Salam muhibbah buat semua pembaca, salam kasih dan sayang buat nabi junjungan Muhammad S.A.W. dan syukur tidak terhingga buat pemilik nyawaku tiada lain hanya satu, yakni ALLAH S.W.T. Ya Allah, ku pohon matikan aku dalam keadaan beriman dan mentaatiMU, sungguh aku takut menghadapi detik-detik kematian walau hakikatnya MATI itu sesuatu yang amat pasti. Setiap anak adam yang lahir ke dunia memang telah bertunang dengan kematian. Walau kita tidak pernah merancang bagaimana nanti saat itu tiba, tapi ia pasti akan terjadi seperti yang telah dijanjikan Allah.
Sesuatu yang tidak pernah dijangka.... seorang sahabat sedang kritikal??? Ya Allah, Engkau lah perancang terbaik, namun hambaMU yang lemah ini memohon padaMU agar disembuhkan sahabatku... Sungguh aku walau cuma sedetik mengenalinya, ukhuwwah itu sudah tertanam di hati. Bantu kami ya Allah, perjuangan kami baru bermula....
Sahabat itu terlantar di wad icu, diserang demam denggi berdarah... keadaannya agak kritikal dan membimbangkan. dikhabarkan hati dan buah pinggangnya mendapat jangkitan kuman, dan terpaksa menerima dialisis. Ya Allah, aku cuma mengharapkan pertolonganMU, perlindunganMU...kerana Engkau pemilik setiap nyawa, yang berhak melakukan segala sesuatu mengikut kehendakMU. Bantulah...Ya Rabbi...
No comments:
Post a Comment