Sunday, July 24, 2011

Forum: Aku Terima Nikahnya

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
InsyaAllah
 
 p/s: post ini ana kongsikan dari sahabat pena maya "KHAZINATUL ASRAR"
http://ansyuhanim.blogspot.com/2011/07/forum-aku-terima-nikahnya.html
InsyaAllah berguna untuk semua pembaca... 

Forum Perdana 'Aku Terima Nikahnya' yang telah berjaya disampaikan oleh tiga orang ahli panel hebat iaitu:

Imam Muda Hassan
YB Senator Mumtaz Md Nawi

Alhamdulillah, forum ini telah berjaya dilaksanakan di Masjid Solihin, Kg Teras Jernang, Bangi pada pagi tadi iaitu bersamaan 23 Julai 2011. Forum ini berlangsung sempena Karnival Islami 2011 ( Karisma '11 ).

Banyak sangat ilmu-ilmu dan perkongsian yang dapat diambil pengajaran dan iktibar buat remaja kini. Apa yang saya tulis semua berdasarkan apa yang saya dapat daripada forum berkenaan.

Apa yang boleh dihighlightkan di sini ialah mengenai pergaulan (ikhtilat) remaja zaman sekarang. Ikuti point-point di bawah tentang penyalahgunaan internet bagi remaja sekarang yang boleh menimbulkan FITNAH pada masyarakat dan inilah dipanggil FITNAH MODEN:

  • Menggunakan facebook, laman chat, yahoo messenger untuk bersembang dengan lelaki dan perempuan bukan mahram tanpa ada urusan penting.
  • Bergaul bebas di facebook dengan meninggalkan comment pada status-status lelaki dan perempuan bukan mahram tanpa ada isu penting yang hendak dibualkan.
  • Tidak menjaga pandangan. Dengan melihat gambar-gambar perempuan di internet.
  • Tidak memelihara maruah diri (bagi wanita) dengan meletakkan gambar sebesar-besarnya di facebook, blog dan sebagainya.
  • Bersikap sambil lewa tentang pergaulan bebas di alam maya.


Jadi, apa yang ustaz Zaharuddin bahas. Remaja kini ramai yang terjebak dengan 'khalwat'. Hakikatnya, pasangan yang bercinta sentiasa mengamalkan perkara ini iaitu berkhalwat sesama mereka walaupun dengan hanya berchatting, bersms, bercakap melalui telefon, dll. Malah, situasi ini bukan sahaja berlaku kepada mereka yang bercinta, tetapi hakikatnya telah berlaku juga bagi mereka lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan bukan mahram dengan berchatting di laman facebook, ym, bersms di handphone TANPA ada urusan yang penting untuk dibincangkan! Fikirkan.....

So, macam mana kita nak dapatkan pasangan yang soleh dan solehah? Jika sikap kita seperti ini masih berterusan? Renung-renungkan.....

Tambah Us. Zaharuddin lagi, bila mana kita mula berkenan dengan seseorang, lihatlah dirinya dahulu, "Fanzhur ilaiha.." Lihatlah dia, bukan melihat dengan mata kasar sahaja. Malah, lihatlah dari segala sudut, agamanya, ilmunya, amalnya, keluarganya, segalanya perlu diteliti dengan sebaiknya agar tidak mengundang penyesalan dan supaya zuriat kita nanti ialah zuriat yang soleh dan solehah. Kemudian, setelah selesai melihat pasangan yang kita berkenan tu, lihat pula pada diri kita. Amalan kita, ilmu kita, agama kita, adakah layak dan sekufu dengan si folan. Kalau ya teruskan jika tidak, lupakan saja.

Apa yang dikongsikan oleh Imam Muda Hassan pula ialah mengenai isu remaja yang berlaku di Malaysia. Pembuangan bayi yang semakin berleluasa. Sedih melihat secara langsung bayi-bayi yang telah dicampak dari tempat tinggi sehingga habis patah riuk tulang mereka. Darah keluar memancut-mancut. Senang-senang sahaja mereka (pasangan yang berzina) membuang bayi merata-rata dengan begitu kejam sekali. Budak yang tiada dosa menjadi mangsa. Inilah realiti yang berlaku di negara kita!

Apakah puncanya? Mari ikuti point seterusnya penyebab perkara ini berlaku:
  • Perkenalan awal di antara lelaki dan wanita bukan mahram. Mula-mula sengaja menggunakan kaedah 'islamik' dengan mengatakan "Assalamu'alaikum tak jawab dosa" mulalah si perempuan menggelabah jawab salam sebab takut dosa.
  • Selepas berkenalan, mulalah berkawan. Mula-mula kawan biasa, saya awak...Lama-lama sayang sayang sayang saaaayang sayang....Entah kita pun tak faham apa yang kome ni cakap. (Gaya Imam Muda Hassan cakap Perak)
  • Mulalah bercinta bagai nak rak!
  • Mulalah bercakap melalui telefon.
  • Mulalah berjumpa dan berjalan sama-sama. Mula-mula, tak boleh pegang-pegang ye...Lama-lama,eh tersentuh la...Dah best pulak sentuh, dan kemudian, mulalah pegang sana pegang sini....
  • Akhirnya terrrmengandung dan lahirlah anak luar nikah dan
  • Malu! Akhir sekali anak dibuang di merata-rata tempat!

Inilah fenomena yang berlaku pada akhir zaman ini.

Masih terngiang-ngiang apa yang dilontarkan oleh YB Mumtaz mengenai remaja yang ingin berkahwin tapi masih tertangguh kerana ibu bapa tidak mengizinkan berkahwin awal.

Seronok dengar jawapan YB Mumtaz. Beliau berkata bukan mak bapak tak mahu anak-anaknya untuk berkahwin awal. Tapi, cuba tengok anak-anaknya di rumah. Kadang-kadang mak dan ayah sengaja tinggalkan rumah tengok bagaimana pengurusan anak-anaknya di rumah. Yang perempuan, bolehkah dia menjaga makan minum adik-adiknya, mengemas rumah sebaiknya. Balik-balik rumah saja, tengok rumah macam tongkang pecah! Ruang tamu jadi dapur, dapur habis bersepah dan sebagainya. Tiba-tiba si anak datang jumpa mak cakap "mak, nak kahwin". Jangan harap mak nak izinkan kahwin kalau macamni lah hasilnya.

Serupa juga dengan anak lelaki, kemas rumah malas. Solat nak jadi imam pun hampeh, duduk depan komputer main games je tahu. Habis lari semua tanggungjawab. Tiba-tiba datang jumpa mak cakap nak kahwin. Macam mana mak nak bagi kahwin. Urusan diri pun terkontang-kanting.

