Sunday, July 3, 2011

Menyingkap Tabir Sirah: "JULAIBIB"

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
InsyaAllah



Julaibib, begitu dia biasa dipanggil. Nama ini sendiri mungkin sudah menunjukkan ciri fizikalnya; kerdil. Julaibib. Nama yang tak biasa dan tak lengkap. Nama ini, tentu bukan ia sendiri yang menghendaki. Tidak pula orang tuanya. Julaibib hadir ke dunia tanpa mengetahui siapa ayah dan yang mana bondanya. Demikian pula orang-orang, semua tak tahu, atau tak mahu tahu tentang nasab Julaibib. Tak dikenal pula, termasuk suku apakah dia. celakanya, bagi masyarakat Yatsrib, tak bernasab dan tak bersuku adalah cacat sosial yang tak terampunkan.

Julaibib yang tersisih. Penampilan fizikal dan kehidupannya juga menggenapkan sulitnya manusia berdekat-dekat dengannya. Wajahnya jelek terkesan sangat. Pendek. Hitam.Miskin. Fakir. Kainnya usang. Pakaiannya lusuh. Kakinya pecah-pecah tak beralas. Tak ada rumah untuk berteduh. Tidur sembarangan berbantalkan tangan, berkasutkan pasir dan kerikil. Minum hanya dari kolam umum yang diciduk dengan tangkupan telapak tangan. Abu Barzah, pemimpin Bani Aslam, sampai-sampai berkata tentang Julaibib, “Jangan pernah biarkan Julaibib masuk diantara kalian! Demi Allah jika dia berani begitu, aku akan melakukan hal yang mengerikan padanya!”


Demikianlah Julaibib..... kasihan Julaibib.
Namun jika Allah berkehendak menurunkan rahmatNya, tak satu makhluk pun dapat menghalanginya. Julaibib menerima hidayah, dan dia selalu berada di shaf terdepan dalam solat maupun di medan jihad. Meski hampir semua orang tetap memperlakukannya seolah ia tiada, tidak begitu dengan Sang Rasul, Sang rahmat bagi semesta alam. Julaibib yang tinggal di shuffah Masjid Nabawi, suatu hari ditegur oleh Sang Nabi saw. “Julaibib”, begitu lembut beliau memanggil, “Tidakkah engkau mahu menikah?”




“Siapakah orangnya Ya Rasulullah”, kata Julaibib, “yang mahu menikahkan putrinya dengan diriku ini?”

Julaibib menjawab dengan tetap tersenyum. Tak ada kesan menyesali diri atau menyalahkan takdir Allah pada kata-kata maupun air mukanya. Qanaahnya Julaibib, ikhlas akan kejadian dirinya. Rasulullah juga tersenyum. Mungkin memang tak ada orang tua yang berkenan pada Julaibib. Tapi hari berikutnya, ketika bertemu dengan Julaibib, Rasulullah menanyakan hal yang sama. “Julaibib, tidakkah engkau mahu menikah?”. Dan Julaibib menjawab dengan jawaban yang sama. Begitu, begitu, begitu. Tiga kali. Tiga hari berturut-turut.



Dan di hari ketiga itulah, Sang Nabi menggamit lengan Julaibib dan membawanya ke salah satu rumah seorang pemimpin Ansar. “Aku ingin”, kata Rasulullah pada si empunya rumah, “menikahkan putri kalian.”


“Betapa indahnya dan betapa barakahnya”, begitu si wali menjawab berseri-seri, mengira bahawa sang Nabi lah calon menantunya. “Ooh.. Ya Rasulullah,ini sungguh akan menjadi cahaya yang menyingkirkan temaram di rumah kami.”

“Tetapi bukan untukku”, kata Rasulullah, “ku pinang putri kalian untuk Julaibib”

“Julaibib?”, nyaris terpekik ayah sang gadis.

“Ya. Untuk Julaibib.”
“Ya Rasulullah”, terdengar helaan nafas berat. “Saya harus meminta pertimbangan isteri saya tentang hal ini”

“Dengan Julaibib?”, isterinya berseru, “Bagaimana mungkin? Julaibib berwajah lecak, tak bernasab, tak berkabilah, tak berpangkat, dan tak berharta. Demi Allah tidak. Tidak akan pernah putri kita menikah dengan Julaibib”
Perdebatan itu tidak berlangsung lama. Sang putri dari balik tirai berkata anggun, “Siapa yang meminta?”

