PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...
Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
InsyaAllah
Rujuk Hadis ke-6 dari hadis 40
40 TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN INI DIPETIK DARI BUKU YANG TELAH DI SUSUN OLEH ABU ALI AL BANJARI AN NADWI (AHMAD FAHMI ZAMZAM)
Daripada Mughirah bin Syu' bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya".
H.R. Bukhari
KETERANGAN:
Allah swt. telah menjadikan umat Islam ini umat yang terakhir sekali. Oleh itu Allah swt. berjanji akan memelihara kitabnya (al-Quran) dan memastikan lahirnya generasi demi generasi yang akan memikul tugas dakwah hingga tetap wujud golongan mukminin dipermukaan bumi ini.
Kalau kita meneliti sejarah umat Islam mulai zaman permulaan penyebarannya hingga ke hari ini, kita akan mendapati bahawa umat Islam telah teruji sepanjang sejarah dengan ujian yang berat-berat. Ujian itu bermula dari golongan musyrikin di Mekah dan munafiqin, Yahudi dan Nashrani di Madinah seterusnya gerakan riddah, Majusi yang berselimutkan Islam, golongan Bathiniyah, pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani, serangan bangsa Moghul dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamddun Baghdad pada pertengahan abad keenam Hijrah. Begitu pula halnya dengan penyembelihan beramai-ramai terhadap kaum Muslimin ketika berlakunya kejatuhan kerajaan Islam di Andalus (Sepanyol) dan seterusnya disambung dengan pengaruh-pengaruh imperialis Barat terhadap dunia Islam, gerakan Zionis Yahudi dan missionary Nashrani yang mempunyai alatan dan kemudahan yang banyak dan seterusnya serangan disegi pemikiran dan kebudayaan dan sebagainya . Walaupun ujian yang sangat dahsyat melanda umat Islam di sepanjang sejarah namun mereka masih wujud dan masih lagi mempunyai identiti dan peranan yang hebat di dalam peta dunia di hari ini.
Walaupun di hari ini ada di kalangan umat Islam yang tidak mengambil berat tentang agama mereka tetapi masih ada golongan yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari agama dan memperjuangkannya. Walau pun ramai di kalangan umat Islam yang telah hancur moral dan akhlaknya tetapi masih ada lagi golongan yang berakhlak tinggi dan berpekerti luhur. Walaupun syi'ar-syi'ar Islam diinjak-injak di sebahagian tempat tetapi di tempat lain syi'ar-syi'ar Islam masih lagi gagah dan teguh. Walau pun aktivis-aktivis Islam ditindas dan diseksa pada suatu tempat tetapi di tempat lain mereka akan disanjung dan dihormati. Begitulah seterusnya umat Islam tidak akan lenyap dari permukaan bumi ini hinggalah sampai pada masa yang dikehendaki oleh Allah swt. Maka pada masa itu Allah swt. akan mematikan semua orang-orang Islam dengan tiupan angin yang mematikan setiap jiwa yang beriman dan yang tinggal setelah itu hanyalah orang-orang yang jahat atau orang kafir, maka pada saat itulah akan berlaku hari qiamat
PENGERTIAN IBADAH
Ibadah dalam Islam adalah berlainan sama sekali dengan konsep dan `amalan agama-agama atau kepercayaan-kepercayaan lain. Ianya bukan perbuatan mengasingkan diri ianya juga tidak terbatas kepada tempat-tempat tertentu sahaja atau hanya dilakukan melalui perantaraan orang-orang tertentu.
Konsep-konsep seperti ini tidak wujud dalam syariat Islam. Namun demikian, pengaruh konsep asing ini telah dapat juga menyerap ke dalam kehidupan sebahagian besar umat Islam. Oleh itu timbullah pelbagai tanggapan terhadap ibadah. Ada yang menganggap Ibadah itu tertumpu kepada solat, zakat, haji dan sebagainya.
Abu Al A’la Al Maududi dalam bukunya “ Asas-asas Islam ” telah menta’rifkan ibadah dari segi bahasa sebagai merendah diri, tunduk, patuh dan taat. Manakala dari segi istilah pula ialah taat, tunduk, dan merendah diri kepada Allah. Jelasnya, ibadah ialah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah swt.
Al Quran menjelaskan bahawa ibadah sebagai `ubudiyah dan ketaatan. Firman Allah swt :
“ Hai orang-orang yang beriman ! Makanlah rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kepada-Nya kamu beribadah ”
( Al Baqarah : 172 )
HUBUNGAN ANTARA AQIDAH DAN IBADAH
ma makna aqidah???
"Aqidah adalah 1 ikatan atau simpulan yang tersimpul padu yang tidak mungkin akan terurai walau dengan apa cara sekalipun, bahkan ikatan yang sangat kuat lebih kuat daripada chemical bonding atau physical bonding, yakni ikatan hamba kepada Tuhannya, ikatan hamba kepada Khaliqnya, kita kepada Pencipta yang Esa, begitu kukuh dan terpasak teguh di hati setiap hamba yang sedar diri hanya sebagai hamba"
Apabila seseorang itu sudah ada aqidah yang kukuh, maka :
Hidupnya hanya untuk beribadah kepada Allah, sebagaimana firman-Nya :
“ Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia keculi untuk beribadah kepada-Ku ”
( Az Zariyat : 56 )
Perintah dalam ayat ini adalah perintah untuk beribadat kepada Allah semata-mata, menghambakan diri dengan sepenuhnya kepada Allah dan hikmah diciptakan jin dan manusia.
