Wednesday, September 26, 2012

PENTING: Bicara Soal "HAID WANITA"

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...
Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA 
insyaAllah
 
 
 ~~~bicara soal HAID~~~

JANGAN MALU, INI ILMU YANG WAJIB TAHU


Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAUlebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapahal ini boleh terjadi??

Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orangPerempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetujudengan pandangan saya ini)

Contohnya saya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:

"alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.

Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.

"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

Salam Sayang dari Saya Kepada Semua Kaum Muslimat

( Sumber: DR. AMIRUL AMIN )

Tuesday, September 25, 2012

"REVOLUSI IRAN BUKAN ISLAM..." KATA ZAINAB GHAZALI

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...
Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA 
insyaAllah




"REVOLUSI IRAN BUKAN ISLAM..." KATA ZAINAB GHAZALI

Siapa yang tidak mengenali seorang mujahidah bernama Hajjah Zainab Al-Ghazali? Seorang aktivis Ikhwan Muslimin Mesir yang pernah merengkuk dalam penjara dan diseksa dengan penyeksaan yang teruk di bawah pemerintahan kuku besi, Jamal Abdel Nasser.

Seorang yang istiqamah dan meninggal dunia pada tahun 2005 atas jalan dakwah yang diperjuangkannya dalam usia 88 tahun.

Zainab Ghazali pernah menyatakan pandangannya terhadap Revolusi Iran tahun 1979 yang dicetuskan oleh Khomeini. Demikian pandangan beliau bertajuk:

"Revolusi Iran bukan Islam..Kita tidak akan meredhai Khomeini kecuali apabila dia berkata RADHIYALLAHU 'ANHU kepada Abu Bakar dan Umar"

Berikut petikan wawancara beliau yang panjang yang disiarkan oleh sebuah akhbar Mesir:

Wartawan: Pendirian Ikhwan Muslimin terhadap penguasaan Khomeini di Iran?

Zainab Ghazali: Khomeini baginya mazhab dan Ahlussunnah mempunyai pandangan berkaitannya. Umat Islam yang berada atas sunnah Rasulullah SAW meyakini bahawa Muhammad adalah Nabi yang terakhir,penghulu sekalian Rasul, bahawa Abu Bakar adalah khalifah pertama, Umar kedua, Uthman ketiga dan Ali keempat. Kita tidak mengagung-agungkan mana-mana manusia akan tetapi kita menghormatinya.

Kita menghormati kedudukan Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Muawiyah dan mereka yang datang selepasnya. Akan tetapi kita tidak mensucikan seseorang kerana ia tidak harus melainkan kepada Allah semata-mata.

Kami bukan Syiah, kami tidak bertanggungjawab atas kesalahan Khomeini. Sebelum ini (iaitu pada permulaan revolusi), saya antara yang pertama menyokong Khomeini dan mengutuskan sokongan kepadanya. Tetapi saya dapati beliau berpegang dengan fahaman Syiah, kerana ketika saya menyokongnya saya berkata suatu hari mesti bagi kamu menjadi Sunni, bukan Syiah.

Kita tidak akan bersetuju dengan Khomeini hingga apabila dia berkata "Radhiyallahu 'ahnu" kepada Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Ini susunannya, jika berkata Khomeini, "Ya Allah, Selawat dan SalamMu ke atas Muhammad dan Ahli keluarga Muhammad. Ya Allah! Kami memohon keredhaanMu buat Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan seluruh pengikut mereka hingga hari Kiamat" iaitu Khomeini tidak membeza-bezakan antara Ali dan Abu Bakar, antara Umar dan Abu Bakar, maka kita akan bersama-sama dengannya (Khomeini), akan tetapi kami bukan Syiah dan juga bukan yang cenderung kepada Syiah.

Revolusi Iran bukan revolusi Islam yang diinginkan oleh umat Islam dan para mujadid akan tetapi ia diminta oleh Khomeini dan penyokong Khomeini. Akan tetapi kita tidak memintanya, Ikhwan Muslimin inginkan prinsip dan ijtihad kita.

Ijtihad kita ialah mengikut mazhab yang empat (Syafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali), mengikuti imam-imam dan ulamak yang awal dari kita. Sekalipun terdapat kesalahan pada zaman Muawiyah akan tetapi beliau merupakan sahabat Rasulullah SAW, maka kita katakan "Radhiyallahu 'anhu" kepadanya dan "semoga Allah ampunkan Muawiyah"...

Semoga Allah mengampuni mujahidah Zainab Ghazali dan merahmati rohnya bersama Anbiya', syuhada' dan solihin.

Wawancara penuh sila rujuk: http://www.masress.com/october/129831

Wednesday, September 19, 2012

JADILAH MUKMIN, BUKAN SEKADAR MUSLIM

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...
Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA 
insyaAllah
 
 
 ~~~cita-citaku hanya ingin menjadi wanita solehah~~~


