Imam Al-Ghazali menyebut dalam kitab “ Minhaj Al-Abidin” kelebihan tersebut ialah:
- Mendapat pujian dan disebut oleh Allah.
- Diagungkan dan dimuliakan oleh Allah.
- Dicintai oleh Allah semasa hidup di dunia.
- Selama hidup di dunia, kerana TAAT dan Tawakkal sehingga seolah-olah Allah menjadi wakilnya dalam semua urusan.semua urusan Allah mengatur untuknya.
- Segala rezekinya ditanggung oleh Allah.
- Mendapat pertolongan Allah setiap kali niat buruk musuh terhadapnya.
- Tidak ada perasaan khuatir kerana hatinya sentiasa ditenteramkan oleh Allah.
- Darjat kemuliaannya sentiasa diangkat atau sentiasa bertambah oleh Allah.
- Himmah atau nilai diri sentiasa diangkat oleh Allah.
- Hatinya sentiasa kaya, kekayaan hatinya melebihi kekayaan yang dimilikinya.
- Hatinya sentiasa bersih dan senang menerima ilmu Allah.
- Bersabar dan Ikhlas menerima segala dugaan dan musibah terjadi hasil dari kelakuan dan kejahatan musuh.
- Dihormati dan disegani orang lain.
- Dicintai orang lain- semua orang mengagung dan mencintainya serta memuliakannya.
- Setiap tutur katanya mendatangkan banyak kebaikan.
- Bumi, langit dan laut tunduk kepadanya.
- Semua haiwan tunduk dan takut kepadanya.
- Memiliki kunci-kunci bumi.
- Menjadi pemimpin dan mempunyai pengaruh dalam pintu Rabbul Izzati.
- Allah sentiasa setia menunggu memaqbulkan doanya.
- Diringan dan dimudahkan oleh Sakaratul Maut ketika menemui ajalnya.
- Sentiasa Dalam Makrifat dan beriman kepada Allah.
- Allah sentiasa melimpahkan kebahgiaan dan keredhaan kepadanya.
- Kekal di dalam Syurga Allah dan dekat kepada Allah.
- Semasa di alam Ghaib rohnya diiringi ke langit dengan penuh kehormatan, lemah-lembut dan mendapat segala kenikmatan.
- Allah melancarkan segala jawapan apabila ditanya oleh semasa disoal dalam kubur dan tidak diseksa di dalam kubur sehingga hari Qiamat.
- Rohnya mengadap Allah dengan tenang,rohnya tidak menghadapi kesulitan ketika berpisah dengan jasad kerana mendapat penghormatan daripada Allah, Rohnya tergolong dalam golongan roh orang yang dimuliakan Allah dan jasadnya mudah dikebumikan.
- Kuburnya luas dan diterangi cahaya.
- Setelah bangkit dari kubur mendapat penghormatan dan kemuliaan daripada Allah di Padang Mahsyar.
- Wajah akan bercahaya dan bersinar-sinar.
- Aman dari segala ancaman di alam Akhirat.
- Menerima Catatan Amalan dengan tangan kanan.
- Hisabnya diringankan.
- Timbangan kebaikan diberatkan.
- Dapat mengadap Rasulullah ditelaga Rasulullah dan meminum air telaga Rasulullah.
- Dapat meniti Sirat dan melepasi api neraka.
- Dapat memberi Shafaat kepada orang lain setelah mendapat keizinan Allah.
- Mendapat kekuasaan kekal di dalam Syurga Allah.
- Mendapat Keredhaan Allah yang paling agung.
- Dapat Mengadap Allah Azzawajal.
No comments:
Post a Comment