Friday, July 9, 2010

AMALAN MERINGANKAN AZAB DALAM KUBUR...

Apabila manusia mati maka ia akan ditanam dalam kubur. Pernahkah kita terfikir apa yang akan berlaku selepas itu. Alam yang dilalui selepas itu disebut alam Barzakh. Apakah alam Barzakh? Alam Barzakh ialah alam kubur yang dialami oleh orang yang telah mati dan akan berpanjangan hingga hari kiamat.


KEADAAN ORANG DI ALAM BARZAKH
Ada yang diseksa dan ada yang dilepaskan dari seksaan kubur. Ada yang disoal oleh Mungkar dan Nangkir dan ada yang tidak. Ada yang dibuka pintu neraka dan ruhnya diseksa. Ada yang dibuka pintu syurga dan ruhnya diberi nikmat. Ada yang menghadapi fitnah kubur (Dihimpit). 

AMALAN YG DAPAT MELEPASKAN DAN MERINGANKAN SEKSAAN KUBUR 
1.Bersembahyang lima waktu dan menunaikan Rukun Islam serta semua suruhan Allah disamping menjauhkan yang dilarang. 

2.Selalu membaca suruh Al Ikhlas terutama dalam kesakitan. Rasulullah bersabda: “Siapa membaca ‘Qul huwallaahu..ahad’ dalam kesakitan yang membawa matinya, tidaklah ia menderita fitnah di dalam kubur dan terpeliharalah dia dari himpitan kubur dan di hari kiamat kelak ia akan dibawa oleh malaikat dengan telapak tangannya hingga terlepas ia dari titian Siratul Mustaqiim dan sampai ke syurga.” Riwayat At Tabrani. 

3.Selalu membaca surah Al Mulk atau sekurangnya malam Jumaat. Rasulullah bersabda: “Siapa yang membaca setiap malam tabaarakallazi..adalah dia akan dicegahkan Allah dari siksaan kubur.” Riwayat An Nasaai. 

4.Mati syahid iaitu mati kerana berjuang menegak kalimah Allah. 

5.Mati dimalam atau disiang hari jumaat. 

6.Mati sebab sakit dalam perut. 

7.Tidak ditangisi mayat dikala kematiannya. 

8.Selalu beri sedekah. Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya sedekah itu akan mengurangkan kepanasan(siksaan) kubur daripada orang yang selalu memberi sedekah dan hanya sesungguhnya orang mukmin itu akan bernaung dibawah naungan sedekahnya di hari kiamat.” Riwayat Tabrani. 

9. Menyempurnakan wuduk dan membantu orang yang dianayai. Ibn Mas’ud meriwayatkan cerita dari Rasulullah bahawa ada seorang hamba Allah yang telah diperintahkan disebat 100 kali dalam kuburnya tetapi kerana ia selalu berdoa supaya dilepaskan dari azab kubur,maka ia disebat sekali sahaja, tetapi dengan sekali sebatan itu api telah memenuhi kuburnya. Kemudian dia bertanya malaikat sebab ia dipukul. Jawab malaikat ini disebabkan ia sembahyang dengan wuduk yang tidak sempurna dan ia pernah menemui orang yang dianayai tetapi tidak menolong.

10. Selalu berdoa agar dilindungi dari siksaan kubur. Rasulullah selalu berdoa yang membawa maksud “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan Engakau dari siksaan neraka Jahannam, daripada siksaan kubur, daripada fitnah hidup dan mati dan daripada kejahatan al Masiih ad Dajjal.”
 
11.Selalu membaca Al Quran dan bila tamat hendaklah berdoa dengan doa yang bermaksud, “Ya Allah, perjinakkanlah keliaranku dari ketakutan dalam kubur.” Hadis riwayat Abi Umamah.

Thursday, July 8, 2010

USAH SEDIH REZEKI TERTANGGUH....



Sedang ALLAH itu Maha Mengetahui, lagi Maha Tinggi pengetahuanNYA dalam semua perkara meliputi langit dan bumi serta segala isinya... moga segala coretan kali ini memberi manfaat buat semua sahabat dan seluruh saudara ukuwwah fillah abadan abada. Ana mulakan dengan lafaz bismillah....

