Thursday, January 17, 2013

Pinjam Tinta Sundus ^__~

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...
Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
insyaAllah
 
 
MUJAHADAH SEORANG ISTERI ^^,
 
Meminjam daripada my sahabat: Tinta Sundus (http://islammengajarku.blogspot.com/2013/01/mujahadah-seorang-isteri.html )

Mujahadah????

Pengertian mujahadah secara umum ialah berjuang bersungguh-sungguh untuk melawan musuh. Siapakah musuh itu? Tentu sekali hawa nafsu !  

jom kita ketahui serta bersiap siaga dalam menjadi seorang wanita yang hebat !!! 

1) Mujahadah Isteri berjawatan Tinggi dan terkenal 
2) Mujahadah Isteri yang lebih bijak daripada suami
3) Mujahadah Isteri yang sering Ditinggalkan
4) Mujahadah Isteri terhadap suami yang mencuaikan agama


Mujahadah Isteri berjawatan Tinggi dan Terkenal

di sebalik kepesatan pembagunan di dunia ini , tidak dapat dinafkan peranan seorang wanita dalam turut serta menyumbangkan tenaga dalam bidang bidang tertentu hatta berdakwah sekalipun....jadi jika anda (isteri) dan bakal menjadi isteri yang akan menyandang jawatan tinggi be prepare apa yang patut kita lakukan ?

1) beradab sopan dalam bertindak ke atas sesuatu perkara di hadapan suami ....jangan sampai tindakan kita itu boleh menyakitkan hati suami lebih lebih lagi menyusahkan 
2) Sikap meninggi diri perlu dihapuskan bagi membolehkanya taat dan melayani suami sebgaimana yang dikhendaki oleh Allah swt
3) Yang ni perlu ingat , walaupun berjawatan tinggi , terkenal apabila berhadapan dengan suami , isteri perlu ingat , dirinya lebih rendah daripada suaminya ...kerana kedudukan suami itu lebih tinggi dan lebih istimewa di sisi Allah ...
4) Sikap sebagai pemimpin yang selalu memberi arahan kepada pekerja di bawahnya tidak patut terbawa bawa ketika berhadapan dengan suami di rumah .... tetapi suami perlu bantu si isteri apabile si isteri meminta ...
5) Ikut segala perintah dan arahan suami asalkan tidak bercanggah dengan syarak .... dan suami jangan pula buat isteri anda sebagai robotcop !!! 

Mujahadah isteri yang lebih Bijak daripada suami 

1) Selalu minta nasihat daripada suami walaupun dalam hal hal yang kecil ... kalau rasa nasihat yang diberikan tu kurang baik , utarakan pendapat ... suami jangan pula tak meraikan pendapat isteri ... jangan mendominasi perbincangan .... kata two ways communication  .... kalau si suami bersetuju OK ... 
2) Elakkan dari membantah apatah lagi memperlecehkan arahannya walaupun tidak munasabah
3) Kalau suami ada sesuatu pandangan y sama dengan isteri  terima pandangan itu tanpa menjelaskan pandangan sendiri ... 
4) Wujudkan rasa dalam hati bahawa suaminya itu tetap istimewa dan kerana dia sememangnya telah diistimewakan oleh Allah ...walau macam mana keadaannya sekalipun ... 

Mujahadah Isteri yang sering ditinggalkan

1) Apabila isteri selalu ditinggilkan kerana bertugas seelok eloknya si istri membanyakkan ibdah sunat di samping menyibukkan diri dengan kerja kerja yang berfaedah 
2) Kenangkan bagaimana Siti Hajar ditinggalkan Nabi Ibrahim as bersendirian di padang pasir yang tandus ....
3) Sambut kepulangan suami dengan persediaan iatimewa tanpa mempersoalkan perkara perkara yang negatif
4) Sekiranya timbul rasa marah kepada suami , digalakkan supaya menggunakan kaedah yang diajar oleh Nabi saw .... 

Mujahadah Isteri terhadap suami yang mencuaikan agama

1) Isteri selalu menunjukkan sikap yang baik dengan melayan segala kehendaknya selagi ianya tidak melanggar syariat dengan disertakan niat mendidiknya menjadi orang yang taat kepada agama
2) Selalu mendoakan supaya Allah mengubahnya menjadi orang yang baik .. doa itu kan senjata orang mukmin !
3) sentiasa memberikan bahan bacaan agama dan jangan pernah jemu sekiranya pemberian itu ditolak ..
4) Apabila mendapati suami selalu melakukan maksiat isteri perlu sentiasa mengingatkannya mengenai dosa dilakukannya...... pada masa yang sama mungkin isteri tidak memberikan layanan yang bagus jadi si isteri perlu perbaiki dir dari semasa ke semasa
5) Apabila suami tidak menunaikan solat isteri kena pandai memujuknya supaya dia dapat merasai pentingnya menunaikan solat ...
6) Apabila selalu berhadapan dengan suami yang pemarah , suka memukul dan sebagainya isteri perlu mujahadah dan menghalusi akhlakny di hadapan suami ...

huh letih saya menulisnya ^^ ..... apa apa pun dalam usaha bermujahadah ini , isteri sememangnya akan beradapan dengan pelbagai ragam suami samada yang menyenangkan ataupun yang kurang menyenangkannya ... di sinilah kita sebagai isteri perlu memainkan peranan Iman yang kuat ... dengan Iman yang kuat seseorang itu akan menang dalam mujahdahnya ... 

*post ini adalah sebagai peringatan buat diri saya terutamanya kerana apabila saya sudah berumah tangga kelak diary inilah yang akan mengingatkan saya .... dan pastinya saya tidak terlepas dari diuji olehNya dengan setiap kata yang dituturkan .... 

minta maaf semua ..... wanita kerana dirimu begitu berharga .... 

* sama sama kita berdoa agar diberikan kekuatan dalam setiap kitaran hidup kita .... 

_Jadilah bunga kebahagiaan , anugerah sekebun bunga dari taman Iman.... Inilah kebahagiaan sebenar _


Sumber pinjaman:

Wassalam....

2 comments:

  1. InsyaAllah, Aamiin ya Rabbuna =) Moga Allah permudahkan segala urusan kita bersama...

    ReplyDelete

linkWithin

Related Posts with Thumbnails