PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...
Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
insyaAllah
Puisi
untuk kekasih
Yang bernama kekasih adalah malam
Ia adalah ruang aku mengadu nasib
Malam lebih mengerti resahku
Kerana siang sekadar teman
Kerana siang tidak mengajarku erti keinsafan.
Yang bernama kekasih adalah malam
Kegelapannya memberikan aku peluang
Mengenal makna kehidupan
Kerana siang muncul mentari
Yang kucari sesuap nasi
Yang kufikirkan tegak berdiri
Aku terlupa dosa bertaburan sana sini
Yang bernama kekasih adalah malam
Dalam ruangnya ada kamar rindu
Dalam ruangnya ada kematian
Dalam ruangnya ada teka teki
Dalam ruangnya aku kenal siapa aku
Dalam ruangnya aku selalu mencari Tuhanku.
Yang bernama kekasih adalah malam
Ia adalah ruang aku mengadu nasib
Malam lebih mengerti resahku
Kerana siang sekadar teman
Kerana siang tidak mengajarku erti keinsafan.
Yang bernama kekasih adalah malam
Kegelapannya memberikan aku peluang
Mengenal makna kehidupan
Kerana siang muncul mentari
Yang kucari sesuap nasi
Yang kufikirkan tegak berdiri
Aku terlupa dosa bertaburan sana sini
Yang bernama kekasih adalah malam
Dalam ruangnya ada kamar rindu
Dalam ruangnya ada kematian
Dalam ruangnya ada teka teki
Dalam ruangnya aku kenal siapa aku
Dalam ruangnya aku selalu mencari Tuhanku.
No comments:
Post a Comment