Sang ayah dan sang ibu menjelaskan.

“Apakah kalian hendak menolak permintaan Rasulullah? Demi Allah, kirim aku padanya. Dan demi Allah, kerana Rasulullah yang meminta, maka tiada akan dia membawa kehancuran dan kerugian bagiku”. Sang gadis yang solehah lalu membaca ayat ini :

“Dan tidaklah patut bagi lelaki beriman dan perempuan beriman, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan lain tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata 
 (QS. Al Ahzab : 36)

Dan sang Nabi dengan tertunduk berdoa untuk sang gadis solehah, 

“Ya Allah, limpahkanlah kebaikan atasnya, dalam kelimpahan yang penuh barakah. Jangan Kau jadikan hidupnya payah dan bermasalah..”

Doa yang indah.


***
Kita belajar dari kisah Julaibib untuk tetap mensyukuri diri sendiri, untuk tidak menyalahkan takdir, untuk menggenapkan pasrah dan taat pada Allah dan RasulNya. Tak mudah menjadi Julaibib. Hidup dalam pilihan-pilihan yang sangat terbatas. Indahnya kejadian Julaibib... punya hati bak mutiara, sungguh suci.... sesuci haruman ar-raihan... J mungkin di dunia dia hanya insan biasa, jauh nun di sana... di taman raudhah yang kekal abadi, dia di nanti jutaan bidadari syurgawi....

Memang pasti, ada batas-batas manusiawi yang terlalu tinggi untuk kita lampaui. Tapi jika kita telah taat kepada Allah, jangan risaukan itu lagi. Ia Maha Tahu batas-batas kemampuan diri kita. Ia takkan membebani kita melebihi yang kita sanggup memikulnya.

Urusan kita sebagai hamba memang taat kepada Allah. Lain tidak! Jika kita bertakwa padaNya, Allah akan bukakan jalan keluar dari masalah-masalah yang di luar kuasa kita.

Urusan kita adalah taat kepada Allah. Lain tidak!
***
Maka benarlah doa sang Nabi. Maka Allah kurniakan jalan keluar baginya. Maka kebersamaan di dunia itu tak ditakdirkan terlalu lama. Meski di dunia sang isteri solehah dan bertaqwa, tapi bidadari telah terlampau lama merindukannya. Julaibib telah dihajatkan langit mesti tercibir di bumi. Ia lebih pantas menghuni syurga daripada dunia yang bersikap tak terlalu bersahabat padanya.
Saat syahid, Sang Nabi begitu kehilangan. Tapi ia akan mengajarkan sesuatu kepada para sahabatnya. Maka ia bertanya di akhir pertempuran. 

“Apakah kalian kehilangan seseorang?”

“Tidak Ya Rasulullah!”, seremtak sekali. Sepertinya Julaibib memang tiada beza ada dan tiadanya di kalangan mereka.

“Apakah kalian kehilangan seseorang?”, Sang Nabi bertanya lagi. Kali ini wajahnya merah bersemu.

“Tidak Ya Rasulullah!”. Kali ini sebagian menjawab dengan was-was dan tak seyakin tadi. Beberapa menengok ke kanan dan ke kiri.

Rasulullah menghela nafasnya. Tetapi aku kehilangan Julaibib”, kata beliau.

Para sahabat tersedar.

“Carilah Julaibib!”
Maka ditemukanlah dia, Julaibib yang mulia. Terbunuh dengan luka-luka, semua dari arah muka. Di seputarannya terbujur tujuh jasad musuh yang telah ia bunuh. Sang Rasul, dengan tangannya sendiri mengkafani Sang Syahid. Beliau saw mensolatkannya secara peribadi. Dan kalimat hari berbangkit. “Ya Allah, dia adalah bagian dari diriku. Dan aku adalah bagian dari dirinya.”

Di jalan cinta para pejuang, biarkan cinta berhenti di titik ketaatan. Meloncati rasa suka dan tidak suka. Melampaui batas cinta dan benci. Kerana hikmah sejati tak selalu terungkap di awal pagi. Kerana seringkali kebodohan merabunkan kesan sesaat. Maka taat adalah prioritas yang kadang membuat perasaan-perasaan terkibas.

