Saturday, December 31, 2011

AHLAN WA SAHLAN 2012

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
insyaAllah



Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan untuk tangan ini menaip beberapa patah kata buat pembuka tahun baru 2012 ini. Thank you Allah atas segalanya….

Salam sayang dengan penuh tulus  ikhlas buat semua pengunjung laman maya ini… jazakallah atas setiap ziarah antum moga beroleh manfaat bersama dalam perkongsian ilmu. Laman maya dengan address: http://bintisumayyah.blogspot.com  dan nama pena maya PencintaAllah, sebenarnya baru sahaja bertapak sebagai medan bagi penulis berkongsi sedikit kata bicara. Sebenarnya diri hamba ini  tidak layak mengguna kata pena PencintaAllah kerana pasti banyak dosa-dosa dilakukan sebagai hamba yang masih terlalu cetek ilmunya, namun insyaAllah sentiasa mencari-cari ruang untuk mendapat cinta yang agung yakni cinta dari Sang Pencipta cinta, Allah S.W.T. insyaAllah, moga hidup dan mati ku dalam redhaNYA sentiasa. Sering kali ditanya, kenapa “bintisumayyah” menjadi pilihan hati? Adakah Sumayyah binti . . . . .? Haha… masyaAllah entah la… ana akui “bintisumayyah” ertinya “anak perempuanku Sumayyah”, namun pada Allah la semuanya disandarkan kerana Dia Maha Mengetahui…


Sebenarnya, nama Sumayyah banyak membawa erti dalam hidup ana sendiri. Normal, jiwa remaja yang banyak dipengaruhi persekitaran luar, kadang-kadang kita agak degil dan ego, untuk ke majlis ilmu sendiri agak sulit dan sukar… malas diri ini suatu ketika dahulu untuk membawa kaki sendiri ke taman-taman syurga atau majlis-majlis ilmu, usrah, surau, dan sebagainya… Namun, suatu hari seorang teman meminta untuk menemaninya ke satu program motivasi. Di sana Alhamdulillah salah satu slotnya, seorang ustaz itu telah menceritakan dengan penuh mendalam “sejarah Sumayyah”…  Sumayyah? Sejarah wanita mulia ini telah membuatkan ana terkesan dengan begitu mendalam sehingga ke hari ini. Lembaran baru bermula dan Allah gerakkan hati ini hanya kerana sejarah seorang yang bernama “Sumayyah”…

“Sumayyah kau dibunuh di dunia sementara, untuk hidup di syurga yang selama-lamanya…..”

Sumayyah itu hanya hamba, bukan hamba biasa, hamba kepada Tuhannya, dia juga hamba kepada tuannya… namun, walau jasadnya bertuan, tapi hatinya milik Tuhan. Teguh akidahnya, kukuh imannya, kuat keyakinannya, cekal dan tabah mindanya, sehingga dia bergelar wanita pertama yang syahid demi mempertahankan akidahnya… begitu mulia dirimu duhai Sumayyah.

“Sabarlah keluarga Yassir bagimu syurga di sana…”
insyaAllah…

Haaa… kepada semua, kita juga mahu mencari syurga bukan? Kita juga mahu menjadi hamba Allah yang hebat bukan? Dan semestinya kita mahu kekasih agung kita Rasulullah s.a.w. bangga punya umat seperti kita bukan? Jadikan tahun baru ini lebih baik dari sebelumnya, dan jangan berlengah lagi… Mula dari sekarang. Contohilah baginda dalam kehidupan, nasihat untuk ana sendiri jua, insyaAllah.

Daripada blog Fatimah Syarha, ana kongsikan bersama bahawa tiada insan yang lebih istimewa selain Rasulullah s.a.w.

Tiada Insan Yang Lebih Istimewa...

Rasulullah SAW paling istimewa. Kehidupan baginda mampu memberi contoh daripada pelbagai dimensi:

Bagindalah pemuda pemalu.
Bagindalah pemuda berani.
Bagindalah contoh di kala remaja.
Bagindalah contoh di kala dewasa.
Bagindalah orang miskin.
Bagindalah orang kaya.
Bagindalah rakyat biasa.
Bagindalah bangsawan mulia.
Bagindalah pemerintah yang sibuk.
Bagindalah pemimpin yang adil.
Bagindalah ketua sekalian umat yang pelbagai.
Bagindalah orang biasa yang ada masa lapang.
Bagindalah yang pandai berjenaka.
Bagindalah yang serius dalam tugasnya.
Bagindalah bicara penuh berhikmah.
Bagindalah sopan dan lembut dalam akhlaknya.
Bagindalah tegas dalam pendiriannya.
Bagindalah yang sangat menghormati wanita.
Bagindalah yang istimewa.
Bagindalah segalanya…

