PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...
Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
insyaAllah
Pertama-tama dan selama-lamanya, sewajarnya ku panjatkan syukur hanya kepada Allah yang berkuasa atas segala sesuatu, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Mu Tuhan memberiku peluang untuk terus bernafas di dunia Mu yang fana’ ini...
Alhamdulillah...
Hadis 4 - Imam An-Nawawi
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
“Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.”
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam (بدء الخلق (باب ذآر الملئكة) ) nombor 3036, dan dalam ( القدر ) dan dalam
( الأنبياء ).Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal kitab (القدر) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor 2643.).
Kefahaman Hadis :
1) Peringkat Pertumbuhan Janin Dalam Rahim :
Ayat-ayat yang berkaitan dengannya (Al-Haj : 5) (Al- Mu’minun :12-14)
Hikmat di sebalik kejadian berperingkat-peringkat : Sebagai pengajaran kepada manusia … untuk mencapai tahap kesempurnaan ma’nawi mestilah melalui cara ((tadarruj)) beransur-ansur tidak gopoh atau gelojoh.
2) Ditiup Ruh :
Sepakat ulama’ menyatakan bahawa ruh ditiup pada janin selepas 120 hari disenyawakan. Hikmat bagi perempuan yang kematian suami, baginya iddah selama empat bulan sepuluh hari … bagi menjamin kesucian rahimnya(tak mengandung).
3) Menggugurkan Janin :
Sepakat ulama’ menyatakan haram (setelah ditiupkan ruh) - dikira sebagai jenayah dan wajib membayar diat (denda) bila digugurkan, sekalipun mati selepas itu. Gugurkan sebelum ditiupkan ruh - juga haram pada kebanyakan pendapat. Ada yang kata boleh tapi pendapat yang dhaif.
4) Keluasan Ilmu Allah
Maha mengetahui keadaan-keadaan makhluk sebelum dijadikan samada iman dan taat atau kufur dan maksiat, bahagia atau derita semua dalam pengetahuannya. Ilmu Allah tidak menghalang manusia dari berikhtiar (Al- Syams: 7-10).
Pengajaran hadis:
Kejadian manusia yang unik menunjukkan kekuasaan Allah SWT mencipta makhlukNya, seterusnya menjadi dalil bahawa hanya Dialah Tuhan yang berhak disembah. Kejadian manusia mesti menjadi renungan manusia yang berakal, kerana kejadiannya yang teramat indah dan unik ini tiada tolok bandingnya - manusia tidak mampu mencipta manusia atau robot bernyawa dan berakal fikiran.
Proses kejadian manusia yang berperingkat-peringkat ini telah diceritakan oleh lslam melalui al-Qur'an dan hadis Nabi semenjak 14 kurun lampau, tetapi manusia baru benar-benar arif tentang proses ini di zaman kemajuan sains. lni adalah bukti yang jelas bahawa Allah SWT yang mencipta makhluk ini, Dia jugalah yang Maha mengetahui rahsia kejadian mereka.
Empat ketentuan hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak dia belum lahir ke bumi - rezekinya, ajal kematiannya, amalannya dan nasibnya sama ada dia akan menjadi seorang yang susah atau senang.
Amalan terakhir manusia adalah faktor penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat. Boleh jadi dia sangat baik si sepanjang hayat - tetapi di saat terakhir dia melakukan perbuatan ahli neraka, iaitu maksiat lalu dia mati dan mendapat balasan neraka. Begitulah sebaliknya.
Islam itu indah, bukan?
"Islah Nafsaka wad'u Ghairaka."
"Islahkan dirimu dan ajaklah yang lain."
Jadikan kata-kata ini pedoman dalam kita melaksanakan amar maaruf nahi mungkar. Islahkan (perelok) diri kita, dan pada waktu yang sama, berusahalah berdakwah kepada yang lain.
Bukan :
"Islah nafsak, thumma ud'u ghairak"
"Perbaiki dirimu, kemudian(barulah) ajak orang lain."
Jelas bukan, kita semua dituntut berdakwah.
ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالحِكْمَةِ وَالمَوْعِظَةِ الحَسَنَةِ وَجَادِلهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالمُهْتَدِين
(Surah an-Nahl: 125)
Maksudnya: “Serulah manusia kepada jalan tuhanmu dengan berhikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya. Dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”
DAKWAH HUKUMNYA WAJIB???
Persiapan/Bekalan seorang daie
( Ilmu,Ruhiyyah, Akhlak & Pendekatan)
DAKWAH PARA RASUL
Rasulullah SAW
Rasulullah telah memulakan dakwah baginda dengan berakar tunjang kepada membina iman dan taqwa dalam setiap peribadi umat Islam.
