Thursday, June 3, 2010

RAPAT DAN LURUSKAN SAF SOLAT...


Assalamualaikum... ana ingin berkongsi sedikit tentang saf dalam solat berjemaah. Kerana mungkin ramai yang sudah mengetahuinya tapi, masih ramai ahli jemaah kita yang kurang cakna akan hal ini. EGO... masing-masing ingin terus berada di sejadah masing-masing dan tak rapatkan saf sehingga banyak ruang yang ditinggalkan untuk SYAITAN. Ayuh, janganlah terlalu ego... rapatkanlah saf anda, insyaALLAh anda tidak akan rugi...RAPATKAN SAF......


Luruskan SAF dan rapatkan SAF...

Beginilah Para Sahabat Nabi Merapikan Saf-saf Solat Mereka :



Berdasarkan kepada hadis-hadis yang sahih, di antaranya:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ: عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَقِيمُوا صُفُوفَكُمْ فَإِنِّي أَرَاكُمْ مِنْ وَرَاءِ ظَهْرِي وَكَانَ أَحَدُنَا يُلْزِقُ مَنْكِبَهُ بِمَنْكِبِ صَاحِبِهِ وَقَدَمَهُ بِقَدَمِهِ

Maksud: Dari Anas B. Malik (radhiyallahu ‘anhu), beliau menjelaskan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyuruh supaya para makmum merapatkan saf-saf mereka dan Nabi akan dapat memerhatikan mereka dari belakang. Dan pada ketika itu masing-masing di antara kami pun saling merapatkanlah bahu dengan bahu dan telapak kaki dengan telapak kaki yang di sebelah.
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, 3/154, no. 683)


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَقِيمُوا الصُّفُوفَ وَحَاذُوا بَيْنَ الْمَنَاكِبِ وَسُدُّوا الْخَلَلَ وَلِينُوا بِأَيْدِي إِخْوَانِكُمْ لَمْ يَقُلْ عِيسَى بِأَيْدِي إِخْوَانِكُمْ وَلَا تَذَرُوا فُرُجَاتٍ لِلشَّيْطَانِ وَمَنْ وَصَلَ صَفًّا وَصَلَهُ اللَّهُ وَمَنْ قَطَعَ صَفًّا قَطَعَهُ اللَّهُ

Maksud:
Daripada ‘Abdullah B. ‘Umar, bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
Luruskanlah saf-saf, rapatkanlah bahu-bahu, tutuplah celah-celah (di kanan dan kiri di antara kamu), dan berlemah-lembutlah terhadap saudara kamu, serta jangan biarkan ada celah-celah untuk Syaitan. Sesiapa yang menyambungkan saf, Allah akan menyambungkan hubungan dengannya dan sesiapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya.
(Hadis Riwayat Abu Daud, Sunan Abi Daud, Kitab as-Solah, 2/309, no. 570. Dinilai Sahih oleh al-Albani, Shahih Sunan Abi Daud, 2/166, no. 666)

Contoh merapatkan saf yang betul pada telapak kaki berpandukan lakaran:

 
Semoga memberi manfaat. :)
Untuk rujukan lebih boleh lawat :
http://fiqh-sunnah.blogspot.com
atau bertaya kepada ustaz-ustaz yang terdekat.

No comments:

Post a Comment

linkWithin

Related Posts with Thumbnails