Wednesday, December 15, 2010

Bersyukur Kerana Lahir untuk Islam!!

Bersyukur Kerana Lahir untuk Islam!!

Bismillah.

Duhai mutiara yang bersinar..bersyukur & syukran kerna lahir untuk Islam!! MasyaAllah.... (^-^)
Detik masa yang berlalu..membuatkan diri ini sering dalam dilema, antara kasih insan di hati, cinta Allah yang dikejari, antara rindu yang mencengkam, rindu Nabi s.a.w yang kupupuk, wahai kekasih Allah, begitu teguhnya cintamu buat kami, begitu tragisnya dilema menyelimuti sahabat di saat nyawamu di hembusan terakhir.. masih kau menyebut ummati..ummati..ummati..walau Jibrail menyatakan semua penduduk langit sedang menanti rohmu diangkat menemui tuhan, masih kau bertanya apa yang tersedia untuk umatmu..kami,

Wahai Rasulullah s.a.w, kekasih Allah, tenang dikau menahan sakaratul maut, hingga Fatimah r.anha puterimu menelangkup tangan ke muka melihat pedihnya bahana sakaratul maut yang tiada manusia terlepas darinya..termasuk dirimu, suci dirimu meninggalkan kami..setelah lega mendengar jawapan jibrail, syurga tersedia buat kami umatmu.. antara amarah yang tercetus di jiwa, iman dan takwa bisa melunakkan..antara dugaan dan nikmat, cinta Allah yang bisa menenangkan..antara dunia dan akhirat, biarlah dunia hanya jambatan..

terfikirku sejenak,

Bagaimanakah rupa Syurga yang bakal kami diami..adakah istana yang indah…bagaimanakah rupanya wanita solehah yang menjelma menjadi bidadari…akankah aku Tuhan pilih tergolong mereka..??
Bagaimanakah hidup di syurga buat selamanya di akhirat abadi..ya Rahman..begitu hebat cabaran dan dugaan, sakit dan kesedihan, senyum, tawa, gurauan dan nikmat bersilih ganti dalam hidup ini, banyak saja yang kuinginkan…

Namun ku teguh membenteng diri..ada sahaja yang tidak kurelakan..namun kupujuk dengan janji-Mu..ya Allah..dunia ini pasti berakhir, dengan yakin begitu, maka kuberharap sungguh, kumohon agar beroleh peluang menemui-Mu, tidaklah ada yang bisa menenangkan aku hidup di dunia ini, tiada yang bisa membuatkan kaki yang lemah terus menapak dalam sisa umur yang berbaki, melainkan kerana mengharap redha dan cinta kasih-Mu, tetap kuyakini..akan pertemuan kita.


Ya Allah, pilih aku untuk menjadi tetamu-Mu yang menghadapMu sebagai bidadari Syurga yang menemui Penciptanya dengan cahaya penuh berseri menghiasi wajah berkat kesabaranku hidup di dunia dalam redha-MU..ameen.

Setinggi syukur kurafakkan pada-Mu Ilahi kerana mengurniakan kami mutiara hikmah kalam taujihad asbab buatku dalam memotivasikan diri kembali tiap kali lemah dan gundah menempuh tribulasi..ya Rahman..berikan kami kekuatan…


BUAT SAHABATKU TERSAYANG “YANG MERINDUI-MU” KERANA ALLAH.... INSYAALLAH (^-^)

Salam Ukhuwwah.

…setinggi kesyukuran dirafakkan pada Ilahi yang memilih dirimu untuk menjadi teman seangkatan buat menyembuh hati yang duka dan lara dalam melayari kehidupan penuh tribulasi…tercipta buat diriku yang sentiasa dahagakan teguran dan motivsi kalian dalam menongkah arus duniawi…

Sesungguhnya, sahabatku…YANG MERINDUI-MU mutiara yang bersinar..


