Assalamualaikum...
Abul Laits berkata: “Jika seorang itu dekat dengan kerabatnya maka hubungan kerabat itu berupa hidayah-hidayah dan ziarah, jika tidak dapat membantu dengan harta, maka cukup dengan tenaga, jika jauh maka hubunginya dengan surat menyurat dan jika dapat mendatangi maka itu lebih utama. Ketahuilah bahawa silaturrahim itu mengandungi sepuluh keuntungan iaitu:
- Mendapat keredhaan Allah s.w.t. sebab Allah s.w.t. menyuruh silaturrahim
- Menggembirakan mereka kerana ada hadis yang mengatakan bahawa seutama-utama amal ialah menyenangkan orang mukmin
- Kegembiraan malaikat kerana malaikat senang dengan silaturrahim
- Mendapat pujian kaum muslimin
- Menjengkelkan iblis laknatullah
- Menambah umur
- Menjadi berkat rezekinya
- Menyenangkan orang-orang yang telah mati kerana mereka senang jika anak cucunya bersilaturrahim
- Memupuk rasa cinta di kalangan ahli keluarga sehingga suka membantu bila memerlukan bantuan mereka
- Bertambahnya pahala jika ia mati sebab selalu diingati kepadanya jika telah mati dan mendoakan kerana kebaikannya
Sumber: Kitab Tanbihul Ghafilin
assalamualaikum,akak sy copy yang ini ..sggh bagus utk tatapan rakan d fb sana..maaf ya dah ambil baru cakap...
ReplyDelete