Sunday, November 28, 2010

Setiap saat yang kita lalui adalah Taqdir daripada Allah SWT

bismillah....

JANGAN SEKALIPUN LUPA BAHAWA SETIAP DETIK YANG KITA ALAMI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA TAKDIR KITA


Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran. (Surah al-Qamar: 49) 

Sebagaimana yang dinyatakan didalam ayat diatas, setiap perkara ditentukan oleh Allah Yang Maha Berkuasa. Bagi Allah yang hanya perlu memerintah “kun (jadilah)” dan terjadilah ia, tidak hanya menentukan nasib manusia tetapi semua benda. Mereka yang benar-benar yakin dengan kebenaran yang mutlak ini tanpa sebarang syarat tunduk pada takdir yang Allah tentukan kepada mereka dengan hikmah yang tidak terbatas. Ingatlah sama ada secara sukarela atau tidak, semuanya berada dibawah kuasa Allah dan tunduk kepada-Nya.


Namun, manusia mempunyai banyak pemahaman yang salah berkaitan nasib. Pemahaman ini, terutamanya timbul daripada pelbagai pandangan sesat yang disuarakan tanpa memberi banyak pandangan/ fikiran terhadap perkara itu. Tambahan pula, mereka mengabaikan bahawa ini ialah sesuatu yang tidak disukai Allah. Mereka tidak menghindari daripada menggunakan slogan-slogan, lirik, puisi yang mengandungi maksud tersirat kepada penolakan takdir. Bukti kepada pemahaman yang salah ini seperti “mengatasi takdir” atau “menukar takdir”.


Mereka yang percaya kepada konsep ini menganggap harapan dan aspirasi mereka sebagai takdir dan dalam kegagalan mereka memahami bahawa itu adalah sekadar harapan, mereka mengganggap bahawa takdirnya telah gagal dilaksanakan sebagaimana yang ditentukan dan malah takdir itu telah ditukar. Pandangan yang tidak berasas itu adalah biasa di kalangan mereka yang gagal memahami takdir.
Takdir adalah ciptaan Allah dan pengetahuan yang tidak terbatas dari semua kejadian, baik masa lalu atau masa hadapan. Allah menciptakan masa dan ruang daripada sifar, mengawalnya dan Dia tidak terikat oleh masa dan ruang. Detik demi detik, setiap perkara halus yang berlaku, sudah atau akan berlaku, telah ditentukan di sisi Allah.


Jangan sesekali lupa bahawa Allaah menciptakan masa dan Dia tidak terikat dengannya. Oleh itu,  Dia tidak hanya melihat apa yang berlaku dan menunggu untuk mengetahui akibat-akibatnya. Pada pandangan-Nya, permulaan dan penghabisan sesuatu peristiwa, dan kedudukan masing-masing pada garis masa, sudah diketahui. Semuanya ditentukan dan terkandung di dalam takdir. Oleh itu, manusia tidak mempunyai kuasa untuk merubahnya. Sebaliknya, takdirlah  penentu terhadap manusia. Setiap saat dalam hidupnya terikat didalamnya. Bahkan seseorang tidak boleh melangkah keluar daripada takdirnya apalagi mengubahnya. Hal ini adalah sama dengan situasi seorang pelakon yang berada di luar video kaset dengan karaktor yang berbeza untuk memotong atau menambah adegan di dalam filem itu yang mana dia adalah pelakonnya. Situasi ini sememangnya tidak logik dan mustahil untuk difikirkan.


Jelas, ungkapan-ungkapan seperti “mengatasi takdir” atau “mengubah takdir” hanyalah cakap-cakap kosong sahaja. Ingatlah, seseorang yang mengatakan bahawa dia telah mengubah takdir sebenarnya mengatakan sesuatu dia sudah ditakdirkan untuk menyatakannya.


Sebagai contoh, seorang pesakit tidak mempunyai sedikit harapan pun untuk sembuh. Namun, apabila dia sembuh secara tidak diduga tidak bermaksud yang dia telah mengatasi takdir, atau tidak pula ia telah diubah oleh para doktor. Ia hanya menunjukkan bahawa waktu yang ditentukan untuknya mati belum tiba. Seperti perkara lain, ini juga ditentukan oleh Allah dan ia adalah sebahagian daripada takdir:

…Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seseorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam kitab (Luh Mahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah. (Surah Fatir: 11) 

Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya… (Surah Al ‘Imran: 145)

Terikat dengan waktu dan ruang, ia sangat sukar untuk kita memahami sepenuhnya takdir kerana Allah menciptakan kita dan takdir kita dan Dia tidak terikat dengan apa-apa. Apa sahaja yang berlaku kepada kita, percayalah bahawa Allah tidak terikat dengan masa atau ruang.

