Bismillah... Ya Rabbi layakkah kami meraih cintaMU... Ampuni hamba... Moga hidup kami dalam redhaMU.Aamiin Ya Allah.
Monday, May 31, 2010
Sunday, May 30, 2010
Seindah Dulu.....
Aku suka perasaan ketika di sekolah. Hening, ketika petang menyinsing, akan terasa damainya ketika senja menyapa.
Nurul Aiman. Sedap namanya, apatah lagi akhlaknya. Gadis yang sering aku kagumi dan pandang tinggi. Bukan gadis, muslimah sebetulnya. Aku selalu memerhati sikap dan perwatakan yang ada pada dirinya, dari jauh sudut di hati. Sikapnya yang tenang, tapi tegas dan berhikmah terhadap lelaki.
Wajahnya ayu lembut bertudung labuh menyentuh, menyerlah iman di dada. Sopan, terlalu sopan. Malah, tenang. Melihatnya kadang membuatkan aku terasa suka. Dalam hati, aku selalu menyimpan seribu perasaan.
Di hujung waktu persekolahan, aku beranikan diri. Aku tinggalkan secebis pesanan. Memercikkan warna perasaan bersama segunung harapan.
Balasnya,
"Majdi, cinta itu ungkapan yang penuh hikmah. Alangkah ruginya jika ia hanya layu di janji lemah. InsyaAllah, janji Allah senantiasa untukmu. Berharaplah, berdoalah.
Yang solehah itu untuk yang soleh.
Bersabarlah, tahan atas semua yang berpura-pura. Atas semua yang sementara. Jika itu yang terbaik, maka Allah akan bantu. Sampai sini, tinggalkan semua yang tak perlu. Terus, terus kejar demi yang satu. InsyaAllah, sampai jumpa lagi ya."
Hingga satu saat, yang pasti akan sentiasa aku ingat. Waktu anugerah Allah diberi untuk dapat aku bertemu. Tanpa sengaja, tanpa diduga. Bersama temannya. Dia membicara perlahan.
"Majdi, insyaAllah.Nurul akan ke Amerika. Mengambil bidang ekonomi di sana. InsyaAllah, mengembangkan islam di sana. Doakanlah ya." Dia menutur perlahan.
"Kenapa Amerika? Kenapa tidak belajar sahaja di Timur Tengah? Atau berbakti mengkaji di bumi kita sendiri. Bukankah Amerika itu tempatnya, kata mereka seakan neraka? Kenapa perlu menyinggah di sana?" Aku tertanya, hairan menerpa. Ingin tahu, amat ingin tahu.
Dia tersenyum.
"Tak mengapa. Di sana, ilmunya banyak. Di sana ilmunya hebat. Biarlah. InsyaAllah. Iman, Nurul akan cuba menjaga sebaiknya."
Waktu itu yang memang akan aku ingat. Sampai bila-bila.
*****************
Petang itu damai. Sedamai bunga yang asyik melambai. Sehingga aku kadang-kadang lalai melihat. Sungguh, Allah Maha Hebat.
Aku baru selesai membaca al-mathurat bersama rakan sepejabatku, Rahman di surau office. Dialah rakan seusrahku, dan dialah sahabat baikku. Alhamdulillah, bersamanya aku mudah untuk terus istiqamah membaca al-mathurat setiap hari.
"Majdi, jom makan!" Rahman mengajak.
"Isk, kamu ni. Asyik makan saja.." Aku menyakat. Ketawa sambil membetulkan blazer hitamku yang sedikit terkeluar. Blazer itu aku gandingkan dengan kopiah hitamku yang selalu aku pakai, sengaja cuba menampilkan imej muslim profesional.
"Haha. Nak buat macamana? Kan perlukan tenaga juga nanti nak buat kerja." Katanya sambil ketawa kecil.
Aku ketawa. Sudah sampai di sini rupanya perjalanan hidupku. Dari bertatih, hingga kini, di alam pekerjaan yang menuntutku berusaha gigih. Tak mengapa, umurku masih terlalu muda, kata orang, masih segak bila dipandang mata. Jika tidak kata orang, aku yang berkata begitu.
Village Muslim Cafe menjadi pilihan. Kopinya di situ memang enak. Terlalu enak malahan aku selalu terbuai, didodoi haruman baunya.
Aku melamunkan fikiran, berfikir tentang pelbagai perkara. Masa dulu, dan masa akan datang. Malah tanggungjawab yang semakin menebal. Biarlah, aku bahagia dengan semua ni. Cuma, kadang-kadang aku teringatkan seseuatu. Seseorang.
"Majdi.."
Sebuah suara yang amat ku kenal.
Amat-amat ku kenal.
Aku berpaling.
Tersenyum. Berdiri seorang wanita. Ayu, lembut perwatakannya. Dengan baju yang seakan gaun putih yang kembang di bawahnya, serta lipatan kain yang membentuk bunga yang amat kemas hingga ke hujung lengan, dia benar-benar kelihatan anggun bersama pakaian begitu.
Pakaian yang seakan-akan buatan Inggeris. Di tangannya tersemat beg bimbit berbunga merah berjalur putih krim, dia memegangnya dengan tangan ke hadapan.