Anda sedih ???
---USAH BERSEDIH REZEKI TERTANGGUH---

Adakah anda seorang yang sentiasa gelisah menanti rezeki yang tak kunjung tiba???

Sedikit perkongsian:
"Jika anda berperasaan begini, anda bagaikan seorang makmun yang mendahului imam, padahal dia tahu dirinya tidak boleh memberi salam sebelum imam"

Wahai seluruh muslimin dan muslimat, sesungguhnya segala permasalahan manusia dan rezeki itu sudah ditentukan dan sudah selesai lima puluh ribu tahun sebelum adanya penciptaan itu sendiri.

"Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh ALLAH, maka janganlah kamu minta disegerakan"
(An-Nahl :6:1)

"dan jika DIA menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat menghalang limpah kurniaNYA" (Yunus : 10:107)     


BERSABARLAH.... 
"jika kita tidak dapat apa yang kita suka, maka sukalah apa yang kita dapat"


Ikhlaskan diri, jadilah hambaNYA yang bersyukur... ALHAMDULILLAH
Sungguh perancangan Allah itu MAHA HEBAT...

Saturday, July 3, 2010

Resume SYAITAN.....

Resume syaitan...


Nama sebenar : Iblis Laknatullah
Nama glamour : Hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsuir dll
Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status diri : Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap : Neraka jahanam
Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya
Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Modal pusingan : Angan angan kosong dan tipu daya yang halus
Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Sahabat karib : Anak-anak Adam yang lalai
Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'
Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya
Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Sukan (yang tidak digemari) : Acara Langkah seribu (Semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)
Kelemahan diri : Bila Manusia membaca istighfar
Mentor yang dikagumi : Manusia yg mempunyai
berkelebihan lebih dari dirinya
Logo : Sebarang tatoo
Pejabat operasi : Tandas,bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap
                                    Allah SWT
Tempoh perkhidmatan: Sehingga hari khiamat
Matlamat Sebenar : Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam
Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah
Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut,
pendengki dan pendendam

Pengalaman & Kenangan

Peristiwa yg tak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s
Kenangan manis : Di waktu manusia diambang shakratulmaut, mati dalam kekafiran
Kenangan pahit : Manusia yg digodanya mati dalam keimanan
Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran
Minuman yg digemari : Wiski,brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua minuman yg memabukkan
Yang paling ditakuti: Orang mukmin yang bertakwa
Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,pragawati,dan sebagainya
Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
Yang paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya
Tugas yg paling meletihkan : Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala
Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan Homoseks,lesbian dan berzina
Janji kepada manusia : Janji janji kosong,angan angan dan tipu daya
Yang membuatnya gembira : Manusia yg mengikut jejak langkahnya
Saat yg mendukacitakannya : Manusia yg mempunyai cita cita untuk bertaubat
Yang membuatnya menangis : Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT"

ZiKiR MuNaJaT.....(^-^)

Mari berzikir.....





Kasihnya ALLAH Pada Wanita....

Alhamdulillah, begitu bertuah diciptakan Allah sebagai seorang wanita. Wanita walau pada fitrahnya begitu lemah namun tersirat beribu keunikan anugerah dari Allah. Kenapa ana berkata begitu...???

Riwayat Daripada Saiyidina Aishah R.A.
diambil daripada kitab yang bernama
Durratun Nasihin Fil Wa, zi Wal Jsrar
dikarang oleh Osman Bin Hasan Ahmad
As Sakiril Khubuwi
"Tidak ada daripada seorang perempuan yang kedatangan haid
melainkan adalah haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang
telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia
membaca doa (dibawah) pada hari yang pertama yakni:


Maksud : Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan aku
memohon keampunan kepada Allah daripada segala dosa.
~Maka ditulis oleh Allah baginya terlepas daripada api neraka
dan dapat lalu di atas Sirat dengan selamat dan aman
daripada azab dan ditinggikan oleh Allah Taala
baginya dengan tiap satu hari dan satu malam
akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid manakala adalah
 dikira perempuan itu berzikir kepada Allah Taala
di dalam masa haidnya~


Begitu banyak nikmat yang Allah janjikan kepada wanita, oleh itu janganlah dipersiakan peluang yang Allah berikan ini. Amalkanlah doa ini pada setiap hari pertama haid, insyaAllah setiap yang dijanjikan Allah itu PASTI.