Terdapat suatu lagi faktor yang kita perlu ingat: Semua perkara yang ditentukan oleh Allah adalah memberi untuk kebaikan agama dan orang-orang yang beriman. Oleh itu, seseorang yang beriman selalu menunjukkan kesediaan untuk menghadapi perkara-perkara yang dilaluinya. Melupakan atau mengabaikan kenyataan bahawa semua situasi dalah hidup kita ditentukan oleh Allah ialah suatu yang sangat bahaya seseorang boleh lakukan pada dirinya. Ia boleh membawa tekanan. Walau bagaimanapun, sama ada seseorang menerima kenyataan ini atau tidak, ia tidak akan mengubah perkara yang telah ditakdirkan kepadanya; semua perkara adalah ditentukan oleh takdir:

Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Surah al-Hadid: 22)

Daripada ayat di atas jelas bahawa setiap perkara yang berlaku kepada seseorang telah ditentukan oleh Allah. Sama ada seseorang percaya atau tidak kenyataan ini, ia tidak akan merubah kenyataan ini. Semua perkara yang berlaku diatas muka bumi ini termasuklah kelahiran dan kematian seseorang berlaku dengan kehendak Allah pada masa yang telah ditentukan-Nya, tidak sedetik pun awal atau lambat.

Dialah Yang menciptakan kami dari tanah, sesudah itu ditentukannya ajal (kematianmu), dan ada lagi satu ajal yang ditentukan (untuk berbangkit) yang ada pada sisiNya (yang Dia sendirilah mengetahuinya)… (Surah al-An’am: 2) 

Oleh kerana tiada perkara yang berlaku diatas muka bumi ini atau di dalam diri seseorang tanpa kehendak Allah, maka kita perlu meletakkan kepercayaan kita kepada Allah. Di samping itu juga, inilah yang kecenderungan manusia:

Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakkal.” (Surah at-Tawba: 51) 

Sebagaimana yang dinyatakan didalam ayat ini Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan kebaikan dan keburukan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (Surah al-Anbiyaa: 35) 

Allah menguji orang-orang yang beriman dengan beberapa cara. Oleh itu, selain daripada perkara yang baik, perkara yang buruk juga berlaku kepada orang-orang beriman. Walau bagaimanapun, ingatlah, semua perkara yang diciptakan oleh Allah adalah yang terbaik:

…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah al-Baqara: 216)

Mereka yang beriman kepada Allah dan mengikuti jalan-Nya akan sentiasa berasa selamat dan tenteram dengan mengikuti takdir. Tiada apa yang menakutkan atau memberi tekanan kepada mereka yang percaya kepada takdir. Allah akan memberikan kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat kepada hamba-Nya yang beriman dan akan menempatkan mereka dibawah lindungan-Nya selagi mereka patuh kepada Allah.

Walau bagaimanapun, Allah tidak selalu menunjukkan kebaikan sesuatu perkara yang berlaku di atas muka bumi ini. Tetapi sesuatu yang dilihat seperti buruk sebenarnya akan membawa mereka mencapai ganjaran yang lebih baik di akhirat. Contohnya, orang yang beriman tidak berasa sedih dengan kesakitan yang dialaminya, malah dia melihat penyakit itu sebagai peluang untuk mendekatkan diri dengan Allah. Perkara yang paling penting untuk diingati ialah, Allah merancang segala perkara untuk melindungi hamba-Nya yang sebenar supaya mereka boleh mendapat ganjaran syurga.

Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan Al-Kitab (Al-Quran) dan Dia melindungi oang-orang yang soleh. (Surah al-A’raf: 196)

Mereka yang tidak pernah lupa bahawa terdapat hikmah dalam apa juga perkara yang berlaku keatasnya, akan merasai betapa dekatnya Allah didalam setiap langkah yang diambilnya. Kemana saja mereka berada atau apa saja yang dilakukannya, mereka tidak pernah lupa bahawa Allah mengetahuinya dengan baik sekali.
Oleh itu, jangan sesekali lupa bahawa semua perkara lampau atau akan datang, dengan semua perinciannya, direkodkan pada pandangan Allah, yang tiada perkara yang berlaku keatas manusia kecuali dengan kehendak Allah. Allah Maha Mengetahui tentang perbuatan kita, dimana saja kita berada atau apa saja yang kita lakukan dan kita semua terikat dengan takdir yang telah ditentukan kepada kita.

p/s: tawakal hanya pada Allah.... insyaAllah.


Saturday, November 27, 2010

Tanda-tanda Allah Mencintai Kamu.... :)

Bismillah....

ان أعطاك الله الدين و الهدى , فاعلم ان الله يحبك
Jika Allah memberi kepadamu Agama dan Hidayah,  Ketahuilah Allah mencintai kamu.

و ان أعطاك الله المشقّات و المصاعب و المشاكل فاعلم ان الله يحبك و يريد سماع صوتك في الدعاء
Jika Allah menguji kamu dengan musibah, ditimpa bala-bencana dan permasalahan Ketahuilah Allah mencintai kamu, Allah ingin mendengar suara rintihan mu di dalam doa.