Bismillahirrahmanirrahim ^^,

apa khabar iman hari ini???
moga iman sentiasa sihat, bila iman sihat, badan jua pasti kan sihat
bagaimana relationship antara iman yang sihat dengan badan yang sihat?

Hypothesis:
"jika iman kita sihat,
maka badan akan sihat"

Theory:
 
"Al-aqlu ssalim, fil jismi ssalim"
"akal yang sihat pada badan yang sihat"

Bagaimana akal yang sihat disandarkan kepada badan yang sihat?


Method:

A) Mulakan pagi dengan bangun awal, tahajud, solat taubat, zikrullah, solat fardu, Dhuha, sunat israk, baca Quran, awal dalam segala urusan dan tidak bertangguh.

B) Bangun tidur lambat, solat akhir waktu, tangguhkan kerja, banyak makan, banyak mengeluh, suka marah, malas, banyakkan rehat.

 [OK, kenapa ada 2 method dalam kajian ini???]


kita akan compare/bandingkan 2 method ini untuk membuktikan apakah/bagaimanakah cara hidup Islam yang diperlukan untuk menjadikan kita bukan sekadar muslim tapi mukmin... bukan sekadar mukmin, tapi mukmin dan mukhlisin yang professional yakni yang bermanfaat bukan sekadar di bidang kerjaya atau akademik malah bermanfaat untuk Islam dan ummat zaman mutakhir kini....insyaAllah

Keputusan jangkaan: 

"AKAL YANG SIHAT, DATANG DARI IMAN YANG KUKUH"

Permasalahan Kajian: 
1) Bagaimana iman yang kukuh dapat memberi kesan kepada kesihatan akal kita?
 2) Bagaimana cara hidup mempengaruhi tahap iman?
Allahu Rabbi subhanallah...

CERRR FIKIR, SEKEJAP SAHAJA...

Adakah anda pernah berjumpa dengan mana2 haiwan makhluk Allah ini di mana2 hospital seluruh dunia? [kecuali hospital veterinar] 

pernah atau tidak haiwan disahkan menghidap darah tinggi?

pernah atau tidak haiwan disahkan menghidap kencing manis?

Penelitian semasa:

Tidak pernah

kenapa yerrr???

sebab haiwan memang ditakdirkan untuk tidak sakitkah???

Emmmmmmmmm maybe, but NOT!

Haiwan2 ini Allah ciptakan sangat unik... setiap bunyi dari mereka adalah zikir, setiap nafas mereka adalah zikir, setiap masa mereka adalah zikir....


Persoalannya, apakah itu erti "zikir"???
memegang tasbih itu zikir?
Zikir itu ertinya "ingat"
Zikrullah itu ertinya "ingat Allah"
Ingat Allah itu ertinya takut Allah
Haiwan2 itu Allah takdirkan berada dalam keadaan sentiasa mengingati Allah.
Haiwan ingat Allah? Khinzir? Khinzir pun ingat Allah kah? Anjing pun ingat Allah kah?


Yessssssssssss, ya tepat sekali!