Friday, July 2, 2010

NuR QaLbI : THANK YOU ALLAH....(^-^)



Allah engkau dekat
Penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau
Biarkan hamba Mu menangis
Karna kemurahan Mu
Karna kasih sayang Mu
Hanya bila diri Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa jiwa yang rela
Dia kekasih Mu
Kau yang selalu terjaga
Yang memberi segala
Allah Rohman Allah Rohim
Allahu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rohim
Allahu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asthma Mu
Kau yang selalu terjaga
Yang memberi segala
Setiap makhluk bergantung padaMu
Dan bersujud semesta untuk Mu
Setiap wajah mendamba cinta Mu cahaya Mu


''Ya TUHAN saya mencintai-MU dan memerlukan- MU, datang dan terangilah hati kami. Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang soleh/solehah, Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang taat pada Mu, taat pada RasulMu s.a.w., taat pada kedua orang tuaku, ayahbonda ku tercinta, taat kepada semua guru murshidku yang telah membimbingku menuju jalan sampai kepada Mu. Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang bijaksana hikmah yang dibekali olehMu ilmu yang menjadikan teguh pendirianku dalam bertaqwa mengabdikan diri pada Mu dengan penuh rasa syukur atas segala nikmat-nikmatMu wahai Tuhan yang berbelas kasih. " .. 

P/s: ALLAH sungguh Engkau dekat... Luv YOU my Rabbi.

Tuesday, June 29, 2010

SABAR ITU PENTING....

Kenapa SABAR itu amat penting???

Dari Suhaib ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, kerana segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mu'min: Iaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, karena (ia mengetahui) bahawa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, kerana (ia mengetahui) bahawa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya." (HR. Muslim)

Makna Sabar

Dari segi bahasa, sabar berarti menahan dan mencegah. Menguatkan makna seperti ini adalah firman Allah dalam Al-Qur'an:

Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas. (QS. Al-Kahfi/ 18 : 28)

Perintah untuk bersabar pada ayat di atas, adalah untuk menahan diri dari keingingan ‘keluar’ dari komuniti orang-orang yang menyeru Rab nya serta selalu mengharap keredhaan-Nya. Perintah sabar di atas sekaligus juga sebagai pencegahan dari keinginan manusia yang ingin bersama dengan orang-orang yang lalai dari mengingat Allah SWT.

Sedangkan dari segi istilahnya, sabar adalah:

Menahan diri dari sifat kegeundahan dan rasa emosi, kemudian menahan lisan dari keluh kesah serta menahan anggota tubuh dari perbuatan yang tidak terarah.

Amru bin Usman mengatakan, bahwa sabar adalah keteguhan bersama Allah, menerima ujian dari-Nya dengan lapang dan tenang. Hal sama juga dikemukakan oleh Imam al-Khowas, bahawa sabar adalah refleksi keteguhan untuk merealisasikan al-Qur'an dan sunnah.

Rasulullah SAW memerintahkan umatnya untuk sabar ketika berjihad. Padahal jihad adalah memerangi musuh-musuh Allah, yang klimaksnya adalah menggunakan senjata (perang). Ertinya untuk berbuat seperti itu perlu kesabaran untuk mengawal keinginan jiwanya yang menginginkan rasa santai, bermalas-malasan dan lain sebagainya. Sabar dalam jihad juga bererti keteguhan untuk menghadapi musuh, serta tidak lari dari medan peperangan. Orang yang lari dari medan peperangan kerana takut, adalah salah satu sifat tidak sabar.

Sabar Sebagaimana Digambarkan Dalam Al-Qur'an

Dalam al-Qur'an banyak sekali ayat-ayat yang berbicara mengenai kesabaran. Jika ditelusuri secara keseluruhan, terdapat 103 kali disebut dalam al-Qur'an, kata-kata yang menggunakan kata dasar sabar; baik berbentuk isi mahupun fi'ilnya. Hal ini menunjukkan betapa kesabaran menjadi perhatian Allah SWT, yang Allah tekankan kepada hamba-hamba-Nya. Dari ayat-ayat yang ada, para ulama mengklasifikasikan sabar dalam al-Qur'an menjadi beberapa macam;

1. Sabar merupakan perintah Allah SWT. Hal ini sebagaimana yang terdapat dalam QS.2: 153: "Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."
Ayat-ayat lainnya yang serupa mengenai perintah untuk bersabar sangat banyak terdapat dalam Al-Qur'an. Di antaranya adalah dalam QS.3: 200, 16: 127, 8: 46, 10:109, 11: 115 dsb.

