PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...
Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
insyaAllah
Tazkirah Ramadhan malam ke-19 (Ustaz dari Maahad Tahfiz Darul Quran wal-Qiraat):
Di bulan Ramadhan paling baik baca Quran 1 hari khatam sekali
Jika tak mampu, 1 minggu khatam sekali
Jika tak mampu, 1 bulan khatam 2 kali
Jika tak mampu, 1 bulan khatam 1 kali (paling ringan)
Saidina Usman, 1 hari khatam sekali, beliau solat satu rakaat witir, tapi dalam satu rakaat beliau khatam 30 juzuk Quran, masyaAllah
Pada hari hisab nanti, di saat matahari sejengkal, Allah sendiri akan memberi jamuan kepada orang-orang yang berpuasa.
Solat satu rakaat pada bulan Ramadhan bersamaan solat 1000 rakaat.
Infak, bagi orang-orang berinfak, hartanya tidak berkurang, bahkan semakin bertambah dan bertambah, janji Allah sangat tepat, Allah tidak memungkiri janji, sungguh infak ke jalan Allah adalah satu pelaburan yang kita tidak nampak. Allah mungkin tidak membalas dengan wang ringgit, mungkin dengan hal2 lain mengikut perancanganNya yang Maha Agung…
Dari Abu Hurairah R.A. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Apabila seorang anak adam mati, nescaya akan terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara, sedekah jariah atau ilmu yang member manfaat atau anak yang soleh yang mendoakan kebaikan untuk kedua-dua ibu bapanya” [Hadis Riwayat Muslim]
MAAHAD TAHFIZ DARUL QURAN WAL-QIRAAT memerlukan dana untuk pembangunan Masjid Imam Shafie dan pembinaan Maahad Tahfiz darul Quran wal-Qiraat Bhd. Bagi pengetahuan, masjid ini telah 4 tahun tertunggak pembinaannya menyebabkan bakal-bakal hafaz Quran dalam fasiliti yang kurang selesa.
Mana-mana individu atau organisasi yang ingin memberi sumbangan, sila hubungi:
Tel& faks: 09-7905477, 019-9394185
No. Akaun BIMB Cawangan Pasir Mas:
03027010032451 ATAS NAMA MASJID IMAM SHAFIE atau
03027010014625 ATAS NAMA MAAHAD TAHFIZ DARUL QURAN WAL-QIRAAT BERHAD.
JOM INFAK… biar sedikit asalkan ikhlas kerana Allah.
No comments:
Post a Comment