Menolak segala kepatuhan dan ketaatan kepada selain daripada Allah.
Firman Allah swt :
“ Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyeru) sembahlah Allah dan jauhilah taghut ”
( Al Nahl : 36 )
Membina kehidupan di dunia menurut peraturan-peraturan Allah.
RUANG LINGKUP IBADAH DALAM ISLAM
Islam amat istimewa hingga menjadikan seluruh kegiatan manusia sebagai ibadah apabila diniatkan dengan penuh ikhlas kerana Allah demi mencapai keredhaan-Nya serta dikerjakan menurut cara-cara yang disyariatkan oleh-Nya.
Islam tidak membataskan ruang lingkup ibadah kepada sudut-sudut tertentu ahaja. Seluruh kehidupan manusia adalah medan amal dan persediaan bekalan bagi para mukmin sebelum mereka kembali berhadapan dengan Allah pada hari pembalasan kelak.
Firman Allah :
“ Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebaktian , akan tetapi sesungguhnya kebaktian itu ialah kebaktian orang yang beriman kepada Allah , hari kemudian , malaikat-malaikat , kitab-kitab , nabi-nabi dan memberikan harta dicintai kepada kerabatnya , anak-anak yatim , orang-orang miskin , musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta , dan memerdekakan hamba sahaya , mendirikan solat dan menunaikan zakat ; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila berjanji , dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan , penderitaan dan dalam peperangan . Mereka itulah orang-orang yang bertakwa ” .
( Al baqarah : 177 )
“Yang demikian itu ialah kerana mereka tidak ditimpa kehausan kepayahan dan kelaparan pada jalan Allah , dan tidak ( pula ) menginjal suatu tempat yang membangkitkan kemarahan orang-orang kafir dan tidak menimpakan sesuatu bencana kepada musuh melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal salih . Sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang berbuat baik . Dan tidak mereka menafkahkan suatu nafkah yang kecil dan tidak pula yang besar dan tidak melintasi suatu lembah melainkan dituliskan bagi mereka ( amal salih ) kerana Allah akan membalas kepada mereka ( dengan balasan ) yang tinggi dari apa yang telah mereka kerjakan ” .
( At Taubah : 120-121 )
Oleh itu ruang lingkup ibadah dalam Islam sangatlah luas. Ia adalah seluas tempoh hayat seseorang muslim dan kesanggupan serta kekuatannya untuk melakukan apa saja amal yang diredhai oleh Allah dalam tempoh tersebut.
Hakikat ini ditegaskan oleh Allah dalam Al Quran :
“ Allah yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu, siapakah di antara kamu lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa Lagi Maha Pengampun ”
( Al Mulk : 2 )
PENGKHUSUSAN IBADAH
Ibadah terbahagi kepada 2 iaitu
Ibadah Khusus
Merupakan perintah-perintah yang wajib dilakukan sebagaimana yang terkandung dalam rukun Islam seperti solat, puasa Ramadhan, zakat, haji dan beberapa amalan khusus seperti tilawah Al Quran, zikir, dan seumpamanya.
Ianya bersifat tauqifiyyah iaitu dilaksanakan menurut garis panduan yang telah ditunjukan oleh Rasulullah SAW dan berhenti setakat sempadan yang ditentukan syara’ dan sebagaimana yang telah dilakukan sendiri oleh Rasulullah SAW tanpa boleh ditambah atau dikurangkan ataupun membuat sebarang perubahan terhadapnya. Sabda Rasulullah SAW :
“ Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang ”
( Riwayat Bukhari )
Ibadah Umum
Segala perkara atau amalan selain daripada kumpulan ibadah khusus di atas yang dilakukan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Ini termasuk seluruh perbuatan manusia dalam kehidupan sehariannya.
SYARAT STATUS IBADAH
Yusof Al Qadrawi dalam bukunya, Ibadah Dalam Islam telah memberikan syarat-syarat supaya sesuatu perbuatan itu mendapat status ibadah :
Amalan-amalan yang dikerjakan itu mestilah bersesuaian dengan hukum Islam dan tidak bercanggah dengan hukum tersebut
Amalan tersebut dilakukan dengan niat baik atau kerana Allah
Amalan tersebut mestilah dibuat dengan seelok-eloknya bagi menepati apa yang ditetapkan oleh Rasulullah :
“ Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu membuat sesuatu kerja, maka ia buat dengan bersungguh-sungguh”
( Riwayat Muslim )
Ketika membuat amalan tersebut, hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syara’ dan ketentuan batasnya, tidak menzalimi orng lain, tidak kianat,tidak menipu, tidak menindas dan tidak merampas hak orang
Tidak mencuaikan ibadah-ibadah khusus seperti solat, zakat, dan sebagainya dengan melakukan ibadah-ibadah umum
SALAH FAHAM TERHADAP PENGERTIAN IBADAH
Ibadah dalam Islam adalah berlainan sama sekali dengan konsep dan amalan agama-agama lain atau kepercayaan-kepercayaan lain. Ianya bukan perbuatan mengasingkan diri, ianya juga tidak terbatas kepada tempat-tempat tertentu sahaja atau hanya dilakukan melalui perantaraan orang-orang tertentu.
