PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...
Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
insyaAllah
Suatu hari nan cerah, diserikan kicauan burung-burung kecil yang bermain-main girang di sebalik tingkap dapur rumah besar itu... gema bunyi sangat jelas. Perbualan dua orang sahabat bergema dengan semangat yang berkobar-kobar mengeluarkan frekuensi bunyi yang hampir memecahkan gegendang telinga...
Muslimah itu kecewa dengan dirinya sendiri berkata secara tegas:
Cisss... Pantang pejuang mudah mengalah!!!
Jadi hamba itu perlu hidup dengan penuh motivasi...
Jalan itu bukan wujud atas dasar semangat...
Tapi atas kefahaman yang utuh, faham itu penting!
Jahil itu hanya membuatkan amal fardi dan amal jamaie kita tergendala... ini perkara serius.
Apa guna jadi muslimah jika hidup penuh manja,
Tolong jangan jadi gedikss boleh??? Dia berkata pada dirinya sendiri, tapi secara monolog luaran menyebabkan sahabatnya menjadi pusing...
Manja tak bertempat, ya Rabbi.
Kuatlah sikit... lemah nyerrr... ya Allah
Hidup mesti cekal, baru angin bertiup sedikit
Tapi diri dah melayang ke benua Afrika...
Lemah betul... issssyyy apa nak jadi enti ni? Haaahhh
Sekali ana bagi pelempang baru tahu rasa....
Nakkk??? Monolog luarannya yang disasarkan buat dirinya sendiri, menampilkan 2 kata dalam 1 jasad menyebabkan ana ketakutan.
Huuuuuiii garangnyerrr cik akak =) sabor-sabor haha...
Awatnyerr hang nak marah ni... sesekali dicuba loghat utara.
Bukan marah geram sikit jerr, “Alang-alang hidup biar setiap langkah bernilai pahala!!!”
Muslimah itu berkata lagi... nampaknya dia bukan main-main, kalau muslimah geram sikit macam ni punya rupa, kalau marah macam mana lah pulak... ya Allah lindungilah hamba Mu ini dari segala macam malapetaka yang bakal menimpa... monolog dalamanku berkata, banteng diri itu penting.
Serius bebeno enti hari ni? Ada apa-apa kerr? Cuba ku bertanya walau sebenarnya tak berani...
Muslimah itu berkata lagi dengan pandangan serius sesekali kening lebatnya terangkat-angkat tanpa kawalan:
“Habis berapa lama enti nak ana berdiam diri? Kita mesti bertindak, perlu ada anjakan paradigm, langkah seribu mesti mula dengan langkah pertama... tanpa pengorbanan mimpi tidak bermakna”
Waahh... ini macam ayat filem. Teruja menderngarnya... huhu, sempat lagi hati ini bermonolog girang walau sebenarnya lutut dah terketar-ketar ketakutan.
Sebenarnya muslimat yang bersemangat tu baru tersedar bahawa apabila kita sudah bersedia untuk infakkan diri ke jalan Allah, maka diri harus kuat menghadapi cubaanNya, diri tidak boleh terlalu manja walau sebenarnya jasad dan naluri fitrah kejadian wanita itu memang lembut, perlu tarbiyyah diri menjadi tegar menghadapi segala macam mehnah dan ranjau kehidupan. Walau usia masih muda remaja dan belia, itu bukan penghalang. Kita mesti matang jauh lebih matang dari usia sebenar... itu memang agak sukar terutamanya bagi yang tidak pernah diuji. Sebab itu tarbiyyah dari susahnya hidup itu lebih baik dari tarbiyyah dalam kesenangan. Halangan itu menyebabkan minda berfikir lebih kreatif, jasad menjadi lebih kuat, dan kefahaman menjadi lebih tulus... ia akan hadir dari sudut yang paling dalam dalam diri seorang insan.
Baru lah akidah menjadi lebih mantap... ramai orang yang belajar agama tapi tidak kenal apa itu Islam. Tidak tahu kenapa kita diciptakan Allah sebagai Islam. Apa ertinya kita menganut Islam?
