Friday, October 15, 2010

Dunia di sisi Allah tidak bernilai tanpa Iman....

Bismillah...
JANGAN SEKALIPUN LUPA, DUNIA INI ADALAH TEMPAT SEMENTARA DAN SUATU UJIAN


Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan gurau senda dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui. (Surah al-’Ankabut: 64)

Ingatlah semua benda di atas muka bumi ini diciptakan dengan satu tujuan. Ia adalah satu fakta yang sangat pasti bahawa semua benda yang kita lihat di sekeliling kita adalah untuk tujuan yang khusus. Manusia juga diciptakan untuk satu tujuaan:

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Surah al-Mulk: 2)

Sebagaimana yang diterangkan di dalam ayat diatas, Allah meletakkan manusia di atas muka bumi ini sementara untuk menguji mereka. Dia menguji kita dengan apa yang kita hadapi di dunia ini; Dia menciptakan kehidupan ini untuk membezakan orang-orang yang beriman daripada orang-orang yang tidak beriman, dimana mereka akan dibersihkan daripada dosa dan layak untuk memasuki syurga. Dengan kata lain, dunia ini hanya medan ujian dimana kita boleh mendapatkan keredaan Allah.

Allah telah membuat batas-batas yang jelas kepada kita dan juga perbuatan yang disukai-Nya dan dimurkai-Nya. Demikian juga, perilaku seseorang di dunia ini turut menentukan ganjaran atau hukuman di akhirat. Oleh itu, setiap detik yang yang berlalu membawa kita sama ada ke syurga atau ke neraka. Dengan demikian, jangan sesekali lupa yang kita sedang diuji, malah pada saat ini dan keputusan untuk ujian ini akan menentukan kehidupan diakhirat kelak. Juga, jangan sesekali lupa keputusan ini adalah sangat hampir. Allah mengingatkan kita tentang perkara ini di dalam beberapa ayat dan dia memberi amaran kepada hamba-hamba-Nya tentang hari tersebut:

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (Akhirat) dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Hashr: 18)

Allah mengingatkan manusia supaya tidak rakus dengan kehidupan yang sementara ini dan terpesona dan keseronokan didalamnya. Ini kerana, harta, kecantikan, ataupun darjat yang manusia miliki di dunia ini tidak akan menolong mereka pada hari kiamat kelak. Dia akan meninggalkan segala-gala yang mereka ada termasuk jasadnya. Jasadnya akan raput dimakan bumi; badan yang dibanggakan tidak mampu untuk melawan kerosakan akibat perjalanan masa. Bersendirian, dia akan dibawa kehadapan Allah untuk menerima rekod perbuatannya.


Walau bagaimanapun, walaupun kenyataan ini jelas, taksub dengan rutin harian, majoriti manusia lupa hakikat kematian dan akhirat; mereka menganggap kehidupan mereka adalah terhad di atas dunia ini sahaja. Sikap ini diterangkan di dalam al-Qur’an sebagai berikut:

Dan mereka berkata, “Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa,: dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga saja. (Surah al-Jathiyya: 24)

Walau bagaimanapun, mereka mengabaikan satu fakta yang penting; kehidupan dunia ini adalah sangat singkat. Bayangkan seorang lelaki yang berumur tiga puluhan, jika dia memikirkan kehidupannya, ia pasti terasa sekilas lalu. Jika dia ditanya apa yang difikirkan tentang 30 tahun itu, dia hanya berkata bahawa segala yang berlalu adalah sangat pantas. Jika dia diminta memberitahu tentang kisahnya, kenangan itu boleh diceritakan dalam masa beberapa jam sahaja. Lelaki ini mungkin mempunyai 30 tahun lagi untuk hidup dan ia akan berlalu dengan pantas sebagaimana hari-hari sebelumnya. Dalam banyak yang terjadi, Allah menarik perhatian kita kepada kehidupan yang singkat ini dan memberitahu kita bahawa manusia akan menerima kenyataan ini ada hari Akhirat:

