PUT YOUR
TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya
Allah... ya Allah... ya Allah...
Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga
semua dalam rahmat-NYA
insyaAllah
10 PETUA
MENJADI SUAMI MITHALI
1. Isteri
adalah manusia
Mereka
adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan
bahagia dengan se...tiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka
tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, emosi
mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah
yang mereka hadapi.
2. Dengar
pendapat isteri
Suami
isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau
profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking'.
Kemudian, berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh
bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya. Malah, isteri tentu
berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di
rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan pejabat suami secara
tidak langsung.
3. Beri
pujian kepada isteri
Jangan
lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas.
Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang
dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal
lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak.
Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok
hari.
4.
Menganggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap
pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati,
disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi
pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat
sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan.
Sedangkan pasangan anda adalah cermin diri anda sendiri. Ke mana juga anda
pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumah
tangga akan menjadi bahagia.
5. Ingat
tarikh penting
Manusia
memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa saja
apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan
menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada
isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai
tudung sempena meraikan hari lahir. Jika 'budget' anda tidak mencukupi,
sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh
dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua
kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala
pengorbanan sayang selama ini".
6. Penuhi
hajat isteri
Bukan
semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah
mesin basuh atau mesin jahit, suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga
kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat
isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan
tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan
anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri?
7. Bantu
ringankan tugas isteri
Suami
perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus
lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak
makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur.
Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak.
Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.
8. Isteri
bukan pembantu rumah
Kebanyakan
suami menganggap kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal
dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib
melakukan kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat
dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan
dijamin masuk syurga. Itu saja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira
dengan kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.
9. Bawa
isteri berehat
Kebanyakan
suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya
kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini,
anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan
berehat di tempat peranginan yang menarik. Walaupun ia nampak remeh, setiap
isteri pasti akan menghargai saat manis itu.
10.
Ciuman khas untuk isteri
Cuba anda
tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika
dia berehat selepas begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau
kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada
dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.
Dipetik
dari : Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim
^_____~
"Awal pendidikan anak adalah memberi ibu yang solehah untuk anaknya."
Aamiin....
moga sampai Jannah.
doakan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JANGAN JADI SUAMI DURJANA...
??????
SEBAGAI SELINGAN... BUAT YANG SEDANG MENCARI ^_~
FIKIR...
oOOOOOppppSS....
No comments:
Post a Comment