Tapi yakinlah, di jalan cinta para pejuang, Allah lebih tahu tentang kita. Dan Dialah yang akan menyutradarai pentas kepahlawanan para aktor ketaatan. Dan semua akan berakhir seindah syurga. Syurga yang telah dijanjikanNya..

dia adalah bagian dari diriku
dan aku adalah bagian dari dirinya
-Rasulullah, tentang Julaibib-
 yang penting punya taqwa sebagai hiasan terindah...

Saturday, July 2, 2011

Umat Islam Umpama Buih...

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
InsyaAllah

UMAT ISLAM UMPAMA BUIH

Dunia Islam kian tercabar; dicabar dan dihina oleh musuh-musuh Islam. 
Umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa melihat saudara seagamanya 
ditindas. Hal ini sudah dapat diramal oleh Nabi Muhammad saw sejak 
dulu lagi, dalam hadithnya:

"Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing-anjing 
yang mengelilingi hidangan makanan. Sahabat bertanya adakah kerana 
bilangan umat Islam yang sedikit? Baginda menjawab Tidak, bahkan 
jumlah kamu masa itu banyak sebagaimana banyaknya buih di permukaan 
air banjir. Allah mengikis perasaan gerun di dalam hati musuh 
terhadap kamu dan Allah mencampakkan dalam hati kamu
'al-wahan'.

Sahabat bertanya apa dia wahan itu ya Rasulullah.

Jawab baginda “cintakan dunia dan bencikan akhirat."

Mari kita renung sejenak tentang kebenaran sabda Rasulullah ini. 
Jumlah umat Islam pada hari ini mencapai lebih 1 bilion, satu angka 
yang ramai. Mereka bertebaran di muka bumi ini; kebanyakannya 
tinggal di negara yang dikurniakan Allah hasil bumi yang lumayan.

Sumber ekonomi yang kukuh dan tenaga kerja yang ramai boleh 
menjadi aset memajukan negara dan sekaligus memartabatkan 
Islam sehingga disegani seantero dunia. Persoalannya ialah kenapa 
faktor-faktor ini tidak dimanfaatkan? Kenapa umat Islam kini menjadi 
lemah dan mudah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam?

Sebaliknya musuh Islam yang mempunyai kedudukan ekonomi 
yang kukuh menjalankan pelbagai strategi melumpuh dan 
memporak-perandakan negara Islam. Hasil kekayaan bumi milik negara 
Islam dieksploit oleh musuh Islam. Negara Iraq yang kaya dengan sumber
minyak dijajah dalam pelbagai bentuk hinggakan minyak sendiri pun tak 
boleh dijual untuk kegunaan rakyat. Kekayaan yang mereka perolehi dari 
hasil bumi negara Islam digunakan bagi membina kilang-kilang senjata untuk 
membunuh umat Islam.

Nabi menjelaskan punca kelemahan ini ialah wujudnya kecintaan
kepada kehidupan dunia mengatasi kecintaan kepada akhirat. 
Apabila kecintaan ini meresap dan menjadi budaya hidup umat, Allah 
memasukkan perasaan berani dalam hati musuh Islam dan pada masa 
yang sama mencabut keberanian itu dalam hati orang Islam lalu digantikan 
dengan perasaan penakut: takut kepada musuh Islam.

Kejatuhan Baghdad ketika diserang oleh orang-orang Mongol sepatutnya
dijadikan teladan supaya peristiwa hitam ini tidak akan berulang kembali. 
Adakah faktor-faktor kejatuhan Baghdad mula meresap dalam masyarakat 
dewasa ini. Masalah rasuah sekarang semakin menjadi. Ia telah menyerap 
dalam pelbagai organisasi kepimpinan.

Keadaan begini memudahkan musuh Islam menggunakan wang ringgit 
untuk membeli pucuk pimpinan supaya tercapai hasrat mereka 
melumpuhkan umat Islam sendiri. Jika dibiarkan berleluasa bukan 
saja ekonomi umat Islam merudum malahan negara juga turut tergadai.

Bagaimana keadaan realiti masyarakat Islam sekarang? 
Sudahlah ekonomi lemah ditokok pula dengan pelbagai penyakit 
dan gejala sosial. Bagaimana dapat membasmi keruntuhan akhlak 
sekiranya media massa semakin galak menonjolkan isu-isu ganas 
dan seks. Isu pemulihan hanya sekadar melepas batuk di tangga dan 
seolah-olah 'lain sakit lain pula ubat yang diberi'.