Konsep-konsep seperti ini tidak wujud dalam syariat Islam. Namun demikian, pengaruh konsep asing ini telah dapat juga menyerap ke dalam kehidupan sebahagian besar umat Islam. Oleh itu timbullah pelbagai tanggapan terhadap ibadah. Ada yang menggap ibadah itu tertumpu kepada solat, puasa, zakat, dan haji sahaja, malah terdapat juga dikalangan umat Islam yang mengaku beribadah kepada Allah tetapi tindak-tanduknya menunjukkan bahawa ia melaksanakan ubudiyyah kepada sesuatu selain Allah.
Malah terdapat juga orang yang berpendapat bahawa ruang lingkup itu tidak ada kaitan langsung dengan urusan masyarakat, terutama dalam politik dan pemerintahan. Semua ini adalah tanggapan-tanggapan yang salah.
KEPENTINGAN IBADAH
Tiang-tiang ibadah mengembangkan kebaikan kepada seluruh ruang lingkup kehidupan manusia sehingga mereka dibanjiri dengan kebaikan dan kemanfaatan melaluinya. Solat yang khusu’ dan benar akan mempengaruhi seluruh kehidupan pelakunya hinggakan ia meresa jijik dan benci untuk melakukan sebarang kejahatan dan kemungkaran. Firman Allah Taala,
“ Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar ”
( Al Ankabut : 45 )
Roh yang dibawa oleh sistem zakat pula mengembangkan daya kerja yang tinggi di kalangan orang-orang beriman. Orang yang benar-benar beriman menganggap bekerja dan menambah rezeki dan pendapatan adalah dengan satu tujuan sahaja, iaitu untuk mendapat keredhaan Allah dengan mengeluarkannya sebagai sedekah dan zakat serta jihad fi sabilillah.
Tujuan utama puasa pula ialah untuk mewujudkan taqwa kepada para mukmin. Puasa yang mengukuhkan sifat taqwa dalam jiwa mukmin akan menjadikan seseorang yang ikhlas sepenuh hatinya dalam melaksanakan perintah-perintah Allah, sanggup melakukan tugas-tugas yang berat dalam mentaati Allah dan lebih mengutamakan kepentingan umat Islam daripada kepentingan peribadinya.
Manfaat haji yang besar ialah dorongan bagi seluruh umat Islam bagi memperkukuhkan kesatuan mereka kerana inilah tunjang kekuatan mereka yang paling utama sebagai pemimpin manusia sejagat.
Kesimpulannya setiap ibadah itu jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh akan dapat melahirkan ummah yang kuat, bersatu dan diredhai oleh Allah SWT.
P/S: Kerinduan pada sahabat-sahabat tidak dapat dikawal lagi, insyaAllah doakan ana dapat sampai ke sana dengan selamat hujung minggu ni... wait for me :) shah alam...
miss you all...
~~~emmm nak menangis~~~
masyaAllah
~~~emmm nak menangis~~~
masyaAllah
Astaghfirullahal a'zim...
cintakan manusia, manusia kan mati
cintakan Allah kan kekal abadi
Allah
"I luv U Allah"
'Dampingi kami, jangan biarkan kami terkapai-kapai sendiri'
I need You along my life, every day... every moment :)
hingga akhir waktu
amin...
"Kan melangkah kaki dengan pasti,
Meneroboh segala onak duri,
Generasi baru yang telah dinanti,
Tak takut dicaci tak gentar mati...
Badai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera
Tak kan surut walau selangkah,
Tak kan henti walau sejenak,
Cita kami hidup mulia,
Atau syahid mendapat syurga..."
amin...
Alhamdulillah... :)
ReplyDeleteana selamat merentasi perjalanan ke SA, alhamdulillah dah jumpa sahabat2 terrrsayang
alhamdulillah rindu di hati sedikit terubat
so, lepas ni boleh pg lagi hehe...
banyak rumah2 n bilik2 sahabat menanti di sana rupanya... so alhamdulillah :)
pada semua sahabat: I always miss you...
ok jaga diri baik2 n jangan nakal-nakal :)
*pada kak del, fakhitah n kak qilah, mungkin bukan jodoh kita untuk bertemu kali ini, insyaAllah mungkin lain kali...
luv you all... :)
salam sayang sesuci embunan pagi... from Nilai
terima kasih atas perkongsian tapi saya memohon agar biar warna tulisan itu hitam kerna ia boleh memudahkan lagi pembaca membaca dgn lebih jelas ^^
ReplyDelete