Kejadianmu begitu indah. Engkau tercipta daripada tulang rusuk Adam. Kelembutanmu tidaklah bererti kau mudah dijual beli, namun dirimu bisa menggoncang duniawi dengan pimpinan iman dan baja ketakwaan. Sesungguhnya duhai sahabatku, Allah telah mengangkat martabatmu sebaris kaum lelaki dengan peranan yang tersendiri.

Dirimu, bak permata putih yang menyinari kegelapan. Seandainya permata putih diletakkan di dalam bekas tertutup, maka sinarannya tidak terpancar keluar. Namun, seandainya dirimu diwakafkan untuk masyarakat, maka sinaranmu akan menyinari kegelapan dan kejahilan insani…

Duhai sahabatku, ” YANG MERINDUI-MU” dikau cerminan wanita harapan Tuhan… InsyaAllah

Ingatlah sahabatku, sejenak kau alpa..berapa gadis sebayamu menelan “ecstasy” dalam kejahilan…
Sedetik kau terlalai, sekumpulan adik-adik seakidah membonceng mat rempit menjelajah kotaraya tidak hargai nyawa..Seenak kau hanyut dibuai mimpi, sekumpulan saudara perempuanmu menjual dirinya tanpa mengerti…Sehari kau menyibukkan diri dengan urusan hidupmu sendiri…kau bilanglah berapa ukhti fillah yang dikelek ke sana ke mari dalam pelukan buaya jelmaan…ke mana hilangnya harga diri…na’uzubillah…sayangilah dirimu, keluargamu, saudaramu…kita semua adik-beradik seIslam…Kenangilah detik kita dikurniakan hidayah Allah…doakanlah untuk kesejahteraan keluarga besar kita bersama…berkongsilah nikmat syurgawi dengan semua saudara fillah yang dikasihi kerana-Nya..insya Allah

Sahabatku tersayang… “YANG MERINDUI-MU”

Dikaulah serikandi yang menghiasi taman-taman kehidupan, yang memberi kedamaian dan ketenangan mata yang memandang. Dirimu bak mawar berduri, menggugat kumbang mendekatimu. Pagarilah dirimu duhai sahabat tersayang dengan duri yang melingkari sekelilingmu membentengi diri dari kealpaan mengejar duniawi. Indah dalam tutupan yang merdeka, menyejukkan mata memandang, harum semerbak pantulan akhlak terpuji namun dilingkari duri berbisa.

Duhai adinda permataku, puteri srikandi Islam yang dikasihi,

Usahlah mengharap menjadi sayap kiri perjuangan sekiranya tiada keberanian dalam diri. Janganlah berharap untuk terbang tinggi bersama sayap kanan untuk memperjuangkan Islam, seandainya hari yang berlalu hanya memikirkan keelokan rupa dan kehalusan kulit.. Ayuh, bangkitlah srikandi! Dikau bintang harapan agama! Kudrat kewanitaan yang dimiliki Sumayyah telah membuktikan..Tangan yang lembut menghayun buaian itu bisa menggoncang dunia.. bukanlah tangan itu yang menggoncang dunia, namun kerana tangan ibu yang solehah itulah, lahirnya insan-insan yang menggoncang dunia..Redahilah gelombang malu dan takut dalam nubarimu, cantaslah ia, pimpinlah malumu biar bertempat, bertunjang keimanan dan ketakwaan.. Usah pula malu melontar pandangan menyatakan yang hak…

Duhai calon bidadari, bakal penyeri syurgawi.. “YANG MERINDUI-MU” insyaAllah....

Abadikan dirimu untuk menjadi mukminat sejati, isteri solehah, ibu mithali, mujahidah yang mantap keimanannya, berani menampilkan diri menyatakan kebenaran..

Selagi ada bulan dan matahari, selagi ada secebis ilmu di dada untuk disampaikan, pena di tangan melontar hikmah, zikrullah di bibir menenang jiwa, iman di hati menangkis tribulasi…berusahalah!

Bangkitlah, duhai pewaris Nabi!