Rambut lurusnya lembut menutupi telinga dan sebahagian muka. Kadang-kadang ditarik sedikit ke telinga saat disapa dan dibelai angin. Ayu.
Dia tersenyum manis. Amat manis.
Aku mengamati.
Dan rasa terus menerpa, meresap menjadi sendu.
Seakan tak percaya.
"Nurul.. Nurul Aiman..?"
"Ya, saya..." Dia membalas lembut.
Nurul tersenyum. Senyumannya bergula. Sama macam senyuman dia waktu aku kenal dahulu, sewaktu dia di sekolah 8 tahun lepas. Tapi kali ni lain. Senyuman dia berteman, ditemani dengan mahkota lurus rambutnya yang dirapikan. Seakan watak Apple dalam cerita 'Le Gardenie' yang pernah aku baca.
Aku berdiri, bangun dan menghadapnya, meraikan seorang yang sudah amat lama aku tidak jumpa. Sudah 8 tahun. Yang amat aku rindu sebenarnya.
Masing-masing terdiam.
"Ermm.. Awak apa khabar?" Nurul membuka bicara. Membuka ruang mesra.
"Err.. Alhamdulillah, saya baik. Awak?"
"Baik, Sihat alhamdulillah. Lama tak jumpa kan? Saya baru sampai ke Malaysia semalam.."
"Erm.." Aku mengangguk, tersenyum leret sedikit.
Terdiam lagi. Masing-masing kembali melayan perasaan. Aku pun tak tahu apa perasaan aku sebenarnya saat ini. Aku gembira sangat bila dapat bertemu, tapi aku juga seperti mahu mengalirkan air mata. Aku seperti terbayang wajahnya yang dahulu, dan dia yang di depan aku sekarang.
Nurul melihat jamnya.
"Majdi, saya minta diri dulu ya. Ada yang perlu diuruskan.." Dia berkata perlahan sambil menunduk, mengambil secebis kertas dan pen.
Menarik kembali rambut yang jatuh tersusun ke telinga.
"Ambil ni. Kita jumpa ya?" Dia menghulurkan.
"Minta diri, assalamu'alaikum..." Nurul menghadiahkan senyuman harapan, dan berpaling pergi.
"Restoran Zahrah
0.900 pm "
Aku melihatnya pergi. Berjalan penuh sopan dan berhati-hati. Aku terasa seperti mahu menghalangi waktu dari terus berjalan.
"Majdi?" Rahman memanggil, mematikan lamunan.
"Siapa tadi?"
"Owh, tak ada siapalah. Kawan lama je.. Nanti aku cerita ya.." Aku membalas, kemudian menghirup nafas dalam-dalam. Amat dalam.
Nurul Aiman...
**********
Pen Parker berwarna silver itu dipusing-pusingkan di atas buku kerja hitamnya. Membentuk alur tulisan yang kadang dia sendiri tak faham. Ntah apa yang dituliskan, Majdi pun tak tahu.
Dia sekarang berada di pantai Teluk Cempedak. Duduk melayan perasaan di atas kerusi kayu yang disediakan, di bawah pokok ru yang melindungi lembut. Menghadap laut yang berombak damai.
Majdi duduk termenung. Dia seakan ingin menangis, terlalu sebak dan sedih hatinya. Dia masih teringat Nurul yang satu ketika dahulu sopan manis dalam tudung labuhnya, langsung berubah kepada yang kini tetap anggun dan sopan, tapi dalam keadaan yang amat berbeza.
Dia masih tergamam, terkedu dengan apa yang berlaku hari ini. Hati nuraninya benar-benar sedih.
"Apakah yang menyebabkan dia berubah? Apakah pendirian dia yang dulu, aku amat kagum, sudah benar-benar bertukar..?" Fikirnya dalam hati.
Dia diam. Sengaja biarkan angin menderu, sekurang-kurangnya menghiburkan apa yang ada di jiwa.
"Kadang-kadang tak semua perkara yang kita suka, kita akan dapat Majdi.. " Rahman menyentuh bahunya perlahan, tersenyum.
Majdi mendongak.
"Rahman.." Majdi tersenyum. Rahman selalu begitu, hadir ketika sahabatnya berduka.
"Kerana itu kita tak boleh melepaskan ikatan kita bersama jemaah, bersama rakan-rakan, bersama ukhuwwah, bersama iman. Kadang-kadang, kita rasa diri kita kuat. Mampu untuk berdiri dengan sendiri. Tapi bila berseorangan, kita tak pernah mampu sebenarnya.."
Majdi tahu, Rahman merujuk kepada apa yang berlaku pada Nurul Aiman.
"Tapi, tak semestinya kita perlu berubah kan?" Majdi bertanya. Bertanya dalam hampa sebenarnya.
"Tak apa, bertanyalah, orang seperti mereka selalu rasa tak difahami. Dan kita selalunya tak mengetahui apa yang berlaku.. moga kita tak tak diuji seperti mereka.."
"Allah.. Tak pernah menguji hambaNya.. Melainkan mereka benar-benar mampu. Untuk kamu, dia, dan aku juga.." Perlahan Rahman mengulas lembut, memberikan satu keyakinan.
