ALLAH berfirman yang bermaksud,
" Aku selalu mengikut sangkaan hambaKu. Dan Aku sentiasa bersama-samanya. Ketika ia mengingatiKu dalam dirinya, Aku pun akan mengingatnya dalam diriKu. Jika dia mengingatiKu di hadapan orang ramai, Aku pun akan mengingatinya di hadapan orang yang lebih ramai. Jika dia mendekatiKu sepanjang sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia mendatangiKu dengan berjalan kaki, Aku akan mendatanginya dengan berlari."
hadith qudsi
[hadith riwayat: Abu Hurairah]
oleh itu, sentiasalah kita berbaik sangka kepada ALLAH dan sentiasa mendekatkan diri kepada Nya kerana ALLAH sentiasa melipat gandakan sesuatu amal kebajikan kita jika kita betul-betul ikhlas kepada Nya...
Yakinlah sekiranya benar kita berbaik sangka terhadap Nya, ALLAH akan membalas perbuatan kita itu dengan nikmat yang tidak berbelah bagi, yang tidak mungkin dapat kita imagine melalui sumber apakah nikmat ALLAH itu akan datang mencurah-curah
Semoga kita sentiasa tsabat di jalan Nya..
Jika ada keraguan perihal sibghah Nya, segeralah renungi kembali firman-firman ALLAH menerusi al-Quran serta hadith2 Qudsi serta hadith-hadith sahih yang lain yang telah ditinggalkan Rasulullah SAW sebagai pedoman hidup ini
Ingatlah kembali ketika ALLAH pernah menceritakan gambaran betapa marahnya api neraka itu sendiri apabila manusia-manusia dicampakkan ke dalamnya sehinggakan kemarahannya itu membuak-buak, sedangkan bukankah di dunia dahulu telah diperintahkan kepada Mu Rasul-rasul serta nabi-nabi ALLAH yang diturunkan semata-mata untuk membawamu kembali ke jalan kebenaran
Api neraka pada ketika itu digambarkan seolah-olah mempunyai sifat makhluk ataupun digambarkan menerusi fil zilaal, neraka itu sendiri adalah makhluk ALLAH yang sememangnya benci apabila melihat manusia berbondon-bondon masuk ke dalam api neraka sedangkan telah banyak peringatan diberikan kepada mereka ketika hidup dahulu..
Bukankah setiap makhluk ciptaan ALLAH yang lain itu sentiasa taat kepada ALLAH serta Rasul-rasul Nya.
Oleh itu, pantaslah kiranya bagi si neraka serta makhluk-makhluk lain untuk menghina serta mencela setiap perbuataa mungkar yang kita lakukan ketika di dunia pinjaman ALLAH ini
Kelak, setiap apa yang engkau tidak laksanakan hak dengan sepenuhnya terhadap mereka akan menuntut kembali pada engkau sehinggakan kesemua pahala mu tidak dapat mengimbangi dosa-dosa yang telah engkau lakukan sehinggakan engkau semudah-mudahnya dilemparkan ke neraka yang sedang menggelegak marah melihatkan kebodohan dirimu dahulu..
Ya ALLAH...
nauzubillah
Jauhkanlah kami semua daripada azab api neraka ini
Sungguh
pahala kami tidak mampu menghalangi kami daripada menjejakkan kaki ke syurga Mu ya ALLAH
Syurga Mu terlalu mahal harganya untuk manusia yang hina seperti kami ini
tapi...
diri ini tidak mampu untuk menanggung azab api neraka Mu ya ALLAH
Tolonglah hati-hati ini ya ALLAH...
Tolonglah kami ya ALLAH
sungguh
Engkau lah sebaik-baik Penolong kami di dunia dan di akhirat kelak ya ALLAH
ya ALLAH...
Kabulkan lah doa-doa kami ya ALLAH
peliharakanlah hati-hati ini ya ALLAH
janganlah Engkau bolak-balikkan hati-hati ini setelah hati-hati ini beroleh cahaya hidayah Mu ya ALLAH
Sungguh kami takut ya ALLAH
jika hati-hati ini tidak sempat untuk kembali ke jalan Mu kembali setelah Engkau balikkan hati-hati ini
nauzubillah
Sungguh ya ALLAH
Engkau sahajalah yang berhak untuk menghidup serta mematikan segala sesuatu
oleh itu
hidupkanlah hati-hati ini dengan mengenali makrifat Mu ya ALLAH
jauhkanlah hati-hati ini daripada berbuat kerosakan serta kehancuran di dunia ini
janganlah Engkau biarkan diri ini mencelakakan diri kami sendiri ya ALLAH
dan
matikanlah hati-hati ini dalam iman dan Islam yang sebenar-benarnya ya ALLAH...
amiin
No comments:
Post a Comment