Pelancaran TV Mega dan Astro serta alat komunikasi lain bukan
menjadi ubat gejala sosial dewasa ini malah menjadikannya lebih 
kronik. Babak-babak yang tidak sepatutnya ditonton sudah menjadi
semakin lumrah dan video lucah pula dapat dibeli oleh sesiapa saja. 
Bukankan ini menjadi pemangkin ke arah gejala yang lebih dahsyat?

Umat Islam kini tidak mempunyai katahanan dan iman yang kuat
untuk menangkis serangan yang hebat ini. Semua ini adalah antara 
strategi dan perancangan musuh Islam yang tidak akan redha terhadap 
perkembangan Islam selamanya. Bayangkan apa yang akan berlaku
beberapa tahun lagi dengan kemunculan teknologi IT yang semakin canggih.

Firman Allah dalam Al-Quran "Orang Yahudi dan nasrani sekali-kali
tidak redha terhadap kamu buat selama-lamanya sehinggalah 
kamu mengikut cara hidup mereka."


Masjid kian terpinggir dengan kewujudan kilang yang banyak. 
Manusia lebih suka ke kilang daripada masjid. Kilang diimarahkan siang 
dan malam tetapi masjid menjadi lengang, cuma diimarahkan dengan 
carpet dan keceriaan. Bukankah ini juga perancangan musuh Islam? 
Lantaran cinta kepada dunia sanggup menjauhi 
masjid dan berkejaran ke kilang.

Dalam hadith tadi, Nabi memberikan 2 faktor berlakunya begini:  
cintakan dunia dan benci kepada mati. Umat Islam generasi 
pertama  dulu cintakan mati kerana dapat bertemu dengan 
Allah segera. Oleh sebab itu bila ada panggilan jihad, 
mereka sukarela bergabung tenaga 
memerangi musuh Islam Mereka tidak takut mengadap mati.

Sebaliknya masyarakat Islam hari ini takut kepada mati 
malahan mengingatkan  mati pun dianggap menyekat kemajuan. 
Mereka takut mati kerana memikirkan 
dosa yang terlalu banyak dilakukan dan 
sedikitnya amalan pahala yang 
dibuat. Akhirnya semangat jihad memperjuang
dan menegakkan agama 
Allah pudar dan terhakis.


p/s:Jom jadikan blog sebagai medium dakwah.... 
      Berdakwahlah dengan mata pena....
      Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.... 
      Jadi dai'e itu harus dengan pelbagai method...
      Semoga jadi bekalan kita di sana... 
      insyaAllah.... :)

Friday, July 1, 2011

Upgrade Siiirrrr Hazarrr... maximum level

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
InsyaAllah
 
 
Rasuah berselerak
di laman politik negara

Fitnah membusuk
kelam politik negara

Boros berleluasa
busuk politik negara

Tipu membarah
rosak politik negara

Ketidakadilan
lumpuh politik negara

Keangkuhan
hilang seri politik negara

Rasuah, fitnah, boros, tipu, ketidakadilan, keangkuhan
Semua ini sampah negara

Terganggu kedamaian politik
Tergugat kesejahteraan politik
Terancam ketenangan politik

Kerna .....

Sampah negara dibuang rata
Sampah negara dibiar kotor
Sampah negara dilonggok busuk
Sampah negara dicampak sepah
Sampah negara dilempar jijik

Ke utara sampah
Ke selatan sampah
Ke timur sampah
Ke barat sampah

Tiada kuasa dan upaya mencicip sampah negara
selain rakyat
Ganding tangan
Langkah kaki
Bergotong royong bersihkan negara

Justeru 9 Julai 2011
Hari Gotong Royong Bersihkan Negara

Bersih negara dari rasuah
Bersih negara dari Fitnah
Bersih negara dari penipuan
Bersih negara dari ketidakadilan
Bersih negara dari keangkuhan

Bersihkan Negara Kita
Bersihkan Negara Kita
Bersihkan Negara Kita

Nukilan :

Nasrudin bin Hassan
Stadium Melawati Shah Alam
29 June 2011 
 
PEMBERITAHUAN POLIS

"ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

DIMAKLUMKAN PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 AKAN DIADAKAN PADA 9/7/2011 DI KUALA LUMPUR. POLIS DIRAJA MALAYSIA TIDAK MENGELUARKAN SEBARANG PERMIT BAGI PERHIMPUNAN TERSEBUT.