Saudari seIslam membutuhkan sentuhanmu, mengharap mutiara hikmah dari lisanmu..

Walau bertatih, merangkak, jatuh dan bangun dirimu sebagai khalifah Allah di muka bumi, usah biar sehari berlalu, sedetik melewati usia kita tanpa memikirkan sahabat, saudara, adinda-kakanda kita di seluruh pelosok dunia…Usah terus hanyut dengan arus kemodenan duniawi, kerna ia bisa merubah benteng hidupmu, usah gundah kudrat yang lemah, kau tercipta sebegitu sempurna menjadi pelengkap adam, bersama menyumbang pada agama, seikhlas sehalus budi ditabur..Allah Maha Mengetahui, moga tergolong bidadari penyeri syurgawi..berbahagialah dirimu di sana.. Insya Allah.

Sajak ini dipetik khusus buat dirimu.. “YANG MERINDUI-MU” bakal bidadari Syurgawi..


Jadilah seorang wanita solehah,
Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada ALLAH,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Deen ALLAH,
Yang senantiasa haus dengan ibadah kepada ALLAH,
Yang senantiasa dahaga akan mengharap redha ALLAH
Yang solatnya adalah bekal dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang senantiasa bersama para Mujahiddah ALLAH

Jadilah seorang wanita solehah
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jahat

Jadilah seorang wanita solehah
Yang menghormati suaminya.
Yang senantiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendampingi suami dalam mendidik
anak-anaknya untuk mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah
sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang wanita solehah,
Yang senantiasa bersedia untuk menjadi makmum imamnya
Yang hidup di bawah naungan al-Qur’an dan qona’ah
Yang tidak dikotori dengan perhiasan dunia
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan
rahmat ALLAH ke atasnya.

Jadilah seorang wanita solehah
Yang selalu menjaga lisan, penyayang pada keluarga & suaminya,
Matanya kepenatan kerana membaca al-Qur’an,
Suaranya lesu karena penat berzikir,
Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kesigapan
Kerana dia sedar betapa indahnya menjadi
 Wanita solehah melebihi perhiasan apapun di dunia
Semakin sedar bertambah usianya bertambah kematangannya.

Jadilah seorang wanita solehah
Yang senantiasa mengabdikan diri untuk menjadi mujahiddah ALLAH
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dipelihara dan dijaga,
Agar tumbuh putik tunas yang bakal menjaga dirinya di alam baqo’
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang wanita solehah
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga ALLAH,
Seindah bayangan Raudatul Jannah
Taman hijau tertinggi yang suci mewangi
Semerbak haruman kasturi...



Semoga senantiasa dirahmati-NYA…

Ameen.
"thank you Allah. i seek forgiveness from Allah in any short comings that i have committed in the past may in the present and future..ameen."


P/S: Buat sahabatku... syukran kerana menerima diri ini seadanya, terima kasih kerana tetap setia bersama di saat orang lain berlari meninggalkan diriku sendiri, tiada yang dapat ku berikan padamu sahabat... Cuma doa moga kita sama-sama ditempatkan di syurga Nya.... hidup di dunia ini memang letih dan memenatkan kerana dunia itu memang penjara bagi orang mukmin tapi syurga bagi orang kafir.... moga kita tetap bersabar dan teguh menempuhnya... insyaAllah. Thank you Allah kerana kasih sayangMu, moga nikmat yang Engkau curahkan buat hamba yang penuh dosa ini akan mendekatkan ku kepadaMu dan bukan menjauhkan.... Jujur aku rindu untuk menghadapMu... namun bekalanku belum cukup... hidupkan aku dalam iman, matikan aku dalam iman... insyaAllah moga tika tiba saat itu dalam penuh barakah dan rahmatMu... Moga iman dan Islam ku perjuangkan ke akhir hayatku... Kini, hajatku cuma satu: MATI DALAM IMAN DAN REDHAMU......INSYAALLAH.

No comments:

Post a Comment

linkWithin

Related Posts with Thumbnails