2. Larangan isti'ja l(tergesa-gesa/ tidak sabar), sebagaimana yang Allah firmankan (QS. Al-Ahqaf/ 46: 35): "Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka…"

3. Pujian Allah bagi orang-orang yang sabar, sebagaimana yang terdapat dalam QS. 2: 177: "…dan orang-orang yang bersabar dalam kesulitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar imannya dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa."

4. Allah SWT akan mencintai orang-orang yang sabar. Dalam surat Ali Imran (3: 146) Allah SWT berfirman : "Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar."

5. Kebersamaan Allah dengan orang-orang yang sabar. Ertinya Allah SWT senantiasa akan menyertai hamba-hamba-Nya yang sabar. Allah berfirman (QS. 8: 46) ; "Dan bersabarlah kamu, kerana sesungguhnya Allah itu beserta orang-orang yang sabar."

6. Mendapatkan pahala syurga dari Allah. Allah mengatakan dalam al-Qur'an (13: 23 - 24); "(yaitu) syurga `Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang saleh dari bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu; (sambil mengucapkan): "Salamun `alaikum bima shabartum" (keselamatan bagi kalian, atas kesabaran yang kalian lakukan). Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu."

Inilah di antara gambaran Al-Qur'an mengenai kesabaran. 

P/s: Bersabar dan berdoalah, nescaya hati menjadi tenang...

Monday, June 28, 2010

Wanita Solehah Lebih Baik Dari Bidadari Syurga...


PUT YOUR TRUST TO ALLAH...100% INSYA-ALLAH (^-^)

ya Allah... ya Allah... ya Allah...



Bismillahirrahmanirrahim....

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Moga semua dalam rahmat-NYA  

insyaAllah



Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. 





Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) 



Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir). 

Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” 


Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”  

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).

Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah.. Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu? Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. 


Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".
 

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". 

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32)
.  


“Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".



"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”. 

Setelah itu si anak bertanya, "Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.
 

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. 


Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan  ISTERI RASULULLAH. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(Riwayat Al Bazzar)