Semua haiwan ini mengingati Allah, jika sedetik mereka lupa Allah, maka itu tandanya mereka sedang mati. Setiap haiwan yang hidup itu berada dalam keaadaan yang ingat Allah.
tidak kira siapa mereka, mereka ingat Allah dalam setiap keaadaan.
ini fakta benar....

Bila keaadaan roh itu berada dalam keadaan mengingati Allah, maka roh itu akan sihat. Bila roh itu sihat, badan tempat letaknya roh itu akan sihat, semuanya akan positif, jiwa yang positif, jiwa yang tenang, jiwa yang bahagia, jiwa yang beriman, spritual kita terasa damai...
kesihatan roh itu hadir dalam jiwa-jiwa yang ingat Allah

"Dengan mengingati Allah, jiwa-jiwa hamba akan tenang"

HAIWAN TIDAK PERNAH DISAHKAN "HYPERTENSION" WALAUPUN MEREKA TIDAK BERAKAL...

1) Haiwan tidak stress jika mereka tidak tahu di mana untuk mencari makanan
2) Haiwan tidan stress jika mereka tidak tahu di mana untuk tidur
3) Haiwan tidak stress jika mereka dimarahi
4) Haiwan tidak stress jika makanan mereka dicuri

KENAPA?
KERANA MEREKA "KAYA" 

MEREKA "KAYA JIWA"

PERGANTUNGAN HAIWAN KEPADA ALLAH LEBIH TINGGI DARIPADA PERGANTUNGAN MANUSIA KEPADA ALLAH

INGATAN HAIWAN KEPADA ALLAH LEBIH TINGGI DARIPADA INGATAN MANUSIA KEPADA ALLAH


segala pengharapan mereka 100% kepada Allah

Adakah mereka pernah migrain? pernah menduduki SPM? pernah pergi interview untuk mendapatkan kerja? untuk mendapatkan wang? untuk membeli makanan dan tempat tinggal?


tidak pernah!!!


100% pengharapan haiwan hanya pada Allah...


So, makan dalam enough???


Kita sebagai manusia, adakah 100% pengharapan kepada Allah? 
Suka mengeluh kan? 
Suka mempersoalkan?
Suka berhujah?
Syukur... jarang2kan....
 Sedekah jarang2 jugakk...
Solat jemaah, jarang2 jugakk...
Pergi masjid jarang2 jugakkk...
Aurat... tutup gitu2 jer laaaa...
ikhtilat?.... emmm zaman IT bro... open minded...
mak ayah... setahun sekali jumpa laa
Orang miskin? perlu ker ambil tahu?
Orang teraniya? mereka ada keluarga mereka...
Orang zalim? laaa bukan ker dah ramai ustaz kat Malaysia ni?
Orang mualaf? Pandai2 lah depa belajar sendiri...


[tahap kesihatan akal tidak OK]


ALLAH... MANUSIA SUKA BERALASAN...

Isyhh isyhh... Astaghfirullah....salah tuuuuu!!!

malu nyerrrrr dengan haiwan [tutup muka], mereka lagi suci.
sebab tu la mana ada haiwan masuk neraka....
 [kita??? tiada jaminan ke syurga]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ULANGAN:

Method:

A) Mulakan pagi dengan bangun awal, tahajud, solat taubat, zikrullah, solat fardu, Dhuha, sunat israk, baca Quran, awal dalam segala urusan dan tidak bertangguh.

