PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH
(^-^)
ya Allah... ya Allah... ya Allah...
Bismillahirrahmanirrahim....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
insyaAllah
~~~Muhammad
Khairat el-Syater~~~
CALON IKHWAN MUSLIMIN UNTUK
PRESIDEN MESIR :
DR MUHAMMAD KHAIRAT SA'AD ABDEL LATIF el-SYATER
PELBAGAI lapisan masyarakat yang terdiri daripada golongan profesional
seperti peguam, doktor perubatan, jurutera, arkitek, akauntan memperkasa gerakan Ikhwan Muslimin
menjadi tulang belakang dengan bekerja secara bersungguh-sungguh bagi memastikan
Islam terus berada pada kedudukan tertinggi di persada politik tanah air,
khususnya di Mesir.
Salah seorang daripada mereka ialah Muhammad
Khairat el-Syater yang begitu yakin bahawa Ikhwan Muslimin suatu hari nanti akan
memimpin negara berdasarkan prestasi komitmennya dalam mendaulatkan Islam
sebagai cara hidup yang menyeluruh yang dipinggirkan sejak puluhan tahun
lantaran para pemimpinnya cenderung kepada politik kebangsaan, Sekularisme,
Kapitalisme dan lain-lain.
Berhadapan dengan segala bentuk tribulasi dalam memperjuangkan Islam bukanlah
perkara baru dalam arena politik di Mesir, di mana para pemimpin negara melihat
Gerakan Islam sebagai penghalang kepadanya dalam mencapai matlamat kebendaan dan
pelaksanaan amalan politik yang tidak Islamik.
Justeru, para aktivis di semua peringkat dalam Ikhwan Muslimin merasai
liku-liku perjuangan yang penuh dramatik kerana diseksa, dipenjara, dibuang
daerah, dibunuh tanpa mengetahui di mana kuburnya, ia dilakukan oleh para
pemimpin yang gila kuasa tanpa mengira hukumhukum agama asalkan boleh terus
berkuasa.
Nama penuhnya ialah Muhammad Khairat Sa’ad Abdel Latif el-Syater, dilahirkan
pada 4 Mei 1950M / 17 Rejab 1369H di wilayah ad- Daqahliyyah, telah berkahwin
dengan mempunyai 15 anak serta 13 cucu.
Mendapat pendidikan rendah dan menengah di kampungnya, kemudian melanjutkan
pelajaran di peringkat sarjana muda dalam bidang kejuruteraan di Universiti
Iskandariyah pada 1974 dan sarjana muda Linguistik dan peradaban di Universiti
‘Ain Syams.
Kemudian melanjutkan pengajian di peringkat MA (sarjana) dalam bidang yang
sama di Universiti al- Mansoorah, memiliki diploma Pengajian Islam di Institut
Pengajian Islam Kaherah, diploma dalam Masyarakat Madani dan Pertubuhan bukan
kerajaan di Jabatan Ekonomi dan Sains Politik Universiti Kaherah, diploma
Pengurusan Pekerjaan Universiti ‘Ain Syams dan diploma Pemasaran Antarabangsa
dari Universiti Helwan, Kaherah.
Terlibat dalam pergerakan pelajar ketika masih di sekolah menengah iaitu pada
1966 dan menjadi penggerak amal Islami sejak di bangku sekolah pada 1967,
memimpin pergerakan pelajar di peringkat universiti dengan mengasaskan sayap
Ikhwan ketika belajar di Universiti Iskandariyah pada awal tujuh puluhan,
mengisytihar ahli Ikhwan sepenuhnya pada 1974.
Diberi kepercayaan oleh rakan-rakan pelajar sebagai Pengerusi Persatuan
Pelajar dengan mengendalikan program berbentuk tarbiyah dan pengurusan pelajar
yang dianggap sebagai pergerakan bawah tanah kerana tidak mendaftar secara rasmi
sebagai badan pelajar yang sah untuk bergerak di kalangan mahasiswa.
Pernah memberi ceramah politik dan agama serta membentang kertas-kertas kerja
berhubung pelbagai isu umat Islam di Yaman, Arab Saudi, Jordan, Britain serta
beberapa buah negara Eropah dan Asia, atas kebolehan beliau yang amat berbakat
dalam kepimpinan, saf kepimpinan Ikhwan Muslimin telah melantik beliau sebagai
Naib Musyidul Am kedua di Jabatan berkenaan.
Beliau memulakan kerjaya selepas tamat pengajian di peringkat sarjana,
sebagai penolong Pensyarah di Fakulti Kejuruteraan di Universiti al- Mansoorah
pada 1981. Beliau hanya beberapa bulan sahaja berkhidmat di situ, akan tetapi
mantan Presiden Mesir ketika itu, Anwar Sadat mengarahkan agar beliau dan
beberapa pensyarah yang lain ditukarkan ke tempat lain kerana disyaki terlibat
dalam Ikhwan Muslimin.
Muhammad Khairat disifatkan oleh sebahagian pimpinan Ikhwan sebagai perancang
utama gerakan itu kerana pengalamannya yang luas dalam persatuan pelajar serta
kekuatan mental dan fizikalnya yang khusus ditujukan kepada Islam, justeru
beliau tiada menghadapi masalah walaupun terpaksa dipenjara sebanyak enam
kali.
Sumber DD : 14/04/2012
Ya Allah menangkanlah...Amin