و ان أعطاك الله القليل فاعلم ان الله يحبك و انه سيعطيك الأكثر في الآخره
Jika Allah hanya memberi sedikit padamu.. ketahuilah Allah akan memberi kamu lebih banyak di Akhirat kelak.

و ان أعطاك الله الرضا فاعلم ان الله يحبك وانه اعطاك اجمل نعمة
Jika Allah memberi kamu sifat Redha supaya kamu meredhainya  ketahuilah Allah mencintaimu, 
sesungguhnya Allah akan memberi kepadamu secantik-cantik nikmat.
 
و ان أعطاك الله الصبر فاعلم ان الله يحبك و انك من الفائزون
 Jika memberi kepadamu sifat sabar, sesungguhnya Allah mencintaimu dan kamu 
adalah diantara orang yang telah berjaya.
 
و ان أعطاك الله الاخلاص فاعلم ان الله يحبك فكون مخلص له
Jika Allah memberi padamu sifat Ikhlas didalam hati, ketahuilah Allah mencintaimu, sesungguhnya Allah menghendakki kamu Ikhlas hanya padaNya.

و ان أعطاك الله الهم فاعلم ان الله يحبك و ينتظر منك الحمد و الشكر
Jika Allah memberi padamu sifat duka, ketahuilah Allah mencintaimu dan sentiasa menunggumu ucapan Puji dan Syukur dari bibirmu.

و ان أعطاك الله الحزن فاعلم ان الله يحبك و انه يخـتبر ايمانك
Jika Allah memberi kekecewaan padamu, ketahuilah Allah mencintaimu dan Allah ingin menguji keimananmu..

و ان أعطاك الله المال فاعلم ان الله يحبك و لا تبخل على الفقير
Jika Allah memberimu harta, ketahuilah Allah mencintamu dan menghendakki kamu tidak bersifat bakhil kepada orang fakir.

و ان أعطاك الله الفقر فاعلم ان الله يحبك و اعطاك ما هو اغلى من المال
Jika Allah memberi kemiskinan kepadamu, ketahuilah Allah mencintaimu dan akan memberi kepadamu sesuatu yang lebih berharga daripada harta kekayaan.

و ان أعطاك الله لسان و قلب فاعلم ان الله يحبك استخدمهم في الخير و الاخلاص
Jika Allah memberi kepadamu Lidah dan Hati, ketahuilah Allah mencintaimu, maka gunakanlah kedua-dua kepada jalan kebaikkan.

و ان أعطاك الله الصلاة و الصوم و القرآن و القيام فاعلم ان الله يحبك فلا تكن مهملاً و اعمل بهم
Jika Allah memberi kepadamu solat, puasa, Al-Quran dan berjaga malam, ketahuilah Allah mencintai kamu, maka janganlah kamu melengah-lengahkanya, percepatkanlah tunaikanlah ianya dengan sempurna.

و ان أعطاك الله الاسلام فاعلم ان الله يحبك
Jika Allah menganugerahkan ISLAM kepadamu, ketahuilah Allah mencintaimu

ان الله يحبك , كيف لا تحبه ؟؟؟
Sesungguhnya Allah mencintaimu,,, Kenapa kamu tidak mencintai Allah???

ان الله أعطاك كثير فكيف لا تعطيه حبك ؟؟؟
Allah telah banyak memberi kepada mu.. kenapa kamu tidak mencintai Allah ???

الله يحب عباده و لا ينساهم .. سبحان الله
Allah mencintai Hambanya dan tidak pernah lupa pada hambaNya… Maha Suci Engkau Ya Allah….

لا تكن أعمى و أوجد حبّ الله في قلبك
Janganlah kamu buta dan Kecapilah nikmat kasih sayang Allah dalam hatimu.



( بَلَى مَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ وَاتَّقَى فَإِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ ) 
(آل عمران:76)
” Bahkan  Allah akan menunaikan segala janjinya dan bertaqwalah, sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaqwa kepadaNya”.

Thursday, November 25, 2010

Wahai Para Da'ie..... Man Da'ie? Ana?Anti?Anta? au Antum? au Nahnu?

Bismillah....

Kamu... mereka yang dikurniakan Allah nikmat ilmu Al-quran dan hadith.
Yang mengetahui apa yang tidak kami ketahui tentang agama kami sendiri.
Dengan itu, telah menjadi tanggungjawab kamu untuk menyebarkannya kepada kami.

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya." - Al-Baqarah, 42

Wahai para dai'e,
Dengarlah rintihan dan permintaan dari kami ini, agar kami boleh memahami apa yang telah menjadi pegangan kami selama ini. Kami tidak ingin jahil selamanya, kami punya semangat tapi kami memerlukan dorongan, sedikit anjakan dari kamu, dan peringatan agar kami tidak kembali lalai.