B) Bangun tidur lambat, solat akhir waktu, tangguhkan kerja, banyak makan, banyak mengeluh, suka marah, malas, banyakkan rehat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

bagaimana untuk membuktikan 
theory: "akal yang sihat pada badan yang sihat"


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 jiwa orang beriman sangat luas, jiwa bersambung dengan akhirat, jiwa di bayangan syurga, apa pun dugaan sentiasa positif, jika berdosa sentiasa taubat, Allah Al-Ghafur, sentiasa jiwa ke Allah, jiwa sentiasa yakin Allah, jiwa positif bawa kesihatan pada badan, akal sihat, 

"bukan minta hidup yang tenang, tapi minta jiwa yang kuat" 
"jiwa yang kuat adalah jiwa yang sentiasa yakin Allah"
"jiwa yang sentiasa yakin keberadaan Allah dalan setiap saat"
" jiwa yang lapang dalam zikrullah"


melihat masa depan yang infiniti...
infiniti hingga ke alam sana
infiniti yakni berjaya hanya apabila kaki melangkah ke syurga
itu adalah kejayaan yang sebenar
kejayaan yang hakiki


"BAWA JIWA KE ALLAH"
"BAWA JIWA SENTIASA MENGHADAP ALLAH"


Petua:

"mari menjadi hambaNYA 24 hours"
non-stop "aku hambaNYA"


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

pilih lah method A:

A) Mulakan pagi dengan bangun awal, tahajud, solat taubat, zikrullah, solat fardu, Dhuha, sunat israk, baca Quran, awal dalam segala urusan dan tidak bertangguh.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


kesimpulan:

"JADILAH MUKMIN, BUKAN SEKADAR MUSLIM"



wassalam... 
tazkirah petang


^_________~

sorry, tunggang langgang...
saya ada meeting, NOW!!!!






Monday, September 17, 2012

SANAH HELWAH ^___~ (23)

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...
Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA 
insyaAllah
 
 
sanah helwah untuk diri sendiri ^____~

"23"
dah tua dah...
[saya dah besar]
^___________~

"Bunga kembang di balik bukit, 
Kelopak cantik dua puluh tiga, 
Rezeki mencurah di lapang sempit, 
Hidup mulia, mati mu syurga"


 ~~~~
 Alhamdulillah
[Tahun ni dapat saya hadiah special]
 toink... toink... toink...

16 September 2012
 sweet 23

 ok doakan saya
supaya mati dalam iman dan redhaNYA
Aamiin
 

Perkongsian Travelog Cinta Nur Adam ;)

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...
Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA 
insyaAllah
 
 
 [INI ADALAH VERSI COPY & PASTE DARI KISAH BENAR]
LIHAT BAGAIMANA IKHTILAT DIJAGA
YAKIN DENGAN ALLAH
~~~~~~~~~~
 
 
indah pertemuan dua insan berlandas syariat Tuhan
[NUR & ADAM]
 
 
Bismillahi rahmani rahim

Perkongsian Travelog Cinta Nur Adam ;)

“….kerana setelah Nur tolak semua pinangan, Allah swt ilhamkan sesuatu pada Nur..”
Katanya bisik menenangkan hati ana….

……………………………………….......................................................



Alhamdulillah, Alhamdulillah, alhamdulillah. Hari ni cukup 12 hari telah ana dan pasangan menjadi mempelai yang halal ikatannya.. syukur Alhamdulillah. Bila diingatkan semula, banyak kenangan yang ana tidak mampu ungkapkan dengan kata-kata, yang tidak mampu ana imaginasi iaitu bila ana mahu fikirkan tentang ini, NIKAH

Teringat betapa sukarnya nak teruskan hidup di bumi anbia, hidup berseorangan; bukannya tiada kawan, ada. Bukannya tiada makanan, ada. Cumanya…apabila Encik Hati telah lama memberi signal pada diri, carilah pasangan untuknya, carilah yang halal untuk nya, carilah insan yang boleh membuatkan hati tersenyum dan berpahala dengan mengingati si dia.. oh hati.. ( mari mengucapkan… Alhamdulillah :) )

Maka bersungguh-sungguh ana cuba mencari, mencari orang yang tidak pernah ana kenal. Sebelum ana kenal sang isteri, ana telah taqdim( lamar) seramai 4 orang dalam setahun! Hahaha, geli hati ingatkan semula, memang benar lagi tepatlah kata pepatah

“ rezeki, hidup mati dan jodoh telah ditetapkan Allah swt.. “

Ana tidak kenal siapa cik isteri. Kami berkenalan dua bulan ( sebelum tarikh nikah ) , jumpa hanyalah dua kali.. ini adalah rahsia Allah swt.. yakin kami setiap hari..

