PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...
Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
insyaAllah
~~~izinkan aku mencintaiMU~~~
Alhamdulillah segala puja dan puji hanya buat Allah Tuhan ku yang Esa… Tuhan semester alam yang telah memimpin dan membimbingku ke arah kebenaran. Terima kasih ya Allah, di atas segala-galanya, di atas nikmat keislaman dan keimanan, di atas segala peluang dan kesempatan untuk melakukan kebaikan dan kebajikan. Selawat dan salam buat junjungan tercinta yang telah memberikan keteladanan yang terbaik untuk para pendakwah di sepanjang zaman yang menggeluti medan dakwah dan amal islami. Tidak lupa kepada generasi rabbani yang tercetak di bawah naungan Al-Quran yang telah bersimbah darah dan bermandi keringat dalam membentengi agama dan mengibar panji perlawanan tanpa lelah sehingga Islam pernah menguasai dua pertiga persada alam maya ini. Alhamdulillah….
Surah Al-Baqarah 2:186
“Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku(ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka), Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran”
~~~teruskan berdoa~~~
InsyaAllah perkongsian dari Ustaz Amaluddin Mohd Napiah
HAKIKAT KEHIDUPAN
Sudah menjadi sunnatullah bahawa kehidupan ini sarat dengan ujian dan cubaan. Ujian datang bersilih ganti dalam pelbagai rupa. Sebagai makhluk yang diciptakan oleh Allah, manusia tidak mempunyai pilihan kecuali menerima dan menghadapi hakikat ini.
Bukankah perjalanan hidup di dunia ini padat dengan kesulitan, kepayahan dan kesusahan? Secara fitrahnya, dunia ini telah diciptakan oleh Allah dengan beban dan ancaman, aral melintang serta pelbagai cubaan.
Surah Al-Baqarah 2:155
“Dan Kami pasti akan uji kamu dengan sedikit rasa takut (kepada musuh), rasa lapar, kekurangan harta, kekurangan nyawa dan kekurangan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar”
KITARAN UJIAN
Dunia adalah negara ujian dan pancaroba. Dalam satu hari sahaja, ujian Allah serta ‘percaturan takdirNya’ dating bersilih ganti mengenai setiap manusia. Tidak ada seorang pun yang akan terlepas daripadanya, antara susah dan senang, suka dan duka, lapang dan sempit, gembira dan sedih, pahit dan manis, sakit dan sihat, juga antara kaya dan miskin.
Namun, setiap ujian yang menimpa tidak kekal lama. Ia bertandang untuk seketika dan akan digantikan dengan ujian yang lain pula. Begitulah seterusnya rutin kehidupan duniawi yang bakal dilalui dan disaksikan setiap manusia. Bahkan inilah juga yang dinamakan warna-warni, asam garam dan rencah kehidupan.
Surah Ali-Imran 3:140
“……. Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman(dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian antara kamu orang yang mati syahid. Dan ingatlah ,Allah tidak suka kepada orangorang yang zalim.”
ADAKAH MANUSIA PERLU KEPADA MUSIBAH?
Sebenarnya seseorang manusia perlu kepada musibah sama halnya ia perlu kepada hajat, nikmat kesenangan, kelapangan dan kegembiraan… memang agak pelik bunyinya…
Tanpa ujian ‘sakit’ manusia tidak menghargai dan mensyukuri nikmat kesihatan. Tanpa nikmat ‘kesibukan dan kesempitan’ manusia tidak menghargai nikmat kelapangan waktu. Tanpa ujian kesusahan dan penderitaan, manusia tidak akan pandai mensyukuri nikmat kesenangan. Sungguh, manusia tidak akan berupaya menghargai ‘nilai’ sesuatu nikmat yang dianugerahkan Allah melainkan setelah nikmat itu hilang dari kita.
LUMRAH SUSAH SEBELUM SENANG
Menjadi sunnatullah di alam ini bahawa kesenangan akan datang selepas kesusahan, kegembiraan datang selepas kesedihan dan kelapangan akan dating sesudah kesempitan.
insyaAllah… jadi janganlah kita mengharapkan nikmat kebahagiaan, kelapangan dan kegembiraan itu akan dating dengan percuma. Kebiasaannya segala nikmat Tuhan itu akan dating bertandang setelah mana diawali dengan pelbagai bentuk dugaan dan ujian. Kejayaan dan kecemerlangan juga tidak akan hadir dalam hidup seseorang yang asyik bermimpi pada siang hari dan tidak berpijak di bumi yang nyata.
Ibnu Jauzi mengungkapkan :
“orang yang ingin mendapatkan keselamatan dan kesejahteraan abadi tanpa ujian dan cubaan, bererti dia belum mengenal ajaran Islam dan tidak mengenal erti pasrah diri kepada Allah.”
Bak kata bidalan Melayu, “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian”
Bagi mendapatkan keredhaan Allah, kita perlu menerima semua dugaan, ujian dan cubaan yang diberikan. Tidak dapat dinafikan keperitan musibah dan dugaan duniawi ini, tetapi itulah pembuka jalan kepada keampunan Allah yang Maha Agung.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Seseorang mukmin akan tetap berterusan diberi cubaan, sampai dia berjalan di muka bumi ini tanpa dosa sedikit pun”
(RIWAYAT AL-BUKHARI)
(RIWAYAT AL-BUKHARI)
Syukran Allah… thank you Allah… Terima kasih Allah…
I LUV YOU…
KEUPAYAAN MENCARI HIKMAH
Setiap hamba perlulah sentiasa bersifat peka dan bersungguh-sungguh mengutip 'mutiara-mutiara' hikmah dan iktibar tidak kira pada waktu susah atau senang. Biarpun dilanda dengan berbagai-bagai dugaan, seseorang hamba yang soleh dan solehah pasti akan redha dan sabar menghadapi ujian Allah. Hanya dengan mengambil sikap yang sedemikian, seseorang itu akan memperolehi manfaat dan faedah sementara persinggahannya di dunia yang sementara ini.
"Kita tidak diminta oleh Allah SWT untuk menjadi pengatur
permainan tetapi hanya diminta oleh Allah SWT menjadi pemain
yang terbaik."
~~~ALLAHU AKBAR~~~
^_~
"Ya Allah, izinkan aku mencintai MU"
No comments:
Post a Comment