"Ya.." Majdi mengangguk faham, kemudian mengukir senyum perlahan. Dan malam ini, dia akan cuba sampaikan. Dari hatinya.
*********
Restoran Zahrah. Restoran tepi laut yang amat terkenal di Pahang. Bukan sahaja masakannya yang enak, malah susunan dan rekaan dalaman yang berjaya didekorasikan dengan amat baik sekali.
Meja-meja berwarna coklat keperangan di dalam restoran itu dihiaskan lagi dengan bekas kaca yang diletakkan di atasnya. Di dalam bekas kaca itu, terdapat coklat Forrero Rocher yang amat terkenal. Menambahkan lagi suasana dan rasa yang sedia ada.
Dan di hujung penjuru, kelihatan seorang wanita duduk menunggu. Dia mengenakan kemeja putih berlengan panjang berjenama Vincci, berlipat bunga di bahu dan leher. Dipadankan dengan skirt labuh hitam hingga ke bawah kaki. Wajahnya redup ditiup angin laut yang lalu dari tingkap yang sengaja dibuka.
Majdi masuk. Mencari-cari wajah yang dinantikannya. Nurul mengangkat tangannya yang gemalai, melambai perlahan.
"Silalah.." Nurul mempelawa mesra. Di sebelahnya di temani kakaknya. Juga berwajah hampir sepertinya, cuma kening lebih kecil dan dagu yang lebih runcing. Bertudung dan mengenakan kebaya berwarna krim cair.
Aku duduk, menghadap Nurul. Juga di sebelah tingkap yang terbuka. Di kejauhan, kelihatan bot-bot nelayan dan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan.
"Erm, akak pergi ambil angin di luar kejap ya.." Kakaknya bangun, menunduk meminta diri dan berjalan keluar.
Masing-masing diam.
"Dah lama kita tak jumpa kan? Dah 8 tahun? Macamana kehidupan awak? Ok?.." Dia membuka perbualan sambil tersenyum.
"Alhamdulillah, beginilah.. Banyak benda yang dah berubah kan?"
Dia tertawa kecil.
" Everything is changed Majdi.."
"Tapi.."
"Tapi? "
"Tapi awak berubah terlalu banyak Nurul.."
"Erm.."
Nurul diam. Memalingkan wajah ke tingkap, melemparkan pandangan jauh ke laut. Amat jauh.
*********
"What are you doing with your frankly veil in this 'cold' class Nurul?"
Hahahaha!
Bederai satu kelas ketawa. Wajah Nurul menjadi merah menahan malu. Malu yang amat. Dan itulah dia di hari pertama kuliahnya di Universiti Califonia, Amerika Syarikat.
Begitu juga hari-hari berikutnya. Dia rasa semakin dipulaukan. Hanya kerana tudung yang dipakai. Pernah, dia cuba mencari teman meluahkan perasaan. Tapi apalah sangat yang dapat diluahkan jika semua kawan sepengajiannya dari Malaysia tidak ada yang bertudung.
"Ala, kau buka je lah. Mesti diorang senyap.."
"Erm, kau pun cantik. Kalau tak pakai tudung mesti lagi cantik.."
"Kita kat negara orang, bukan di Malaysia lagi.. Kena ikut cara orang lah.."
Dia menangis. Terasa berat keadaan yang menekan. Dengan kehidupan, dan perasaan yang tidak stabil. Pelajaran juga entah ke mana. Dia terngiang-ngiang kata-kata sahabatnya dulu.
"Kenapa Amerika? Kenapa tidak belajar sahaja di Timur Tengah? Atau berbakti mengkaji di bumi kita sendiri. Bukankah Amerika itu tempatnya, kata mereka seakan neraka? Kenapa perlu menyinggah di sana?"
Dia seakan-akan masih terdengar persoalan itu di benaknya.Pernah dia berhasrat untuk berpindah universiti. Tapi mengenangkan ibu bapanya yang bersusah payah semasa dia memohon ke sini, dia cuba menabahkan diri.
Sendiri. Terasing.
Hingga satu hari, pernah dia berjumpa dengan seorang pensyarah di situ. Dengan tujuan ingin membuat rundingan atas subjek yang amat kurang difahaminya.
Tanpa memandang wajahnya, lecturernya berkata. Kasar.
"As long as you still with your veil.. I don't wanna speak with u.."
Nurul terkedu. Tak sangka hingga tahap ini dia diperlakukan. Tak tahu apa yang dibenci sangat hingga jadi diskriminasi sebegini.
Dia jadi lemah. Dia seakan sudah hilang arah. Dia menangis semahu-mahunya. Dia benar-benar tertekan.
Amat-amat tertekan.
Dan esoknya..
Hadir seorang wanita, berambut lurus dan tersisir kemas. Memasuki kelas sambil melangkah malu..
***********
"Kembalilah kepada Nurul yang pernah saya kenal dahulu.."
Nurul berpaling, tersenyum lesu, memandang aku dalam-dalam, penuh makna.
"Ia tak semudah yang difikirkan Majdi.."
"Seandainya, saya dapat memutar masa kembali..."