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." - Ali-Imran, 104

Wahai para dai'e,
Janganlah kamu sesekali merasakan diri kamu itu lebih hebat dan mulia daripada kami, kerana ianya hanya akan menyebabkan kami menjauhi kamu. Biarlah kami sendiri yang merasakan diri lemah dan jahil berbanding dengan kamu agar kami sentiasa mendekatimu untuk memperbaiki diri kami agar memperoleh keredhaan Allah.

"Zuhudlah terhadap apa yang ada di dunia maka Allah akan mencintaimu, dan zuhudlah terhadap apa yang ada di tangan mansusia maka manusia pun akan mencintaimu." - H.R Ibnu Majah dll dgn sanad hassan

Wahai para dai'e,
Berilah kami nasihat dan peringatan yang sesuai dengan tahap kemampuan iman kami, bersikap lembutlah terhadap kami,  bantulah kami membentuk aqidah kami, janganlah engkau menyeru kami untuk menunaikan ibadah-ibadah sunnah sedangkan ibadah wajib kami tinggalkan.

Jawablah soalan-soalan kami dengan bijak dan sertakanlah sedikit jawapan tambahan agar boleh kami mengambil pengajaran yang bermanfaat. Seperti mana Rasulullah SAW apabila baginda ditanya sama ada air laut itu boleh dibuat wudhuk atau tidak, baginda menjawab

"Laut itu airnya suci lagi menyucikan dan bangkai haiwannya halal" - H.R Malik, al-Syafi'e

Wahai para dai'e
Telah kamu ketahui tanggungjawabmu, maka tunjukkanlah kami teladan yang baik untuk kami ikuti. Janganlah kamu hanya menasihati kami dengan mulutmu, tetapi tidak dengan akhlakmu. Kita sendiri tahu bahawa Allah dan Rasul-Nya tidak suka perbuatan seumpama itu.

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?" - Al-Baqarah, 44

Dan, telah kamu wahai para dai'e, menjalankan tanggungjawabmu. Maka tibalah giliran kami untuk menyampaikan nikmat Allah ini kepada saudara kita yang masih tidak mengetahui. Dan semoga kita dirahmatiNya...

"Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya." - Ad-Dhuha, 11

 p/s: Sesiapa yang mengucapkan  kalimah "Laa ilaha illallah" maka mereka itulah da'ie
                           "DAKWAH ITU WAJIB"

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar? ~~fikirkan....

Bismillah....

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.


p/s: Jadilah wanita yang solehah, "sesungguhnya wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya.....DariNya kita datang kepadaNya kita dikembalikan.... insyaAllah(^-^)

Wednesday, November 24, 2010

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Bismillah....




Berzikirlah dengan penuh khusyuk iaitu sebut dengan lidah ingat dalam fikiran dan rasakan dengan hati. Apabila lidah,fikiran dan hati bersatu dalam zikir, pasti akan terasa betapa lazatnya mengingati Allah s.w.t. Kita akan dapat merasakan gelombang setiap lafaz zikir yang diucap mengalir masuk ke dalam hati dan menghasilkan satu rasa yang tidak tergambarkan


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Sem ua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
 

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kaji an yan g dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkata an yan g sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkata an yan g diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
 
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.


Alhamdulillah.....

Monday, November 22, 2010

Sentiasalah Berdoa kepada Allah

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)


ya Allah... ya Allah... ya Allah...
Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Moga semua dalam rahmat-NYA
insyaAllah
 

Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepdaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. (Surah al-A'raf: 55-56)

Jangan sesekali lupa bahawa Allah ialah Tuhan sekalian alam termasuklah diri kita dan hanya Dia Wali dan Penolong kita. Oleh itu, ingatlah apabila kita hendakkan sesuatu, mintalah daripada Allah.
Doa ialah salah satu daripada ibadah yang paling penting untuk membawa kita dekat dengan Allah. Sesuai dengan sifatnya, semua manusia perlu berasa untuk melakukan ibadah ini. Walaupun ia sangat penting dan seseuatu yang diperlukan dalam kehidupan mukmin, orang yang tidak beriman hanya melakukannya pada masa-masa susah. Pada masa itu, ia mungkin tidak akan diterima oleh Allah kerana apa yang disenangi Allah ialah untuk meminta pertolongan Allah baik pada masa senang ataupun susah, ini bermakna, pada setiap detik dalam kehidupan kita. Ini kerana, seseorang yang berdoa kepada Allah ialah orang yang mengakui kelemahannya di sisi Allah dan ketidakupayaanya dalam mencapai sesuatu kecuali dengan izin Allah.