Islam itu apa? Mereka hanya belajar dan berusaha mendapat result yang cemerlang di dalam peperiksaan.
Mumtaz! Bangga dengan mumtaz? Mumtaz itu tidak salah, itu penting, namun jika mumtaz dalam perlaksanaan, itu pasti lebih jelas. Perlunya mumtaz dalam perlaksanaan.... mumtaz itu ertinya cemerlang. The best mumtaz must be in your implementation, your action, not just in your words.
“Ya Allah cemerlangkanlah kami dalam perlaksanaan amal-amal kami... muliakan kami dengan ilmuMu agar kami bisa mengamalkannya, menjadi bekalan kami di alam kubur.”
Yang menjadikan kita hamba ini mulia di pandangan Allah bukan harta yang bertimbun-timbun, tapi sebanyak mana dan seikhlas mana kita infakkan harta di jalan Allah di waktu senang mahupun susah. Yang menjadikan kita mulia bukan setinggi mana ilmu yang kita belajar, tapi sebanyak mana ilmu Allah yang kita amalkan dengan sebaiknya. Sebaik-baik insan adalah yang paling banyak memberi manfaat di antara kamu.
Antum ingin menjadi orang agama atau orang beragama?
Ada beza kah antara orang agama dan orang beragama?
Apa bezanya? Jelas bezanya....
Menjadi orang agama itu mudah, tapi betapa sukarnya menjadi orang yang beragama...
Orang agama ialah hamba-hamba Allah yang terpilih untuk belajar agama, belajar Feqah, Tauhid, Akidah, dakwah Islamiyyah, Usuluddin, Hadis, Quran dan Sunnah, Arabic, Quran dan wahyu... dan sebagainya. Begitu banyak pembelajaran agama secara khusus di universiti-universiti kini baik di dalam mahupun di luar negara. Belajar agama dan menjadi orang agama kerana mereka memang belajar agama, maka mereka sewajibnya perlu lebih tahu berbanding dengan yang tidak mendapat didikan agama secara khusus seperti mereka.
Tapi sukar orang agama itu menjadi orang yang beragama.... kenapa?
Siapa orang yang beragama?
Hanya bezanya imbuhan “ber.....” adakah ia beza? Dan membezakan?
Fikirkan sejenak duhai insan..... kita ini golongan mana?
Siapa orang yang beragama?
Orang yang beragama adalah hamba-hamba Allah yang sangat special. Mereka tidak diberi kesempatan untuk mentelaa’h ilmu agama secara khusus seperti mana orang agama, namun kefahaman mereka dalam hal-hal agama begitu mendalam sehingga seluruh hidup mereka dalam landasan syariat Allah yang benar dan mereka sangat mumtaz dalam perlaksanaan amal fardi dan jamaie. Semestinya Allah dan malaikat-malaikatNya sangat mencintai golongan akhir zaman yang mumtaz dalam perlaksanaan mereka menegakkan yang benar dan mematahkan kezaliman ini.
Bukan semua muslim itu mukmin, tapi semua mukmin itu semestinya muslim.
Jadilah mukmin yang sejati.... insyaAllah.
Mukmin sejati mukmin professional,
Lantang syarah menghujah idea,
Jana diri ke persada internasional,
Pantang jihad berpaling dada.
Mukminah solehah srikandi agama,
Sopan berhijab, maruah terbela,
Tegas bicara membela agama,
Tegak Addin matlamat semata.
Mantapkan persepsi hidup , teguhkan motivasi diri, jelaskan visi diri....
Kenapa kita dihidupkan???
1. Menjadi hamba Allah
2. Beribadat kepada Allah
3. Menjadi khalifah di muka bumi
Formula 3 M:
1. Mulai dari diri sendiri
2. Mulai dari hal yang kecil
3. Mulai dari saat ini
Tolong yerrr...: “tolong jangan bagi peluang untuk syaitan—syaitan itu bertepuk tangan...” kerana kesalahan yang kita lakukan. Please....