Jadi, buat remaja janganlah terlalu fikir tentang cinta. Cinta itu datangnya hanya selepas kita nikah. "Aku terima nikahnya..." "Qobiltunnikaahahaa...قبلت نكاحها"
Inilah cinta yang sah di sisi Islam, dan percintaan ini pun dikira sebagai ibadah. Bila mana kita makan bersama, mandi bersama, bergurau senda bersama, solat bersama, itu semua dapat pahala, jadi satu ibadah. Sedangkan kalau buat semua ini sebelum nikah, bukan dapat pahala, dapat dosa dan malah boleh mengundang bala dari Allah.....

Kesimpulannya, marilah sama-sama kita kejar redha Allah. Bukan redha manusia yang kita cari. Carilah cinta Allah yang kekal abadi. Tiada palsu, tidak akan kecewa apabila kita bercinta denganNya. Bagi remaja yang sudah terjebak dengan percintaan yang tidak sah cepat-cepatlah ubah. Masih ada harapan sebelum mengundang murka Allah.

Berhubunglah dengan menggunakan orang tengah yang boleh dipercayai (thiqah). Kalau betul hendak bernikah dengannya, jagalah hubungan anda. Jangan berhubung dengan pasangan anda, hanya ada urusan betul-betul penting saja diharuskan. Tapi, jangan pula mencari urusan dan topik penting untuk dibincangkan dengan pasangan anda, hanya semata-semata ingin berhubung dengan si dia. Jauhkanlah sebelum murka Allah datang mengundang.

Bertunanglah segera, dan segerakan pernikahan agar tidak menimbulkan fitnah di mata masyarakat dan tidak mengundang makhluk ketiga datang mengganggu.

Pelihara aurat, jaga pandangan, jauhi fitnah, jaga batas pergaulan inshaAllah redha Allah akan kita kecapi.

Sedikit yang dapat saya kongsikan, sebab banyak juga yang tak ingat. Hanya yang ingat saja saya tuliskan. Sama-sama kita beramal dengan ilmu yang ada.
Wallahu a'lam.




Saturday, July 23, 2011

2 Perkara yang menyebabkan kita tidak pernah bersyukur kepada Allah SWT

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
InsyaAllah
Omar Mokhtar Ulamak yang memilih Allah SWT melebihi kemewahan dunia yang ditawarkan oleh barat.

PERTAMA : KITA SERING MEMFOKUSKAN DIRI PADA APA YANG KITA INGINKAN, BUKAN PADA APA YANG KITA MILIKI. 

Katakanlah anda telah memiliki sebuah  rumah, kenderaan,  pekerjaan tetap, dan pasangan yang cantik . Tetapi  anda  masih merasa kurang.  Fikiran anda dipenuhi pelbagai target dan keinginan. Anda begitu obses dengan rumah yang besar dan  indah,  kereta mewah, serta pekerjaan yang mendatangkan lebih banyak wang. Kita ingin ini dan itu. Bila tak  berjaya mendapatkannya kita terus memikirkannya.
Tapi  anehnya,  walaupun sudah mendapatkannya, kita hanya menikmati  kesenangan sesaat.
Kita tetap juga tidak puas, kita ingin  yang lebih lagi.
Jadi, betapa banyaknya harta  yang kita miliki, kita tak pernah menjadi “KAYA”  dalam  erti yang sebenarnya
.
Mari kita luruskan pengertian kita mengenai orang  ”kaya”.
Orang yang ”kaya” bukanlah orang yang  memiliki banyak perkara, tetapi orang yang dapat  menikmati segala perkara yang mereka miliki. Kita boleh memiliki keinginan,  tetapi kita perlu menyedari bahawa inilah punca perasaan  tidak tenteram. Kita dapat mengubah perasaan ini  dengan  berfokuskan pada apa yang sudah kita miliki. Cubalah  lihat keadaan di sekeliling anda, fikirkan yang miliki, dan syukurilah. Anda akan merasakan  nikmatnya  hidup. Pusatkanlah perhatian Anda pada sifat-sifat yang baik , pasangan, dan orang-orang di sekitar Anda.  Mereka akan menjadi lebih menyenangkan.

Seorang pengarang pernah mengatakan, ”Menikahlah  dengan orang yang anda cintai, setelah itu cintailah  orang yang anda nikahi.” Ini mewujudkan rasa  syukur.

Ada cerita menarik mengenai seorang datuk yang  mengeluh keranaa tidak dapat membeli selipar, padahal  seliparnya sudah lama rosak. Suatu petang dia melihat  seseorang yang tidak mempunyai kaki, tetapi tetap ceria.  Saat itu juga si datuk itu berhenti mengeluh dan mulai  bersyukur.
.

Hal kedua yang sering membuat kita tak bersyukur adalah. . .

KEDUA: KECENDERUNGAN MEMBANDING-BANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN. 

Kita merasa orang lain lebih  beruntung. Kemanapun kita pergi, selalu ada orang  yang  lebih pandai, lebih tampan, lebih cantik, lebih  percaya diri, dan lebih kaya dari kita. . . .

Rumput tetangga memang sering kelihatan lebih hijau  dari rumput di pekarangan rumah  sendiri.

Ada cerita  menarik  mengenai dua orang penghuni ospital sakit jiwa.  Pesakit pertama sedang duduk termenung sambil  menyebut, ‘‘Lulu, Lulu.” Seorang pengunjung yang kehairanan menanyakan masalah  yang dihadapi orang ini. Si doktor menjawab, ”Orang ini jadi gila setelah cintanya ditolak oleh Lulu.”
Pengunjung  meneruskan lawatan, Tetapi apabila sampai di wad lain dia terkejut melihat penghuninya terus menerus  memukul kepalanya di tembok dan berteriak,  ”Lulu,  Lulu”. ”Orang ini juga punya masalah dengan  Lulu? ” tanyanya kehairanan. Doktor kemudian  menjawab,   
”Ya, dialah yang akhirnya menikah dengan Lulu.”

Hidup akan lebih bahagia kalau kita dapat menikmati  apa yang kita miliki.  Kerana itu bersyukur merupakan kualiti hati yang  tertinggi.

Saya ingin mengakhiri tulisan ini dengan  cerita mengenai seorang ibu yang sedang terapung di  laut kerana kapalnya karam, namun tetap berasa bahagia.  Ketika ditanya kenapa demikian, dia menjawab, ”Saya  mempunyai dua anak lelaki.  Yang pertama sudah meninggal, yang kedua hidup di  tanah seberang. Kalau berhasil selamat, saya sangat  bahagia kerana dapat berjumpa dengan anak kedua  saya.  Tetapi kalau pun saya mati tenggelam, saya juga akan  berbahagia kerana saya akan berjumpa  dengan anak  pertama saya di syurga.”

p/s: Bersyukurlah dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita.
Saat hati dilanda resah... istighfar dan sabar + doa...
Senyumlah... kerana masih banyak nikmat Tuhan yang belum kita syukuri...
SAY: ALHAMDULILLAH...
THANK YOU ALLAH :)


Thursday, July 21, 2011

Ini Peranan Kita...

