Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
InsyaAllah
Untuk bakal zaujahku.... Permata dunia
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.. Didoakan semoga kalian berada di bawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah s.w.t.
Hawa,
Maafkan ana kiranya coretan ini mengguris hatimu.. Meskipun ana tahu jiwamu selembut sutera, bias hancur luluh hatimu dengan kata – kata yang bakal ana ungkapkan ini… Namun mengertilah duhai Hawa… kerana kaulah pengubat kesunyian sewaktu ana di syurga.. dan engkau berasal dari tulang rusukku yang bengkok, kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya, lantas ana gagahi jua diri ini..
Hawa,Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan bilangan kaummu melebihi bilangan kami di akhir zaman ini.. Itulah kebesaran serta penelitian Allah di dalam urusanNYa.. Bayangkanlah Hawa, sekiranya kaum ana melebihi kaummu, pasti dunia ini akan berkecai kerana huru – hara dan diselimuti warna – warna kesuraman lantaran kekejaman serta penindasan kerana dirimu..
Hawa,
Suka untuk ana mengajak dirimu berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda saat ini.. Tapi permintaan ana duhai Hawa,.. cubalah renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini kian berubah.. Tidakkah engkau mengerti bahawa dirimu adalah umpama kuntum bunga yang indah di pandangan mata.. namun bukan perhiasan semata. Duri –duri yang melingkari dirimu, itulah hijab(penutup) yang digariskan Allah sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang bergelar wanita. Di situlah nilai seorang wanita.. Mengapa Hawa?.. Mengapa kau harus membiarkannya terdedah?? Terdedah kepada kami.. kaum ajnabimu (bukan muhrim)? Betapa hancurnya hatik ana menyaksikan dirimu yang umpama bahan yang mudah diperkotak – katikkan.Dimana – mana sahaja biasa ana lihat kaummu menghayun langkah bukan sebaik itu lagi.. Ana sendiri tidak mengerti!! Terkadang, ana tak dapat bezakan antara dirimu dan teman – teman ana yang lain. Suaramu kian tinggi, diiringi gelak tawa yang cukup menyakitkan mata dan memedihkan telinga.. Sedarkah kau Hawa? Haruskah kau terima hakikat bahawa kau kini sudah berubah? Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah ana tunjukkan padamu dulu!!!
Hawa,
Mengapa dirimu kini mesti menjadi tontonan ramai?Perlukah kau hiaskan dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan kau memiliki dari pelbagai cirri –ciri yang ditegah Islam!!! Sukar bagik ana untuk melihat kembali keadaan sepertimana yang pernah ana alami suatu ketika dulu, di mana kaum Hawa mempersiapkan diri sekemas dan sederhana yang mungkin.. cukup ana rasakan kehadiranmu saat ini lebih dari mempamerkan perhiasan yang kau miliki sedangkan kau tahu dirimu adalah fitnah(ujian kepada lelaki). Fahamilah Hawa, usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi dan menjejaki syaitan yang sentiasa meletakkanmu seperti sebutir peluru yang bias hinggap di mana saja dan meninggalkan fitnah(ujian) buat kaum ana ini!!!
Hawa,
Betapa sakit dan pedihnya hati ana saat ana lihat auratmu menjala di sekeliling pandangan.. Ana tidak mahu Hawa.. suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu memperlihatkan seksaan terhadap kaummu yang ana kira paling hebat!! Apa tidaknya seurat rambutmu yang dijamah oleh pandangan ana, ular menanti di mana – mana.. sejengkal tanganmu yang kelihatan.. aduh !!! Banyaknya seksaan yang menanti buatmu.. Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat bahawa apa yang perlu kau jaga sebagai seorang wanita ialah maruahmu?Dimanakah maruahmu andai auratmu terpamer dimana – mana?
Hawa,
Tidakkah kau malu terhadap penipuan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri.. di bumi barokah ini.. aurat kau selindungkan di sebalik pemakaian dasar peraturan yang harus kau laksanakan.. tapi nun jauh di sana.. tersentak hati ana tatkala melihat dirimu yang jauh berbeza.. kemana tudung litupmu?? Apatah lagi tingkah – lakumu??!!!
Hawa,
Tutuplah auratmu, jagalah dirimu.. bertuturlah dengan lemah –lembut tapi bukan dengan lemah gemalai!! Jika terlanjur, semua ini bisa membawa dosa kepadamu jua pada ana… Jangan kau perlihatkan apa yang patut kau sembunyikan .. tapi ingatlah.. cukup sekadar kedua tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan.. Bukan kakimu.. bukan jua tanganmu.. Ingatlah tuhanmu dan tuhanku ada menyatakan :
“ Dan katakanlah kepada wanita –wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya “ (An Nur 21)
Hawa,
Andai kau masih belum dimiliki… usahlah kau risau akan jodohmu.. inagtlah bahawa janji Allah itu adalah pasti..
“ Wanita yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik” ( An Nur 26)
pastinya dirimu akan tetap ana bimbing… Harapan ana… muncullah walau secebis kesedaran di hatimu.. dan ana doakan moga Allah membuka hatimu untuk mencetuskan lonjakan paradigma kerana dirimu lah akan lahirnya generasi Islam.. ADAM
p/s: Baik muslimin mahupun muslimat, tundukkanlah pandanganmu.... maka, itu lebih baik, insyaAllah.
TUDUKKANLAH PANDANGAN
BATASKANLAH PERGAULAN
AKHLAK MULIA
"Ya Allah, sebagaimana Engkau telah mencantikkan wajahku, rupa parasku, maka cantikkanlah juga akhlakku" Amin.....
"MALU ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN"
TUNDUKKANLAH PANDANGAN
JAGA IKHTILAT
insyaAllah, bittaufiq wan najah, selamat beramal.... :)
No comments:
Post a Comment