P/S: "Seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH"... sesungguhnya bidadari itu ada di bumi...


~~~JOM JADI SOLEHAH~~~ 
TAKBIR!!!
^_~
 

Syahadatain....

Pemahaman Aqidah yang benar sangat mempengaruhi setiap gerak langkah kehidupan seseorang dan ketangguhan masyarakat. Kekuatan aqidah akan memancar dalam sikap hidup, yang merupakan formulasi ‘Laa ilaaha illallah’ dalam wujud yang nyata, sehingga seseorang akan mampu tampil sebagai bagian dari generasi yang unik dengan kedudukan istimewa. Generasi yang menjadikan kalimat itu sebagai ‘tali pengikat’ antara ia dengan Rabbnya, dan antara ia dengan sesama muslim. Aqidah sebagai landasan masyarakat, membentuk masyarakat tauhid yang unggul dan unik.


Pengertian Syahadat

Firman Allah SWT:
Artinya: ”Katakanlah: ’Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, yaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan yang mematikan, berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (Kitab-kitab-Nya), dan ikutilah dia supaya kamu mendapat petunjuk.” (QS. Al A’raf: 158)

Atas dasar ayat tersebut, maka kalimat syahadat itu sebagai berikut:

“Aku bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi Muhammad itu Rasul Allah.”

Kalimat tersebut bernama “Dua Kalimat Syahadat” karena ia mengandung dua syahadat (persaksian). Syahadat pertama yaitu Laa illaha illallah yang artinya: Tidak ada Tuhan selain Allah, kalimat ini disebut juga kalimat tauhid. Syahadat kedua yaitu Muhammadar Rasulullaah yang artinya Muhammad adalah rasul Allah. Kedua kalimat ini merupakan kesatuan yang bulat yang tidak dapat dipisahkan satu dengan yang lainnya, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah An-Nisaa’ ayat 150-151:

Artinya: ”Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan Rasul-rasul-Nya dengan mengatakan: ’Kami beriman kepada yang sebagian (dari rasul-rasul itu) dan kami kafir terhadap sebagian (yang lain)’, serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (lain) di antara yang demikian (iman atau kafir), merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan….” (QS. An-Nisaa’: 150-151)

Makna Laa ilaaha illallah 

Syahadat pertama menegaskan eksistensi Allah sebagai Tuhan satu-satunya. Kata Allah berasal dari kata ‘Ilah’ yang berarti ‘ma’bud’ (yang disembah), sesuatu yang dianggap berkuasa dan akbar, yang mempunyai nilai yang patut disembah dan ditaati dengan sepenuh hati. Dialah Dzat yang mempunyai kekuasaan yang tidak terbatas, dan manusia yang hidup di dunia ini membutuhkan dan memerlukan pertolongan-Nya. Pengakuan terhadap keesaan Allah sebagai satu-satunya Tuhan, mengandung kesempurnaan kepercayaan kepada-Nya dari tiga segi:

1. Rububiyah, iaitu sifat ketuhanan yang menciptakan alam, memelihara dan mendidiknya. Dzat yang bernama Allah saja yang menciptakan alam semesta ini dengan seluruh isinya.

2. Uluhiyyah, segi ini adalah konsekuensi dari segi yang pertama, yaitu Dzat yang bernama Allah saja sebagai Tuhan satu-satunya yang wajib disembah dan diminta pertolongan.

3. Tauhidullah dalam Asma dan Sifat-Nya. Ada tiga asas yang harus kita penuhi dalam mentauhidkan asma dan sifat-Nya, iaitu:
  1. Mensucikan dan mengagungkan Allah dalam hal kesempurnaan-Nya untuk tidak menyamakan-Nya dengan mahluk-Nya.
  2. Kita harus menerima ketetapan nama-nama dan sifat-sifat Allah, seperti yang disebutkan dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah. Hal ini harus diyakini kebenarannya.
  3. Tidak menafsirkan asma dan sifat-Nya berdasarkan pendapat dan akalnya sendiri dan tidak menggambarkan-Nya.
Kalimat ‘Laa ilaaha illallah’ pada pokoknya

mengandung dua perkara yang fundamental di dalam Islam. Kedua hal ini ibarat dua sisi dari sebuah mata uang, sehingga bila hilang satu diantaranya, cacatlah ia, dan tidak ada harganya lagi. Laa ilaaha illallah mengandung makna menolak segala ketuhanan dan penuhanan kepada selain Allah, dan hanya mengakui bahwa Allah adalah satu-satunya Tuhan yang kepada-Nya wajib diberikan segala pengabdian. Konsekuensi dari kesaksian Tauhidullah ini adalah menerima Allah sebagai sumber kebenaran mutlak, menerima segala yang datang dari Allah tanpa keraguan dan syak prasangka, serta wajib menjalankan segala yang diperintahkan Allah dan menghindari segala yang terlarang berdasarkan pandangan-Nya. Secara ringkas, yang dimaksud kalimat Laa ilaaha illallah mencakup beberapa pengertian, yaitu:
  1. Hanya Allah yang berhak diibadahi (Laa ma’buda bi haqqin illallaah)
  2. Hukum mutlak bersumber dari-Nya (Laa haakim illallaah)
  3. Tidak ada penguasa mutlak kecuali Allah. Dialah Rabb semesta alam, penguasa dan pengatur (Laa maalik illallaah)
  4. Tidak ada pencipta di dunia ini kecuali Allah (Laa khaliq illallaah)
  5. Tak ada yang bisa memberi rezeki selain Allah (Laa raaziq illallaah)
  6. Tidak ada ilah yang dapat menghidupkan dan mematikan kecuali Dia (Laa ilaaha illa huwa yuhyi wa yumiit)
  7. Tidak ada yang bisa mendatangkan manfaat dan mudharat selain Dia yang Mahakuasa (Laa nafi wa laa dlarr illallaah)
  8. Tidak ada daya dan kekuatan selain kekusaan Allah (Laa haula walaa quwwata illaa billaahi)
  9. Tidak bertawakal kecuali hanya kepada Allah (Laa yatawakkal illaa ‘allallaah)
  10. Tidak ada yang bisa mengabulkan doa kecuali Allah (Laa mujiibat da’awaat illallaah)
  11. Tidak ada dien selain Islam (Laa dienal ilaa dieinallah)
  12. Hanya Allah saja yang patut disembah (Laa khasy yata walaa khaufa illaa ‘alallaah)
  13. Allah sebagai pusat kerinduan   (Laa ghaayatal hubb illa lillaah )
Seseorang yang mengikrarkan tauhiddullah memiliki tanggung jawab moral untuk berusaha mewujudkan pernyataan:

Artinya: ”Sesungguhnya sholatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb sekalian alam”. (QS Al-An’aam: 162)

Masih banyak umat Islam yang belum memahami makna kalimat tauhid. Oleh karena itu, mereka bersedia menerima dan menetapkan uluhiyyah selain Allah. Mereka tidak merasa bahwa perbuatan mengeramatkan kuburan, senjata (mis. Keris), batu-batuan, jin, bahkan menuhankan manusia itu adalah pekerjaan sesat. Bahkan, mereka menolak dan mengekang bila diajak kepada ajaran tauhid yang sebenarnya.

Makna Muhammadar Rasulullaah
Syahadat kedua ini memberi arti kepada yang telah mengucapkan, dia menyatakan diri tunduk, percaya dan menjadi pengikut Muhammad saw. Juga, dia harus mengikuti kemimpinan dan sunnah beliau.

Artinya: ”…apa yang diberikan rasul kepadamu maka terimalah ia, dan apa yang dilarang bagimu maka tinggalkanlah…” (QS. Al Hasyr :7)

Dalam syahadat kedua ini terdapat tiga pengetahuan yang asasi.

Pertama, Nabi Muhammad saw adalah nabi dan rasul Allah untuk seluruh manusia hingga akhir zaman.

Artinya: ”Dan tiada Kami utus engkau (Muhammad) melainkan untuk seluruh manusia untuk menyampaikan berita gembira dan memberi peringatan” (QS. Saba: 28)

Kedua, Nabi Muhammad saw itu adalah nabi dan rasul Allah yang terakhir, sesudah beliau tidak akan datang lagi seorang nabi dan rasul. Oleh karena itu, Al-Qur’an adalah wahyu Allah yang terakhir, tidak akan lagi wahyu yang diturunkan sesudah Al-Qur’an ini. Al-Qur’an menjadi kitab suci terakhir pengganti dan penyempurna dari kitab-kitab suci sebelumnya.

Artinya: ”Muhammad itu bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi Muhammad itu adalah rasul Allah dan penutup nabi-nabi dan Allah mengetahi tiap-tiap sesuatu” (QS. Al-Ahzab: 40)

Ketiga, Muhammad itu adalah penghulu seluruh nabi dan rasul (sayiydul anbiya’ wal mursaliin), dan ia adalah semulia-mulia nabi dan rasul.

Artinya: ”Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebagian dari mereka atas sebagian yang lain, di antara mereka ada yang Allah berkata-kata (langsung dengan dia) dan sebagian Allah meninggikannya beberapa derajat….” (QS. Al-Baqarah: 253)
 
Konsekuensi Syahadat

Mengucapkan dua kalimat syahadat mengandung konsekuensi; seseorang menjadi muslim dan diberlakukan kepadanya semua hukum-hukum Islam. Ucapan syahadat itu harus disertai dengan melaksanakan perintah dan menjauhi larangan Allah yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw kini telah sampai kepada kita dalam bentuk Al Qur’an al-Kariim yang harus dilaksanakan secara utuh.

Dalam sebuah tulisannya, Imam Qurthubi mengatakan bahwa tidak cukup menjadi muslim hanya dengan membaca syahadatain. Ketauhidan seseorang baru bisa dikatakan sah apabila disertai dengan ilmu, keyakinan, keikhlasan, kejujuran, dan penuh rasa tanggungjawab.