Dan (ingatlah) akan hari (yang di waktu itu) Allah mengumpulkan mereka (mereka merasa di hari itu) seakan-akan mereka tidak pernah berdiam (di dunia) hanya sesaat saja di siang hari (di waktu itu) mereka saling berkenalan. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mereka dengan Allah dan mereka tidak mendapat petunjuk. (Surah Yunus: 45)

Dan pada hari terjadinya kiamat, bersumpahlah orang-orang yang berdosa: mereka tidak berdiam (dalam kubur) melainkan sesaat (saja). Seperti demikianlah mreka selalu dipalingkan (dari kebenaran) (Surah ar-Rum: 55)

                         

Untuk mengelakkan manusia daripada terlalu terikat dengan dunia, Allah telah meletakkan pelbagai kecacatan dan elemen yang tidak diingini dalam kehidupan dunia ini dan dengan itu menekankan sifat-sifat sementara dunia ini. Ini adalah salah satu subjek dimana manusia perlu berfikir; semua perkara yang kita sayangi atau hargai dalam hidup ini akan menjadi tua, orang yang kita sayangi akan pergi, satu demi satu, malah orang yang paling cantik di sekeliling kita akan menjadi tua, atau sakit atau menjadi lemah. Saat-saat yang kita nikmati, atau masa yang kita nanti-nantikan, sebelum ini, semuanya telah menjadi sebahagian daripada masa lampau. Ini termasuklah masa-masa yang sukar yang kita hadapi sebelum ini dan ia akan berdasarkan juga kepada pengalaman pada masa hadapan, dan sepanjang kehidupan kita, yang mana ia adalah sangat singkat, sekelip mata sahaja. Kita akan sentiasa diuji, ujian yang akan berterusan sehinggalah ajal menemui kita. Selepas itu, setiap manusia yang pernah hidup dimuka bumi ini akan dibayar untuk apa yang pernah dia lakukan dan maka kehidupan yang berkekalan akan bermula.

Walau bagaimanapun, manusia tidak pernah teringin sesuatu yang cantik atau indah menjadi pudar. Namun, dalam kehidupan yang singkat ini, keingininan itu tidak dapat dipenuhi. Jadi, bagaimana kita hendak mencapainya? Syurga ialah satu-satunya tempat dimana semua ini akan menjadi nyata. Ingatlah, hidup ini tidak sempurna untuk memenuhi segala keinginan kita. Sekiranya kita merindukan nikmat yang abadi, ingatlah, bahawa kita tidak perlu mengejar kehidupan dunia ini, tetapi perlu mencari kehidupan akhirat dengan mempersiakan diri kita untuk mengahadapinya.


Orang-orang yang tidak beriman yang jahil akan perkara-perkara ini, walau bagaimanapun cuba untuk mengehadkah segala keinginan terhadap kehidupan dunia yang sementara ini sahaja. Semua keinginan itu adalah berdasarkan pemahaman yang salah iaitu, kematian akan membawa titik noktah kepada kehidupan dunia ini. Oleh sebab itu, di dunia ini, mereka berusaha untuk mencapai segala kenikmatan dan kegembiraan. Takutkan mati kerana ia akan menyekat keinginan-keinginan mereka, mereka berusaha gigih untuk mendapatkan hasil yang terbaik di dunia ini. Walau bagaimanapun, usaha mereka adalah kosong; dunia ini sememangnya tidak sempurna. Tempat tinggal yang sebenar untuk manusia ialah di akhirat, tempat yang menawarkan segala yang terbaik dan kenikmatan yang tiada cacatnya yang boleh dinikmati oleh manusia; walau bagaimanapun, semua nikmat ini disimpan hanya untuk mereka yang benar-benar beriman kepada Allah. Nikmat-nikmat yang dirasai oleh orang yang tidak beriman hanya terhad untuk di dunia sahaja. Cara bagaimana mereka akan dibiarkan di dalam neraka telah dinyatakan didalam al-Qur’an sebagai berikut:

