PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...
Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
insyaAllah
sekadar perkongsian dari Remaja Masjid:
~~~seharum wangian bidadari syurga~~~
~~~;@.....@;~~~
~~;@wangian wardah tersebar merata,
kelopaknya mekar memikat kumbang,
tajam garang si duri menjaga,
bukanlah buat sebarang kumbang...
Ratu cantik syurga, bukanlah yang sama seperti ratu cantik dunia.
Kalau ratu cantik dunia, kecantikan dan keseksian yang menjadi ukurannya, tetapi ukuran akhirat lebih tinggi daripada itu.
Ratu cantik dunia, hanya bersifat sementara. Masa mudanya, mungkin begitu jelita sehingga menggoda. Tetapi ketika tua, dunia pun sudah tidak memandangnya sehingga dia pun diabaikan.
Ratu cantik akhirat, adalah yang kekal selama-lamanya. Cantiknya kekal tidak fana. Keayuan dan kelembutannya bagaikan mutiara. Mahal yang tidak ada harganya. Di akhirat, dia sentiasa menjadi perhatian.
Tidak glamour di dunia tidak apa, tetapi biar glamour di syurga !
RATU CANTIK SYURGA, KECANTIKANNYA LEBIH BERSINAR DARIPADA MATAHARI
Kalau cahaya Matahari itu mampu menyilaukan mata bila memandangnya, maka aura ratu cantik syurga lebih lagi daripada itu. Sinarnya lebih cerah sehingga mampu menerangi dunia.
Kecantikannya bukan pada ukuran zahirnya semata. Keayuannya bukan dinilai pada tutur katanya yang menggoda.
Tetapi kecantikan dan keayuan seorang ratu cantik syurga adalah pada akhlaknya. Auranya bukan hanya memukau manusia untuk mendekatinya, tetapi memukau juga syurga untuk menyebut-nyebut namanya.
Seorang ratu cantik syurga, keharumannya jauh lebih wangi daripada segala jenis minyak wangi yang ada di dunia. Bukanlah harum dirinya kerana minyak wangi, tetapi harum kerana bekal iman yang ada pada dirinya.
Keimanan yang ada menolak dirinya untuk sentiasa akrab dengan Allah. Dia menjaga hak-hak Allah dalam kehidupannya. Segala perintah dan larangan Allah ditaatinya.
Itulah yang mampu menjadikan seorang wanita dunia sebagai ratu cantik di syurga.
KEJELITAANNYA ADALAH PANCARAN KETAKUTANNYA KEPADA ALLAH
Yang menjadikan ia mahal bukan sahaja di syurga, bahkan di dunia adalah kerana Allah yang sentiasa ada di hatinya.
“…Maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka)…” (QS. an-Nisa’:34)
Dalam kehidupannya, tidak ada sandaran lain selain Allah. Dia tidak bersandar kepada mana-mana lelaki yang dia cinta, dia tidak bersandar pada kecantikan yang ada pada dirinya, bahkan dia juga tidak bersandar dengan segala kehebatan yang ada pada dirinya.
Yang menjadikan ia semakin jelita di syurga adalah kerana hidupnya penuh ketaatan kepada Allah ketika di dunia.
Ratu cantik syurga adalah yang menjaga maruahnya. Dia tidak mudah ditundukkan oleh mana-mana lelaki sewenang-wenangnya melainkan kepada suaminya, dia menundukkan diri. Dia tidak mudah-mudah sahaja merendahkan martabatnya dengan pergaulan tanpa sempadan dengan lelaki yang bukan mahramnya.
Kerana dia tahu dirinya ada nilai dan harga yang mahal, maka dia menjaga nilai dan harga dirinya hanya untuk suami yang bakal menemani hidupnya dunia dan akhirat.
PAKAIAN DAN PERHIASANNYA, ADALAH KETAQWAAN, BUKAN PAKAIAN YANG MENAMPAKKAN BELAHAN
Ratu cantik di dunia, adalah yang pakaiannya penuh belahan. Perhiasannya seperti gelang dan cincin serta pelbagai lagi perhiasan digunakan untuk menghiasi tubuh badannya. Belahan dan perhiasan yang mengakibatkan mereka sentiasa menjadi rebutan manusia.
Di dunia, mereka itu begitu digila-gilakan. Tetapi di akhirat, mereka itu cuma menunggu seksaan.
Ratu cantik syurga adalah yang ketika di dunia, dia menjaga dirinya. Auratnya adalah harga termahal bagi dirinya. Tidak semudah-mudahnya dinampakkan belahan-belahan tubuhnya yang mungkin mengakibatkan dirinya bakal menjadi tempahan api neraka. Tidak terliur dia pada perhiasan-perhiasan yang begitu mahal sehingga menghabiskan wang hanya untuk itu.
Renungi firman Allah dalam surah Al-A’raf yang bermaksud:
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”
Kerana dia tahu, di akhirat, ada pakaian yang lebih mahal untuk dirinya sekiranya dia menjaga dirinya di dunia. Bahkan, ada perhiasan yang lebih bernilai dari apa yang dimiliki di dunia.
Pakaian taqwa adalah pakaian utama bagi dirinya ketika di dunia. Dalam kehidupannya, neraca Allah sentiasa diutamakan. Apapun yang ingin dilakukan, maka neraca Allah dulu yang menjadi timbangannya.
Melihat sama ada Allah suka atau tidak. Menilai sama ada dengan perbuatannya itu, Allah semakin sayang atau pun semakin murka kepada dia.
Sebab itu, anda dengan kejelitaan anda lebih cantik daripada matahari dunia.
PENUTUP : RATU CANTIK SYURGA, BAHAGIA SELAMA-LAMANYA
Kalau ratu cantik berbangga-bangga dengan anugerah yang dia perolehi di dunia, kalian wahai ratu cantik syurga lebih-lebih lagilah patut berbangga dengan apa yang telah kalian miliki.
Kalian miliki sesuatu yang lebih mahal daripada apa yang dimiliki oleh ratu cantik dunia.
Yang menjadikan kalian berharga seperti mutiara, adalah keimanan.
Yang menjadikan kalian bernilai tiada taranya, adalah peribadi kalian.
Wanita yang benar-benar menzahirkan keimanannya dalam amalannya adalah sebenar-benar ratu cantik syurga.
“Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang solehah.”
(HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)
Kilauan peribadinya memukau syurga untuk sentiasa menyebut-nyebut namanya di arasy Allah.
Kejelitaan dan keayuan akhlaknya membuatkan bidadari syurga pun tunduk malu kepadanya.
Nilai tinggi ketika di dunia, jadi sebutan di dalam syurga !
~~;@Indah tercipta perhiasan dunia,
sopan terjaga akal dan jiwa,
nilai tinggi ketika di dunia,
jadi sebutan di dalam syurga.
wassalam
^_~
No comments:
Post a Comment