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
InsyaAllah
 
Realiti Kita

Kembali melihat kepada sejarah yang panjang ini. Sebagaimana sunnah-sunnah yang lain, sejarah pasti melalui perjalanan yang sama sepertimana yang diatur oleh Allah s.w.t. Bangkit dan jatuh umat Islam pada zaman lalu melalui sebuah perancangan Allah yang tetap, dan Allah 
sebaik-baik perancang.

Kita sewajarnya menilai kembali realiti umat Islam kini. Dimanakah kita berada sekarang?
Adakah kita berada di Era Abassiyyah yang mempunyai tamadun Islam yang hebat?
atau, di Era Umayyah yang mempunyai kerajaan Islam yang luas?
atau, di Era Madinah yang mempunyai sebuah negara Islam yang kuat?
atau, di Era Makkah…?
Penilaian mestilah dibuat mengikut realiti umat. Penilaian ini menentukan tindakan 
dan hala tuju kita selepas ini. Pada setiap era, umat Islam mempunyai peranan mereka yang tersendiri. Peranan dan tanggung jawab ini ditentukan oleh suasana pada masa tersebut. Sepertimana usaha Nabi Muhammad s.a.w. yang melalui fasa-fasa yang tertentu 
(seperti Dakwah Sirriyyah dan Dakwah Jahriyyah atau Dakwah Fardiyyah dan 
Dakwah Dauliyah), kita sewajarnya mengambil iktibar
untuk bertindak dan berperanan mengikut tuntutan semasa:


Hakikatnya, kita berada di dalam era Makkah. Tamadun Islam telah lama jatuh dan 
dikambus oleh kemajuan Barat yang menguasai dunia kini. Tiada sebuah negara 
pun yang mampu mewakili Islam dalam memperjuangkan keadilan dan kesejahteraan 
umat Islam. Sistem Khilafah sudah lama hancur oleh tangan nasionalis dan imperalis. 
Islam telah kembali dagang dalam dunia yang dulu

Tidakkah Nabi Muhammad s.a.w. memulakan usahanya menyebarkan Islam 
dalam keadaan dagang. Islam tidak dikenali, masyarakat hanya memahami agama 
melalui nenek moyang, moral masyarakat dikuasai hawa dan jiwa mereka 
menderita di dalam ‘keseronokan dunia material’.

Tanggungjawab Kita

Setiap zaman akan mempunyai tuntutan prioriti yang tersendiri mengikut keadaan 
dan suasana tertentu. Sekiranya Ibnu Sina atau Khawarizimi dilahirkan pada era
Makkah tidaklah mereka melainkan bersungguh-sungguh melaksanakan 
dakwah sepertimana Rasulullah s.a.w. dan para sahabat telah lakukan ketika itu.
Begitu juga, jika Imam As-Syafie hidup di era daulah, pastinya
beliau akan turut sama dalam usaha perluasan kuasa kerajaan Islam.

Rata-rata manusia keliru dalam meletakkan kepentingan kepada sesuatu perkara. 
Lantaran itu, mereka mula berfikir di luar realiti dan merancang mengikut 
angan-angan dan imaginasi. Mungkin sebahagian lagi mula mengambil langkah 
yang tergesa-gesa untuk mencapai kembali kegemilangan ummah.

Sebilangan umat Islam menyangka dengan membangunkan ilmu dan teknologi 
umat Islam dapat mengembalikan keagungan tamadun Islam…lalu mereka 
mengambil asas dan nilai dari Barat dalam mencorak ‘tamadun baru Islam’.

Sebilangan umat Islam sudah bosan dengan penindasan terhadap Islam…
lalu mereka terus mengangkat senjata mengadakan penentangan terhadap golongan Kuffar.

Sebilangan lagi sudah lama menanti, bilakah negara Islam akan muncul kembali…?
Sebilangan lagi sudah lama menanti, bilakah tamadun Islam akan muncul kembali…?

Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. juga mempunyai impian dan cita-cita yang sama, mahu
melihat Islam menguasai dunia dan seluruh manusia tunduk kepada sistem Ilahi. Namun Rasulullah s.a.w. tidak tergesa-gesa untuk mengejar kekuasaan atau keagungan, kerana bukanlah itu menjadi tujuan perutusan baginda s.a.w.. Ar-Rasul diutuskan untuk mengajak manusia untuk kembali sujud kepada Allah, melenturkan hati yang selama ini keras membatu. Ar-Rasul s.a.w. memulakan dakwah dengan mendidik insan untuk mengenal Allah. Mendidik insan untuk mengabdikan sepenuh jiwanya kepada Allah. Akhirnya, insan yang terdidik di dalam madrasah tarbiyyah Nabi ini telah berjaya membawa risalah ini ke serata dunia. Insan-insan inilah yang mendokong sebuah ummah dan membawanya ke arah kegemilangan kuasa dan tamadun dunia.

Adakah kita bermula daripada membina batu-batu…?

Seorang Ulamak dan Daie Islam yang agung, Syakib Arsalan pernah berkata:
“Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah. Kita perlu mendidik individu.”

Marilah kita sahut seruan:

“Usaha dakwah mestilah dimulakan dari bawah sepertimana kata Syakib. 
Tiada cara lain. Ianya adalah dengan khemah tanzim dan penyusunan barisan 
yang terdidik dengan tarbiyah Islam yang sejati. Bukan dewan-dewan 
perhimpunan dan seminar. Ia adalah dengan api semangat yang
merdeka, bukan sinaran bintang. Dirikanlah khemah kamu di padang pasir 
jahiliyah kurun kedua puluh ini dan nyalakanlah apimu supaya ia dilihat oleh
orang yang sesat dan terputus dari hidayah, supaya mereka menuju 
kepadanya dan bernaung di dalam khemah kamu.”

Kata-kata daripada Abdul Wahab Azam
Definisi Dakwah

Dakwah boleh diertikan dengan pelbagai interpretasi. Namun secara adilnya, 
sewajarnya kita memerhati sejarah dakwah baginda s.a.w. dalam memahami 
pengertian dakwah yang sebenar. Jelasnya, dakwah baginda s.a.w. bukanlah 
dakwah yang berlegar kepada isu-isu remeh dan persoalan Fiqh yang far’i tetapi 
seruan dakwah Islam adalah mengajak manusia untuk patuh
kepada Allah (menyelesaikan persoalan pokok).

