Saturday, June 16, 2012

Yang pelik itu unik, yang unik itu special… =)

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA  
insyaAllah
 
^_______^
 
ya Rabbi…
Benarlah jahilnya taraf seorang hamba itu, hanya mulia apabila menggabungkan diri bersama Islam dan melabuhkan serta menyatukan jiwa dan rohani dalam taqwa kepada Allah. 

Allahu Rabbuna…. 

Benarlah bahawa telah Allah janjikan kesenangan selepas kesulitan…  kemudahan setelah kepayahan, kemenangan sesudah kekalahan, kebahagiaan seusai kedukaan.

Duhai yang Maha Penyayang…

Sungguh ku rasakan kasih sayangMU, dalam meniti hari-hari sisa hidupku… benar tenangnya jiwa dalam dangkapan tarbiyyahMU… Romantiknya alunan ayat-ayat cinta agungMu… cerianya suasana senyuman alam melambai sopan… 

Duhai yang Maha Perancang…

Manisnya perancanganMu, walau kadang-kala, sedih hati bila yang diingini tak menjadi, yang dirancang tak menepati hajat hati… Ooooohhh comel sekali cara Allah mentarbiyyahku… Allah… Comelllllnyerrrr =)

Dulu masa kecil, Oooooo selalu memalukan diri sendiri dan orang lain. Dari tadika suka buat benda pelik yang orang lain tak pernah buat… biasa la tadika banyak kartoon dan lukisan yang cantik, habis aku gigit semuanya…. Rosak semua sekali, maaf cikguuuuu, jangan marah…

Bila masuk darjah satu, hahah teringat lagi masa nak kena suntik… semua doctor aku tendang, kesian… sape suruh nak suntik kat punggung, kat tangan jer tak boleh kerr? Maafkan saya doktorrrrrr… Huuuu. 

Bukan itu saja, masa nak kena suntik tu, satu sekolah aku lari ala yang macam orang lari time nak sunat tuuu… terpaksa la cikgu-cikgu lelaki kejar, maafkan saya cikguuuuuu….
Ya Allah, mungkin satu perkara yang agak memalukan jugak bila aku pernah terbuang air kecil dalam kelas masa darjah satu tu… Emmmmm anak saper la niii. Huuuu… kecik-kecik jerr, sampai ker darjah 6 cikgu panggil “adik ani”… huuu, malu saya cikguuuu….

 Yer la masa darjah 6 pun 27kg jerr.. hahaha, ya Allah… berat tak pernah cukup, tapi disebabkan itu aku boleh makan apa sajer tanpa perlu risau masalah gemuk atau obesity,kuang kuang kuang…  jangan jelessss…

Huuuu masa sekolah rendah, banyak juga join pertandingan koir sekolah sampai peringkat negeri juga… aisssyyyyyyyhhhhh akhirnya masa darjah 6 aku bertaubat nasuha, ni serius ni bukan main2. Bermula lah sejarah menjadi budak suci yang baik dan comel… hahah

Masa kecil dulu aku tak boleh makan udang, alergik… bila makan udang satu badan akan gatal, dan bertukarrrrrrrr>>>> jadi macam kanak-kanak cina yang comel (bengkak satu badan)

Masuk tingkatan satu, mula-mula bersemangat masuk sekolah agama, huuuhhh tetapi akhirnya hanya mampu bertahan empat bulan jerrr… mana boleh budak kecik ni duduk asrama, asyikkk demam jer, homesick, jeles orang lain duduk rumah, kita kena duduk asrama sorang-sorang, macam julaibibah akhir zaman jerr… berat pun turun mendadak akibat demam, demam dan demam… Kesian

Tibanya satu masa, warden membawa ku ke klinik… demam la katakan… isyyy aku paling benci pergi hospital, or klinik or apa2 la yang berkenaan… menyampah tengok doctor, bukannya sakit sangat, demam jer pun tapi bagi ubat banyak macam la sakit teruk sangatttt, huuuuuhhh… ingat ubat yang dia bagi tu manis ker, pahit tauuuu.  So dibenarkan balik rumah…MC =)

Bila dah sihat… on the way dari rumah ke asrama, aku buat hal lagi, sakit kepala, sakit perut… and banyak lagi la… setiap kali nak sampai asrama menangissss…
maka sekali lagi pergi klinik mama and abah hantar… Huaaaaa, isssyyyyhhh tapi doctor tu baik. Lepas jer periksa aku, dia suruh aku keluar, n dia nak bercakap dengan mama n abah jerr… isyyhhh suspennyerrrrr… “knp? Aku ada penyakit serius kerr?"

Tapi, doctor ni baikkk “anak awak ni tekanan ni… mungkin dia tak boleh tinggal di asrama ni”. Terima kasih doctor, pindah sekolah…. Yesssssssssssssssssssssssssssssssss!

So, dari tingkatan 1-5 di tempat yang sama, dekat dengan rumah… bila masuk asasi, emmmmm masalah homesick kembali lagi… tapi macam mana kan dah besar kan, kena berdikari, mana ada Universiti depan rumah, huuuu… sedihnyerrrr

Asasi, sekali lagi aku banyak memalukan diri sendiri…. Terutamanya masa dalam lab.. apa nak jadi? Lab coat yang asalnya warna putih, tapi akhirrrrrrnya : pink+kuning+hijau+biru+merah dlll OOoooooo apakah? So try la rendam dalam kloroc, niat di hati nak bersihkan la konon…. Alamakkk, dia berubah warna, bahan kimia bertindak balasss…. Alamakkkk macam mana nk masuk lab macam ni? Malu tahu… budak-budak lain nk masuk lab siap iron lab coat lagi, aku warna lab coat macam baju kurung… bercorak-corak macam-macam color.

Disebabkan ini, maka aku rasa kalau la aku jadi doktorrr, rasanya mati semua pesakit…apakah??? So, membatalkan cita-cita untuk menjadi seorang doctor… tak nak tengok pun lab coat, tolong jangan muncul lagi depan mata aku sesuatu yang bernama “lab coat putih”… plzzzz 

So, segala course yang dipilih adalah sesuatu yang tak perlu ada kena pakai lab coat, tak perlu kena buat report, tak perlu masuk lab, tak perlu main2 dengan bahan kimia, means no biology, no physics, no chemistry… ni semua subject best… tapi trauma punya pasal, aku lebih suka sesuatu yang melibatkan mathematics… all calculations, hidup tenang tanpa stress… 

Menjalani hidup degree >>> konvo…. Now dah master pun, dah matang sikit la, tapi masih keanak-anakan lagi, agak tabah sikit la berbanding dulu…Alhamdulillah. insyaAllah, perlu jadi lebih matang, semangat, tabah dll… amin =) Doakan…

 ~sayang gajah~

Maaf sengaja post kali ni santai bercerita mungkin tak ada manfaat bagi sesiapa, tapi yang pasti… kepelikan itu unik, yang unik itu special… =)




 

No comments:

Post a Comment

linkWithin

Related Posts with Thumbnails