Thursday, August 19, 2010

MARHABAN YA RAMADHAN!

Bismillah.... Ramadahan kareem !!!!!!!!!!
Alhamdulillah....

MARHABAN YA RAMADHAN!

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ 
لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ.
Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman,  kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana puasa itu diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa".
                                                                    (Surah Al-Baqarah: 184)

ULASAN AYAT :
 
1.        Ayat ini adalah ayat perintah yang telah disyariatkan kepada seluruh ummat Islam supaya berpuasa sebagaimana yang telah disyariatkan kepada ummat sebelumnya.
 
2.        Puasa yang telah disyariatkan ini merupakan kewajipan yang wajib dilaksanakan oleh setiap orang islam. Tuntutan perlaksanaannya tidak gugur melainkan jika terdapat keuzuran yang dibenarkan oleh Islam.
 
3.        Puasa yang diwajibkan adalah pada Bulan Ramadhan, justeru kita sudah pun berada di ambang bulan Ramadhan, kita bakal menjelajah ke dalam sebuah bulan yang dihadiahkan oleh ALLAH SWT khas kepada ummat Muhammad.
 
4.        Ramadhan adalah bulan ibadah, setiap amalan dilipat gandakan ganjaran, bulan yang mempunyai kelebihan dan keutamaan yang tiada pada bulan-bulan yang lain. Apabila masuk sahaja pada bulan Ramadhan, maka syaitan di belenggu, rahmat ALLAH terbentang luas, doa-doa diterima, pintu syurga terbuka luas, pintu neraka ditutup rapat, mereka yang berada di kubur semua berehat dan yang paling istimewa di dalam satu malam ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. 
 
5.        Justeru, sama-sama kita raikan Ramadhan dengan penuh kegembiraan, hidupkan Ramadhan dengan amal ibadah tanpa kita sia-siakannya walau sedetik. Mulakan dengan niat ikhlas, moga ALLAH mengurniakan kepada kita hati yang ikhlas untuk beribadah, puasa yang diterima, anggota yang ringan dalam melakukan amal, moga ALLAH menerima segala amalan kita...WALLAHU’ALAM.

SELAMAT DATANG WAHAI RAMADHAN YANG MULIA, KAMI MENANTI KEHADIRANMU DENGAN PENUH RINDU UNTUK MERAIKANMU DENGAN AMALAN SOLEH...
Selamat berterawih, bersahur, berpuasa dan beribadah untuk semua..

No comments:

Post a Comment

linkWithin

Related Posts with Thumbnails