Nurul mengeluh lesu.
"Awak masih ada masa, Nurul.." Aku tersenyum.
"Awak tahu Nurul. Wanita, ibarat coklat."
Majdi mengambil Ferrero Rocher di dalam bekas kaca di atas meja. Mengambil dua. Membuka satu. Plastik kuning keemasannya di buka sebaiknya.
"Coklat?"
"Ya, coklat. Coklat yang disimpan rapi. Terjaga. Yang senantiasa indah dan cantik dalam balutannya. Campaklah walau ia di manapun. Dan pasti, semua orang mengagumi dan menginginkannya..."
Majdi kemudiannya menjatuhkan keduanya ke lantai.
"Semakin ia berbalut, semakin ia terjaga. Dan seandainya diberi pilihan antara coklat yang sedia berbalut dengan coklat yang terbuka dan terjatuh. Pasti orang akan memilih.."
"Pasti orang memilih yang berbalut kan? Kerana yang terbuka itu sudah dicemari, sudah kotor, sudah tak berharga. Kan?" Nurul menjawab. Terus menunduk.
Riak wajahnya bertukar mendung.
"Dan saya adalah coklat yang kotor itu.." Wajahnya hampir menangis.
Aku tersenyum.
"Ya, mungkin orang akan pilih yang berbalut."
Aku kemudiannya mengambil coklat yang jatuh lalu kuletakkan di atas meja.
Aku tersenyum lagi.
"Tapi saya lain. Saya akan mengambil coklat yang lagi satu. Saya akan ambil dan saya akan basuh balik sebersih-bersihnya. Saya akan balut semula sekemas dan secantiknya. Dan selagi masih hidup, selagi punya masa. Saya akan menjaganya sebaik-baiknya sampai bila-bila.."
Nurul mengangkat kepala. Seakan tidak percaya.
Dan air mata pun mengalir..
SUMAYYAH Lambang Pengorbanan Sejati...
"SUMAYYAH Khayyat adalah wanita pertama syahid pada jalan Allah sebelum hijrah. Pengorbanan beliau adalah simbol kebesaran Islam dan menjadi teladan kepada semua umat.Sumayyah hidup sebatang kara dan menjadi hamba kepada Abu Huzaifah al-Mughirah, hartawan Bani Makhzum yang terkenal. Beliau adalah isteri kepada Yasir, pedagang yang datang ke kota Makkah untuk mencari saudaranya yang hilang. Saudara yang dicari Yasir tidak ditemui lalu dia mengambil keputusan untuk terus menetap di kota Makkah kerana terpegun dengan kemakmuran di situ. Namun disebabkan kehidupan di kota Makkah yang mengutamakan hidup bersuku-suku, Yasir akhirnya meminta perlindungan daripada Bani Makh-zum. Kemudian, Yasir ditempatkan di bawah jagaan Abu Huzaifah yang turut menjaga Sumayyah. Akhirnya, Yasir dikahwinkan dengan Sumayyah dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ammar dan Ubaidullah. Lama-kelamaan, kedua-dua anak mereka meningkat dewasa, manakala umur Sumayyah serta suaminya pula kian bertambah. Pada permulaan Islam, dakwah Islamiah yang dibawa Nabi Muhammad menarik perhatian segelintir masyarakat Arab Jahiliah. Sinar Islam yang dibawa Nabi Muhammad turut membuatkan salah seorang anak Sumayyah, Ammar untuk mendalaminya. Justeru, beliau memeluk Islam lebih-lebih lagi selepas tertarik dengan ajarannya yang tidak membezakan darjat antara manusia. Sesudah itu, Ammar berusaha menyebarkan dakwah Islam kepada keluarganya lalu akhirnya mereka turut memeluk Islam tanpa syak wasangka. Bagaimanapun, sikap golongan Quraisy yang rata-rata menyembah berhala agak lantang terhadap Islam. Mereka memusuhi Islam yang dibawa Rasulullah dan menyeksa mana-mana individu yang memeluk agama itu. Mereka amat berharap agar kaum Muslimin kembali kepada agama nenek moyang. Walaupun diugut oleh golongan Musyrikin, Sumay-payah langsung tidak gentar sebaliknya menegaskan kebenaran Islam yang dianutinya. Baginya, pilihan itu adalah tepat dan benar. Peristiwa Sumayyah memeluk Islam turut diketahui Bani Makhzum. Akibatnya, Sumayyah dan ahli keluarganya ditangkap serta diseksa termasuk dijemur di bawah pancaran cahaya matahari. Mereka diseksa dengan kejam tanpa belas kasihan daripada orang kafir itu. Seksaan Sumayyah lebih teruk lagi di mana beliau ditabur dengan pasir yang panas dan diletakkan batu besar di atas tubuhnya. Namun, keimanan beliau kepada Allah mengatasi segala-galanya dan beliau tidak pernah merintih kesakitan. Sebaliknya, perkataan yang keluar dari mulut beliau hanya ‘Ahad! Ahad! Ahad!’ (Allah Yang Satu)’. Keadaan itu menambahkan lagi kemarahan Bani Makhzum dan mereka terus menyeksa Sumayyah agar kembali kepada agama asal. Sumayyah dan keluarga tetap tidak berganjak daripada keputusannya walaupun diseksa dengan kejam. Semua penduduk Makkah menyaksikan penyeksaan itu, namun tidak ada yang mampu berbuat apa-apa kerana takutkan ancaman Bani Makhzum. Rasulullah yang melintasi tempat itu bersimpati dengan nasib Sumayyah dan keluarganya. Lalu Baginda bersabda: “Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya janji kamu nanti adalah di syurga”. Kewibawaan Sumayyah kian terserlah sebaik saja mendengar kata-kata Rasulullah. Iman beliau kian bertambah kerana janji yang diucapkan Baginda adalah benar. Lagi pun Sumayyah hanya seorang wanita dan tidak mampu menghalang seksaan itu, namun beliau tetap tabah menghadapinya. Sesungguhnya, ketabahan yang ditonjolkan Sumayyah amat mengagumkan umat Islam. Malah, Bani Makhzum berasa tercabar dengan ketabahan beliau dan merasa amat benci. Kemudian, Abu Jahal, terus memujuk Sumayyah agar kembali ke agama asal mereka namun ia tidak diendahkan Sumayyah. Kata-kata yang disebut Sumayyah melukakan hati dan menghilangkan kesabaran Abu Jahal lalu menikam pangkal dada Sumayyah dengan pedangnya tanpa perasaan simpati. Sumayyah akhirnya terkorban dan peristiwa berkenaan disaksikan seluruh penghuni kota Makkah ketika itu. Suaminya, Yasir turut terkorban selepas kematian Sumayyah. Syiar Islam yang dipegang oleh Sumayyah melambangkan kebenaran dan kebesaran Allah. Selepas kematian Sumayyah, orang Islam di kota Makkah berhijrah ke Madinah dan membuka era baru dakwah Rasulullah. Pembunuh Sumayyah iaitu Abu Jahal akhirnya menemui ajal dalam Perang Badar selepas bertarung dengan tentera Islam. Sesungguhnya, peristiwa kematian Sumayyah adalah lambang pengorbanan sejati dan menjadi semangat kepada seluruh umat Islam." |
Thursday, May 27, 2010
11 JENIS MANUSIA DI DOA MALAIKAT........
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
11. Orang yang sedang melawat orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
p/s: Semoga kita tergolong dalam golongan yang didoakan oleh malaikat.Insyaallah.
Sumber: Harian Metro
MUSLIMAH...Moga Dikau Bahagia..
Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.
Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-norma nya dan menyucikan jiwanya.
Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.
***
Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi RabbNya.
Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut,kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutanNya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.
Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.
Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.
Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.
Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah, diammu adalah berfikir.
Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.
Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.
Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.
Glosari:
1) Ibrah: peringatan,pengajaran
Hanya Buat Kumbang Sakti....???
Bunga mekar di taman larangan
Elok kelopaknya, elok harumannya
Dijaga rapi Sang Penjaga
Dihias tertib tiada tercela
Aku menyaksikan bunga itu kembang
dan aku juga menyaksikan bunga itu layu.
Lantas! Siapa yang harus kupersalahkan?
Bunga itu? Atau kamu sang kumbang?
Atau kamu?
Tika bunga itu mula menjalar indah ke hentian tertinggi,
kau datang merampas langkahnya.
Kau datang menghalang Cintanya.
Ya!
Kamu datang menghalang cintanya
pada Raja Segala Cinta.
Masakan tidak kamu ketahui?
Cintanya itu milik Raja Segala Cinta!
Kamu tahu itu?
Kamu sedar itu?
Bukankah kamu kumbang sakti?
Mengapa tegar untukmu
merampas dan merosak cintanya pada Si Dia?
Kamu datang membawa sejuta janji
Kamu datang membawa sejuta pengharapan
Dia itu bunga, wahai kumbang.
Dia itu bunga.
Disentuh oleh tangan asing, layulah dia
Dibuai cerita angkasa melangit, terbanglah dia.
Jangan kau gantung dia tiada bertali
Jangan kau biarkan dia lemah tiada hati
Jika benar kamu kumbang sakti, bunga itu tidak perlu tersungkur.
Petiklah dia.
Secepatnya.
Lekas! Jangan sampai bunga itu hilang seri
Saktimu dan serinya akan mengembalikan cahaya alam buana ini.
Bukankah itu ajaran Rasul kita?
Bukankah itu mengelakkan kemurkaan Tuhan kita?
Dari kamu berterus-terusan menghentak kaki, ego tiada bertepi, lekaslahhh..
Petik bunga itu dan berlarilah kamu di syurga nanti
Aku sayangkan bunga
dan kamu wahai kumbang
Cinta mana yang harus kusumpah menjadi racun?
Cinta yang membuatkan bunga dan kumbang tenggelam di alam fantasi.
Siramkan air dan baja
Mentari! Pancarkan cahaya!
Sempurnakan ia mengikut acuan yang sudah ditetapkan
Jangan diambil racun berbisa andai taman syurga bisa jadi milik kalian berdua
Petik dia.