“Biar syaitan-syaitan itu menangis air mata darah... biar mereka hancur lebur terbakar dengan dosa – dosa mereka sendiri! Jangan kita terpengaruh dengan mereka.... biarkan taghut-taghut itu ke Jahannam. Di sana sangat pantas buat mereka”. Bingkisan kata penuh geram dari muslimah ini membuatkan telingaku berdesing, takut mendengarnya... semangatnya yang membuak-buak tak dapat dihalang lagi... ana hanya tunduk memandang bumi... sesekali tersenyum kesian si semut di lantai berpatah balik ke sarang walau dah berdepan dengan gula bertaburan dek takut pada ucapan tegas muslimah itu.... haha kesiannyerr
Semangatnya membuak-buak tatkala ada golongan lemah dianiaya di depan mata. Golongan itu terus dianiaya membuatkan jiwanya sedih sendiri... tulisan pena meluahkan rasa di hati. Tiada insan sudi mendengar luahan rasa... makhluk alam ciptaan Tuhan jadi pengganti.
Yang lemah terus dihina, yang kuat terus menganiaya menambah dosa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SATU KISAH...
Satu kisah, seusai perang juangku pada hari jumaat itu berakhir dengan mumtaznya, berpusu-pusu manusia meninggalkan ibu kota, berhijrah ke desa nan permai bagi menyambut Aidil adha... orang baru di perantauan, asing mengatur langkah mencari arah....
Perang!!!! Tempur jangan berpaling lagi... walau cedera jangan beredar, umpama panglima perang... semangat itu perlu hadir.
Perang Jumaat itu pertamanya di akhiri ucapan hamdalah... jaya jua akhirnya. Senyuman terukir walau diri penat mengejar masa.
Pagi: discussion + presentation thesis dengan supervisor
Petang : journal presentation di hadapan student PhD dan master dari kebanyakan negara-negara Islam: Iran, Afghanistan, Nigeria, Pakistan, Libya dll berakhir jam 9.00 malam.
Ternyata ini bukan mudah. Sebagai student yang paling muda dalam kelas itu, maka semestinya masih banyak yang perlu dipelajari. Dalam usia awal 20-an, sedangkan student lain antara 26 ke 50-an. Diri ini terasa janggal... namun usia bukan penghalang...
“tidak akan diuji hamba itu, melainkan dia mampu....” janji ini ku pegang, semat di hati...
Terus berkejar ke tempat bas menanti... tersesat rupanya... cepat! Bas akan bergerak jam 9.30 malam. Hati ini berdebar kencang... minggu itu memang agak mencabar dalam hidupku... ya Allah permudahkan urusan hamba.
Perjalanan bermula tepat pukul 10.00 malam dimulai bacaan doa, roda berputar laju ke satu negeri di pantai timur. Dek keletihan yang menggila mudah saja mata ini tertidur, menutupi segala kekalutan yang menghambat sepanjang hari... lupa pada perut yang berkeroncong minta diisi.
Perjalanan itu ternyata penuh liku... kebiasaannya sebelum subuh menjelma tiba,pasti kaki ini sudah tiba di bumi bertuah itu. Namun kali ini takdir Ilahi mencoretkan sebaliknya. Kesesakan lalu lintas yang menggila menyebabkan perjalanan yang panjang itu bertambah panjang. Jika biasanya ia memakan masa 9 – 10 jam, tapi kali ini mencecah 13jam... masyaAllah lamanya. Bayangkan 13 jam di atas bas... perlu kesabaran yang tinggi dan iman yang kuat. Alhamdulillah... akhirnya tiba jua ke negeri yang tercinta “Terengganu Darul Iman”.
Berkibar-kibar bendera bulan-bulan purnama cuba memujuk hati, menguatkan langkah...
Tersenyum manis wajah-wajah ulama’ di tepi jalan-jalan kota bagaikan melambai-lambai menyambut kepulangan anak-anak perantau pulang ke desa. Terima kasih...