Dakwah baginda s.a.w. tidak terhenti sekadar mendidik individu, mereka yang telah 
diseru kepada Islam dikumpulkan dan dibentuk dalam aspek aqidah, akhlak dan ibadah. 
Kemudiannya lahirlah keluarga-keluarga Islam yang mencorak sebuah masyarakat 
Islam. Bermula daripada pembinaan batu-bata yang kecil, kini bahan binaan itu 
membentuk sebuah bangunan yang kukuh. Tanpa bahan-bahan yang tahan dan kuat, 
bangunan tersebut akan mudah bergoyang dan akhirnya roboh. Sesungguhnya 
dakwah Rasulullah s.a.w. menuju ke arah pembinaan sebuah daulah yang akan
menjadi asas kepada perkembangan Islam dalam era seterusnya. Asas-asas 
yang dibina mempunyai peranan dalam menampung sebuah daulah di Madinah. 
Seterusnya usaha penyebaran dan pengembangan Islam berlarutan sehingga 
mencapai kemuncak dalam masa 600 tahun. Jangka masa yang panjang dan jauh 
ini bukanlah satu kebetulan. Bahkan, ini merupakan satu ketentuan Allah s.w.t. 
dalam aturan sunnah. Pastinya ‘Teori Kebetulan’ bercanggah dengah akidah kita.

Ini Peranan Pelajar

Majoriti pelajar akan mengatakan peranan mereka pada ketika ini adalah untuk 
menuntut ilmu. Mereka mungkin akan berhujah dengan hadith-hadith yang tertentu 
mengenai kelebihan menuntut ilmu dan sebagainya. Adakah para sahabat tidak 
pernah mendengar hadith-hadith itu? Kenapa mereka tidak dihantar oleh 
Nabi s.a.w. ke Rom atau Parsi atau China untuk menuntut ilmu seperti kita? …
Hakikatnya mereka memahami tuntutan semasa dan bertindak mengikut 
keperluan ummah ketika itu iaitu untuk berdakwah.

Sekali lagi ingin dikatakan, setiap penilaian perlu dibuat dengan mengambil kira soal waqi’
(realiti) semasa. Seorang pelajar yang dalam bahaya kebakaran tidak akan meneruskan
pembelajaran walaupun dia tahu pelajarannya itu sangat penting, kerana dia mengetahui yang
nyawanya lebih penting. Dalam contoh yang mudah ini, kita dapati manusia sebenarnya
memahami konsep Fiqh Keutamaan dan Fiqh Waqi’ (Realiti). Permasalahannya timbul apabila
mereka tidak meletakkan kedudukan Islam pada tempatnya. Sekiranya Islam diletakkan pada
maqam yang selayak baginya, manusia akan kembali mengutamakan kepentingan Islam
berbanding kepentingan peribadi mahupun kepentingan keluarga, masyarakat dan negara.
Antara dakwah dan belajar, manakah yang lebih penting? Bukankah tuntutan kini adalah untuk
berdakwah?

Mungkin juga, ada yang berkata, “buat masa ini saya perlu belajar, nanti apabila selesai belajar
barulah saya berdakwah, saya mempunyai tanggung jawab kepada penaja…” Alasan ini mungkin
akan diteruskan semasa bekerja, “buat masa ini saya perlu bekerja, nanti bila selesai bekerja barulah saya berdakwah, saya mempunyai tanggung jawab kepada majikan dan keluarga…” dan
seterusnya, apabila pencen, mungkin dia boleh berkata yang pencen lebih penting daripada
dakwah…!!! Bagaimana apabila dia mati? Apakah yang paling penting ketika itu?
Seorang pelajar sewajarnya menentukan matlamat hidupnya. Tanpa matlamat, segala perkara menjadi sia-sia. Dalam setiap amalan,matlamat merupakan perkara yang terpenting.

Kemanakah tujuan-tujuan ini akan membawa kita? Pastinya sejauh umur manusia 
tidak lebih dari itu. Hakikatnya kita perlu meletakkan tujuan yang pasti dan jauh,
iaitu tujuan kepada Allah dan untuk menyeru kepadaNya.

Mungkin ada yang akan menjawab: “Saya belajar pun dakwah juga.”
Penyataan ini boleh memberi dua tujuan, pertama, memang benar-benar untuk-untuk tujuan
dakwah, atau kedua, sekadar menenangkan hati yang sentiasa mencari alasan. Bagaimana untuk
menjadikan pernyataan ini sebagai satu jawapan yang benar-benar menjadi hujah kita di hadapan
Allah nanti?

Kita mempunyai peluang untuk mendekati golongan tertentu yang mungkin tidak dapat didekati
oleh orang lain dengan kita menguasai sesuatu bidang. Kita mempunyai misi membawa
pengislahan kepada golongan ini khususnya. Selain itu, dengan mempunyai kedudukan dalam
masyarakat, kita akan lebih mudah diterima umum.


Tuesday, July 12, 2011

Khas Buat Muslimat (~-^)...

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
InsyaAllah


Muslimah Solehah itu Bidadari
Muslimah Solehah itu Bidadari
Tersimpan kemas dalam syurga Ilahi
Tidak tersentuh oleh manusia rakus mahupun jin
Bersih, suci menjaga diri

Muslimah solehah itu bidadari
Dirinya mahal tidak mampu dibeli
Hanya keimanan dan ketaqwaan maharnya nanti
Maka siapa yang menolak ketinggian ini?

Lembut wajahnya nur ibadah
Sopan langkahnya memancar hasanah
Malunya perisai mengangkat darjah
Fikrahnya jelas, prinsip Ilahi tidak tergugah

Muslimah solehah itu bidadari
Bidadari syurga yang wujud di dunia ini
Yang akan melahirkan anak-anak akhirat
Mentarbiyah mereka dengan didikan syurgawi

Muslimah solehah itu bidadari
Bukan untuk dicari-cari atau dipuja lelaki
Tetapi nanti akan berhadapan dengan Ilahi
Dan apakah yang kamu wahai perempuan
Sudah laksanakan dalam kehidupan yang Kuberi?

 Disebalik hijabmu terselindung wajah
yang penuh dengan Nur.
Hati yang sentiasa mengingati mati.
Yang mencintai Allah dan rasul dan
yang taat kepada kedua ibu bapa mu.
Kau pertahankan hijabmu meskpun dunia
memandang dengan penuh kehinaan,
tetapi ketahuilah…
sesungguhnya Allah melihatmu penuh
dengan kebanggaan. kalimah Allah..

Muslimat ku..

Saban ketika, gerak gerimu kuperhatikan.
Akhlakmu yang terperlihara dari segala noda,
Maruahmu yang kau jaga dari sebarang noda
Dan yang paling melembutkan hati….
Tutur bicaramu melambangkan sifat
keibuan sejati.
Bila bertembung dengan jejaka yang
bukan muhrimmu,
Kau tunduk memandang bumi…
Mengingatkan ku tentang firman allah
swt:

"Wahai wanita–wanita yang beriman
tundukkanlah pandanganmu apabila
terpandang lelaki ajnabi
supaya tidak berlaku zina hati dan
boleh membawa kepada zina besar .
Sesungguhnya Allah amat
pengasih lagi maha penyayang ,"

Juga meningatkan aku kepada Amirul
Mukminin di zaman Rasulullah saw.
Siti Aisyah isteri tercinta dan
Fatimah puteri tersayang.

Muslimat solehah…..