Dan (ingatlah) hari (ketika) orang-orang kafir dihadapkan ke neraka (kepada mereka dikatakan): “Kamu telah menghabiskan rezekimu yang baik dalam kehidupan duniawi (saja) dan kamu telah bersenang-senang dengannya; maka pada hari ini kamu dibalasi dengan azab yang menghinakan kerana kamu telah menyombongkan diri di muka bumi tanpa hak dan kerana kamu telah fasik.” (Surah al-Ahqaf: 20)

Sebab itu jugalah, Rasulullaah (sollalahualaihiwassalam) menarik perhatian kita tentang kepentingan menghisab diri sendiri dan perbuatan kita:

“Orang yang bijaksana ialah orang yang menghisab dirinya sendiri (dan menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan jahat) dan melakukan amalan-amalan yang mulia untuk kebaikan selepas mati; dan orang-orang yang bodoh ialah seseorang yang menyerahkan dirinya kepada godaan-godaan dan keinginan dan berusaha menjauhi daripada Allah untuk memenuhi hawa nafsunya. (Tirmidhi)


Sebagaimana yang dinyatakan disini, tiada apa yang lebih penting daripada perbuatan-perbuatan yang dilakukan untuk mengelakkan diri daripada hukuman api neraka. Dalam situasi tertentu, seorang pelajar akan belajar dengan tekun untuk lulus, seorang peniaga yang ingin mengumpul kekayaan yang banyak, dan walau bagaimanapun, terdapat juga mereka yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk mendapatkan prestij. Tetapi, tidak ada jaminan mereka ini akan hidup lama untuk mencapai segala cita-cita mereka. Sebagai contoh, pelajar itu mungkin tidak hidup lama untuk melihat hari graduasinya. Walau bagaimanapun, satu perkara yang pasti, dia akan kembali kepada Tuhannya dan akan diberi buku amalan tetang segala perbuatannya pada Hari Kiamat kelak:

Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat kami. Mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan. (Surah Yunus: 7-8)

Penyakit, kemalangan atau usia tua, di mana kita perlu mengambil pengajaran adalah bukti bahawa dunia ini bukanlah tempat untuk kita berasa terikat:

Dan tidakkah mereka (orang-orang munafik)memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran. (Surah at-Tawba: 126)

Sebagi bukti daripada ayat ini, “…Kamu menghendaki harta benda duniawi sedangkan Allah mengkehendaki (pahala) akhirat (untukmu). Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (surah al-Anfal: 67), Allah berulang kali mengingatkan kita bahawa dunia ini tidak sempurna supaya hamba-hamba Allah boleh mendapat tempat yang lebih sempurna di akhirat.

Jangan sesekali mengabaikan peringatan ini dan ingatlah kita perlu mecari keredhaan Allah untuk melayakkan diri mendapat kebahagiaan yang kekal abadi. Allah telah menerangkan di dalam al-Qur’an bahawa barang sesiapa yang terikat dengan kehidupan yang singkat ini akan kehilangan kehidupan yang abadi di akhirat kelak:

Barangsiapa yang mengkehendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang yang mengkehendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat. (Surah ash-Shura: 20)

Dalam ayat-ayat ini, Allah menyuruh manusia untuk cintakan akhirat kerana ia adalah lebih baik dan berkekalan “…Dan kurnia Tuhan kamu adalah lebih baik dan kekal.” (Surah Taha: 131)
Sementara itu, ingatlah bahawa Allah akan berikan kepada orang yang benar-benar beriman, yang inginkan kehidupan akhirat, kehidupan yang baik di dunia ini juga. Orang-orang mukmin adalah mereka yang mencapai nikmat terbaik daripada Allah, di dunia dan di akhirat.

Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar. (Surah Yunus: 64)

 

Doakan kejayaan dunia dan akhirat....
Ya Allah matikan kami dalam iman...
AMIN...
p/s: luv ALLAH...pencintaAllah(^-^)
"HIDUP MULIA MATI SYAHID"

1 comment:

linkWithin

Related Posts with Thumbnails