Beritahu pada muslimah itu...dirinya ibarat kaca
disentuh terguris
dihantuk serpih
dihempap berkecai
Beritahu pada muslimah itu...jaga tutur kata
cakap tinggi nanti dibenci
terlalu rendah dipijak pula
cakap sombong mengundang lawan
hati-hati meluah kata
kerana pulut santan binasa
kerana mulut badan binasa
Beritahu pada muslimah itu...jaga tingkah laku
harga diri letaknya di situ
jangan meluru ikut telunjuk hawa nafsu
sesekali tersilap langkah
akan dihukum selamanya
keturunan dicerca payah
Beritahu pada muslimah itu...jaga pakaian
kerana cermin peribadi,juga lambang bangsa
dimana dan dalam keadaan macam manapun
biar orang kenal....dia orang ISLAM
Beritahu pada muslimah itu...simpan secebis malu
kerana malu itu
sebahagian daripada iman....
puisi yang indah. jika die=beri izin, saya teringin mahu berkongsi dengan sahabt yang lain. bolehkah?
ReplyDelete