Hari itu hari Khamis… seorang sahabat telah perkenalkan sang Isteri ( Nur) kepada ana. Hanya satu gambar, itu pun hanya gambar matanya sahaja, tanpa wajah yang penuh. Kata sahabat, orangnya baik, solehah dan ceria, maka tergeraklah untuk hati ana untuk taqdim Nur. Ana hari itu sahaja, balik dari kuliah jadi stalker -_-“ haha

Stalk sekian post-post nya di fb, komen-komen, gambar-gambar, tenang hati, tiada perkara-perkara yang cacat cela ada, maka ana teruskan niat. Solat istikharah telah pun didirikan. Hari yang sama, terus ana tanya si dia..

“ assalamu’alaikum wbt…”

“ wa’alaikumsalam wbt… ya? “

“ salam perkenalan.. nama ana adam… ana telah lama simpankan hajat di hati… ana berniat untuk menjadikan kamu sebagai pasangan, jika kamu sudi berilah jawapan, ana sudi tunggu…”

Setelah beberapa ketika, mesej berbalas…

“ ..maaf,beri Nur masa boleh? Hari ini sahaja, 4 orang telah datang memberi lamaran..”

Terkedu ana… 4 orang T-T” Ana lihat semula profile nya, Allah Lima ribu lebih friends, satu ribu lebih subscribers. Wahh!! walaupun semangat semakin pudar…

“ baik, ana tunggu jawapan kamu hari Ahad ini ya… “ balas ana untuk memujuk hati…

Setibanya hari Ahad, melihat bulatan hijau di sebelah namanya di muka buku telah pun menyala, maka ana terus bertanya…

“ assalamu’alaikum wbt, bagaimana ya jawapannya… “

“ wa’alaikumsalam wbt, maaf Nur tidak bersedia..Nur tidak bersedia untuk masa ini untuk terima siapa-siapa… “ balasnya dengan rasa kesal kecil di hati…

* kiranya bukan ana sahaja ditolak lamarannya.. bahkan 3 yang lain turut ditolaknya, gembira tapi sedih sangat!

“ tidak mengapa , tiada jodoh rasanya.. ana merancang, kamu merancang, Allah swt juga sebaik-baik Perancang… “ balas dengan hati yang menangis-nangis …sedihnya…

Itulah penutup chat kami pada hari itu…

Hari berlalu, esok nya, lusanya dan tiga hari selepas itu, ana sangkakan hujan sehingga petang, Alhamdulillah Alah swt kurniakan pelangi berwarna warni untuk memujuk hati. Satu mesej hadir..

“ assalamu’alaikum wbt adam… boleh tak kalau Nur nak tarik semula kata-kata Nur tempoh hari…”

Bila terbaca saja ni, Allah !!! gembiranya, syukur Alhamdulillah… rasa nak menangis pun ada…

“ wa’alaikumsalam wbt Nur… gembiranya hati.. baik Nur…..”

Dan terus ana berjanji pada diri ana dan pada diri Nur akan dua perkara..

Pertama, ana jatuhkan pandangan ana pada sekian wanita/akhwat/perempuan, baik wanita itu lebih baik akhlaknya, lebih baik paras wajahnya… ana telah pun memilih Nur ( waktu ini ana masih belum lagi melihat wajahnya… )

Keduanya.. misi pencarian jodoh telah pun ana hentikan , serta merta ;) ( hihihi)

“ datanglah ke rumah, jumpa abah.. nanti Nur akan khabarkan pada abah .. “

Itulah permulaan chat dan pengakhiran chat dari Nur. Setiap hari ana berdoa moga ini lah keputusan yang terbaik, inilah jodoh terbaik. Ini lah pasangan yang terbaik .. Allah Allah Allah…

Tibanya di Malaysia, 19 Julai, ana siapkan-siapkan diri, tanggal 20 Julai esoknya, terus ana gerakkan diri untuk kali pertama ke negeri Tasik Chini esoknya 21 Julai, akan mula puasa, maka ana tiba di rumahnya pada waktu petang dan abah, menjemput untuk makan malam dan terawih bersama-sama dan sesudah terawih, tepat jam 10.15 malam, maka bermulalah dialog antara bakal menantu dan bakal bapa mentua..