“Bagindalah the top of 7 HIGHLY  MOST  EFFECTIVE  PEOPLE in the world”

Say: Allahumma sollia’la sayyidina Muhammad wa a’la alihi wa sohbihi wassallam

Rasulullah s.a.w. sangat rindu umatnya berselawat kepadanya, setiap hari baginda menanti kita untuk berselawat kepadanya… ayuh berselawatlah sentiasa. Kita tidak rugi sedikit pun, malah untung berganda-ganda…yakinilah syafaat daripadanya.

Subhanallah! Inilah kisah hidup manusia paling sempurna yang pernah Allah SWT cipta. Jom jadikan baginda contoh ikutan kita yang paling utama. Tahun baru, baharukanlah cinta kepada baginda. Do right thing in right time.InsyaAllah, put your trust to Allah…

AHLAN WA SAHLAN 2012



Istimewa buat semua yang sangat dihargai dan disayangi sentiasa.
Jom meriahkan sambutan tahun baru 2012 dengan majlis ilmu
Setiap majlis-majlis ilmu itu adalah "raudatul jannah", iaitu  taman-taman syurga, yang pastinya penuh keberkatan daripadaNYA, insyaAllah
Salam sayang buat semua...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam perjuangan
insyaAllah
Wassalam
^_~

Thursday, December 29, 2011

Hati Kata Rindu ^_~

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA 
insyaAllah


HATI KATA RINDU ^_~
Di hati ini ingin melafaz kata
Kata kasih pada-Mu yang ku rindu
menagih sentuhan maghfirah-Mu

Hati kata rindu
Hanya pada-Mu ooh Tuhanku
Yang sering aku
Biar berlalu ke hujung waktu

Wahai Tuhanku
Layakkah aku gapai syurga-Mu
Janganlah diriku
Engkau sisihkan dari rahmat-Mu

Ku bersujud..kepada-Mu..
Kasih-Mu kudamba
Terima taubatku
Ampuniku..

Wahai Tuhanku
Engkaulah yang satu
tempatku mengadu
Rabbul Izzati
Hidup dan matiku
hanyalah untuk-Mu..
Alhamdulillah, baru sahaja pulang dari Terengganu ^_~
4 hari saja... huuu



"hujan emas di negeri orang ,
hujan batu di negeri sendiri,
jauh merantau duduk seorang,
hati kata rindu negeri sendiri."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
insyaAllah
salam perjuangan

Thursday, December 22, 2011

Jiwa Positif Hidup BerTuhan...

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA 
insyaAllah

JIWA POSITIF HIDUP BERTUHAN


Bismillahi tawakkal tu a'laAllah =)

Bagaimana kita sebagai hamba mahu mencipta jiwa yang sentiasa positif?

Bagaimana kita sebagai hamba mahu mencipta perasaan yang ingin kepada Allah?

Bagaimana kita mahu merasakan kehadiran Allah dalam setiap apa yang kita lakukan?

Bagaimana kita mahu sentiasa rasa bahawa diri diperhatikan Allah?

Bagaimana kita mahu yakini bahawa CCTV Allah itu 24jam?

Bagaimana kita mahu amalkan konsep IHSAN dalam kehidupan?

So,

Bagaimana mencipta jiwa positif dan hidup bertuhan?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(^_~)
Subhanallah, Walhamdulillah, WaLaailaha illAllah, Allahu Akbar

Di sini cuba ana kongsikan daripada seseorang yang ana kagumi: 
En Fuad Latip
Penulis buku: Jiwa Positif Hidup BerTuhan
 (pensyarah kejuruteraan UiTM Shah Alam)

Jika Dunia Ikut Kehendak Kita

Seandainya setiap diri kita ingin dunia ini menjadi seperti apa yang kita inginkan dan harapkan… bukan seperti apa yang Allah aturkan, pastilah kucar kacirnya dunia ini.
Ketika saya ingin makan, tetapi ada seorang sahabat ingin saya menemani beliau ke suatu tempat dalam masa yang sama dan ada lagi seorang sahabat ingin bertemu saya di tempat lain dalam masa yang sama… dan semua ini dimakbulkan Allah serentak… 

bagaimanakah agaknya keadaan ketika itu?