Sesekali terbayang bagaimana sayu nya rasa jika daulah ini di bawah naungan mereka.
Namun, tempat perhentianku bukan seperti biasa... kali ini lain.. perut semakin aktif merembeskan asid-asid menghakis dinding perut tanda aras lapar kian memuncak. Dan sekali lagi diri ini perlu menunggu, kerana 1 jam lagi perjalanan sebelum tiba di rumah... baiti jannati. 14 jam perjalanan dari Nilai ke rumah? Oooohh sayunya rasa hati... jom istighfar sekejap.
Menunggu kehadiran ayah tercinta bagi meneruskan 1 jam lagi perjalanan ke rumah... terlihat kelibat orang – orang yang menunggu di perhentian bas itu. Tidak ku hiraukan kehadiran mereka, namun sesekali senyuman manis dilemparkan tanda salam. Maaf tidak ku berdaya lagi, tiada tenaga...
Tapi....
Ada satu keluarga berdekatan tempat dudukku, memandang mereka hati bertambah sayu...
Tiada kudrat untuk bertanya, walau hati tertanya-tanya... mereka seakan-akan punya satu masalah.
Tiba-tiba: adik ado dok duit syiling? Kak nok pinjang boleh dok? Wanita dalam usia 30-an bertanya kepadaku. Sekejap ye kak saya cari dulu... insyaAllah ada kot.
Ku selongkar dompet mencari duit syiling untuk diberikan kepadanya...
ni Alhamdulillah ada 80sen, ambil lah.
Terima kasih... wanita itu terus pergi ke public phone berhampiran. Selepas itu, ibu bersama 2 lagi anaknya itu duduk semula di tepiku. Dia kelihatan cemas...
Kedengaran perbualan dengan anaknya, mereka seperti dalam musibah...
Cuba ku ukir senyuman kepadanya tanda, “sabar yer kak”...
Dibalas senyumanku... adik nok gi manne?
Saya nak pergi Setiu...
Oooohh sejang lagi lah, dok sapa lagi lah... doh tengoh tunggu saper? Tanyanya dalam loghat Terengganu.
Tunggu abah... kejap lagi sampailah...
Oooo doh tepon ker dok lagi? Tengoh mari doh tu?
Yer kak...
Doh adik ni tengoh belajo lagi kerr?
Yer kak...
Dia kelihatan agak segan... lupa untuk ku tukar loghat percakapanku... teringin untuk menyiasat masalahnya... as a researcher, an investigation should be created to settle this problem. Kini, loghat bahasa perlu diubah: change to “loghat ganu” immediately. Bertukar...!!! haha, flexible lady...
Kak... maaf deh nok tanya sikit ni, dari tadi macang ade masaloh jer... cer citer sikit, mane la tahu kot-kot saye boleh tolong... ku cuba berbahasa dalam loghat Terengganu.
Wanita itu mula bercerita: “Gini... sebenarnye saye ni baru jer kena halau dari rumah sewa. Dari semalang saya dengan anok-anok saya tidur kat stesen bas ni... Cuma satu hari lewat bayar sewa... tuan rumah halau dah. Habis saya tak dok duit suami saya kerja jauh... seminggu sekali baru balik. Anak-anak dari semalam la dok makang lagi... klu saya ni tak kisah la... biasa doh tak makang, anak-anak la kesian.”
“memang biasanya sewa rumah kalau lambat bayar, terus kena halau ker? Sewa rumah akak berapa?”
“saya dan suami tak pernah lewat bayar sewa rumah, kali ni jer lewat sehari... terus tuang rumah halau, dia kunci pintu... semua barang tak boleh ambil sampai lah kami bayar sewa rumah. Rumah tu sewa RM100 sebulan. Sebelum ni akak duduk kat rumah lain... rumah ni baru 5 bulan jer tinggal. Tapi kami terpaksa pindah...”
“kenapa akak terpaksa pindah, rumah tu ada masalah ker?”