Kau ibarat permata berharga yang
sentiasa digilap….
dibalut dan disimpan ditempat yang selamat.
Kau juga diibaratkan gagak putih yang
dikelilingi gagak hitam.

Siangmu sibuk dengan urusan duniawi
namun tika malam menjelang,
Kau perhambakan diri sepenuhnya kepada
Ilahi, beribadat…
bibirmu berzikir mentilawah 
Al – quran, tahajjud , witir
dan amalan – amalan istiqamahmu.

Jauh disudut hatiku aku bangga
dengan Imanmu, Taqwamu, Akhlakmu,
Amalanmu, Hijabmu
dan perjuanganmu menegakkan kalimah Allah.

Muslimat solehah….

Sebelum mengakhiri coretanku ...
kutitipkan firman Allah swt buatmu…

" Sesungguhnya perempuan yang solehah
untuk lelaki yang soleh dan begitulah sebaliknya."

Kekalkan hijabmu hingga keakhir hayatmu …
Kau idaman lelaki beriman.
Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah
dan wanita solehah itu adalah
perhiasan terindah kepada dunia...
 ~~~SEINDAH MAWAR BERDURI~~~
Kejernihan Wajahmu, Sempurna bagai intan permata..
Di sanjung serta di hormati, bagai seorang raja..
Kesederhanaanmu, lebih dari segala kekayaan dunia..
Ketakwaan dirimu, itu yang membelenggu hatinya..
Diammu, bagai emas bertaburan dalam setiap senyumnya..
Berucap memilih tak akan terlaksana..
kepada mereka lelaki dewasa..

Wanita Solehah..
Penghias Dunia..
Permata hati pemiliknya..
Para suami-suami yang soleh dan bertaqwa..


Ya Allah…
Dijalanmu Kami berjalan..
Wanita Solehah sebagai tujuan..
Memperbaiki diri sampai menemukan tambatan..
Rencanakan dari semua perencanaan yang akan Engkau berikan..
Dalam sujudku selalu memohon ampunan..
Untaian doaku mengucap syukur yang tak dapat ku ungkapkan..
Dalam solatku aku memohon keteladanan..

Wanita Solehah..
Penghias Dunia..
Bidadari surga..
Tercantik dari yang paling sempurna..



Allah berfirman:
"Ketika Aku mnciptakan seorang wanita,
ia diharuskan utk menjadi seorag yang ISTIMEWA.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; 
namun, harus cukup lembut utk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikanya kekuatan dari dalam utk mampu melahirkan anak 
dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan utk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan 
mengasuh keluarganya dgn penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan utk mencintai anal-anaknya dlm setiap keadaan,
bahkan ketika anaknya bersikap sgt manyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan utk mendukung suaminya 
dlm kegagalannya dan melengkapi 
dgn tulang rusuk suaminya utk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan utk mengetahui 
bahwa seorg suami yg baik takkan pernah menyakiti isterinya, 
tetapi kadang menguji kekuatanya dan 
ketetapan hatinya utk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya ,Aku memberinya air mata utk dititiskan. 
Ini adalah khusus miliknya utk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorg wanita bukanlah dr pakaian yg dikenakannya, 
susuk yg ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. 
Kecantikan seorg wanita harus dilihat dr matanya, 
kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana CINTA itu ada."


TERIMA KASIH MAMA :) hehe....


p/s:khas buat semua muslimat yang terrrsayanggg...hehe (~_^)

Sunday, July 10, 2011

Ku Iringi Doa Nasiri buat Sahabat...

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
InsyaAllah
 Doa senjata orang mukmin...
Dan kepada Allah lah tempat hamba-hamba meminta dan merayu
pertolongan dan perlindungan...


(Doa ini berasal daripada Syaikh Muhammad bin Nasir (meninggal dunia 1085H). Beliau mengarang doa yang panjang ini sebagai ikhtiar dalam menentang penjajahan kuffar Perancis di tanah airnya Morocco. Susunan kata doa ini menjadi peniup semangat jihad di kalangan umat Islam Morocco pada masa itu. Sehinggakan pihak Perancis mengeluarkan notis larangan membaca doa ini. Sudah menjadi ketentuan Ilahi umat Islam Morocco dapat mengembalikan semula tanah air mereka ke tangan ahlul bait iaitu Sultan Morocco sampai sekarang. Allahu Akbar!)


بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على سيدنا محمد وآله

1) يا مَنْ إلى رَحْمَتِهِ المَفَرُّ
وَمَنْ إليهِ يَلْجَأُ الْمُضْطَرُّ
Wahai Engkau pada RahmahNya kita halakan tujuan. Pada Mu orang dalam kesempitan mencari perlindungan.

2) ويا قريبَ العَفْوِ ياَ مَوْلاَهُ
ويا مُغِيْثَ كُلِّ مَنْ دَعاهُ
Ya Maula, yang kemaafanNya amat hampir. Wahai Engkau yang menolong setiap mereka yang berdoa padaNya.