Kita harus menjadi 3 orang tetapi satu.
Ketika kita ada masalah dengan orang lain dan kita ingin orang lain sama seperti apa yang kita inginkan sedangkan orang itu ingin sesuatu yang lain dari kehendak kita dan kedua-duanya dilaksanakan oleh Allah pada masa yang sama, apakah akan terjadi pada orang itu?…

2 tetapi satu.
Ketika doktor ingin ada yang sakit untuk memiliki rezeki dan sudah tentu dalam masa yang sama kita memohon agar sihat lalu Allah melaksanakan kedua-duanya… kita sakit dan sihat dalam masa yang sama… pastilah kita menjadi 2 dalam 1.

Kucar kacirlah dunia ini.

Ternyata dunia ini berjalan mengikut aturanNya. Belajarlah untuk menerima aturan Allah perlahan-lahan namun dalam masa yang sama lakukan terus apa yang Allah perintahkan.
Berusahalah terus kerana Allah memberi ilham kepada sesiapa yang DIPERCAYAINYA agar apa yang dilakukan hambaNya yang dipercayaiNya itu selari dengan aturanNya sehingga hambaNya berasa doa mereka telah dimakbulkan oleh Allah SWT. Berusaha itulah membuktikan seseorang itu boleh dipercayai.

Belajarlah mencintai lebih dari dicintai.

Belajarlah mengikut aturan Allah SWT.

"Yakinilah bahawa Allah Maha Mengatahui apa yang terbaik buat kita"

 Allah itu sungguh sweet dalam tarbiyyahNYA cuma kita hamba gagal mengerti

Gagal Memiliki Kesedaran Tertinggi

Mengapa gagal memiliki kesedaran tertinggi akan Allah SWT?
Kerana ketika kita ingin benar ke Allah, niat kita tidak benar-benar ikhlas.

  • Kita ke Allah kerana ingin masalah selesai.
  • Kita ke Allah kerana ingin sembuh dari penyakit.
  • Kita ke Allah kerana ingin kaya dan banyak harta.
  • Kita ke Allah kerana ingin bahagia. Kita ke Allah kerana ingin tenang.
  • kita ke Allah kerana ingin berjaya.
  • Kita ke Allah kerana anak/suami/isteri.
  • kita ke Allah kerana stress.
  • kita ke Allah kerana ingin dinaikkan pangkat dan darjat.
  • kita ke Allah kerana ingin panjang umur.
  • kita ke Allah kerana…. kerana… etc…

Akhirnya kita akan sangkut… terhenti di semua “kerana-kerana” kita itu tadi. 
Kita tidak menuju benar ke Allah. 
Kita tidak ikhlas benar ingin ke Allah untuk dekat kepadaNya.
Akhirnya kita akan melakukan ibadah, mendirikan solat kerana inginkan sesuatu. 
Membaca Al-Quran kerana mengejar fadhilatnya.
Pergi haji kerana ingin memohon sesuatu. 
Membayar zakat dan sedekah kerana mengharapkan sesuatu.
Semuanya sebenarnya bukan untuk Allah tetapi untuk kita juga. 
Lalu apakah ini dinamakan ibadah kerana Allah? 
atau sebenarnya adalah ibadah kerana diri sendiri?
Sudahlah… betulkanlah kembali niat kita. 
Ingin ke Allah kerana tidak ada yang lain melainkan kerana Allah.

Keperluan lain itu lebih diketahui oleh Allah untuk diri kita malah Allah lebih tahu dari kita tahu apa keperluan untuk kita.

Terima kasih kerana kembali sedar dan kembali memperbetulkan niat.
"Setiap amalan bermula daripada niat"
 
"IKHLAS umpama seekor semut hitam yang kecil, yang berjalan di atas batu hitam pada malam yang gelap gelita, iaitu pasti hanya Allah yang mengetahui kehadirannya di situ"


Ikhlas lah umpama seekor semut, dia rajin, semangat, namun tidak kisah walau diri tiba-tiba mati terpijak, atau lemas di air, apa yang diinginkan hanyalah matlamatnya tercapai...

The Power of Expectation


“The Power of Expectation” yang sebenar atau prasangka yang benar itu bergantung kepada keyakinan (trust) dan percaya (believe) kita. Fitrahnya kita adalah seandainya kita yakin sesuatu itu baik, pasti prasangka kita baik.

