Thursday, May 24, 2012

Ya Allah Menangkanlah...Amin

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA  
insyaAllah
 
   
~~~Muhammad Khairat el-Syater~~~

CALON IKHWAN MUSLIMIN UNTUK 

PRESIDEN MESIR :

 DR MUHAMMAD KHAIRAT SA'AD ABDEL LATIF el-SYATER



PELBAGAI lapisan masyarakat yang terdiri daripada golongan profesional seperti peguam, doktor perubatan, jurutera, arkitek, akauntan memperkasa gerakan Ikhwan Muslimin menjadi tulang belakang dengan bekerja secara bersungguh-sungguh bagi memastikan Islam terus berada pada kedudukan tertinggi di persada politik tanah air, khususnya di Mesir.


Salah seorang daripada mereka ialah Muhammad Khairat el-Syater yang begitu yakin bahawa Ikhwan Muslimin suatu hari nanti akan memimpin negara berdasarkan prestasi komitmennya dalam mendaulatkan Islam sebagai cara hidup yang menyeluruh yang dipinggirkan sejak puluhan tahun lantaran para pemimpinnya cenderung kepada politik kebangsaan, Sekularisme, Kapitalisme dan lain-lain.


Berhadapan dengan segala bentuk tribulasi dalam memperjuangkan Islam bukanlah perkara baru dalam arena politik di Mesir, di mana para pemimpin negara melihat Gerakan Islam sebagai penghalang kepadanya dalam mencapai matlamat kebendaan dan pelaksanaan amalan politik yang tidak Islamik.


Justeru, para aktivis di semua peringkat dalam Ikhwan Muslimin merasai liku-liku perjuangan yang penuh dramatik kerana diseksa, dipenjara, dibuang daerah, dibunuh tanpa mengetahui di mana kuburnya, ia dilakukan oleh para pemimpin yang gila kuasa tanpa mengira hukumhukum agama asalkan boleh terus berkuasa.


Nama penuhnya ialah Muhammad Khairat Sa’ad Abdel Latif el-Syater, dilahirkan pada 4 Mei 1950M / 17 Rejab 1369H di wilayah ad- Daqahliyyah, telah berkahwin dengan mempunyai 15 anak serta 13 cucu.


Mendapat pendidikan rendah dan menengah di kampungnya, kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda dalam bidang kejuruteraan di Universiti Iskandariyah pada 1974 dan sarjana muda Linguistik dan peradaban di Universiti ‘Ain Syams.


Kemudian melanjutkan pengajian di peringkat MA (sarjana) dalam bidang yang sama di Universiti al- Mansoorah, memiliki diploma Pengajian Islam di Institut Pengajian Islam Kaherah, diploma dalam Masyarakat Madani dan Pertubuhan bukan kerajaan di Jabatan Ekonomi dan Sains Politik Universiti Kaherah, diploma Pengurusan Pekerjaan Universiti ‘Ain Syams dan diploma Pemasaran Antarabangsa dari Universiti Helwan, Kaherah.


Terlibat dalam pergerakan pelajar ketika masih di sekolah menengah iaitu pada 1966 dan menjadi penggerak amal Islami sejak di bangku sekolah pada 1967, memimpin pergerakan pelajar di peringkat universiti dengan mengasaskan sayap Ikhwan ketika belajar di Universiti Iskandariyah pada awal tujuh puluhan, mengisytihar ahli Ikhwan sepenuhnya pada 1974.


Diberi kepercayaan oleh rakan-rakan pelajar sebagai Pengerusi Persatuan Pelajar dengan mengendalikan program berbentuk tarbiyah dan pengurusan pelajar yang dianggap sebagai pergerakan bawah tanah kerana tidak mendaftar secara rasmi sebagai badan pelajar yang sah untuk bergerak di kalangan mahasiswa.


Pernah memberi ceramah politik dan agama serta membentang kertas-kertas kerja berhubung pelbagai isu umat Islam di Yaman, Arab Saudi, Jordan, Britain serta beberapa buah negara Eropah dan Asia, atas kebolehan beliau yang amat berbakat dalam kepimpinan, saf kepimpinan Ikhwan Muslimin telah melantik beliau sebagai Naib Musyidul Am kedua di Jabatan berkenaan.


Beliau memulakan kerjaya selepas tamat pengajian di peringkat sarjana, sebagai penolong Pensyarah di Fakulti Kejuruteraan di Universiti al- Mansoorah pada 1981. Beliau hanya beberapa bulan sahaja berkhidmat di situ, akan tetapi mantan Presiden Mesir ketika itu, Anwar Sadat mengarahkan agar beliau dan beberapa pensyarah yang lain ditukarkan ke tempat lain kerana disyaki terlibat dalam Ikhwan Muslimin.


Muhammad Khairat disifatkan oleh sebahagian pimpinan Ikhwan sebagai perancang utama gerakan itu kerana pengalamannya yang luas dalam persatuan pelajar serta kekuatan mental dan fizikalnya yang khusus ditujukan kepada Islam, justeru beliau tiada menghadapi masalah walaupun terpaksa dipenjara sebanyak enam kali.


Sumber DD : 14/04/2012


Ya Allah menangkanlah...Amin

2 comments:

linkWithin

Related Posts with Thumbnails