Doa perlu diikuti dengan penyerahan diri kepada Allah. Seseorang yang berdoa meletakkan segala keputusan, sama ada senang atau susah kepada Pencipta dan Pentadbir alam. Memahami bahawa segala penyelesaian kepada sesuatu masalah atau mencegah daripada sesuatu perkara yang tidak diingini terletak pada Allah Yang Maha Berkuasa. Dia ialah sumber ketenangan dan keyakinan kepada orang-orang mukmin. Dengan berdoa kepada Allah dan menjadikanNya sebagai Wali kita, ia menanam perasaan aman dalam diri seseorang mukmin.

Walau bagaimanapun, kita perlu menjelaskan salah faham yang timbul: Berdoa hanya kepada Allah tidak bermaksud yang kita hanya duduk bersahaja, menunggu tanpa melakukan apa-apa. Seseorang perlu berasa yakin bahawa Allah yang berkuasa menentukan segala perkara. Dalam masa yang sama, dia perlu berusaha untuk menggunakan segala cara yang Allah sediakan untuk mencapai penyelesaian.

Seseorang yang ikhlas berdoa kepada Allah perlu melakukan “doa dengan tindakan”, sesuai dengan hukum yang ditetapkan oleh Allah. Apa yang dimaksudkan dengan “doa dengan tindakan” ialah dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang diinginkan. Sebagai contoh, memanfaatkan segala bentuk perubatan merupakan “doa dengan tindakan” kepada orang yang sakit untuk sembuh daripada penyakitnya. Berdoa kepada Allah untuk sembuh merupakan doa secara lisan. Oleh itu, doa dengan tindakan ialah asas kepada ibadah yang seseorang perlu sertakan bersama doa lisan itu.

Semasa berdoa, jangan sesekali lupa untuk berdoa dengan ikhlas dan kembali kepada Allah dengan perasaan rendah diri di dalam hati kita. Allah sangat dekat dengan kita, lebih dekat daripada urat saraf kita. Dia mengetahui dan mendengar segalanya. Doa ialah cara paling senang untuk kita berhubung dengan Allah. Tiada satu fikiran yang terlintas di minda dapat kita sembunyikan daripada pengetahuan-Nya.

Meskipun demikian, ramai yang tidak sedar bahawa Allah mengetahui doa dan keinginan setiap orang. Mereka fikir bahawa Allah hanya mendengar sesetengah daripada doa-doa itu sahaja dan jika Dia mendengarnya, Dia tidak memakbulkannya. (Sesungguhnya Allah adalah jauh daripada apa yang mereka sangkakan terhadap-Nya) Pendapat mereka adalah salah. Allah mengetahui segala fikiran kita, setiap perkataan yang akan diucapkan, dan Dia menjawab semuanya. Allah menarik perhatian kita kepada perkara ini didalam al-Quran dengan ayat berikut:

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqara: 186)

Oleh itu, ingatlah, sekiranya kita mahukan sesuatu, kita perlu berdoa hanya kepada Allah. Berhubung dengan Allah adalah senang. Manusia adalah gopoh secara semulajadi, malah sifat ini ditekankan didalam ayat: "Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (azab)Ku. Maka janganlah kamu minta kepadaKu mendatangkannya dengan segera." (Surah al-Anbiya': 37) Sifat tergesa-gesa ini kadang-kadang terserlah semasa kita berdoa. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, manusia selalu mengharapkan jawapan yang segera kepada doa-doanya.
Walau bagaimanapun, kita perlu ingat bahawa hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita. 

Kita dimaklumkan tentang hal ini di dalam al-Qur'an "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216) 

Sebab itulah, apabila seseorang meminta sesuatu daripada Penciptanya, walau apapun hasilnya, kita perlu senang dengan apa pun keputusan Allah kerana segala keputusan terletak pada Allah sahaja. Tidak semua yang kita inginkan baik untuk kita. Oleh itu, Allah menjawab doa kita, tidak dengan cara yang kita harapkan, tetapi dengan cara yang paling adil bagiNya. Ia barangkali untuk kita menjadi lebih bijaksana, Allah mempersiapkan diri kita, sehingga sampai waktu untuk kita melakukannya. Mungkin juga, Allah akan menggantikan permintaan kita dengan sesuatu yang lebih baik, tetapi ia juga adalah ujian kepada kesabaran dan keimanan kita.

Nasihat Nabi Muhammad (sollalahualaihiwassalam) kepada orang-orang beriman tentang cara berdoa kepada Allah adalah contoh terbaik kepada mukmin:
Apabila diantara kamu berniat untuk melakukan sesuatu, hendaklah dia berdoa: "Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya". (Muslim)

Sesungguhnya Allah mahukan kita sentiasa bersabar dalam berdoa:
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Surah al-Baqarah: 45) 

Jangan sesekali lupa bahawa bersabar dalam berdoa akan menyucikan seseorang mukmin, dan menambahkan kekuatan hati dan karakternya. Sebagai jawapan kepada doanya, seorang mukmin akan mencapai tahap rohani yang lagi tinggi, dan ini lebih berharga daripada perkara lain yang dia minta.
Walau bagaimanapun, mereka yang tidak menganggap Allah sebagaimana yang layak untuk-Nya, mempunyai keraguan di dalam hati dan dengan salah menganggap doanya tidak termakbul. Seorang mukmin walau bagaimanapun berasa yakin bahawa Allah mendengar doanya dan memakbulkannya dengan cara tertentu. Dia sedar sepenuhnya bahawa tiada satu perkara pun diluar kuasa-Nya dan semua benda yang berlaku mengikut nasib yang telah ditakdirkan.