Mohon petunjuk Raja Segala Cinta
Minta restu kedua orang tua
Dan aku mendoakan sentiasa
bukan aku memaksa.
tapi aku terpaksa
sampai bila harus kau biarkan bunga itu terkulai di situ?
dia perlukan jawapan.
petik dia secepat yang kau mampu kumbang..
andai bunga itu yang hadir dalam petunjukNya
andai bunga itu yang tersenyum indah dalam mimpimu
andai kamulah kumbang sakti itu..
buktikan pada dunia kamu punya kuasa itu
Allah akan mempermudahkan segalanya.
Janji Allah itu pasti
^-^
*Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan
yang dikehendakiNya. *
[At-Talaq:2-3]
Elok kelopaknya, elok harumannya
Dijaga rapi Sang Penjaga
Dihias tertib tiada tercela
Aku menyaksikan bunga itu kembang
dan aku juga menyaksikan bunga itu layu.
Lantas! Siapa yang harus kupersalahkan?
Bunga itu? Atau kamu sang kumbang?
Atau kamu?
Tika bunga itu mula menjalar indah ke hentian tertinggi,
kau datang merampas langkahnya.
Kau datang menghalang Cintanya.
Ya!
Kamu datang menghalang cintanya
pada Raja Segala Cinta.
Masakan tidak kamu ketahui?
Cintanya itu milik Raja Segala Cinta!
Kamu tahu itu?
Kamu sedar itu?
Bukankah kamu kumbang sakti?
Mengapa tegar untukmu
merampas dan merosak cintanya pada Si Dia?
Kamu datang membawa sejuta janji
Kamu datang membawa sejuta pengharapan
Dia itu bunga, wahai kumbang.
Dia itu bunga.
Disentuh oleh tangan asing, layulah dia
Dibuai cerita angkasa melangit, terbanglah dia.
Jangan kau gantung dia tiada bertali
Jangan kau biarkan dia lemah tiada hati
Jika benar kamu kumbang sakti, bunga itu tidak perlu tersungkur.
Petiklah dia.
Secepatnya.
Lekas! Jangan sampai bunga itu hilang seri
Saktimu dan serinya akan mengembalikan cahaya alam buana ini.
Bukankah itu ajaran Rasul kita?
Bukankah itu mengelakkan kemurkaan Tuhan kita?
Dari kamu berterus-terusan menghentak kaki, ego tiada bertepi, lekaslahhh..
Petik bunga itu dan berlarilah kamu di syurga nanti
Aku sayangkan bunga
dan kamu wahai kumbang
Cinta mana yang harus kusumpah menjadi racun?
Cinta yang membuatkan bunga dan kumbang tenggelam di alam fantasi.
Siramkan air dan baja
Mentari! Pancarkan cahaya!
Sempurnakan ia mengikut acuan yang sudah ditetapkan
Jangan diambil racun berbisa andai taman syurga bisa jadi milik kalian berdua
Petik dia.
Mohon petunjuk Raja Segala Cinta
Minta restu kedua orang tua
Dan aku mendoakan sentiasa
bukan aku memaksa.
tapi aku terpaksa
sampai bila harus kau biarkan bunga itu terkulai di situ?
dia perlukan jawapan.
petik dia secepat yang kau mampu kumbang..
andai bunga itu yang hadir dalam petunjukNya
andai bunga itu yang tersenyum indah dalam mimpimu
andai kamulah kumbang sakti itu..
buktikan pada dunia kamu punya kuasa itu
Allah akan mempermudahkan segalanya.
Janji Allah itu pasti
^-^
*Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan
yang dikehendakiNya. *
[At-Talaq:2-3]
Buatmu bunga,
dan bunga-bunga yang sedang mekar di taman-taman yang lainnya,
aku punya hadiah buat kalian..
Karya Asal : daffodil
Adaptasi artikel : Wanita Suci In Asih Retno
Bacaan lanjut : Tidak Mahu Fikirkan Fasal Cinta Adakah Patut?
***
Kosa Kata
Akhawat = Muslimah
Ikhwan = Muslimin
dan bunga-bunga yang sedang mekar di taman-taman yang lainnya,
aku punya hadiah buat kalian..
(Surat Terbuka Seorang Ikhwan untuk Seluruh
Akhwat di Dunia)
Ukhtifillah,
Mungkin aku memang tak romantis tapi siapa
peduli?
Kerana itu kau tak mengenalku dan memang tak
perlu mengenalku.
Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakanmu
dengan bunga terindah sekalipun.
Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah,
tersempurna dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu,
karenanya kau tak membutuhkan persamaan.
Ukhtifillah,
Jangan pernah biarkan aku manatapmu penuh,
kerana akan membuatku mengingatmu.
Bererti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu.
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap
dinding khayalku.
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa,
sesemangat mentari.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku
yang masih penuh Lumpur.
Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci.
Ukhtifillah,
Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan
mimpi tak berujung.
Ada ingin tapi tak ada henti.
Menyentuhmu merupakan ingin diri, berkelebat
selalu, meski ujung penutupmu pun tak berani
kusentuh.
Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku
karena sucimu kaupertaruhkan.
Mungkin kau tak peduli
Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku
bila kau kalah.
Dan tak lebih dari wanita biasa.
