PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...
Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
insyaAllah
TINTA DARI SAHABATKU:
~~~ANA SOKONG ENTI SAYANG~~~
visit her blog: TINTA SUNDUS
"~~~nanti kalau awak kawin saya nak kawan dengan saper???
kalau ditakdirkan saya kena pergi hujung dunia pun,
insyaAllah kita boleh contact lagi...~~~
Argggghhh... hibanya hatiku melepaskan kau pergi... adehhh" sirrru...
versi copy & paste *_* haha:
Hidup ini menuntut mujahadah berterusan, setiap hari pasti ada sahaja
perkara yang perlu diusahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan
menolak keseronokan tidur yang lena, sehinggalah keteguhan mendirikan
Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka
duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang
dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar
diri sebagai muharrik. Mereka yang berada di dalam kategori tersebut
mesti lebih lagi menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak
fitnah menimpa.
Begitupun hal itu pasti tidak akan dapat dielakkan, usah kita lupa
bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal waktu bersungguh dan
berakhir dengan waktu lelah. Jika kita terkandas memandu keghairahan
semangat dan azam, kita akan kecewa apabila usaha tidak membuahkan hasil
seperti yang dijangka. Tetapi ingatlah, tidak pernah susah bermakna
tidak sempurna, tidak pernah merasa payah bermakna tidak normal. Allah
memberikan amanah mengikut kesanggupan hambaNya, natijahnya pula di
bawah takdirNya. Bak bidalan, ‘menabur benih di bumi, hasilnya dari
Ilahi’.
Lalu di saat hati sedang kabur, lemah dan gelisah, carilah hikmah apapun
yang ditenun di dalam lembar Al Quran. Rupa-rupanya kisah Nabi Yunus
A.S yang jarang dijadikan bahan sebutan, memberi seribu pengertian dalam
kehidupan seorang da’ie.
Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia
Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati
Ke tepi pantai seorang diri
Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah Baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya
Inilah Dai’e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali
kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui
kelemahan dirii. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di
waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira
ketidakberhasilan hidayah, kerana setiap langkah di atas jalan ini
adalah kejayaan.
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih
hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika
kamu orang-orang yang beriman” – Surah Ali ‘Imran:139, Al Quranul Karim
^_~
No comments:
Post a Comment