Saturday, December 4, 2010

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

Bismillah....


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Maknanya :

Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.


Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak redha dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redhai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, ya Karim, ya dzaljalali wal ikram.


Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...

Amiin... Amiin... Amiin...

DOA AWAL TAHUN HIJRAH
Maknanya :
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Alllah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan dari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...
Amiin... Amiin... Amiin...

p/s:Marilah kita sama2 datang ke masjid pada petang hari isnin 6hb Disember 2010 untuk membaca Doa Akhir Tahun Hijrah 1431 dan seterusnya membaca Doa Awal Tahun Hijrah 1432. Semoga dosa2 kita yang lalu akan diampuni oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan semoga amalan kita diterima olehNya, Insya Allah.. Amiin. Perbaikilah diri kita daripada yang buruk kepada yang lebih baik, semoga kita menjadi insan yang bertaqwa dan selamat di dunia wal akhirah..Amiin Ya Rabbal 'Alamiin.

No comments:

Post a Comment

linkWithin

Related Posts with Thumbnails