3) بِكَ اسْتَغَثْناَ يا مُغيثَ الضُّعَفاَ
فَحَسْبُنا يا ربِّ أنت وكَفَى
Dengan Engkau kami mohon pertolongan, Wahai Engkau yang menolong mereka yang lemah. Engkau bagi kami cukup memadai Ya Tuhan.

4) فَلاَ أَجَلَّ مِنْ عَظِيْمِ قُدْرَتِكَ
وَلاَ أعَزَّ مِنْ عَزِيْزِ سَطْوَتِكَ
Tiada yang lebih perkasa dari Qudrat Mu dan tiada yang lebih mulia dari kekuatan Kuasa Mu.

5) لِعِزِّ مُلْكِكَ الْمُلُوْكُ تَخْضَعُ
تَخْفِضُ قَدْرَ مَنْ تَشاَ وَتَرْفَعُ
Raja-raja tunduk kepada kehebatan kerajaan Mu dan Engkau merendahkan dan meninggikan sesiapa yang Engkau kehendaki.
6) وَالْأَمْرُ كُلُّهُ إِلَيْكَ رَدُّهُ
وَبِيَدَيْكَ حَلُّهُ وَعَقْدُهُ
Dan segala urusan kepada Engkau kembalinya dan ditangan Mu lah segala kelepasan dan ketentuan.

7) وَقَدْ رَفَعْناَ أَمْرَناَ إِلَيْكَ
وَقَدْ شَكَوْناَ ضُعْفَناَ عَلَيْكَ
Sesungguhnya kami telah serahkan urusan kami kepada Engkau dan kepada Mu kami mengadu akan kelemahan kami.

8) فَارْحَمْناَ ياَ مَنْ لاَ يَزَالُ عاَلِماً
بِضُعْفِناَ وَلاَ يَزاَلُ راَحِماً
Rahmatilah kami, Wahai Engkau Yang Mengetahui kelemahan kami dan yang terus menerus memberi rahmat.

9) اُنْظُرْ إِلَى ماَ مَسَّناَ مِنَ الوَرَى
فَحاَلُناَ مِنْ بَيْنِهِمْ كَماَ تَرَى
Lihatlah apa yang kami alami dari segala makhluk. Hal kami di kalangan mereka seperti yang Engkau lihat.

10) قَدْ قَلَّ جَمْعُناَ وَقَلَّ وَفْرُناَ
وَانْحَطَّ ماَ بَيْنَ الْجُمُوْعِ قَدْرَناَ
Sesungguhnya pasukan kami kecil, harta kami sedikit, kekuatan kami merosot di antara kumpulan-kumpulan lain
11) وَاسْتَضْعَفُوْناَ شَوْكَةً وَشِدَّةً
وَاسْتَنْقَصُوْناَ عُدَّةً وَعِدَّةً
Telah mereka lemahkan perpaduan dan kekuatan kami, dan telah mengurangkan bilangan dan persediaan kami.

12) فَنَحْنُ ياَ مَنْ مُلْكُهُ لاَ يُسْلَبُ
لُذْناَ بِجاَهِكَ الَّذِي لاَ يُغْلَبُ
Wahai Engkau, kerajaan Mu tidak dapat dimusnahkan. Berikanlah kami perlindungan demi darjat Mu yang tidak boleh dikalahkan.

13) إِلَيْكَ ياَ غَوْثَ الْفَقِيْرِ نَسْتَنِدْ
عَلَيْكَ ياَ كَهْفَ الضَّعِيْفِ نَعْتَمِدْ
Wahai penolong kepada yang miskin, kepada Engkau kami bersandar. Wahai Gua (tempat berlindung) yang melindungi yang lemah, kepada Mu kami bergantung.

14) أنْتَ الَّذِي نَدْعُو لِكَشْفِ الْغَمَراَتْ
أنتَ الذي نَرْجُوْ لِدَفْعِ الْحَسَراَتْ
Kepada Mu kami bermohon untuk menghilangkan sebarang kesukaran dan kepada Mu kami berharap untuk menghilangkan segala keresahan.

15) أنتَ اْلعِناَيَةُ الَّتِي لاَ نَرْتَجِي
حِماَيَةً مِنْ غَيْرِ باَبِهاَ تَجِي
Engkau yang memberi inayah (perlindungan) yang tidak dapat kami harapkan datang melalui pintu selain Mu.


16) أنت الذي نَسْعَى بِباَبِ فَضْلِهِ
أَكْرَمُ مِنْ أَغْنَى بِفَيْضِ نَيْلِهِ
Engkaulah pintu kemurahan yang kami kejar dan Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kayakan dengan kurnia Mu.
.
17) أنت الذي تَهْدِي إِذاَ ضَلَلْناَ
أنت الذي تَعْفُوْ إِذاَ زَلَلْناَ
Engkaulah yang memberi petunjuk apabila kami sesat. Engkaulah yang memaafkan apabila kami tergelincir.

18) وَسِعَتْ كُلَّ ماَ خَلَقْتَ عِلْماً
وَرَأْفَةً وَرَحْمَةً وَحِلْماً
Ilmu yang Engkau miliki merangkumi setiap sesuatu yang Engkau jadikan serta juga belas kasih, rahmah dan kesabaran Mu.

19) وَلَيْسَ مِناَّ فِي الْوُجُوْدِ أَحْقَرُ
ولا لِماَ عِنْدَكَ مِناَّ أَفْقَرُ
Tiada siapa dalam ujud ini yang lebih hina dari kami atau tiada yang lebih fakir pada apa yang ada pada Engkau selain kami.

20) يا وَاسِعَ الْإِحْساَنِ يا مَنْ خَيْرُهُ
عَمَّ الْوَرَى وَلاَ يُناَدَى غَيْرَُهُ
Wahai Engkau Yang Maha Luas IhsanNya. Wahai Engkau yang kebaikanNya meliputi semua makhluk dan tiada lain yang patut diseru.

21) يا مُنْقِذَ الْغَرْقَى ويا حَناَّنُ
يا مُنْجِيَ الْهَلْكَى ويا مَناَّنُ
Wahai Penyelamat (al-Munqidha) orang yang lemas, Ya Hannān (Pengasih), Wahai Penyelamat mereka yang binasa dan yang memberi kurnia yang melimpah ruah.

22) ضاَقَ النِّطاَقُ يا سميعُ يا مُجِيْبُ
عَزَّ الدَّواَءُ يا سَرِيْعُ يا قَرِيْبُ
Kata-kata tidak memadai Wahai Yang Mendengar, menkabulkan (Ya Mujīb). Penawarnya sukar sekali, Wahai Yang Cepat Memperkenankan dan Wahai Yang Hampir.

23) وَقَدْ مَدَدْناَ رَبَّناَ الْأَكُفَّ
ومنك رَبَّناَ رَجَوْناَ اللُّطْفَ
Pada Engkau, Ya Tuhan kami, kami hulurkan kedua tangan kami dan dari Mu Ya Tuhan, kami pohonkan kelembutan.

24) فاَلْطُفْ بِناَ فِيْماَ بِهِ قَضَيْتَ
وَرَضِّناَ بِماَ بِهِ رَضِيْتَ
Lemah-lembutlah dengan kami dalam apa yang Engkau qadha’kan dan jadikan kami redha dengan apa yang Engkau redhai.
25) وَأَبْدِلِ اللَّهُمَّ حاَلَ الْعُسْرِ
بِالْيُسْرِ وَامْدُدْناَ بِرِيْحِ النَّصْرِ