Antara aspek utama dalam proses tarbiah Rasulullah SAW:
1. Tarbiah imaniah
2. Tarbiah aqliah
3. Tarbiah nafsiah
4. Tarbiah jasadiah
Dakwah baginda semakin mendapat tempat di kalangan penduduk Madinah setelah berlaku hijrah. Islam semakin tersebar apabila semakin ramai yang memeluk Islam dan turut sama menyertai perjuangan Rasulullah.
Kejayaan dakwah Rasulullah disebabkan penyusunan dan perancangan dakwah yang rapi oleh Rasulullah dan para sahabat baginda, yang mana berasaskan kepada dakwah bil hikmah dan al-mau’izah hasanah walaupun berdepan dengan cacian dan makian musuh.
Sejarah dakwah Nabi Ibrahim AS
Masyarakat Nabi Ibrahim adalah masyarakat yang memuja sesama mahkluk.
1. Patung berhala.
2. Cakerawala di langit seperti matahari.
3. Raja-raja yang mengaku tuhan seperti namrud
Nabi Ibrahim banyak menggunakan pemikiran dan perbahasan. Sikap yang menjadi amalan masyarakatnya tidak stabil dan tidak berasas dari segi logiknya, apatah lagi ia di luar dari petunjuk Ilahi. Seperti yang berlaku dalam kisah pemusnahan patung-patung berhala yang disembah oleh penduduk di situ, yang mana nabi Ibrahim menghancurkan patung berhala tersebut tetapi baginda meletakkan kapak di sisi berhala tersebut dan mengatakan berhala tersebut menghancurkan dirinya sendiri. Maka di sini, masyarakat itu berfikir, adakah logik patung batu yang tidak bergerak itu mampu untuk memusnahkan dirinya sendiri?. Akhirnya
mereka sedar bahawa, patung berhala yang mereka sembah tidak mampu berbuat apa-apa sebenarnya. Itulah antara kebijaksanaan nabi Ibrahim dalam menyampaikan dakwah baginda.
Nabi Ibrahim sedar bahawa orang yang mula-mula yang perlu didakwahkan ialah bapanya sendiri dengan menerangkan hujah-hujah yang menunjukkan perbuatan itu salah dan tiada apa-apa kebaikan pun.
Nabi Ibrahim juga berjumpa dengan Raja Namrud yang mengaku dirinya tuhan dan dipuja oleh sebahagian rakyatnya. Baginda cuba memperlihatkan bahawa Namrud tidak mempunyai kuasa untuk mengatasi kuasa yang ada pada tuhan sehinggakan baginda dihukum bakar di atas api yang marak. Tapi kuasa Allah tiada siapa yang dapat atasi, api yang membakar nabi Ibrahim adalah api yang sejuk tidak seperti api yang biasa.
Kesimpulan:
1. Dakwah Nabi Ibrahim dimulakan dengan kaum keluarganya di samping mementingkan mereka.
2. Pendakwah hendaklah menghapuskan kemungkaran dengan tangannya jika mampu berbuat demikian.
3. Mukjizat yang berbentuk fizikal besar peranannya dalam dakwah Nabi Ibrahim.
AKHLAK PENDAKWAH
1. Siddiq (jujur/benar)
Melakukan sesuatu dengan sempurna sepenuh tenaga sebaiknya, wujud dalam niat, percakapan dan perbuatan.
2. Sabar
Sabar adalah sifat yang diwajibkan oleh Islam
3. Pengasih
Dia mahu orang lain turut menikmati apa yang disukainya iaitu keimanan dan hidayah.
4. Merendah diri.
Lawan kepada takbur dan lahir apabila manusia mengenali Allah dan dirinya sendiri.
5. Bergaul.
Pergaulan yang wajib ialah pergaulan yang perlu untuk tujuan dakwah.
1. Kefahaman yang mendalam.
Teras bagi kefahaman mendalam:
~Pendakwah memahami matlamat hidup dan kedudukannya.
~ Menjauhkan diri daripada kehidupan dunia dan sentiasa mengharapkan akhirat.
2. Keimanan yang mantap.
~Perlu yakin bahwa Islam yang dinikmatinya daripada Allah dan diperintahkan agar disampaikan.
~Tak timbul sebarang keraguan dan terfikir untuk mempertikaikan ajaran Islam.
~Tidakkan goyah dengan ujian dan kesusahan yang ditempuhi dan kesempitan yang dirasai.
3. Hubungan yang intim.
~Berhubung dan bertawakkal dalam apa jua keadaan.
~Kebersamaan, bantuan dan sokongan Allah adalah untuk hamba-hambaNya yang bertaqwa terutamanya para pendakwah.
~Tidak boleh sama sekali berputus asa kerana berputus asa adalah haram bagi hati yang sentiasa berhubung dengan Allah.