Pada awalnya ana hilangkan rasa segan dalam diri dengan memulakan bicara dengan berbual akan bumi Mesir, buah-buahan, musim-musim di sana dan waktu itu, kali pertama niqab Nur dibuka. Subhanallah, indahnya insan di hadapan mata ana ini.. gembiranya hati,gembiranya!! subhanallah , sangat-sangat cantik dan lawa! So so so beautiful!

Dan ana pun mula bicara dengan abah…

“ …pak cik, tujuan saya datang ke rumah pak cik hanyalah semata-mata kerana ibadah kepada Allah swt… “ mula kecil perbualan ini

“ sebenarnya pak cik, saya suka pada anak pak cik, jujur saya tidak pernah mengenalinya. Hari ini baru kali pertama saya berjumpa dan melihat anak pak cik..”

“ saya suka pada Nur, kalau boleh, saya mahu menjaga nama baik saya, menjaga nama baik keluarga saya, menjaga nama baik Nur, menjaga nama baik keluarga pak cik… “

Ana terhenti berbicara, gugup, loop doop loop dopp bunyi jantung gemuruh, Abah dan Nur dah ketawa kecil lihat reaksi ana. Ana pun tersengih, ana teruskan …

“ kalau boleh…sa..sa…saya….nak jadi menantu pak cik… “ pandang dengan penuh harapan ana pada abah dan penuh kasih sayang.. hihi

* pada asalnya ana cadang nak bertunang saja… namun Alhamdulillah , ana lebih bersungguh apabila sakinah wajahnya membuatkan hati tidak mahu melewatkan-lewatkan pernikahan! :)

“ kamu sudah fikir masak-masak? Ini bukan main-main ni.. “balas abah…

“ saya sungguh-sungguh pak cik… “ jawab ana dengan gugup tapi yakin!

“ Nur, kamu suka pada adam tak? “ tanya abah pada anaknya..

Nur hanya memejam mata sambil mengangguk kecil wajahnya ke bawah… gembiranya ^_^


“… baiklah, beri pak cik bincang dengan mak cik, dengan along angah dan adik beradik Nur yang lain.. “

Itulah penutup bicara kami malam itu dan esok, selepas usai solat subuh bersama dengan abah, abah panggil ke ruang tamu bersama-sama along…

“ adam, insyaAllah kami sekeluarga setuju. Jemputlah keluarga datang untuk berjumpa.. “

Wahhhhh!! Gembiranya !! Alhamdulillah… tersenyum lebar adam… Allahu Akbar.. Alhamdulillah!! dan mula dari saat itu.. segala persiapan untuk nikah terus ana sediakan. Alhamdulillah menunggu 31 Ogos hari akad nikah…

Namun dalam hati ana,semakin nak dekat dengan hari nikah, semakin takut dan seram pun ada, terkenang pada awal perkenalan.. ada satu soalan yang ana tidak nampak jawapannya, kenapa Nur pilih ana? Kenapa tidak pilih 3 yang lain ? sedangkan mereka bertiga itu bukan calang-calang orang

1. Presiden BADAR * dirahsiakan badar mana ( Malaysia )
2. Mahasiswa Undang-Undang Semester Terakhir ( Malaysia)
3. Mahasiswa UiTM S.Alam ( Malaysia)
4. Mahasiswa University Of Alexandria (Mesir, ana)

Kenapa ana? Tidak pernah kenal, tidak pernah jumpa, takut ana…


Pada malam setelah selesai kami diijabkabulkan, setelah berwudhu menenangkan hati, menenangkan diri, maka ana bertanya pada sang isteri yang dicintai…

“….. sayang, adam nak tanya, kenapa Adam ya? Kenapa sayang tolak pinangan kami berempat pada awalnya dan kenapa pada akhirnya Adam yang sayang pilih…”

Jawab Nur dengan tenang, bismillah..

