Sunday, September 22, 2013

Hisab Harta....

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
 
ya Allah... ya Allah... ya Allah...
 
Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
insyaAllah
 
 
~~~setiap harta adam adam itu akan dihisab~~~
 
Hisab Harta.

Alkisah seorang ahli perniagaan telah menulis satu surat wasiat : "Barang siapa yang dapat menjagaku di dalam kubur setelah aku mati nanti akan ku...
warisi separuh dari harta peninggalanku". Lalu ditanyakanlah hal itu pada anak-anaknya apakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti. Namun anak-anaknya menjawab, "Mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah karena pada masa itu ayahpun sudah menjadi mayat". Selang keesokan harinya permintaan yang sama diajukan kepada semua adik-beradiknya, namun jawapan mereka juga mengecewakan ahli perniagaan tersebut.
Akhirnya ahli perniagaan tersebut bertekad dengan memanggil pengurus peribadinya bagi membuka tawaran tersebut keseluruh negeri.

Akhirnya sampai jugalah pada hari di mana ahli perniagaan tersebut kembali ke Rahmatullah. Kuburnya telah dihias dengan megah laksana sebuah bilik istirehat mewah lengkap dengan semua kemudahan asas. Di saat-saat akhir persiapan pengkebumian tersebut seorang tukang kayu yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah dia perlu mengambil peluang ini untuk menjadi kaya. Isterinya berkata, “Wahai suamiku, apalah sukarnya menjaga mayat tersebut selama 40 hari jika dibandingkan dengan sukarnya kerjamu ketika menebang kayu di dalam hutan dan bertemu harimau dan hantu penunggu hutan. Mendengar kata-kata isterinya itu tukang kayu tersebut segera datang ke rumah ahli perniagaan tersebut untuk memberitahu kepada ahli waris ahli perniagaan tersebut akan kesanggupannya. Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah ahli perniagaan dan Si tukang kayu itu pun ikut turun ke dalam liang lahat bersama kapaknya.

Setelah tujuh langkah para pengantar jenazah meninggalkan kawasan pemakaman tersebut, maka datanglah Malaikat Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut. Si Tukang kayu menyadari siapa yang datang maka Ia segera agak menjauhkan diri dari mayat ahli perniagaan tersebut. Terdetik di fikirannya bahwa sudah tiba saatnya Sang Ahli Perniagaan tersebut akan disoal oleh Mungkar dan Nakir. Tetapi yang terjadi sebaliknya, Mungkar dan Nakir malah menuju ke arahnya dan bertanya "Apa yang kau buat di sini" ?. Aku menemani mayat ini selama 40 hari untuk mendapatkan setengah harta wasiatnya" jawab si Tukang kayu. "Apa harta yang ada pada kau sekarang"? Lanjut Mungkar-Nakir. "Aku cuma memiliki sebatang kapak ini saja untuk mencari rezeki" Balas si tukang kayu. Kemudian Mugkar-Nakir bertanya lagi "Dari mana kau dapat kapak ini" ?. "Aku membelinya" balas si tukang kayu. Lalu pergilah Mungkar dan Nakir dihari pertama dari dalam kubur tersebut.

Hari kedua Mereka datang lagi dan bertanya "apa yang kau buat dengan kapak ini"?. "Aku menebang pohon untuk dijadikan kayu bakar untuk dijual" balas tukang kayu. Di hari ketiga di tanya lagi "Pohon siapa yang kau tebang dengan kapak ini?. "pohon itu adanya di hutan belantara maka tidak ada yang punya" timpalnya. "Apakah kau yakin" balas malaikat. Kemudian Mereka menghilang dan datang lagi dihari ke empat. Kemudian Mereka bertanya lagi "Adakah kau potong pohon tersebut dengan kapak ini dengan ukurannya dan beratnya yang sama untuk dijual?. "Aku potong agak-agak saja, mana mungkin ukurannya boleh sama rata" tegas tukang kayu. Begitu terus yg dilakukan malaikat Mungkar Nakir datang dan pergi sampai tak terasa sekarang 39 hari sudah dan yang ditanyakan masih berkisar kepada kapak tersebut.

Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi bertemu dengan Tukang kayu tersebut. Berkata Mungkar dan Nakir "hari ini aku akan kembali bertanya soal kapak ini". Belum sempat Mungkar dan Nakir bertanya, si tukang kayu tersebut dengan segera melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut. Ternyata di luar sudah banyak orang yang menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut. Namun si Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah semua bagian harta wasiat tersebut oleh kalian karana aku sudah tidak menginginkannya lagi.

Sampai di rumahnya si isteri pun berkata wahai suami ku, di manakah setengah harta peninggalan ahli perniagaan tersebut. Maka si tukang kayu menjawab "Aku tidak menginginkannya lagi, di dunia ini harta yg kumiliki padahal cuma semata kapak ini, tapi malaikat Mungkar dan Nakir sampai 40 hari mereka bertanyakan dan persoalkan mengenai mengenai kapak ini. Bagaimana jadinya kalau hartaku begitu banyak, entah berapa lamanya dan bagaimana aku bakal menjawabnya"

-----------

Sahabat Rasulullah saw yg paling kaya ialah Abdul Rahman bin Auf ra. Beliau dikatakan adalah sahabat yang paling terakhir masuk surga karena lamanya masa yg digunakan untuk menghisab beliau, seperti dari riwayat Aisyah ra yg pernah mendengar Rasullullah SAW bersabda "Kulihat Abdurrahman bin’Auf masuk surga dengan perlahan-lahan (merangkak)!” (HR Bukhari)

Dari Ibnu Mas’ud ra dari Nabi Muhammad SAW bahwa beliau bersabda, "Tidak akan bergerak tapak kaki anak Adam pada hari kiamat, hingga ia ditanya tentang 5 perkara yaitu umurnya untuk apa dihabiskannya, masa mudanya, kemana dipergunakannya, hartanya darimana ia memperolehnya & kemana dibelanjakannya & ilmunya sejauh mana diamalkan?" (HR. Turmidzi)


p/s : Semoga kita istiqomah dalam pencarian harta didunia kerana didunia ini apa yang sepatutnya kita cari dan amalkan adalah perkara yang diredhoiNYA semata. Wallahualam.
 

Wasiat Imam Syafie.

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)
 
ya Allah... ya Allah... ya Allah...
 
Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
insyaAllah
 
 
 