Oleh itu, dia tidak mempunyai sebarang keraguan bahawa doanya akan dimakbulkan. Jangan sesekali lupa berdoa kepada Allah tanpa sebarang keraguan dalam mendapatkan bantuan Allah, yakin bahawa doa kita akan dimakbulkan. Tanpa mengira keadaan, yakinlah pada Allah kerana Allah mahu hamba-Nya berada dekat dengan-Nya. Ia mudah untuk Allah, yang menciptakan kita daripada setitis cecair dan menciptakan alam semesta daripada tidak wujud langsung, apatah lagi untuk menjawab doa kita. Maka, apa yang kita semua perlu lakukan ialah untuk berdoa kepada Allah dengan yakin dan sabar.

Doa ialah hubungan istimewa antara manusia dengan Allah. Seseorang itu berkongsi segala masalah dan keinginannya dengan Allah; dia memohon kepada-Nya. Allah yang mendengar semua doa tidak pernah membiarkannya tidak terjawab. Inilah sebabnya al-Qur'an tidak mengkhususkan hanya satu cara beribadah. Di dalam al-Qur'an, Allah berfirman kepada manusia “.... ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring...” (Surah an-Nisa': 103), yang bermaksud, seseorang boleh mengingati Allah dan berdoa kepada-Nya pada bila-bila masa dan dalam apa jua keadaan tanpa melakukan sebarang perbuatan tertentu atau berada di dalam majlis tertentu. Ini kerana, apa yang penting bukanlah keadaan luaran, tetapi keikhlasan seseorang.

Di samping itu, tempat-tempat tertentu tidak perlu dikhususkan untuk berdoa. Ingatlah bahawa kita boleh berdoa pusat membeli-belah, di jalan raya, di dalam kereta, di sekolah, di pejabat dan di mana-mana sahaja. Apa yang kita perlu lakukan ialah untuk mengosongkan minda kita daripada sebarang fikiran yang sia-sia dan merasakan betapa dekatnya Allah dengan kita.

Ingatlah, hidup tanpa doa mempunyai kekurangan pada Pandangan Allah. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam surah al-Furqan, ayat 77 "Tuhanku tidak mengendahkan kamu, melainkan kalau ada ibadatmu (berdoa) (Tetapi bagaimana kamu beribadat (berdoa) kepadaNya), padahal kamu sungguh telah mendustakanNya?" Sedar tentang kelemahan seseorang membuatkan dia disayangi Allah. Oleh itu, manusia perlu kembali kepada Penciptanya, mengakui kelemahan dirinya, dan meminta pertolongan hanya daripada Allah. Perbuatan-perbuatan lain akan bererti menunjukkan keangkuhan kepada Allah dan membawa kepada hukuman yang kekal di neraka.

Jangan sesekali lupa bahawa Allah Maha Pengasih. Sesiapa yang melakukan kejahatan dan selepas itu bertaubat akan mendapati bahawa Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih (Surah an-Nisa': 110). Maka ingatlah Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun dan berdoalah kepada-Nya dengan penuh harapan.

Tidak kira betapa besarnya kesalahan yang kita telah lakukan dan betapa menyesal terhadap perbuatan itu, ia bukanlah alasan untuk kita berputus asa daripada keampunan Allah. Oleh itu, betapa bersalahnya seseorang akan berasa, dia akan sentiasa mendapati Allah sentiasa mengampuni. Malah, al-Qur'an memberitahu kita hanya orang-orang yang tidak beriman yang berputus asa daripada rahmat Allah:
...Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari ahmat Allah, melainkan kaum yag kafir. (Surah Yusuf: 87) 

Walau bagaimanapun, jangan sesekali lupa bahawa tiada siapa yang boleh memberi jaminan yang dia layak untuk memasuki syurga. Tiada siapa yang selamat daripada hukuman Tuhannya. Oleh itu, apabila seseorang berdoa kepada Allah, dia perlu berharap kepada rahmat Allah, dan juga berasa takut untuk kehilangan keredhaan Allah.