Ukhtifillah,
Jangan pernah kautatapku penuh
Bahkan tak perlu kaulirikkan matamu untuk
melihatku.
Bukan kerana aku terlalu indah, tapi kerana aku
seorang yang masih kotor.
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah
burukku, mengenakan pakaian sutra emas.
Meniru laku para rahib, meski hatiku lebih kotor
dari Lumpur.
Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kau
termanipulasi.
Kerana kau itu hanya manusia-hanya wanita.
Ukhtifillah,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang
dengan sepenuh hati membawamu kehadapan
Tuhanmu.
Untuknya dirimu ada, itu kata otakku, terukir dalam
kitab suci, tak perlu difikir lagi.
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam
rangkaian khitbah dan akad yang indah.
Atau kejar sang lelaki suci itu, karena itu adalah
hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah.
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir
dalam kitab suci.
Ukhtifillah,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas.
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu,
mungkin sekarang atau nanti,
bahkan mungkin tiada sampai kau mati.
Mungkin itu berarti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini.
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu,
yang kau bangun dengan segala kekhusyu'an
tangis do'amu.
Ukhtifillah,
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu
pilihan-Nya.
Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang
terpilih itu, melainkan pada jalan yang kaupilih,
seperti kisah seorang wanita sudi di masa lalu
yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak
pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi.
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta
dalam setiap denyut nadi kita.
---
jika Allah sudah meredhainya,
petiklah bunga itu wahai kumbang sakti
moga sayap kiri itu akan membantu dirimu di atas jalan ini
Karya Asal : daffodil
Adaptasi artikel : Wanita Suci In Asih Retno
Bacaan lanjut : Tidak Mahu Fikirkan Fasal Cinta Adakah Patut?
***
Kosa Kata
Akhawat = Muslimah
Ikhwan = Muslimin
Yang Takkan Berlalu Pergi
Bismillah
Allah Yang Menguasai Perjalanan Langit Dan Bumi.
Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya
lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan,
maka dia akan berkata:
"Tuhanku telah memuliakanku"
lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan,
maka dia akan berkata:
"Tuhanku telah memuliakanku"
Adapun bila Tuhannya mengujinya
lalu membatasi rezekinya maka dia berkata:
"Tuhanku menghinakanku"
lalu membatasi rezekinya maka dia berkata:
"Tuhanku menghinakanku"
[Al Fajr 89:15-16]
Jangan begitu sayang
Allah Tahu Apa Yang Terbaik Untukmu.
Diwajibkan atas kamu berperang,
padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui
padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui
[Al Baqarah 2:216]
Akan ada yang datang
Dan akan ada yang berlalu pergi
Manusia itu akan datang dan pergi
Harta benda itu akan datang dan pergi
Kesedihan itu akan datang dan pergi
Masalah itu akan datang dan pergi
...
...
...
Tapi ...
Ada juga yang datang
Dan takkan pernah sesekali berlalu pergi
Siapa?
...
...
...
Allah, sayang.
Allah.
Allah akan tetap di situ
Sekalipun kamu melupakannya.
Allah takkan pernah meninggalkanmu dan takkan pernah berpaling darimu
Allah akan terus memerhatikan.
Ya!
Allah akan terus memerhatikan.
Allah akan terus memerhatikan.
Setiap gerak gerimu,
Setiap ucap kata dari bibirmu,
Pekerjaan yang kamu utamakan melebihi diriNya,
Dan bagaimana kau sandarkan cintamu pada manusia yang belum halal buatmu
Allah ada untuk setiap masa
Kapan sahaja yang kamu mahu
Kembali padaNya ya sayang
Allah sedang menantimu
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku,
maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat.
Aku mengabulkan permohonan
orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku,
maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku)
dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku,
agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat.
Aku mengabulkan permohonan
orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku,
maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku)
dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku,
agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
[Al Baqarah: 186]
jangan biar sampai Allah murka pada kita
Wednesday, May 26, 2010
Wahai Wanita....Antara Dua
Wahai wanita tidak bertudung,
Sungguh cantik alunan rambut mu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.
Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.
Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik alas kepala mu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah lah bentuk tubuh,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada.
Wahai wanita bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa.
Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh,
Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.
Dengarlah wahai wanita..
Sahutlah seruan ini..
Sungguh cantik alunan rambut mu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.
Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.
Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik alas kepala mu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah lah bentuk tubuh,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada.
Wahai wanita bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa.
Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh,
Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.
Dengarlah wahai wanita..
Sahutlah seruan ini..
Duhai Mujahid Bergelar Hamba...
Duhai insan bergelar hamba,
Ketahuilah hidup ini tidak selalu tenang,
Hidup ini tidak selalu senang...
Adakalanya,
Hidup ini sering bergolak,
Hidup ini sering dilambung ombak...
Duhai insan bergelar hamba,
Ketahuilah, hidup ini telah ditentukan,
Hidup ini dirancang Tuhan...
DIA maha mengetahui segalanya,
DIA arif tentang ciptaanNya...
Duhai insan bergelar hamba,
Usah dipertikai segala ketentuan,
Usah dipersoal segala takdir Tuhan,
Usah dirungut segala perancangan...