Syarat kesaksian yang benar adalah dengan memahami maknanya secara benar serta mengenalkan segala ketentuanya, baik secara lahiriyah maupun batiniyah. Selain itu, dalam jiwa kita harus ditumbuhkan suatu keyakinan yang kokoh untuk tidak menyekutukan Allah. Sembahan-sembahan selain Allah hanya akan menyesatkan dan sedikit pun tidak akan memberikan manfaat kepada kita:

Artinya: ”…Dan berhala-berhala yang mereka sembah selain Allah tidak dapat memperkenankan sesuatu pun bagi mereka, melainkan hanya seperti orang yang membukakan kedua telapak tangannya ke dalam air (untuk menciduk air), supaya air itu sampai ke mulutnya, padahal ayat itu tidak dapat sampai ke mulutnya. Dan do’a (ibadah) orang-orang kafir itu hanyalah sia-sia belaka”. (QS. Ar-Ra’du: 14)

Sebagai konsekuensi dari kalimat yang kedua adalah wajib bagi kita untuk mengambil hukum yang datang dari Rasulullah, meneladaninya, serta mengembalikan semua hukum-hukum kepadanya. Mengikuti apa yang disampaikannya baik perkataan maupun perbuatan, serta memperingatkan orang-orang yang menyalahi perintahnya.

Artinya: ”Barang siapa yang taat pada rasul maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah …” (QS. An-Nisaa’: 80)

Artinya: ”Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah akan mencintaimu…” (QS. Ali Imran: 31)

Friday, June 25, 2010

SAHABAT SEJATI .... (^-^)

“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)



"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.."
  
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak  akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.



Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia  daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

            “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’

DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
  9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.


Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga   boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja  sahabat seperti dibawah:

sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang   banyak, dan ia hanya mementingkan diri  sendiri.


 sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.


 sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.


sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Hati-hatilah memilih kawan. Tapi, jangan terlampau memilih sehingga tidak ada orang yang sanggup berkawan dengan kita!


Oleh:Haslinda Lukman(Pertubuhan Kebajikan An-Nida' Malaysia)


Hikmah Wuduk Yang Paling Berharga....

أول مره اعرف ان الوضوء معناه كذا !!



-غسل اليدين : اللهم ناولني الكتاب باليمين

Hikmah membasuh kedua tangan.
Ya Allah semoga daku menerima buku catitan amalanku dengan tangan kanan.

- المضمضــة : اللهم ثبت لساني بالنطق بالشهادة

Hikmah Berkumur.
Ya Allah tetapkanlah lidahku dalam mengucap dua kalimah Shahadah.

- الاستنشــاق : اللهم استنشقني رائحة الجنة

Hikmah Memasukkan air  kedalam lubang hidung.
Ya Allah semoga hidungku dapat mencium bau Syurga.

– الاستنثــــار : اللهم نجيني من رائحة الزقوم

Hikmah mengeluarkan air dari lubang hidung.
Ya Allah lepaskan daku dari mencium bau buah zakum dalam neraka.

– غسل الوجه : اللهم بيض وجهي يوم تسود الوجوه وتبيض الوجوه

Hikmah membasuh muka.
Ya Allah putihkanlah wajahku disaat Engkau menghitamkan muka-muka yang mengingkari perintahmu.

- غسل اليدين إلى المرفقين :



Hikmah membasuh kedua tangan sehingga ke siku.

– اليـد اليمنــى : اللهم اجعلني من أصحاب اليمين

Tangan Kanan : Ya Allah jadikan daku dari golongan yang mendapat keistimewaan.

– اليـد اليسـرى : اللهم نجيني من أصحاب الشمال

Tangan Kiri : Ya Allah jauhkan  daku dari golongan yang Engkau murkai.

– مسح الرأس : اللهم اعتق رقبتي من النار اللهم ردني مرد المؤمنين

Hikmah membasuh kepala.
Ya Allah lindungilah tengkuk dari api neraka tetapi jadikan daku dari golongan orang mukmin.

– غسل الرجلين : اللهم لا تزل قدمي عن الطريق المستقيم

Hikmah membasuh kedua kaki.
Ya Allah jangan gelincirkan tapak kakiku semasa di atas Sirat Al-Mustaqim.

نصيحه :

من كتم علما كان عليه حجة يوم القيامه


linkWithin

Related Posts with Thumbnails