IBU PEJABAT POLIS DAERAH SETIU DENGAN INI MENASIHATKAN AGAR SEMUA LAPISAN MASYARAKAT AGAR TIDAK MENGHADIRI PERHIMPUNAN TERSEBUT KERANA IANYA MERUPAKAN PERHIMPUNAN HARAM.

MANA-MANA ORANG YANG TERLIBAT DALAM PERHIMPUNAN HARAM BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN DI BAWAH SEKSYEN 27A(2) AKTA POLIS 1967 DAN BOLEH DISABITKAN HUKUMAN DENDA TIDAK KURANG RM2000 DAN PENJARA TIDAK MELEBIHI SETAHUN."

SUMBER:
KETUA POLIS DAERAH
SETIU, TERENGGANU.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
"put your trust to Allah"

Wednesday, June 22, 2011

Tips Berurusan dengan Lelaki Ajnabi....

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
InsyaAllah
 
 
Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...

1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.

Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.

Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam.
 

JAGALAH HATI, JANGAN DIKOTORI...
DOAKAN KU JUA

Tuesday, June 21, 2011

INSAN ITU.... SAHABATKU SELAMANYA :)

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
InsyaAllah

Bismillah…
Kali ini jari-jemari ku menaip mengikut kata hati…
Dengan limpahan air mata laju bagai sungai mengalir…
Kali ini pasti….
Aku terpaku dengan apa yang berlaku di sekelilingku,
Aku dapati ada pelbagai ujian Allah yang x sama bagi setiap manusia…
Ada yang hidupnya lancar,
Tapi ramai yang diuji dengan kesusahan yang aku fikir
Jika ia ditimpa padaku,
Aku tidak mampu menghadapinya sendiri….

DIA…
Seorang insan yang selama ini memberiku cahayaaaaa
Dia membawaku dekat pada Allah
Dia membawa ku ke dalam medan perjuangan
Dia perkenalkan aku pada sahabat2 fillah
Dia menarik ku saat ku jatuh
Saat aku belum ada apa2
Saat aku masih di alam kejahilan
Saat aku masih terlalu mentah

Ku saksikan pengorbanannya untukku
Insan itu…

Ya Allah
Aku pohon Engkau selamatkanlah dia
Dia, banyak baktinya padaku
Berat sungguh ujian MU Tuhan padanya insan yang aku sayang ini
Tak sanggup untuk ku lafazkan
Aku tak mampu lagi nak menuturkan kata2 buatnya

Untuk menatap wajahnya saja aku tak mampu
Aku tahu hatinya perit dengan ujianMU ini
Aku yakin dia insan yang amat hebat
Sehingga Kau uji dengan begitu hebat

Menitis air mataku saat menulis luahan ini
Hanya doa harapan yang mampu aku hadiahkan padanya
Ya Allah
Selamatkankanlah dia
Ringankanlah dan lancarkanlah urusannya
HambaMu itu, sahabatku itu….
Permudahkanlah ya Allah urusannya
Dunia dan akhirat

Perkenankanlah ya Rabb….
Perkenankanlah ya Allah….
Amin ya Rabbuna…



LA TAHZAN INNALLAHA MAA'NA
"janganlah bersedih duhai sahabat,
keranaku yakin Allah bersama kita,
saatmu dipinggirkan,
aku rela disisimu...
namamu setia di setiap bait doa-doaku
kerana hanya itu yang aku mampu"

BERSABARLAH

"ALLAH SENTIASA BERSAMA ORANG YANG BERSABAR"
MAAFKAN DIRI INI SAHABAT

DAN SYUKRAN ATAS SEGALANYA
DOAKU
YANG TERBAIK BUATMU
DUNIA DAN AKHIRATMU

AMIN...


Sunday, June 19, 2011

Musibah : Jalan Menuju Kebahagiaan

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
insyaAllah
Musibah seringkali ditakrifkan sebagai ujian, bencana, atau balasan daripada Allah SWT. Pelbagai bentuk musibah berlaku seperti kehilangan orang yang disayangi, kemusnahan harta benda, keruntuhan rumahtangga, kegagalan dalam perencanaan atau sebagainya. Impak daripada musibah ini boleh merubah situasi seseorang bergantung kepada tahap penerimaan mereka.