HAKIKAT JALAN DAKWAH
َحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لاَ يُفْتَنُونَ
Al-Ankabut: 2
Maksudnya “ Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: kami telah beriman sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
Setiap manusia yang menjalani kehidupan di muka bumi ini pasti tidak akan terlepas daripada ujian dan rintanagn. Apatah lagi hidup sebagai seorang pendakwah yang perlu berhadapan dengan pelbagai musuh.
insyaAllah...
perjalanan langkahku masih panjang
ilmu di dadaku masih terlalu cetek
moga hidup ini bisa membawa sinar
kepada semua
suatu masa nanti...
walau siapa kita
"KITA ADALAH HAMBA-NYA"
ayuh bina langkah
kita mara menjadi Jundullah
~~~~~~~~~~~~~~~TAKBIR!!!
say:
ALHAMDULILLAH
(THANK YOU ALLAH)
alhamdulillah..ani...thniah...(^^,)
ReplyDeleteAlhamdulillah...
ReplyDeletesyukran jiddan, asif i'ndi soal...
ni ainaa mana yer?
aina mawar? aina ganu? or aina aktuari?
ramai sangat aina...
apa pun semoga kita semua jadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur, cemerlang dunia dan akhirat khususnya...
amin, insyaAllah.
Assalamualaikum
ReplyDeleteSyukur dan tahniah
Harus diingat, ada amanah pada ijazah itu ye kak
Keluarlah dan ajarkan pada anak-anak muda akan apa itu ekonomi Islam, dan mengapa kita menentang kebejatan sisten sekarang yang menjerat kita semua
Semoga Allah permudahkan segala urusan
from Selayang
"We cannot be sure of having something to live for unless we are willing to die for it"
ni aina aktuari...
ReplyDeletedoakn aina jgk sem ni ye ani...(^^,)
bismillah...
ReplyDeleteTo: Di pinggiran
Waa'laikumussalam w.b.t.
alhamdulillah,
syukran yer dik atas peringatannya
insyaAllah
Haaa... cik adik jangan lah suka duduk di pinggiran sangat, nanti jatuh dalam perigi, susah akak nak tarik balik...
nanti kesian ayam di reban,
lapar makan tanah...
Pesanan dari kekasih agung akak, sabdanya:
"sesungguhnya syaitan itu serigala kpd manusia seperti serigala kambing jg. Dia menangkap mana2 yg jauh dan terpencil. Maka jgnlah kamu memencilkan diri dan hendaklah kamu berjamaah & mencampuri org ramai & menghadiri masjid"
So lain kali duk tengah2 sikit...huhu
insyaAllah,
makmum yg setia pd imamnya, walau kdg2 bacaan imam kurang jelas atau ada silapnya...
makmum tetap blh menegur dgn caranya,
makmum jgn terus mufaraqah dari imam
terus nawaitunya lillahitaa'la
dalam rahsia bacaannya, sama ada saff depan atau belakang, kerana Allah menilai hanya kpd keikhlasan dan kejujuran...
insyaAllah,
wassalam.
bismillah
ReplyDeleteTo: ainaa
Oooo aina aktuari rupanya...
ye insyaAllah, ani selalu doa untuk ainaa
good luck FYP,
do the best...
insyaAllah
semoga supervisor membantu...
dan lancar semuanya ok...
apa2 hal bagitau la ani...
ok insyaAllah
bittaufiq wan najah fi dunia wal akhirat
amin...
ya Rahman, ya Rahim...
"Allah tu sgt sweet dan romantik dalam tarbiyyahNya ainaa...cuma kita hamba gagal mengerti..."
PUT YOUR TRUST TO ALLAH... :)
Jazakallah kakak
ReplyDelete'Adik' ini orangnya insyaALLAH dalam perjuangan pembebasan ini adalah orang yang sentiasa mahu bersama mereka yang ke depan.
"Satu keputusan yang salah dibuat oleh syura, jauh lebih baik dari seribu keputusan yang tepat dibuat oleh seorang"
Macam kes perang Uhud.
Taat itu sudah pasti. Kerana sayang dan taat itulah maka diri ini harus sentiasa berfikir untuk mengkritik buat ruang perbaikan.
Bukan apa, kalau duduk di pinggir-pinggir ini, kadangkala dapat kita sama merasa apa yang rakyat-rakyat yang biasanya terpinggir rasa.
Oh, ya, kalau adik jatuh dalam perigi, maka tolonglah ya berikan ayam2 itu makan.Ayam2 itu nantinya bolehlah diinfaqkan bila sudah gemuk nanti.
masyaAllah:
ReplyDeleteadik bermain tepi perigi,
perigi tua tak bertali,
masa berlalu silih berganti,
adik tetap tak tumbuh gigi.
lompat cepat si adik lompat,
tinggi tinggi sampai ke atap,
adik kini baru darjah empat,
tapi ilmu dah ke atap.
lapar si ayam di dalam reban,
tanah dipijak jadi santapan,
infaq diri demi Tuhan,
moga redhaNya kekal berzaman.
p/s: pandai tak akak buat pantun... huhu