Ya Allah gantikan kesusahan kami dengan kesenangan dan bantulah kami dengan angin kemenangan.

26) واجْعَلْ لَّناَ عَلَى الْبُغاَةِ الْغَلَبَةُ
وَاقْصُرْ أَذَى الشَّرِّ عَلَى مَنْ طَلَبَهُ
Berikan kami kemenangan ke atas penentang-penentang kami dan bendunglah kejahatan yang diusahakan oleh mereka yang inginkannya.

27) وَاقْهَرْ عِداَناَ يا عَزِِيْزُ قَهْراً
يَفْصِمُ حَبْلَهُمْ وَيُصْمِيْ الظَّهْراَ
Tumpaskan musuh-musuh kami Wahai Yang Perkasa dengan kuasa yang memecah belahkan kesatuan dan yang akan menghancurkan kekuasaan mereka.

28) وَاعْكِسْ مُراَدَهُمْ وَخَيِّبْ سَعْيُهُمْ
وَاهْزِمْ جُيُوْشَهُمْ وَأَفْسِدْ رَأْيَهُمْ
Musnahkan kehendak mereka dan gagalkan usaha mereka dan binasakan tentera-tentera mereka dan goncangkan keazaman mereka.

29) وَعَجِّلِ اللَّهُمَّ فِيْهِمْ نِقْمَتَكَ
فَإِنَّهُمْ لاَ يُعْجِزُوْنَ قُدْرَتَكَ
Ya Allah, percepatkan balasan murka Mu ke atas mereka. Sesungguhnya mereka tidak boleh bersemuka dengan Qudrat Mu.

30) يا رَبِّ يا رَبِّ بِحَبْلِ عِصْمَتِكَ
قَدِ اعْتَصَمْناَ وَبِعِزِّ نُصْرَتِكَ
Ya Rabbi, Ya Rabbi, perlindungan kami ialah dengan kasih Mu dan dengan kekuatan pertolongan Mu.

31) فَكُنْ لَناَ وَلاَ تَكُنْ عَلَيْناَ
ولا تَكَلْناَ طَرْفَةً إلَيْناَ
Berpihaklah kepada kami dan janganlah memusuhi kami. Janganlah Engkau biarkan kami bersendirian walaupun sesaat.

32) فَماَ أَطَقْناَ قُوَّةً لِلدَّفْعِ
وَلاَ اسْتَطَعْناَ حِيْلَةً لِلنَّفْعِ
Kami tiada kuasa mempertahankan diri serta tiada muslihat untuk mendatangkan manfaat bagi diri kami.

33) وما قَصَدْناَ غَيْرَ باَبِكَ الْكَرِيْمِ
وما رَجَوْناَ غَيْرَ فَضْلِكَ الْعَمِيْمِ
Tiada kami tujui pintu yang lain melainkan pintu Mu yang mulia, dan tiada yang kami harapkan melainkan limpah kurnia Mu yang meliputi segalanya.

34) فَماَ رَجَتْ مِنْ خَيْرِكَ الظُّنُوْنُ
بِنَفْسِ ماَ تَقُوْلُ كُنْ يَكُوْنُ
Tumpuan kami hanyalah mengharapkan barakah Mu kerana Engkau hanya berkata “Jadi” maka “Jadilah”.

35) ياَ رَبِّ ياَ رَبِّ بِكَ التَّوَصُّلُ
لِماَ لَدَيْكَ وَبِكَ التَّوَسُّلُ
Ya Rabbi, Ya Rabbi, sampai hanya dengan Mu. Kepada apa yang Engkau punyai dan berusaha itu dengan Mu.

36) ياَ رَبِّ أنت رُكْنُناَ الرَّفِيْعُ
يا رب أنت حِصْنُناَ الْمَنِيْعُ
Ya Rabbi, Engkau tiang penyokong kami. Ya Rabbi, Engkau kota kami yang tidak dapat ditembusi.

37) يا رَبِّ يا رب أَنِلْناَ الْأَمْناَ
إذا ارْتَحَلْناَ وإذا أَقَمْناَ
Ya Rabbi, Ya Rabbi, berikanlah kami keselamatan ketika kami dalam perjalanan dan ketika diam.

38) يا رَبِّ وَاحْفَظْ زَرْعَناَ وَضَرْعَناَ
واحْفَظْ تِجاَرَناَ وَوَفِّرْ جَمْعَناَ
Ya Rabbi, peliharailah tanaman dan ternakan kami dan peliharalah perniagaan kami dan tambahkan bilangan kami.

39) وَاجْعَلْ بِلاَدَناَ بِلاَدَ الدِّيْنَ
وَراَحَةَ الْمُحْتاَجِ وَالْمِسْكِيْنَ
Jadikan tanah nusa kami, tanah air yang Deen (Islam) dan tempat istirehat mereka yang memerlukan dan yang miskin.

40) وَاجْعَلْ لَهاَ بَيْنَ الْبِلاَدِ صَوْلَةً
وَحُرْمَةً وَمَنْعَةً وَدَوْلَةً
Berikan kami kuasa ke atas negeri-negeri serta kehormatan, kekebalan dan tatacara pemerintahan

41) وَاجْعَلْ مِنَ السِّرِّ الْمَصُوْنَ عِزَّهاَ
واجعل مِنَ السِّتْرِ الْجَمِيْلِ حِرْزِهاَ
Kurniakan kepada tanah air ini kekuatan daripada rahsia yang terpelihara dan berikannya perlindungan dengan hijab yang jamal
.
42) وَاجْعَلْ بِصاَدٍ وَبِقاَفٍ وَبِنُوْنٍ
أَلْفَ حِجاَبٍ مِنْ وَراَئِهاَ يَكُوْنٍ
Demi Saad, Qaaf dan Nuun, kurniakanlah seribu hijab dihadapannya
.
43) بِجاَهِ نُوْرِ وَجْهِكَ الْكَرِيْمِ
وَجاَهِ سِرِّ مُلْكِكَ الْعَظِيْمِ
Demi martabat cahaya wajah Mu dan martabat rahsia kerajaan Mu yang menakjubkan
.
44) وَجاَهِ لا إله إلا الله
وَجاَهِ خَيْرِ الْخَلْقِ ياَ رَباَّهُ
Demi martabat cahaya La ilaha illallah dan martabat kejadian Mu yang paling sempurna, Ya Rabbi.

45) وَجاَهِ ماَ بِهِ دَعاَكَ الْأَنْبِياَءْ
وجاه ماَ بِهِ دَعاَكَ الْأَوْلِياَءْ
Dan demi martabat segala yang dengannya para anbiya’ berdoa pada Mu dan demi martabat segala yang dengannya para aulia’ berdoa kepada Mu.

46) وَجاَهِ قَدْرِ الْقُطْبِ وَالْأَوْتاَدِ
وجاه حاَلِ الْجَرسِ وَالْأَفْراَدِ
Dan demi martabat qudrah Qutb dan Autad dan demi Jaras dan Afrad (panggilan untuk gelaran para wali).

47) وَجاَهِ الْأَخْياَرِ وَجاَهِ النُّجَباَ
وجاه الْأَبْداَلِ وَجاَهِ النُّقَباَ
Dan demi martabat Akhyar dan martabat Nujaba, Abdal dan Nuqaba.

48) وَجاَهِ كُلِّ عاَبِدٍ وَذاَكِرْ
وجاه كُلِّ حاَمِدٍ وَشاَكِرْ
Dan demi martabat setiap orang yang beribadah dan berzikir dan martabat setiap orang yang memuji dan bersyukur.

