Wednesday, November 23, 2011

8 Perkara mendatangkan pahala tanpa beribadat

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
insyaAllah
 

~~~bersyukurlah seadanya dan berbahagialah insan~~~

~~~~~~~~~~~~




  1- Sesiapa ingin mendapat pahala solat malam semasa tidur maka jangan melakukan  maksiat pada siang harinya.

2- Sesiapa yang ingin mendapat pahala puasa sunat sedangkan dia tidak berpuasa, maka  jagalah lidahnya.
 
3- Sesiapa yang ingin kelebihan seperti para ulamak, maka hendaklah dia suka berfikir.

 
4- Sesiapa ingin pahala Jihad sedangkan dia berada di rumah, hendaklah dia berjihad melawan syaitan.


5- Sesiapa yang ingin pahala sedekah sedangkan dia tidak mampu bersedekah, maka hendaklah dia mengajar ilmu daripada apa yang dia telah pelajari. 

6- Sesiapa yang mendapat pahala haji sedangkan dia tidak mampu, maka hendak sentiasa menunaikan solat Jumaat.

7- Sesiapa yang ingin Fadhilat Ahlul Ibadat, maka hendaklah dia memperbaiki hubungan sesama manusia dan jangan menimbulkan persengketaan sesama manusia.

8- Sesiapa yang ingin mencapai Fadhilat Abid ( Orang yang sentiasa dalam ibadat kepada Allah SWT ) , maka hendaklah dia meredhai kepada sahabatnya dengan apa yang dia redhai pada dirinya sendiri.

#sumber: Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 810.

3 comments:

  1. salam,
    bgos entry ini..
    bnyk cara nk dptkan pahala,
    namun xramai org yg ingin buat, kan?

    ReplyDelete
  2. :) bismillah...

    alhamdulillah,
    jom sama-sama beramal

    "ASLEH NAFSAKA WAD'U GHAIRAKA"
    perbaikilah dirimu dan serulah orang lain.

    insyaAllah

    ReplyDelete
  3. bace mcm senang, tp renung2 balik no 1 2 n 4 tu slalu je buat.. syukran ^_^

    ReplyDelete

linkWithin

Related Posts with Thumbnails