“bukang... tapi bahaya.” Kakak ni kelihatan agak sebak. Anak perempuannya yang baru berusia tujuh tahun terbaring di kerusi sebelah.
“macam ni, masa saya duduk kat rumah tu, anak perempuan saya pernah kena rogol beberapa kali... jadi pihak polis nasihatkan kami supaya pindah ke rumah lain takut kalau-kalau suspek tu datang lagi”
“ya Allah, anak perempuan akak tu umur berapa?”
“masa dia kena tu dia baru darjah tiga, sembilan tahun. Sekarang darjah empat la... Alhamdulillah rumah kebajikan jaga dia sekarang... “
“saya ni orang susah... saya tak mampu. Jadi ada la satu keluarga yang agak senang ni nak ambik dia jadi anak angkat. Jadi saya pun bagi la, kebetulan anak dia sebaya dengan anak saya. Tapi tak tahu lah... ayah angkat dia sendiri rogol dia... Tuhan je la yang tahu hati saya ni...”
“Astaghfirullah... ya Allah. Sabar yer kak... habis anak-anak akak berapa orang?”
“Enam orang... dah meninggal dua orang... tinggal empat la sekarang. Yang sulung tingkatan satu, yang tadi darjah enam... ni kecik ni darjah satu...”
“suspek tu tak ditahan polis ker kak?”
“polis dah tangkap, tapi dia kan orang senang, orang kaya, dia bayar jamin RM15,000 polis dah bebaskan dia. Isteri dia datang marah-marah akak, kata akak fitnah suami dia. Tapi, akak dah ada bukti... dia nak bayar akak RM3,000 suruh akak tarik balik kes ni di mahkamah. Tapi, akak tak nak. Polis pun dah pesan, berapa pun dia nak bayar... teruskan perbicaraan. Akak nak dia kena hukum... memang la akak orang susah, tapi tak kan sedikit pun kebenaran itu tidak berpihak pada kami.”
“insyaAllah selemah mana pun kita, kebenaran cepat atau lambat pasti akan tertegak... sabar yer kak, pertolongan Allah itu pasti... banyak-banyakkan berdoa. Doa orang yang teraniaya itu makhbul... insyaAllah”
“habis akak dengan anak-anak ni belum makan lagi?”
“emmm dari semalam la kami tak makan, saya ni tak per anak-anak ni la. Suami saya keje jauh, tadi saya tepon doh... tapi malam ni la paling awal pun dia boleh sampai...”
“ya Allah... ambik la duit ni dulu pergi beli makanan... kat sana tu ada kedai”
“time kasih la... =)”
“maknanya sekarang kakak memang tak ada simapanan langsung yer? Akak tak bekerja ker?”
“dulu akak keje jaga tandas kat stesen bas ni... Alhamdulillah boleh la belanja sikit. Tapi sekarang tak keje dah, orang fitnah macam-macam. Akak dah kena buang keje. Semua tempat pun orang fitnah macam-macam... isteri suspek tuduh akak fitnah suami dia rogol anak akak. Dia pengaruhi semua orang suruh jangan ambik akak bekerja. Ye la dia orang senang. Berat ujian Tuhan... ni tengah tunggu suami akak settlekan hal rumah sewa ni... harap cepat la boleh masuk rumah sewa tu balik esok dah raya. Masak je la apa yang ada kat rumah, tak dok la raya macam orang lain. Akak bukang orang kerajaan...dok la senang mana.”
Insan ini ternyata amat tabah...
patut lah kaki ini ditakdirkan ke situ, rupanya ada amanah yang perlu dilaksanakan...
patut lah kaki ini ditakdirkan ke situ, rupanya ada amanah yang perlu dilaksanakan...
Satu kisah benar masyarakat yang wajar difikirkan...
Hulurkanlah zakat dan sedekah
Pada yang sihat dan kuat
Berilah tenaga dan keringat
Pada yang berbakat dan cendikiawan
Pemurahlah dengan hikmah dan pengajaran
Pada yang miskin dan kesempitan
Bersedekahlah dengan senyuman
Semua kita harus pemurah
Memberi bukan untuk bermegah
Tetapi itulah perintah Tuhan
Semai kebaikan dan tuailah keredhaan....