49) وَجاَهِ كُلِّ مَنْ رَفَعْتَ قَدْرَهُ
مِمَّنْ سَتَرْتَ أَوْ نَشَرْتَ ذِكْرَهُ
Dan demi martabat setiap mereka yang Engkau tingkatkan nilai mereka, yakni yang tersembunyi dan yang terkenal namanya.
50) وَجاَهِ آياتِ الْكِتاَبِ الْمُحْكَمِ
وَجاَهِ الْإِسْمِ الْأَعْظَمِ الْمُعَظَّمِ
Dan demi martabat ayat-ayat Qur’an yang kukuh dan demi martabat Ismul ‘A’dhom yang Agung.

51) ياَ رَبِّ يا رَبِّ وَقَفْناَ فُقْراَ
بَيْنَ يَدَيْكَ ضُعَفاَءَ حُقَراَ
Ya Rabbi, Ya Rabbi, dirikan kami sebagai fuqara di hadapan Mu, lemah dan hina.

52) وَقَدْ دَعَوْناَكَ دَعاَءَ مَنْ دَعاَ
رَباًّ كَرِيْماً لاَ يَرُدُّ مَنْ سَعَى
Kami menyeru Mu dengan doa si penyeru yang menyeru Tuhan yang Mulia yang tidak berpaling daripada si penyeruNya.
53) فاَقْبَلْ دُعاَءَناَ بِمَحْضِ الْفَضْلِ
قَبُوْلَ مَنْ أَلْغَى حِساَبَ الْعَدْلِ
Terimalah doa kami dengan limpah kurnia Mu dengan penerimaan seorang yang mengetepikan balasan setimpal.

54) وَامْنُنْ عَلَيْناَ مِنَّةَ الْكَرِيْمِ
وَاعْطِفْ عَلَيْناَ عَطْفَةَ الْحَلِيْمِ
Limpahkan ke atas kami limpah kurnia dari Yang Maha Pemurah dan berlemah lembutlah dengan kami dengan kelembutan Yang Maha Penyabar.

55) وَانْشُرْ عَلَيْناَ يا رَحِيْمُ رَحْمَتَكْ
وَبْسُطْ عَلَيْناَ يا كريمُ نِعْمَتَكْ
Wahai Ya Rahim, panjangkanlah rahim Mu ke atas kami, dan tebarkan barakah Mu ke atas kami, Wahai Yang Amat Pemurah.

56) وَخِرْ لَناَ فِي ساَئِرِ الْأَقْواَلِ
وَاخْتَرْلَناَ فِي ساَئِرِ الْأَفْعاَلِ
Buatlah pilihan untuk kami dalam setiap perkataan kami dan pilihlah untuk kami dalam setiap perbuatan kami.

57) ياَ رَبِّ وَاجْعَلْ دَأْبنَاَ التَّمَسُّكاَ
بِالسُّنَّةِ الْغَراَّءِ وَالتَّنَسُّكاَ
Ya Rabbi, jadikanlah kami sentiasa berpegang dan menghidupkan Sunnah Rasul yang mulia.

58) وَاحْصُرْ لَناَ أَغْراَضَناَ الْمُخْتَلِفَةْ
فِيْكَ وَعَرَّفْناَ تَماَمَ الْمَعْرِفَةْ
Khususkan kehendak kami yang banyak hanya untuk Mu dan kurniakan kami makrifah yang sempurna.

59) وَاجْمَعْ لَناَ ماَ بَيْنَ عِلْمٍ وَعَمَلْ
وَاصْرِفْ إِلَى داَرِ الْبَقاَ مِناَّ الْأَمَلْ
Satukan ilmu dan perbuatan bagi kami dan halakan harapan kami kepada tempat tinggal yang abadi
.
60) وَانْهَجْ بِناَ ياَ رَبِّ نَهْجَ السُّعَداَ
وَاخْتِمْ لَناَ ياَ رَبِّ خَتْمَ الشُّهَداَ
Ya Rabbi, jadikan kami mengikuti jalan yang beruntung dan jadikan khatam kami khatam para syuhada’ Ya Rabbi.

61) وَاجْعَلْ بَنِيْناَ فُضَلاَءَ صُلَحاَ
وَعُلَماَءَ عاَمِلِيْنَ نُصَحاَ
Jadikan zuriat kami para salihin, ulama yang bertindak dan memberi nasihat.

62) وَاصْلِحِ اللَّهُمَّ حاَلَ الْأَهْلِ
وَيَسِّرِ اللَّهُمَّ جَمْعَ الشَّمْلِ
Ya Allah, pulihkan keadaan masyarakat dan Ya Allah, mudahkan penyatuan kami.

63) ياَ رَبِّ وَافْتَحْ فَتْحَكَ الْمُبِيْنَ
لِمَنْ تَوَلَّى وَأَعَزَّ الدِّيْنَ
Ya Rabbi, berikan kejayaan yang jelas kepada dia yang memikul tanggungjawab dan menegakkan Deen.

64) وَانْصُرْهُ ياَ ذاَ الطَّوْلِ وَانْصُرْ حِزْبَهُ
وَامْلَأْ بِماَ يُرْضِيْكَ عَنْهُ قَلْبَهُ
Dan tolonglah dia, Wahai Yang Maha Penyabar dan golongannya dan isikan hatinya dengan apa yang Engkau redhai.
65) ياَ رَبِّ وَانْصُرْ دِيْننَاَ الْمُحَمَّدِي
وَاجْعَلْ خِتاَمَ عِزِّهِ كَماَ بُدِي
Ya Rabbi, bantulah Deen Muhammad dan jadikan akhirnya segagah permulaannya.

66) وَاحْفَظْهُ ياَ رَبِّ بِحِفْظِ الْعُلَماَ
وَارْفَعْ مَناَرَ نُوْرِهِ إِلَى السَّماَ
Peliharalah ia Ya Allah, dengan memelihara ulama dan tingkatkan mimbar cahayanya hingga ke langit.

67) وَاعْفُ وَعاَفِ وَاكْفِ وَاغْفِرْ ذَنْبَناَ
وَذَنْبَ كُلِّ مُسْلِمٍ ياَ رَبَّناَ
Ampunkanlah, berikanlah kesejahteraan dan tampunglah kekurangan kami dan ampunkan dosa-dosa kami dan dosa-dosa sekelian kaum Muslimin Ya Rabbi.

68) وَصَلِّ ياَ رَبِّ عَلَى الْمُخْتاَرِ
صَلاَتِكَ اْلكاَمِلَةِ الْمِقْداَرِ
Ya Rabbi, berkatilah “Yang Terpilih” dengan selawat yang sempurna.

69) صَلاَتَكَ التي تَفِيْ بِأَمْرِهِ
كَماَ يَلِيْقُ بِارْتِفاَعِ قَدْرِهِ
Selawat Mu yang menjayakan segala urusannya yang selayak nilainya yang tinggi.

70) ثُمَّ عَلَى الآلِ الْكِراَمِ وَعَلَى
أصْحاَبِهِ الْغُرِّ وَمَنْ لَّهُمْ تَلاَ
Dan berkatilah keluarganya yang mulia dan sahabat-sahabat yang agung dan mereka yang mengikuti mereka.
71) وَالْحَمْدُ لِلَّهِ الذي بِحَمْدِهِ
يَبْلُغُ ذُو الْقَصْدِ تَماَمَ قَصْدِهِ
Segala puji-puji bagi Allah yang dengan pujiNyalah sesiapa yang mempunyai matlamat dapat memenuhi matlamat tersebut.

"MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANISSSS"
~~~SALAM MUJAHADAH~~~

linkWithin

Related Posts with Thumbnails