Sekiranya diterima secara positif, maka musibah dapat memberi kesan yang baik. Akan tetapi sekiranya individu yang ditimpa musibah mengambil peristiwa itu secara negatif maka ia boleh jadi membawa kehancuran yang merugikan. Oleh itu, kita seharusnya mendalami situasi musibah itu supaya ia dapat membawa kesejahteraan.

Apakah yang harus kita lakukan apabila ditimpa masalah atau musibah ? Apakah dengan merasa sedih, keluh kesah dan membinasakan diri sendiri dapat menyelesaikan sesuatu perkara. Jawapannya adalah dengan kembali kepada Allah.Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.Firman Allah SWT :

"Tiada sesuatu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izinNya.. Dan barangsiapa yg beriman kepada Allah nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya..."( At-Taghabun:11).

Kita seharusnya redha dengan apa yang berlaku kerana ia merupakan qada dan qadar daripada Allah. Seharusnya seseorang yang beriman tidak boleh mengatakan Allah itu tidak adil semata-mata kerana musibah yang menimpa dirinya begitu pedih untuk ditanggung. Kita tidak berhak untuk memilih dugaan atau musibah itu sesuai dengan kehendak kita.
Ini kerana Allah Maha Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu. Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yg bermaksud:.

"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.".

Apabila Allah menimpakan musibah kepada kita, itu sebenarnya tanda Allah kasih kepada kita. Ia juga merupakan suatu ujian penilaian keimanan diri, sejauh mana kita benar-benar beriman atau keimanan kita begitu nipis sehingga hanya dengan sedikit dugaan, hati kita berubah.Cuba renungkan firman Allah ini:

"Dan, sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah:155).

Setiap manusia mempunyai titik tolak dalam kehidupannya. Maka apabila ditimpa musibah eloklah kita iktikadkan dalam hati, bahawa inilah titik permulaan dalam hidup kita. Barangkali musibah yang melanda merupakan suatu isyarat daripada Allah untuk kita bermuhasabah diri bagi membuat perubahan. Ringkasnya apa yang telah berlaku itu mempunyai hikmah yang harus di nilai. Kita harus memperbanyakkan beristighfar,

membaca selalu innalillahhiwainnailaihirajiuun dan sebagainya.
Disamping itu, jadikan Alquran, sebagai teman. Berdoalah kepada Allah untuk memohon bantuan, dan diberikan keringanan dalam urusan. Firman Allah dalam surah Al-Mukmin ayat 60 yg bermaksud:

"Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan bagimu".

Bagi mengelakkan kita dari terus mengingati situasi sedih yang dihadapi maka kita hendaklah melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat seperti melibatkan diri dengan aktiviti masyarakat, menghadiri ceramah, mengunjungi saudara mara dan sebagainya. Seterusnya kita hendaklah bertawakkal kepada Allah setiap masa dalam apa jua keadaan.Firman Allah dlm surah Al-Maidah ayat 23:

"...dan hanya kepada Allah lah hendaknya kamu bertawakkal jika kamu benar-benar beriman".

Jangan lupa mengadu kepada Allah sekiranya hidup seringkali ditimpa kegelisahan dan kesempitan. Maka ucaplah Hasbunallah Wanikmal Wakil yang bermaksud :, Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.".(Az-Zumar:10).

Sebagai kesimpulannya, tiada masalah tanpa penyelesaiannya. Kita harus mengkaji dan meneliti, sebagaimana setiap penyakit mempunyai penawarnya. Anggaplah musibah itu sebagai tiket untuk mendekati Allah dan sebagai jalan menuju bahagia. Ingatlah janji Allah di dalam surah Al-Insyirah bahawa sesudah kesulitan ada kemudahan.


p/s: jangan bersedih duhai sahabatku... saudaraku...
Allah di sisimu selalu.. tersenyumlah :)

Thursday, June 9, 2011

~DOA PEMBUKA 12 PINTU~

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
InsyaAllah

Doa ini lengkap dan amat sesuai dijadikan amalan harian. kalau nak panjangkan untuk keluarga, cuma sebut “bukakanlah untukku dan seluruh keluargaku”

 Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

 

A story about a Muslim Marriage meeting...

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
InsyaAllah

A story about a Muslim Marriage meeting.