“ adam…..”

“ ya Nur… “

“ Nur pilih Adam, Allah swt yang pilihkan… “

“….kerana setelah Nur tolak semua pinangan, Allah swt ilhamkan sesuatu pada Nur..” katanya bisik menenangkan hati ana….

“ setiap malam selepas hari itu, setiap hari Nur mimpikan tentang keputusan yang Nur pilih adalah silap… “

“ Nur rasa tidak tenang, Nur rasa resah, Nur rasa tidak cukup dalam diri ini dan setiap malam… Nur termimpikan Adam, walaupun tidak jelas tapi Nur yakin Adam lah ilham yang Allah swt beri… “

Alhamdulillah.. alhamdulillah… alhamdulillah… hari ni cukup 12 hari telah ana dan pasangan menjadi mempelai yang halal ikatannya.. syukur Alhamdulillah… ^-^

* hidup ana sangat-sangat Allah swt permudahkan, bila ana tekad sungguh-sungguh untuk nikah, pada waktu dan saat inilah.. terbuka luas rezeki yang sangat-sangat ana tidak duga

Ana mendapat tajaan sebanyak RM 40 k dari kerajaan setelah 3 tahun membuat permohonan dan segala urusan nikah ana , hantaran nikah, baju nikah, cincin nikah dan majlis semuanya fully sponsored! Mak dan bapak ana tidak keluar walaupun satu sen pun , gembira hati ana tidak menyukarkan mereka :) Alhamdulillah! teringat minggu-minggu sebelum bernikah, ketika bulan Ramadhan, pada waktu malam, berdo’a ana bersungguh-sungguh dengan meyakinkan diri dengan rukun Iman ke 3 iaitu Al Quran, kerana Allah swt berfirman..

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNYA, kerana Allah Maha Luas (rahmatNYA dan limpah kurniaNYA), lagi Maha Mengetahui.”

Ayat 32, An-Nur.

Ana pegang sangat ayat ni , dan sesungguhnya Allah swt tidak memungkiri janji , I love You O Allah swt , I love Prophet Muhammad s.a.w, thanks Allah swt for teaching me to be patience, leading me to strive in the road of faith and for giving me a very delightful and beautiful life, Alhamdulillah :)

* ini adalah kisah benar( macam cerita hantu pula ana cerita ni, hihi :P ), sekadar perkongsian atas permintaan kawan-kawan dan sahabat-sahabat, untuk sahabat-sahabat yang belum bernikah, pilihlah jalan terbaik, nasihat ana untuk kawan-kawan yang selalu bertanya soalan..

Nak nikah atau tidak, jawapan biasa ana,

“ tidak nikah pun bagus, nikah pun bagus, yang tidak bagusnya tidak tahu buat pilihan antara dua-dua itu “

“ dengan nikah, separuh dari agama telah kamu lengkapkan, ada sang isteri/suami sebagai peneman yang setia lagi mencomelkan seri muka pada setiap hari, namun sediakan diri yang untuk menjadi suami, bapa dan ketua keluarga “

“ tak nikah pun bagus, tanggungjawab belum bertambah, boleh rancang hidup dengan dengan kukuhkan asas, namun sediakan diri , perisaikan hati dari godaan syaitan, nafsu dan panahan-panahan yang membawakan diri kearah zina “

Sekian, Travelog Cinta Nur Adam

Wasalam wbt ;)
 
 
 P/S: BEFORE HUBUNGAN ITU HALAL... JANGAN BIASAKAN PERTEMUAN APATAH LAGI TANPA MAHRAM... IKHTILAT WAJIB DIJAGA... FITNAH WAJIB DIELAK...
"HUBUNGAN HALAL HANYA SETELAH NIKAH"
 