Seperti mana dia berdoa dengan penuh kesungguhan untuk mendapatkan syurga, jadi dia haruS bersungguh untuk mengelakkan daripada neraka. Dalam kata lain, kerana takutkan neraka, dia berharap untuk mendapatkan syurga. Seseorang yang mengetahui kebesaran Allah, akan takut hukuman-Nya dan akan mengharapkan keredhaan-Nya. Oleh itu, dia akan berpaling kepada Allah dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. Dengan cara yang sama, seseorang yang menyerahkan diri kepada Allah, menjadikan Allah sebagai Wali dan Penolongnya, akan menyerahkan segala usaha dan kesusahannya kepada Allah. Sebagaimana kisah Nabi Ya'qoob yang berkata, "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya," (Surah Yusuf: 86), dia akan menyerahkan segala kesengsaraan dan permintaannya kepada Allah dan memohon pertolongan dan kebaikan daripada Allah sahaja.

Juga, ingatlah berdoa untuk mendapatkan nikmat di dunia sahaja adalah suatu bentuk ketidak ikhlasan. Objektif sebanar orang-orang beriman ialah syurga. Allah menganugerahkan nikmat dunia ini kepada mereka yang hanya mahukan dunia. Tetapi, mereka tidak akan mendapat balasan yang baik di akhirat sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Qur'an:

...Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia,” dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat. Dan di antara mereka ada orang yang berdoa, “ Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan Allah sangat cepat perhitunganNya. (Surah al-Baqarah: 200-202)

Pada masa susah, mereka yang jahil mengasingkan diri mereka dan kembali kepada Allah dengan berdoa. Namun, apabila mereka senang, dengan pantas mereka kembali kepada keadaan sebelumnya yang penuh kelalaian, seolah-lah mereka tidak pernah meminta kepada Allah. Mereka berpaling kepada Allah sebagai 'jalan terakhir'. Sifat tidak bersyukur ini dinyatakan didalam al-Qur'an:

Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkannya) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan. (Surah Yunus: 12)

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan, (belayar) di lautan. Sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan meluncurlah bahtera itu membawa orang-orang yang ada di dalamnya dengan tiupan angin badai, dan (apabila) gelombang dari segenap penjuru menimpanya, dan mereka yakin bahawa mereka telah terkepung (bahaya), maka mereka berdoa kepada Allah, dengan mengikhlaskan ketaatan kepadaNya semata-mata. (Mereka berkata): Sesungguhnya jika Engkau menyelamtkan kami dari bahaya ini, pastilah kami akan termasuk orang-orang yang bersyukur.” Maka tatkala Allah menyelamatakan mereka, tiba-tiba mereka membuat kezaliman di muka bumi tanpa (alasan) yang benar. Hai manusia, sesungguhnya (bencana) kezalimanamu akan menimpa dirimu sendiri: (hasil kezalimana) itu hanyalah kenikmatan hidup duniawi, kemudian kepada Kamilah kembalimu, lalu Kami khabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (Surah Yunus: 22-23)

Sebenarnya, tidak ada satu detik pun yang berlalu di mana manusia tidak memerlukan Allah. Oleh itu, jangan sesekali lupa untuk berdoa kepada Allah “...dengan rasa rendah diri dan takut, tanpa meninggikan suara, pada waktu pagi dan petang” (Surah al-A'raf: 55, 205). Ingatlah penghujung kepada mereka yang tidak berdoa kepada Allah ialah azab yang kekal didalam neraka.

Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepadaku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina.” (Surah Ghafir: 60)

wassalam.... ilmu untuk dikongsi... ^^,

Tuesday, November 16, 2010

11 Doa Malaikat....

Bismillah...

11 jenis manusia didoa Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman . Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan." 

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, dimana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagai mana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9 . Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah.


p/s: Peringatan. Solat itu wajib, jgn biarkan diri dimamah usia dengan kekosongan rohani. Isikanlah dengan zat-zat yang berguna. Sebaik-baik rumah adalah Syurga. Sewanya dibayar dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Seburuk-buruk tempat adalah neraka. Hindarkanlah dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Kubur yang luas kerana solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Kubur yang sempit kerana tidak solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Lakukan sebaik mungkin yang wajib, insyaalah yang sunat pun akan berkat. Amin.

Monday, November 15, 2010

Buat Insan Yang Diuji.....

Bismillah....

Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.

Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:

[klik pada ayat di bawah untuk lebih jelas] 
 

   Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).


Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.ahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah. Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:

[klik pada ayat di bawah untuk lebih jelas] 

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).

Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.  
 

Adab Memotong Kuku....

Bismillah....

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA:.
 
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya  rahmat daripada Allah Taala.

p/s:selamat beramal...

Thursday, November 11, 2010

7 Sunnah Nabi yang Perlu Dilakukan... insyaAllah

Bismillah....