Once there was a very handsome, pious, well educated young man, whose parents emphasised for him to get married. they had seen so many marriage proposals, and he had turned them all down. The parents thought it was becoming a little ridiculous or suspected that he may have someone else in mind.
However every time the parents left the girls house, the young man would always say ‘she’s not the one!’
The young man only wanted a girl who was religious and practicing, however one evening his mother arranged for him, to meet a girl, who was religious, and practicing.
On that evening, the young man, and girl, were left to talk, and ask each other questions. (As one would expect).
The young man, being a gentleman that he was allowed, the lady to ask first.
The young girl asked the young man so many questions, she asked about his life, his education, his friends, his family, his habits, his hobbies, his lifestyle, his enjoyment, his pastimes and his experiences.
The young man replied to all of her questions, without tiring, and politely, with a smile the young girl took up nearly all of the time, over an hour, and felt bad, and asked the young man do you have any questions?
The young man said, it’s ok. I only have 3 questions…
The young girl thought, wow, only 3 questions okay, shoot.
The young man’s first question was,
Who do you love the most in the world, someone who’s love nothing would ever overcome?
She said, this is an easy question; my mother, he smiled
second question, he asked, you said that you read a lot of Qur’an, could you tell me which Surahs you know the meaning of?

Hearing this she went red and embarrassed and said, I do not know the
meaning of any yet, but I am hoping to soon insha’allah I’ve just been a bit busy.
The third question the young man asked, was I have been approached for my hand in marriage, by girls that are a lot more prettier than you, why should I marry you?
Hearing this the young girl was outraged, she stormed off to her parents with fury, and said I do not want to marry this man he is insulting my beauty and intelligence.
And the young man and his parents, were once again, left without an agreement of marriage.
This time, the young mans parents were really angry, and said what did you do to anger that girl, the family were so nice, and pleasant and they were religious like you wanted. What did you ask the girl?? Tell us!
The young man said, firstly I asked her, who do you love the most? she said, her mother,
The parents said so, what is wrong with that??
The young man said, ‘no one, is Muslim, until he loves Allah, and his messenger (saw) more than anyone else in the world’
If a woman loves Allah and the Prophet (pbuh) more than anyone, she will love me and respect me, and stay faithful to me, because of that love, and fear for Allah (swt). and we can share this love, because this love is greater than lust for beauty.
The young man said, then I asked, you read a lot of Qur’an, can you tell me the meaning of any Surah?
And she said no, because I haven’t had time yet. so I thought of that hadith ‘ALL humans, are dead except for those who have knowledge’
She has lived 20 years and not found ANY time, to seek knowledge, why would I marry a woman, who does not know her rights, and responsibilities, and what will she teach my children, except how to be negligent, because the woman IS the madrasa (school) and the best of teachers.
And a woman who has no time for Allah, will not have time for her husband.
The third question I asked her was, that a lot of girls, more prettier than her, had approached me for marriage, why should I choose you?
That is why she stormed off, getting angry.
The young man’s parents said that is a horrible thing to say, why would you do such a thing, we are going back there to apologise.
The young man said I said this on purpose, to test whether she could control her anger.
The Prophet (saw) said ‘do not get angry, do not get angry, do not angry’ when asked how to become pious; because anger is from Satan.
If a woman cannot control her anger with a stranger she has just met, do you think she will be able to control it with her husband??



So, the moral of this story is, a marriage is based on,
knowledge, not looks,
practice, not preaching,
Forgiveness, not anger,
spiritual love, not lust.
and compromise

One should look for a person who
1) Has love for Allah (swt) and the messenger (saw)
2) Has knowledge of the deen, and can act upon it.
3) can control her anger and another important and crucial factor. that she be
4) willing to compromise.
And it goes both ways, so women seeking a man, should look for the same things.
Insha’allah, may Allah make every marriage a success, and let us create Love for Allah and his messenger(saw) so that Allah can bless us, and create love in our lives.

Our beloved prophet (may peace be upon him) said
  There is no better structure founded in Islam other than marriage.