SEMAI KEBAIKAN,TUAI KEREDHAAN....
Pada yang punya harta melimpahHulurkanlah zakat dan sedekah
Pada yang sihat dan kuat
Berilah tenaga dan keringat
Pada yang berbakat dan cendikiawan
Pemurahlah dengan hikmah dan pengajaran
Pada yang miskin dan kesempitan
Bersedekahlah dengan senyuman
Semua kita harus pemurah
Memberi bukan untuk bermegah
Tetapi itulah perintah Tuhan
Semai kebaikan dan tuailah keredhaan....
Sampai bila golongan lemah akan terus ditindas?
Dan sampai bila golongan atasan akan terus menindas?
sesuatu perlu ditegakkan
dari penindasan Mustakbirin, kepada keadilan buat Mustadhifin.
sesuatu perlu ditegakkan
dari penindasan Mustakbirin, kepada keadilan buat Mustadhifin.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tidak beriman kamu sebelum kamu diuji. Manusia kini hidup umpama robot. Tiada matlamat dan hala tuju yang jelas. Tiada visi dan misi hidup... rela jadi kerbau yang ditarik hidung untuk kesenangan duniawi...
Lupakah kita pada kisah Firaun dan Nabi Musa a.s.?
Lupakah pada ujian terhadap nabi Allah ulul azmi itu?
Berbaloikah Firaun laknatullah sebagai raja, maharaja sehingga mengaku diri sebagai tuhan, namun akhir nya mati dilaknat Allah dan dijanjikan neraka selamanya?
Berbaloikah hidup di dunia yang hanya sedetik umpama syurga, namun akhirat selamanya di dalam neraka?
Berbaloikah???
Dunia ini lebih hina jika dibandingkan dengan sebelah sayap nyamuk sekali pun...
“yang ditakuti oleh nabi Allah Muhammad s.a.w. bukanlah umatnya miskin... tidak. Rasulullah tidak risau jika umatnya miskin, tapi baginda s.a.w. risau jika umatnya disajikan dengan dunia...”
Dunia membuatkan hamba itu alpa dan cinta dunia, takut mati... penyakit al-wahan
Ke mana pupusnya syabab-syabab akhir zaman yang sewajarnya membela agama?
Terus memerhati dan memerhati?
Sampai bila hanya sekadar pemerhati? Hanya pandai bercakap dan bercakap... itu sahaja?
“Hamba datang menawar khudrat,
Janji setia membela ummat,
Fana duniawi merudum tenat,
Mumtaz perlaksanaan harus cermat.”
insyaAllah... “ALLAHA MAA’NA__Allah bersama kita”
"Kan melangkah kaki dengan pasti,
Meneroboh segala onak duri,
Generasi baru yang telah dinanti,
Tak takut dicaci tak gentar mati...
Badai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera
Tak kan surut walau selangkah,
Tak kan henti walau sejenak,
Cita kami hidup mulia,
Atau syahid mendapat syurga..."
amin...
amin...
TAKBIR!!!
UPGRADE MOMENTUM DIRI...
"UMAT ISLAM HARUS CEMERLANG HARI INI PASTI LEBIH BAIK DARI SEMALAM"
kepada ceria sang mentari, kembalilah tersenyum...
surah motivasi saban pagi,
surah Ar-Rahman penghibur diri,
pasak iman di sudut qalbi,
teguh semangat walau sendiri. =)
surah motivasi saban pagi,
surah Ar-Rahman penghibur diri,
pasak iman di sudut qalbi,
teguh semangat walau sendiri. =)
"berfikir sejenak lebih baik dari solat sunat 1000 rakaat"
mukmin: "diam itu fikir, bicara itu zikir"
~~~~~~~~~~~~~~~
wassalam...
No comments:
Post a Comment