Prasangka yang dibuat-buat pasti wujud penentangan dari jiwa. Dan jiwa tidak akan mengikut apa yang dikatakan oleh fikiran selagi sesuatu itu menjadi realiti seperti apa yang difikirkan.

Rasulullah bersabda : ‘Allah berfirman : Aku berada di dalam sangkaan hambaKu tentang diriKu. Aku menyertainya ketika dia menyebutKu. Kalau dia menyebutKu kepada dirinya, maka Aku menyebutnya kepada diriKu, kalau dia menyebutKu didepan orang ramai, maka Aku menyebutnya di depan orang dengan keadaan yang lebih baik daripada diri mereka.’ (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sangkaan yang disabdakan oleh Rasulullah adalah menggambar keadaan hati kita kepada Allah. Ia bergantung kepada keyakinan kita. Sangkaan yang dibuat-buat tanpa ada keyakinan pada Allah sebenarnya tetap tidak mampu membina keyakinan hati.

Lalu persoalannya, bagaimana untuk membina keyakinan?

Sentiasalah sedar dalam bersyukur. Ketika kita melalui hidup ini setiap saat kita tidak pernah terlepas walau sesaat pun menerima rahmat Ilahi.

Bersyukurlah kepada Allah dalam kesedaran kepadaNya. Bukan kepada “benda” atau “perkara” yang kita miliki. Tapi kepada Yang Maha Pemberi “benda”, “perkara” dan juga kejayaan iaitu Allah SWT.

Dengan bersyukur, keyakinan kepadaNya akan terbina dan kita akan sendiri berprasangka baik pada Allah.


Kenal Allah >>> Sedar Allah setiap saat >>> Bersyukur pada Allah >>>Yakin pada Allah >>> berprasangka baik pada Allah >>> bersemangat melakukan kerja >>> sabar dalam melakukan kerja >>> menerima dan mengikut ketetapan Allah >>>redha + pasrah + berserah >>> Jiwa yang bahagia  >>> Iman bertambah disamping iman yang lalu

 ~~~semangat~~~
teruskan perjuanganmu, you can do it
"put your trust to Allah 100%"

Menghargai Itu Membuang Ego


Belajar untuk lebih menghargai orang lain daripada ingin dihargai. Belajarnya biar sampai benar-benar penghargaan itu datang dari jiwa. Susah menghargai orang lain terutama orang yang kita sayangi lebih menguatkan ego kita. Ketika kita menghargai orang lain dengan benar, ego ini akan hancur sedikit demi sedikit dan akhirnya lebur. Menghargai ini memberi makna kita benar-benar bersyukur kerana orang yang bersyukur yang mampu menghargai dengan benar… penghargaan dari jiwa.

 "Apabila kita tenang dalam menerima takdirNya, sama ada kita suka atau tidak suka, Allah pasti akan memberikan ganjaran mahupun hikmah terbaik berkat dari kesabaranmu"

"Menyedari dan Merasai Kehambaan Diri dan KeTuhanan Allah SWT di dalam Kehidupan"


  الَّذِینَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِآْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِآْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
 
“Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati-hati menjadi tenang tenteram."
(Surah Al-Ra’du: Ayat 28)

Kita perlu sentiasa yakin pada Allah, tapi bagaimana keyakinan tetap kukuh walau kadang-kala diuji? Haaaa di situ lah letaknya sejauh mana kita benar-benar ikhlas terhadap qada' qadar Allah... jika hati benar-benar ikhlas, kita pasti tidak mengharapkan balasan bukan? Allah yang Maha Tahu pasti tersangat Arif tentang segala apa yang diperbuatNya =)

Waallahu a'lam...


"BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL"

Sunday, December 18, 2011

Berhati-hati Wanita...

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA 
insyaAllah
Syukran, perkongsian dari sahabat:
 ~~~Astaghfirullah~~~
jom dengar perkongsian dari Ustaz Azhar Idrus:
~~~renungkanlah~~~

~~~MasyaAllah, kartun pun tahu pakai sopan, antunna bila lagi~~~
"BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL"

and jazakillah to sahabat pena maya:


Suatu hari, Saidina Ali kwjh bersama isterinya Fatimah r.a bertandang ke rumah Nabi saw. Semasa Rasulullah menyelak daun pintu rumah untuk melihat siapa yang datang, sambil disahut oleh Fatimah r.a, mereka melihat Rasulullah saw sedang menangis.

