buta. Taklid buta membawa kepada silap faham dalam beragama. Silap faham dalam beragama membawa kepada mundurnya umat.

    Peace No War. Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  3. Waa'laikumussalam w.b.t

    say no to al-wahan,
    jadilah "ikhwan" yang selalu dirindui baginda Rasulullah s.a.w.

    ummat nabi yang tidak pernah melihat baginda, namun begitu mencintai baginda dan rindu pertemuan dengan baginda nabi s.a.w. di sana...

    insyaAllah...

    syukran a'la ziarah

    ReplyDelete

linkWithin

Related Posts with Thumbnails