 
~~~~~SALAM MUHASABAH BERSAMA~~~~~ 


 
 

Thursday, September 13, 2012

Syoknya Tahajud!!!

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...
Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA 
insyaAllah
 
 tahajud lah....
 
 
"Pada paras alfa, frekuensi otak berada dalam lingkungan 7 hingga 14 kitaran persaat. Paras ini merupakan paras seseorang dapat berhubung dengan minda bawah sedar dengan aktif. Pada paras ini seseorang akan berada dalam keadaan pertengahan antara 'sedar dengan lena'. Aktiviti minda pada ketika ini dalam keadaan tenang,santai dan rehat. Pada tahap ini anda akan berada dalam tahap kesedaran yang tinggi.

Paras alpha amat penting kerana anda dapat meneroka dan mengekstrak kemampuan minda anda. Pada ketika ini minda dan jiwa anda begitu hening sehingga anda berada pada tahap fokus yang tinggi. Fikiran anda begitu terang dan jelas dan mampu menjana minda bawah sedar pada tahap yang tinggi
Paras ini adalah sepertimana anda hampir-hampir hendak tertidur. Malangnya anda tidak dapat kekalkan keadaan ini. Hanya waktu yang singkat sahaja anda berada pada paras alfa ,lalu anda tertidur.Ini berlaku secara semulajadi.

Walaubagaimanapun, paras alpha boleh dicapai dengan menurunkan secara sengaja frekuensi otak ke tahap yang lebih rendah daripada keadaan sedar.

Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu mengatakan bahwa Rasulullah bersabda, 'Tuhan kita Yang Mahasuci dan Mahatinggi turun ke langit dunia. setiap malam ketika tinggal sepertiga malam yang akhir dengan berfirman, 'Siapakah yang mau berdoa kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapakah yang mau meminta kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapa yang mau meminta ampun kepada-Ku lalu Aku ampuni?'"

Salah satu caranya ialah dengan anda melakukan qiaimulail. Pada ketika ini apabila anda bangun tidur terutamanya pada pertengahan malam, otak anda dalam keadaan hening dan tenang. Paras kortisol amat rendah pada waktu ini.

"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat. (Surah Hud:114)

Anda sebenarnya masih dalam keadaan yang mengantuk seperti mahu tidur lagi.Apabila anda melaksanakan solat tahajud misalnya, anda seperti hendak tertidur tetapi masih dalam keadaan berjaga.Pada ketika ini anda sebenarnya berada pada pertengahan antara sedar dan lena yang mana anda sebenarnya pada pada tahap frekuensi alpha . BIla anda dengan sengaja melakukan solat tahajud, anda dapat berada lebih lama dalam keadaan alpa.

Inilah salah satu rahsia kehebatan solat tahajud pada ketika kita melakukan qiaimulail.Begitu juga dengan amalan-amalan berzikir,membaca alquraan, muhasabah diri dan beristiqfar pada melakukan ibadah qiaimulail pada pertengahan malam adalah merupakan aktiviti yang mana meletakkan anda pada tahap paras alpha.

dan di waktu malam. Maka apakah kamu tidak memikirkan? Ash-Shaaffat (37)

Pada tahap ini kesedaran dan fokus anda anda begitu tinggi hinggakan emosi anda akan lebih jelas iaitu seperti apabila anda mengenangkan dosa-dosa dan takut kepada azab Allah , hati anda akan mudah tersentuh dan anda benar-benar dapat merasakan kehebatan,kebesaran dan keagungan Allah. Mata hati anda akan menjadi terang supaya anda benar-benar bersungguh-sungguh untuk membuat persediaan bekalan untuk menghadapi kematian anda pada bila-bila masa.
Saya berazam untuk tahajud selagi saya mampu!!!


linkWithin

Related Posts with Thumbnails