Kemudian Fatimah r.a bertanya sebab ayahnya menangis. Rasulullah saw mula menceritakan baginda menangis kerana semasa malam Mikhraj, baginda telah melihat
BEBERAPA PEREMPUAN DARIPADA UMATNYA BERADA DALAM SEKSAAN YANG AMAT SANGAT DAN SANGATLAH SALAH PEKERJAAN MEREKA ITU.

Kemudian Nabi saw menerangkan apa yang telah dilihatnya dan apakah dosa-dosa perempuan tersebut yang telah menyebabkan mereka terhumban ke dalam
neraka seburuk-buruk tempat kembali.


1. PEREMPUAN YANG TERGANTUNG DENGAN RAMBUTNYA DAN MENDIDIH OTAK KEPALANYA.


Dosa : Dia tidak mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang lain yang haram memandangnya.


2. PEREMPUAN YANG TERGANTUNG DENGAN LIDAHNYA DAN API NERAKA YANG SANGAT PANAS DITUANGKAN KE DALAM LEHERNYA.


Dosa : Dia menyakiti akan suaminya.

3.
PEREMPUAN YANG TERGANTUNG DENGAN DUA SUSUNYA DAN BUAH ZAQUM DITUANGKAN KE DALAM LEHERNYA.


Dosa : Dia memberi air susu dengan tiada izin suaminya.


4. PEREMPUAN YANG TERGANTUNG DENGAN KAKINYA DALAM KERENGKUNGAN API NERAKA.


Dosa : Dia keluar dari rumah tanpa izin suaminya.

5.
PEREMPUAN YANG TERGANTUNG DENGAN DAN DIA MEMAKAN TUBUHNYA DAN API NERAKA DINYALAKAN DARIPADA BAWAHNYA.


Dosa : Dia memperhias tubuhnya kerana orang lain tetapi tidak berhias untuk suaminya.


6. PEREMPUAN YANG TERGANTUNG DENGAN DUA KAKINYA  TERTAMBAT KEPADA DUA SUSUNYA BERTAMBAT PULA PADA UBUN-UBUNNYA DAN DIJADIKANNYA BEBERAPA ULAR DAN KALA YANG MEMAKAN DAGINGNYA SERTA MINUM AKAN DARAHNYA.


Dosa : Dia di dunia tidak mahu bersuci badannya dan tidak mahu mandi dari haid dan daripada nifas dan meringan-ringankan sembahyang.


7. PEREMPUAN YANG TERGANTUNG DALAM KEADAAN KELU, BUTA DAN TULI. DIA BERADA DALAM KURUNGAN API NERAKA. 


Dosa : Dia melahirkan anak zina. Kemudian ditambatkan dia pada leher suaminya.

8. PEREMPUAN YANG KEPALANYA SEPERTI KEPALA BABI DAN BADANNYA SEPERTI HIMAR(KELDAI). DI ATASNYA ADA BERIBU-RIBU WARNA DARIPADA AZAB.


Dosa : Dia suka mengadu domba dan sangat pendusta.


9. PEREMPUAN SEPERTI RUPA ANJING DAN API MASUK KE DALAM BADANNYA MELALUI MULUTNYA DAN KELUAR MELALUI DUBURNYA. 


Dosa : Dia suka berdengki sesama manusia.



*DAN SEGALA MALAIKAT MEMUKUL MEREKA ITU DENGAN PEMUKUL API NERAKA.



SUMBER : KITAB MUHIMMAH 

KARANGANAN :  Syeikh Abdullah Ibnu 'Abdur Rahim Fathani.
 p/s: jangan kita menjadi penyebab ayah atau suami diheret ke neraka Allah..
insyaAllah

>>>bagi perempuan yang belum berkahwin, ayah lah yang menangggung dosa selagi tidak ditegur dosa anaknya, 

>>>bagi perempuan yang sudah berkahwin, maka suami lah yang menanggung dosa selagi tidak ditegur dosa isterinya....


Lagi perkongsian dari Ustaz Azhar Idrus: (maaf yerr loghat terengganu nyer pekat sikit jika sahabat2 kurang faham sila tanya ana, insyaAllah ana terjemahkan..)


....:::TAZKIRAH KEINSAFAN:::...
Pertama : Tahjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjud.

Kedua : Melazimi membaca Al-Quran dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.

Ketiga : Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh.