 ~~~ sedarlah, umur kita tidak lama~~~
 
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah,

beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut
ialah kandungan wasiat tersebut:
...

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL
PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI
NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA
SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
 
 
insyaAllah, selamat beramal....
 
wallahua'lam.
 
 
 

Sunday, September 1, 2013

Amanah Allah...

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)





ya Allah... ya Allah... ya Allah...




Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Moga semua dalam rahmat-NYA

insyaAllah
 ~~Amanah baru, tanggungjawab baru, cinta baru, orang baru~~
Alhamdulillah, insyaAllah Ya Rabbuna 
sallimna fi kulli hal
Lama saya tak coretkan sesuatu di blog tercinta ini.
Waktu banyak terisi dengan hal-hal lain, baru belajar menyesuaikan diri dengan status baru sebagai seorang isteri. Baru nak belajar jadi isteri, namun seperti diduga, bakal menjadi ummi pula. Alhamdulillahi a'laa kulli hal fi kulli hal Ya Rabbuna.

26/5/2013

Alhamdulillah, bina masjid.
Jujur ini jodoh dari Allah.
DR Muhammad Hafizuddin bin Salleh
Hospital Kuala Pilah

Alhamdulillah

walaupun selepas tu, saya sibuk menyiapkan thesis master
kalut rasa sesakkkk nafas
memang jujur master by research ni sakit rasanya
tapi nikmat akhirnya
insyaAllah

selesai full thesis 26/7/2013

cadangan tarikh VIVA pada 18/10/2013
namun takdir Allah
saya akan konvo bulan 11 tahun depan

tak perr redha...

study untuk VIVA, habiskan master
jaga baby dulu, jaga suami,
siapkan proposal untuk PhD
ambil ruang dan peluang yang ada

SAYA NAK JADI PENSYARAH

SAYA NAK JADI PENSYARAH
SAYA NAK JADI PENSYARAH
SAYA BOLEH!!!
INSYA-ALLAH
doakan... Aamiin
Alhamdulillah, apa yang Allah bagi, itulah yang terbaik. Yakinlah...
ini ubat rawat diri. Jujur saya sedikit kecewa tak sempat konvo master tahun ini. Mungkin lambat tarikh VIVA, dari kelewatan saya sendiri, siapkan thesis akhir dalam keaadaan  awal kehamilan, rasa daya fikir dan khudrat sedikit lambat. Tenaga sedikit lemah. Namun alhamdulillah. Selesai... Saya bersyukur jika dibandingkan, dengan sahabat2 lain by research, ada yang jauh lebih lewat dari saya. Saya berjaya siapakan dalam tempoh sebelum 2 tahun, tapi konvo agak lewat. tak perrr.... Siapkan proposal PhD sebelum daftar PhD! selepas selesai master....
saya 23 tahun. InsyaAllah 16 September ni cukup 24 tahun.
dah cukup tua rupanya ^____^
2/8/2014 saya dijangka bersalin. Then, berpantang.... Then, baca journal!!!
Sekarang, focus untuk VIVA dulu. 14 September ni SV balik dari Turki.
Saya harap beliau dapat terima saya terpaksa berhenti dari jadi R.A. beliau.
Al-maklum, Kuala Pilah jauh dari Nilai. Tak mungkin saya berulang naik bas dan KTM dalam keaadaan hamil hingga tamat kontrak R.A. pada 8 bulan kehamilan. Mesti meletihkan yang amat. Maaf, tunggu saya matang dulu yerr. Saya masih belum berani untuk drive jarak jauh. Sesat... Moga beliau mengerti, melainkan saya diizinkan untuk bekerja jarak jauh dan tak perlu berada dalam waktu pejabat ...

saya dah kawen, saya dah submit full thesis, saya dah nak jadi ummi, saya dah ada suami, suami saya baik dan soleh, semuanya alhamdulillah....

^________________^

terima kasih Allah, Rasulullah s.a.w., abang, mama, abah, ibu, ayah, dan semua sahabat muslimin muslimat dan semua makhluk yang turut mendoakan.
Teringat dulu...
bila saya sedih, saya pergi tasik, cari kura-kura, suruh kura-kura doa.
Cari semut, suruh semut doa.
Semua makhluk juga turut sama mendoakan.
Doakan saudara kita di sana...
Mesir, Syria, Palestin, Rohingya, dll
Pasti Allah bersama kita semua...
InsyaAllah, 
teruskan usaha dan doa.

linkWithin

Related Posts with Thumbnails