Tujuh Sunnah Rasulullah yang perlu diamalkan ialah :
 

Solat Tahajjud

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara fadhilatnya :


  1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
  2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
  3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
  4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
  5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji. (Al-Isra : 79)
 

Membaca Al-Qur'an Sebelum Terbit Matahari

Membaca Al-Quran merupakan salah satu sunnah Rasulullah terutamanya membaca Al-Quran pada waktu sebelum terbitnya matahari. Besar pahala bagi orang yang mebaca Al-Quran dan mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan jangan dijadikan Al-Quran sebagai bacaan bacaan sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan dan membudayakan Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita. 

Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.” (Al-Isra : 9)
 

Jangan Tinggalkan Masjid

Solat yang lebih baik adalah solat berjamaah di masjid, kerana pahala orang yang solat berjamaah di masjid sangat besar dan pahalanya dikira pada setiap langkahnya ke masjid dan ia juga akan memperolehi pahala berjamaah sebanyak 27 pahala. 

Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
"Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu api menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api."

Jaga Solat Dhuha

Solat Sunat Dhuha adalah solat yang yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini banyak kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu rezeki dibuka dan dimurahkan rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir. 

Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
 

Jaga Sedekah

Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana Allah. Bagi orang yang rajin bersedekah, Allah akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang melimpah. 

Firman Allah yang bermaksud :
“Dan jangan sekali-kali orang-orang Yang bakhil Dengan harta benda Yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka Bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. bahkan ia adalah buruk bagi mereka. mereka akan dikalongkan (diseksa) Dengan apa Yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. dan bagi Allah jualah hak milik Segala warisan (isi) langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan Segala Yang kamu kerjakan. (mukjizat) Yang nyata dan Dengan (korban) Yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang Yang benar (dalam apa Yang kamu dakwakan itu)?" (Al-Imran : 180)
 

Jaga Wudhuk Terus Menerus

wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wuduknya akan disayangi oleh Allah. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib :
"Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
 

Istighfar Setiap Masa

Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. 

Firman Allah yang bermaksud :
“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” (Al-Anfal : 33)

Insan Sanjungan Allah

Bismillah...

Dari A'masy dari Abi Shalin dari Abu Hurairah dan dari Abi Said Al-Khudri dari Rasulullah SAW, Baginda bersabda:
" Sesungguhnya Allah SWT memiliki malaikat yang tinggal dibumi,. Jika mereka bertemu dengan golongan yang BERZIKIR kepada Allah SWT, mereka memanggilnya: " Ke marilah pada keinginanmu." Lalu mereka datang dan mengelilingi mereka ke langit.
Maka Allah SWT berfirman : " Apa perbuatan hambaKu pada waktu engkau tinggalkan mereka  ? ". Malaikat menjawab: " Kami tinggalkan mereka, mereka sedang memuji,  mengagungkan dan menyucikan Mu".
Allah SWT berfirman : " Apakah mereka melihatKu ? .
Malaikat menjawab : " mereka Tidak pernah ".
Allah SWT berfirman : " Bagaimana jika mereka melihat Ku?. "
Malikat menjawab : " Jika mereka melihat Mu , Ya Allah. Mereka akan lebih menyucikan Mu, akan lebih memuji Mu dan akan lebih mengagungkan Mu."
Allah SWT berfirman : " Dari bahaya apakah yang mereka memohon perlindungan ?."
Malaikat menjawab : " memereka memohon perlindungan daripada api Neraka."
Allah SWT berfirman : " Apakah mereka pernah melihat api Neraka ?."
Malaikat menjawab : "  Mereka tidak pernah melihat api Neraka."
Allah SWT berfirman : " Bagaimana jika mereka melihat api Neraka?."
Malikat menjawab : " Jika mereka melihat api Neraka pasti mereka akan lebih menjauhkan diri mereka daripada api Neraka."
Allah SWT berfirman : " Apakah permintaan mereka? ."
Malaikat menjawab : " Mereka memohon Syurga."
Allah SWT berfirman : " Apakah mereka pernah melihat Syurga."
Malaikat menjawab : " Mereka tidak pernah melihat Syurga."
Allah SWT berfirman : " Bagaimana jika mereka melihat Syurga ?."
Malaikat menjawab : " Jika mereka melihat Syurga pasti mereka bertambah rindu kepada Syurga."
Lalu Allah SWT berfirman kepada Malaikat : " Aku (SWT) bersaksikan padamu, bahawa Aku ( SWT) telah mengampuni dosa-dosa mereka ."
Nota :
Kitab Penenang Hati . m/s : 221

Monday, November 8, 2010

Kelebihan Surah Al-Mulk

bismillah...

Kelebihan Surah Al-Mulk

 (petikan dari http://nuursyifa.blogspot.com/2008/03/kelebihan-surah-al-mulk.html)..

 Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

“Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: “Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka.”

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”

2. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”

3. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”

4. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”

5. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”

7. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”

8. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

9. Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”

10. Saiyidina ‘Ali berkata: “Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”

11. Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”

12. Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”

Begitulah keadaannya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk.”
 p/s:Amalkanlah surah al-mulk

linkWithin

Related Posts with Thumbnails