Tempuhilah kehidupan dengan redha,
Hadapilah segala fitnah manusia,
Harungilah segala fitrah dunia,
Laluilah segala dugaan dariNya...
Gagahi diri dengan keimanan,
Perkasakan diri dengan ketaqwaan,
Kuatkan diri dengan Al-Quran,
Yakinkan diri dengan janji Tuhan...
Duhai mujahid,
Yang impikan mardhatillah,
Usah gentar,
Usah gusar,
Usah sedih,
Usah menangis,
Usah kecewa,
Usah terkesima...
Berjalanlah di bumi ini,
Dengan keyakinan yang mantap.
Bergeraklah di bumi ini,
Dengan keimanan yang kuat.
Berlarilah di bumi ini,
Dengan ketaqwaan yang sebenar.
Jangan!
Jangan ditangisi apa yang terjadi.
Jangan dikesali apa yang menimpa,
Jangan dirunguti apa yang ditentukan.
Segala yang terjadi pasti ada hikmahnya,
Di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan.
Di sebalik sedih pasti ada gembira,
Di sebalik tangisan pasti ada hilai tawa.
Duhai pejuang,
Bergembiralah dengan setiap dugaan.
Senyumlah tatkala ditimpa cubaan,
Berbahagialah dengan segala ujian,
Kerana sesungguhnya,
ALLAH dekat denganmu.
Ketahuilah hidup ini tidak selalu tenang,
Hidup ini tidak selalu senang...
Adakalanya,
Hidup ini sering bergolak,
Hidup ini sering dilambung ombak...
Duhai insan bergelar hamba,
Ketahuilah, hidup ini telah ditentukan,
Hidup ini dirancang Tuhan...
DIA maha mengetahui segalanya,
DIA arif tentang ciptaanNya...
Duhai insan bergelar hamba,
Usah dipertikai segala ketentuan,
Usah dipersoal segala takdir Tuhan,
Usah dirungut segala perancangan...
Tempuhilah kehidupan dengan redha,
Hadapilah segala fitnah manusia,
Harungilah segala fitrah dunia,
Laluilah segala dugaan dariNya...
Gagahi diri dengan keimanan,
Perkasakan diri dengan ketaqwaan,
Kuatkan diri dengan Al-Quran,
Yakinkan diri dengan janji Tuhan...
Duhai mujahid,
Yang impikan mardhatillah,
Usah gentar,
Usah gusar,
Usah sedih,
Usah menangis,
Usah kecewa,
Usah terkesima...
Berjalanlah di bumi ini,
Dengan keyakinan yang mantap.
Bergeraklah di bumi ini,
Dengan keimanan yang kuat.
Berlarilah di bumi ini,
Dengan ketaqwaan yang sebenar.
Jangan!
Jangan ditangisi apa yang terjadi.
Jangan dikesali apa yang menimpa,
Jangan dirunguti apa yang ditentukan.
Segala yang terjadi pasti ada hikmahnya,
Di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan.
Di sebalik sedih pasti ada gembira,
Di sebalik tangisan pasti ada hilai tawa.
Duhai pejuang,
Bergembiralah dengan setiap dugaan.
Senyumlah tatkala ditimpa cubaan,
Berbahagialah dengan segala ujian,
Kerana sesungguhnya,
ALLAH dekat denganmu.
KEHEBATAN CINTA FEB.....???
Tanpa Agama Manusia Binasa Tanpa Ilmu Manusia Buta Tanpa Iman Manusia Sengsara Tanpa Ukhwah Manusia Tersiksa |
Ibu terkhayal dengan bujukannya Ibu terbuai dalam bicaranya Ibu terlena oleh bisikannya Benarkah bu? Ibu izin dia sentuh jasad ibu Ibu puas dapat buktikan setia ibu Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu Tapi benarkah bu? Hari ini lepas 9 bulan... Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil Hari ini buah cinta kalian telah terzahir Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir... tapi benarkah bu? Kenapa dia tidak sama menyambut kami?Kemana dia telah pergi tidak azankan kami? Mengapa ibu pun benci kami? Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian? Mengapa ibu? tak berbakikah kasih dan sayang dan Tidak lagi kah ibu berTuhan? Benarkah ibu? Benarkah begitu? adik cuma nak tanya je bu..... Renung renung kanlah !!! -Bila seronok, aku cari....pasanganku -Bila sedih, aku cari....Mak -Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku -Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak -Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku -Bila berduka, aku peluk erat....Emakku -Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku -Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak -Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku -Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu" -Selalu.. aku ingat pasanganku -Selalu.... Mak ingat kat aku -Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku -Entah bila... aku nak talipon Mak -Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku -Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak -Renungkan: -"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... -bolehkah kau kirim wang untuk Mak? -Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". -Berderai air mata jika kita mendengarnya. ....... -Tapi kalau Mak sudah tiada....... ... -MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT.... -Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... -berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... -berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya..... -berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya...... . -berapa ramai yang sanggup..... .. membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... -berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... -Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...... Fikir-fikirkan.... |
Subscribe to:
Posts (Atom)