PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...
Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
insyaAllah
6 November 2012
hari pertama setelah lama outstation sambil menenangkan hati
banyak cubaan hari ni rupanya.
tapi, alhamdulillah
"Rabbi Yassir Wala Tua'ssir Rabbi Tammin A'la Bilkhoir"
"Rabbi Yassir Wala Tua'ssir Rabbi Tammin A'la Bilkhoir"
"Rabbi Yassir Wala Tua'ssir Rabbi Tammin A'la Bilkhoir"
"Rabbi Yassir Wala Tua'ssir Rabbi Tammin A'la Bilkhoir"
Aamiin
Hari ni saya ingin memberitahu sesuatu yang lain daripada
biasa. Ia sungguh luar biasa. Mungkin sebab sudah lama tidak berjumpa, tidak
bertemu mata ia menjadi lain sikit hari ni. Sebenarnya semuanya baik, baik
belaka, bukan jahat, bukan tak berakhlak, bukan tak sopan, baik semuanya. Masing-masing
ada sikap, cara, kesukaan dan keinginan masing-masing. Saya ingin cuba memahami
dan mendekati mereka. Allahu Akbar !!!
Saya ingin menjadi orang yang sentiasa berfikiran positif. Yess,
ya mereka baik, saya pun nak jadi orang baik, saya tak nak panggil orang
harimau lagi. Memang dia garang, memang saya takut dengan dia, tapi saya nak
jadi baik dengan semua orang, saya tak nak membeza-bezakan mereka. Mereka,
saya, semua sama. Terima kasih untuk hari ini.
Ada yang suka jerit-jerit, saya alu-alukan. Ada yang suka
karaoke, saya alu-alukan. Ada yang suka marah-marah, saya alu-alukan. Ada yang
suka makan, saya alu-alukan. Ada yang suka dengar lagu kuat-kuat, saya
alu-alukan. Ada yang suka tidur sampai tengahari, emmm, boleh saya buka tingkap
untuk sedikit cahaya? Ada yang suka seksi-seksi dalam rumah, emmm silakan lah,
kamu semua sudah tahu hukum hakam lebih dari saya sendiri yang dhaif ini.
Silakan… Allah sudah lama berikan hukum, saya? saya boleh tunduk insyaAllah. Silakan, saya raikan kamu :)
Saya ingin positif dalam segala hal. Saya mahu lihat
kelemahan diri sendiri. Saya mahu sihat. Saya mahu orang lain rasa hak mereka
masing-masing. Silakanlah… kita bersama pun sudah tidak lama. Saya akan mati,
kamu pun akan mati. Kamu, saya dan semua adalah sama. Kita tetap hamba Allah,
jadi tidak ada yang lebih mahupun kurang semua ok, bergantung pada takwa
masing-masing. Allah, terkadang saya ingin gelak sendiri. Manusia, manusia,
manusia… beginilah manusia. Lupa bahawa saya sendiri banyak kekurangan. Kamu juga,
jadi kita mesti jaga amal kita ok?
Tak banyak yang saya ingin katakan… Cuma hidup ini satu
perjuangan. Penjuangan mencari hidup selepas mati yang cemerlang. Kita hidup
untuk cari amal kan? Jadi jagalah hati, jangan dikotori… HATI. Saya nak focus kepada
apa yang perlu saya focus. Bila kita focus, sesuatu hal yang sukar itu mampu
kita atasi. Dulu saya cuma mahu hidup yang tenang. Tapi, lupa… lupa pula
rupanya ini dunia bukan milik saya. Bumi ini milik Allah dan di muka bumi ini
ada ramai lagi hambaNYA. Dan hambaNYA dari pelbagai kategori. Jadi silaplah
saya andai saya mahukan semua orang ikut apa yang saya mahu. Silaplah saya
andai saya mahu semua orang faham apa yang saya faham. Silaplah saya rupanya
ya??? Jadi dai'e itu hanya perlu sampaikan, yang beri hidayah itu Allah.
"Rabbi Yassir Wala Tua'ssir Rabbi Tammin A'la Bilkhoir"
Terpulanglah pada kamu semua, sebenarnya saya sudah penat. Penat
sangat. Buatlah apa sahaja, silakan ok jer saya ni. Silakan lah, saya cuma nak senyum jer .
Syukran atas segalanya. Baik saya terima, buruk pun saya redha saja. :)
"Kadang-kala kita memang tetap
harus berakhlak baik, walau dalam situasi kita dizalimi. Mungkin hari ini
mereka belum nampak keikhlasan hati kita, namun mungkin suatu saat, mereka akan
mengerti bahawa hadirnya kita bukan menyusahkan, tapi hadir membawa rahmat.
Jika mendiamkan diri itu dapat menyejukkan situasi, maka aku lebih memilih
untuk diam. Moga rahmat Allah bersama kalian."
Ya Allah, sesungguhnya mereka, insan-insan itu (housemate2 ku kini yang "tersayang") bakal
menduduki satu exam penting Sabtu ini. Maka Engkau permudahkanlah ya Rabbuna.
Aku, hari ini, memaafkan segala dosa mereka, dan aku juga berharap mereka juga
sama memaafkan segala dosa aku kepada mereka. Andai selepas ini mereka ada
berbuat dosa lagi padaku, aku maafkan sahaja. Jangan jadikan kami muflis di
akhirat sana.
"Rabbi Yassir Wala Tua'ssir Rabbi Tammin A'la Bilkhoir"
sahabat...
Doakan housemate2 saya lulus dengan cemerlang dalam exam
mereka Sabtu ni dan menjadi wanita yang solehah, dikurniakan jodoh yang baik
yang boleh membimbing mereka, dikurniakan rezeki dari sudut2 yang tidak
dijangka-jangka dari khazanah-khazanah Allah yang luas, insyaAllah. Sahabat2
doakanlah mereka agar dilembutkan hati, berakhlak baik dan terpuji, cemerlang
dunia dan akhirat. InsyaAllah.
"Rabbi Yassir Wala Tua'ssir Rabbi Tammin A'la Bilkhoir"
Yang Benar,
PencintaAllah, hanya hamba biasa.
Wassalam.
Aminn Ya Allah.
ReplyDelete