Keempat : Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima : Jaga sedekah setiap hari.walaupun hanya dengan sekuntum senyuman.

Keenam : Jaga wudhuk terus menerus, kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.

Ketujuh : Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.

Kelapan : perbaharui Azam dan Tekad untuk berkhidmat kerana Allah SWT .

Kesembilan : Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang muslim sejati.

Kesepuluh : Memelihara diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan disisi Allah SWT .
~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
"RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL"

Thursday, December 15, 2011

***Ayat Migrain***

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA 
insyaAllah
~~~Arrrgghh...~~~
Aikkk baby pun migrain jugak? kesiannyerr huhu.


Pada sesiapa yang ada penyakit migrain cuba amalkan ayat ini..insyaAllah dengan izin Rabb hilang sakitnya.. Amin..Amin...Amin..

Rawatan Islam bagi yang sakit migrain :
 
1. Al- Fatihah (1x)
2. Ayat kursi (3x)
3. Al-ikhlas (3x)
4. Al-falaq (1x)
5. An-nas (1x)
6. Yaasin ayat 58 (3x) (salamun qaulammirrobbirohim)
7. Selawat ke atas Nabi  SAW (3x)

# Sepanjang membacanya letakkan kedua-du tapak tangan di kepala, terutamanya pada bhagian yang sakit.
 
# Yang paling penting adalah keyakinan, penyerahan pada Allah SWT.. sebab ALLAH lah yang memberi kita sakit, dan Dia jua yang menyembuhkan kita... insyaAllah.     

# Selamat beramal..
 

syukran to: http://wanitayangdirinduisyurga.blogspot.com

Tuesday, December 13, 2011

Yakinilah: Dengan Mengingati Allah Jiwa Menjadi Tenang...

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA 
insyaAllah
~~~saat kematianku, moga matiku dalam redhaMU~~~ 
ya Allah, jangan Kau ambil nyawaku saatku lalai,
berikan kami petunjuk Mu
setiap waktu
amin


الَّذِینَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِآْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِآْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
“Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati-hati menjadi tenang tenteram."
(Surah Al-Ra’du: Ayat 28)


إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآیَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ (190 ) الَّذِینَ یَذْآُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَیَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَك فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ(191
 
Maksudnya:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, [UIu’I-Albab], (yaitu) mereka yang mengingati ALLAH sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Rabbana! (Tuhan kami!), tiadalah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, lantaran itu peliharalah kami dari azab nerakaMu”.
(Surah Ali-Imran: Ayat 190—191)


Dengan mengingati Allah hati akan hidup segar dan jernih. Segala karat di hati akan hilang dan hati menjadi peka. Tepat seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah:

“Tiap sesuatu itu ada penggilapnya. Penggilap hati ialah zikru’llah. Tidak ada (perbuatan) yang lebih menyelamatkan seseorang dari azab Allah lain dan zikru ‘llah. Sahabat bertanya: “Jihad fisabilillah pun tidak boleh (menandinginya).” Jawab Rasulullah: “Walaupun ia terus mencantas musuh dengan pedang sampai patah.”
(Hadith riwayat Baihaqi)


Abi Sa’id Al Khudri radiyAllahu’anhu meriwayatkan bahawa Nabi SallAllahu
alaihi Wasallam bersabda. Kata Nabi Musa ‘alaihissalam:

“Hai Tuhanku, ajarkanlah kepadaku sesuatu yang dapat aku berzikir dan menyeruMu dengannya. Jawab Allah: Katakanlah “La ilaha illAllah. Musa bertanya: Hai Tuhan semua hamba mu berkata demikian. Ujar Tuhan: Katakanlah “La ilaha illAllah: Musa berkata. Yang saya minta ialah suatu yang khusus bagiku (seorang) sahaja. Allah berfirman: Wahai Musa andainya tujuh petala langit dan tujuh petala bumi di sebelah timbangan dan La ilaha illAllah di sebelah timbangan lagi, nescaya sebelah timbangan Lailaha illAllah akan mengatasi berat sebelah yang lain.” 
(Diriwayatkan oleh Nasa’i, Ibnu Majah Dan Al-Hakim)

Abi Hurairah radiyAllahu’anhu meriwayatkan bahawa Rasulu’llah telah
bersabda:

“Baharukanlah iman kalian. Rasulullah ditanya: Bagaimana kami mahu memperbaharui iman kami. Beliau menjawab: Banyakkanlah menyebut; Lailaha illAllah.” (Riwayat Ahmad dan lain-lain)


Al Tarmizi meriwayatkan dan ‘Abdullah ‘Amru radiyAllahu’anhu bahawa Nabi
SallAllahu ‘alaihi Wasallam bersabda:

“Tasbih memenuhi separuh timbangan (Mizan). Alhamdulillah memenuhi seluruh timbangan manakala Lailaha illAllah tidak ada pendinding antaranya dengan Allah sehingga ia terus menuju Allah.”