Tuesday, June 7, 2011

Thank you Allah :)

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
InsyaAllah






Alangkah indahnya wahai Tuhan
Andai tiap gerak tubuhku....

adalah ketaatanku padaMu
Andai tiap lafaz kataku....

adalah zikir memujiMu
Andai tiap detik hatiku...

adalah tafakur buatMu
Lebih indah lagi wahai Tuhan
Andai bisa kunikmati kasihMu
Andai tetap kudamba cintaMu
Andai terus kuhayati kalimahMu untuk kuisi lompang fuadku
Agar diriku dalam dakapan redhaMu
Pasti terlalu indah wahai Tuhan
Andai Kau membalas cintaku....
dengan kebesaran kasihMu dengan kesucian sifatMu Wahai Tuhan...
tentulah paling indah
Jika cintaku mendapat perhatian
dan Kau janjikan dengan pertemuan...
di syurga idaman




kembalilah tersenyum :)

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
InsyaAllah
Beruntung sungguh menjadi seorang Muslim. Setiap gerak tingkah sentiasa ada pedomannya. Walau perkara yang amat kecil jika dipandang, namun hati tetap senang dengan setiap landasan yang diberikan. Islam agama yang menyentuh keseluruhan kehidupan.

Rukun Iman yang enam sudah kita ketahui dan perlu diyakinkan. Menarik untuk perkara yang keenam iaitu percaya kepada Qada dan Qadar atau dengan kata lain percaya kepada apa yang Allah tentukan.
Hidup memang ada cabaran. Terutamanya kepada orang yang beriman. Pasti akan diuji.

Firman Allah:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: " Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (al-Ankabut, Ayat 2)
 
Ini adalah sunnatullah, ini ketetapan Allah yang perlu diterima. Walau bagaimanapun, seseorang yang diuji sepatutnya perlu tabah dengan sebarang ujian. Kemiskinan, kekayaan, kesakitan, kehilangan harta benda, kematian dan sebagainya kerana Allah lebih berhak terhadap diri kita. Semua adalah pinjaman.

Yakinlah kita bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Semestinya Dia tidak akan membebankan hamba-Nya dengan ujian yang tidak mampu dipikul oleh hamba-Nya. Pasti tidak! Tuhan yang Maha Mengetahui tahap keimanan kita dan kesanggupan yang ada pada kita, pasti menguji dengan tahap yang sesuai dengan Iman masing-masing.

Firman Allah:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (al-Baqarah, Ayat 286)

Kembalilah kita tersenyum dan tabah dengan ujian. Memang benar, lidah berbicara petah belum tentu sendi bergerak lincah. Mungkin penulis sedikit kurang untuk indah berbahasa, namun keyakinan penulis tetap pada kalamullah yang tiada setara indahnya bahasa. Bukakanlah selaput kelabu di hati, agar kunang-kunang singgah ke mari, sinar cahaya kan kembali lagi. Wallahua'lam.



Friday, June 3, 2011

Miliki Sifat Taqwa Yang Dihiasi Akhlak Karimah

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
InsyaAllah


Dalam sebuah nasihat berharga Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Abu Dzar disebutkan,

 اتَّقِ اللَّهَ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ

Bertakwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Ikutilah kejelekan dengan kebaikan niscaya ia akan menghapuskan kejelekan tersebut dan berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (HR. Tirmidzi no. 1987 dan Ahmad 5/153. Abu ‘Isa At Tirmidzi mengatakan bahwa hadits ini hasan shahih)

Di antara faedah hadits ini disebutkan oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah rahimahullah dalam Al Fawaid:

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menggabungkan antara takwa dan berakhlak yang mulia. Karena takwa akan memperbaiki hubungan antara hamba dan Allah, sedangkan berakhlak yang mulia memperbaiki hubungan antar sesama. Takwa pada Allah mendatangkan cinta Allah, sedangkan akhlak yang baik mendatangkan kecintaan manusia.”

Perhatikanlah faedah yang berharga ini. Milikilah selalu sifat takwa dan akhlak yang mulia. Mohonlah selalu pada Allah sifat yang demikian.

اللَّهُمَّ إنِّي أسْألُكَ الهُدَى ، والتُّقَى ، والعَفَافَ ، والغِنَى

“Allahumma inni as-alukal huda wat tuqo wal ‘afaf wal ghina.” Artinya: Ya Allah, aku meminta pada-Mu petunjuk, ketakwaan, diberikan sifat ‘afaf dan ghina. (HR. Muslim no. 2721)

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ مُنْكَرَاتِ الأَخْلاَقِ وَالأَعْمَالِ وَالأَهْوَاءِ

Allahumma inni a’udzu bika min munkarotil akhlaaqi wal a’maali wal ahwaa’ [Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari akhlaq, amal dan hawa nafsu yang mungkar].” (HR. Tirmidzi no. 3591, shahih)

Moga faedah ilmu yang sederhana ini bermanfaat.

linkWithin

Related Posts with Thumbnails