PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH
(^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...
Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
insyaAllah
Beliau pendakwah bebas. Beliau berkongsi karya di
Jom Baca:
Apakah Hukum Membaca Yasin 3 Kali Di Malam Nisfu Sya'ban ?
Jawapan dari Ustaz Abdul Kadir Al Jofree :
Sebagai menjawab persoalan yang diajukan, Nisfu Sya'ban biasanya
dimaksudkan 15 Sya'ban. Malam nisfu Sya'ban pula adalah malam 15 Sya'ban
(14hb siangnya, malamnya, dipanggil malam 15 ya).
Di negara Arab dan Nusantara, biasanya dibacakan Yasin sebanyak tiga
kali pada malam Nisfu Sya'ban setiap satu dengan niat tersendiri, yang
akan diajarkan oleh para guru. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya,
memandangkan dilakukan oleh para Fuqaha' zaman berzaman dari dahulu
lagi.
Perkara ini tidak dinisbahkan kepada Rasulullah sendiri. Akan tetapi
ia boleh dilakukan selagi mana ibadah tersebut tidak bertentang dengan
syara' (samaada dilakukan bersendirian mahupun beramai-ramai itu sekadar
satu teknik dakwah). Contohnya, zikir, doa, membaca Al-Quran, membuat
kelas ilmu dan sebagainya.
Para ulamak kita di tempat lain (di Mesir, beberapa tempat di Saudi,
Yaman, Siria, Nusantara, dan lain-lain) kebanyakannya tidak bersetuju
dengan fatwa tersebut (Fatwa Dr Yusof Al Qardhawi yang menolak amalan
Yasin 3 kali dan mengatakan ia adalah bid'ah yang diada-adakan). Oleh
kerana itulah amalan beramai-ramai pada malam Nisfu Sya'ban ini
dilakukan oleh para ULAMA' zaman berzaman di merata tempat sejak zaman
salaf lagi.
Di bawah ana nukilkan tulisan Sidi Abu Muhammad pada menceritakan Nisfu Sya'ban dengan jelas dan adil ya...
Adapun kelebihan Malam Nishfu Sya'baan itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu'az bin Jabal radhiallahu 'anhu,
bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam yang maksudnya :
"Allah
memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya'baan, maka
diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan
Allah atau orang yang bermusuhan."
[ Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban]
Di Malam Nishfu Sya'baan juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.
Berkata Imam asy-Syafi'ie dalam kitabnya al-Umm:
"Telah
sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima
malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya
'Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya'baan."
Malam Nishfu Sya'baan merupakan malam yang penuh rahmat dan
pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kenyataan ini dapat
direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu'az bin Jabal radhiallahu
'anhu di atas.
Adapun cara menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan sebagaimana yang
dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman
tabi'in dari penduduk Syam.
Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah,
Bahawa para
tabi'in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma'dan dan Makhul,
mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nishfu Sya'baan.
Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada
membesarkan malam tersebut.
Para tabi'in tersebut menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan dengan dua cara:
* Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di
waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai
harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.
* Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka
menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat
dan berdoa dengan cara bersendirian.
Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nishfu
Sya'baan dengan membaca Al-Quran seperti membaca surah Yaasiin, berzikir
dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah
persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak
jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi'in itu.
Berhubung dengan persoalan sholat khas Nishfu Sya'baan, maka berlaku
khilaf antara ulama kita, ada yang mensabitkannya seperti Hujjatul Islam
al-Ghazali dan ada yang memandangnya sebagai bid'ah yang keji. Khilaf
berlaku pada pengkhususan sholat yakni memandang adanya satu sholat
khusus malam tersebut seperti tarawih atau sholat hari raya. Untuk
keluar dari khilaf bagi sesiapa yang hendak bersholat, maka lakukanlah
sholat-sholat sunnat seperti sunat Awwabin (di antara waktu Maghrib dan
Isya'), sembahyang tahajjud, akhirnya sembahyang witir atau sembahyang
sunat muthlaq . Sembahyang sunat muthlaq ini boleh dikerjakan pada
bila-bila masa sahaja sama ada pada Malam Nishfu Sya'baan atau pada
malam-malam yang lain.
Sedikit tambahan lagi:
Amalan-amalan ini merupakan teknik yang pelbagai dalam menyampaikan
dakwah oleh para ulama silam yang amat pakar dalam menyampaikan dakwah
mereka ke seluruh pelusuk dunia. Adapun teknik-teknik amalan yang
dilakukan oleh sesetengah pihak bergantung kepada para ulamak yang
mengajarkan dan kepada siapa diajarkan. Semuanya adalah dibenarkan
selagi mana tidak melanggar syara'. Sama ada hendak solat sunnah,
berzikir atau membaca Al-Quran bergantung kepada kemampuan individu.
Perkara-perkara ini tidak patut sama sekali diperselisihkan atau
ditentang. Biarlah manusia lain ingin beramal sedayanya tanpa kita sibuk
menutup jalan-jalan kebajikan ini. Apapun perkara ini adalah dalam
batasan perselisihan yang dibenarkan oleh syara'. Berlapang dadalah jika
pihak lain tidak bersetuju dengan kita, selagi mana menjaga akhlak
Islam.
Malang sekali jika perkara-perkara besar dalam masyarakat tidak
dihiraukan, tetapi kita lebih suka membicarakan adakah boleh melakukan
amalan pada malam nisfu Sya'ban atau tidak. Tetapi, kita lebih risau
jika digolongkan di kalangan mereka yang menentang apabila perbuatan
makruf dilakukan, manakala apabila perbuatan mungkar dilakukan, duduk
diam sahaja tidak diendahkan. Na'udzubillah min zalik. Inilah akibatnya
jika tidak mempunyai kefahaman jitu dalam ikhtilaf serta ujub dengan
diri sendiri dalam ilmu yang dimiliki.
Semoga kita sama-sama dapat menggarap kemuliaan malam Nisfu Sya'ban
yang menjelang. Semoga Allah menggolongkan kita di kalangan mereka yang
mendapat pengampunan dan rahmat-Nya pada malam tersebut. Amiin.
Wallahu A'lam
Sumber: http://jomfaham.blogspot.com
-
Artikel iluvislam.com
"Sharing is caring"
^_____~