Rasul mengatakan lagi:
“Empat ucapan yang paling disukai oleh Allah: SubhanAllah, Walhamdulillah, La ilaha illAllah dan Allahu Akbar. Tidak salah anda memulakan menyebut mana-mana sahaja dari (sebutan) itu.”
(Riwayat Muslim Ibnu Majah dan Nasai)

insyaAllah,
jom dating dengan Allah...
jom zikrullah, 
dalam  kesibukan duniawi yang melanda diri
yakinilah duhai hati:

“Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati-hati menjadi tenang tenteram."
(Surah Al-Ra’du: Ayat 28)

insyaAllah Allah bersamamu...

~~~wassalam~~~

Saturday, December 10, 2011

Rasulullah s.a.w. : Sopan & Berhikmah

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA 
insyaAllah


Bait-bait lirik “Dia Kekasih Allah” memberi  1 ilham buat perkongsian.



“Malu rasanya menyatakan cinta,

kepada dia kekasih Allah,

kerana dia insan mulia,

sedangkan diriku insan biasa...

ku pujuk jua,

hati dan jiwa,

membuahkan rasa cinta membara,

kerana pujian ucapan selawat,

tanda penghargaan seorang ummat....

Selagi upaya ku turuti ajarannya,

apa terdaya ku amalkan sunnahnya,

moga di dunia mendapat berkah,

di akhirat sana beroleh syafaat,

kerana perabadimu aku terpesona,

kerana budimu aku jatuh cinta,

Rinduku padanya tiada terkata

Nantikanlah daku di taman syurga

Sesungguh apa yang ku dambakan

Adalah cinta Allah yang Esa

Kerana cinta kepada Rasulullah

Bererti cinta kepada Allah...."



“kerana perabadimu aku terpesona, kerana budimu aku jatuh cinta......”



Jadi insyaAllah, 1 perkongsian berkaitan indah, sopan, dan lembutnya akhlak Rasulullah s.a.w. yang wajar kita contohi... insyaAllah =)



Muslim r.h.m. meriwayatkan bahawa Muawiyah bin Hakam as- Sulami menceritakan pada suatu hari, katanya “ketika mana aku bersembahyang bersama Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki bersin. Lantas aku berkata: “Yarhamkallah”. Maka seluruh hadirin melemparkan pandangan mereka kepada ku. Aku berkata lagi: “Alangkah malangnya ibuku. Apahal kamu semua memandangku sedemikian rupa.” Mulalah mereka menepuk paha-paha mereka (untuk menyuruhku diam), apabila aku melihat mereka mahu aku diam, maka aku pun diam. Kemudian aku melihat Rasulullah s.a.w. maka demi ibu dan ayahku, aku tidak pernah melihat seorang pendidik sebelum mahupun selepas baginda s.a.w. yang lebih elok cara didikannya daripada baginda nabi s.a.w.  Demi Allah, baginda tidak menengking ku sedikit pun, apatah lagi memukul ku atau mencela ku.....


Hanya lah baginda bersabda:

"Inna hazihissolata laa yahillu fiiha syai un min kalaaminnas hazaa innama huwat tasbih, wat takbiru wa qiraatil Quran...."


Daripada riwayat Muslim bermaksud;


‘’Sesungguhnya sembahyang bukanlah tempat untuk kalam manusia (bercakap sesama mereka), bahkan ia adalah tasbih, takbir, dan bacaan al-Quran......” (RIWAYAT MUSLIM)



Sungguh sopan dan berhikmah sekali tegurannya... =)


Ya Rasulullah...


“kerana perabadimu aku terpesona,

kerana budimu aku jatuh cinta......”



P/S: alhamdulillah contohi Rasulullah s.a.w. dalam  tegasnya baginda sebagai pemimpin, ada kelembutan, sopan, tenang, dan akhlak penuh hikmah... =)



linkWithin

Related Posts with Thumbnails